ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, November 3, 2018

7 pusingan tawaf dan saie.Fuh!

Ramai orang beranggapan persiapan mental dan fizikal ketika Umrah tidak sepenting ketika Haji. Dalam Umrah, ibadah fizikal yang ada hanyalah Tawaf dan Sa’ie sahaja. Ya betul, memang tidak seberat/sejauh perjalanan yang dilalui para jemaah Haji.

Tapi, tahukah kita berapa jumlah jarak untuk 7 kali pusingan Tawaf dan Sa’ie?

6km lebih!
Fuhhh!

Kalaulah tiada persiapan mental dan fizikal yang rapi sebelum ke sana, memang confirm cepat “pancit” nanti. Lagi-lagi jemaah yang sudah berusia.
 

Nasihat saya untuk bakal tetamu Allah;

1) Kuatkan stamina sebelum tarikh berangkat. Mungkin boleh biasakan diri berjalan kaki atau ‘brisk walking’ disekitar taman rumah. Cuba tetapkan ukuran yang lebih kurang sama seperti jarak ketika Tawaf dan Sa’ie. Ulangi aktiviti ini setiap hari. Jangan ada mind-set “rehat sepuasnya sebelum menunaikan Umrah”.

2) Bawa bekalan vitamin/pil kalsium di sana. Makanan tambahan ini boleh didapati di farmasi atau rujuk kepada doktor.

3) Jangan lupa untuk bawa segala jenis ubat, minyak urut atau seangkatan dengannya. Sekarang pun sudah ada yang jenis spray. InshaAllah dapat bantu mengurangkan masalah lenguh-lenguh kaki nanti.


Moga Allah mudahkan urusan sepanjang perjalanan kita menujuNya. Moga Allah Allah menerima setiap ibadah kita, ameen.
 

Sampai nanti, roger-rogerlah saya ya! Manalah tahu ada rezeki berukhuwwah.

No comments: