ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, November 4, 2018

Bila ayah jadikan ibu permaisuri, anak2 angkat isteri jadi puteri.. kalau ayah buat isteri jadi bibik..anak2 buat isteri jadi apa pulak?

Bila ayah jadikan sang ibu seperti permaisuri,anak lelakinya akan jadikan isteri seorang puteri.

Arwah Tokwan saya ada satu sifat istimewa dalam mengistimewakan kedudukan nenek saya.

Arwah dulu kerja nelayan.2-3 hari dekat laut baru balik rumah.Bawa ikan besar-besar dan sedap-sedap.Ada ikan pari,ikan aji-aji,ikan merah.Paling sedap,ikan lumi.Berebut makan.Seronok!

Sebaik saja balik dari laut,Tokwan dan nenek duduk sama-sama selesaikan lauk di sinki.Kadang nenek halau Tokwan suruh mandi.Yelah.Kan baru je sampai.

Itu biasa.
Ramai lelaki rajin urus lauk basah.

Yang ini bahagian yang luar biasanya!

Saya selalu perhati yang arwah Tokwan ni suka betul berkepit dengan nenek.
Mana nenek duduk situlah Tokwan duduk.

Kalau nenek pergi angkat baju di ampai,Tokwan ikut.Sama-sama angkut baju masuk dalam rumah.

Masa nenek lipat baju,Tokwan akan duduk disebelah.Kadang beliau tolong lipat.Kalau tidak,saja-saja duduk layan nenek berbual.

Bila nenek nak masak,biasanya nenek bawa barang masak ke ruang tamu.Kat situlah nenek kupas bawang,sayur,cili kering.Kalau Tokwan rajin,dikupasnya bawang seketul dua.

Adakala Tokwan penat.Beliau nak baring-baring.Pun begitu,nanti diangkat bantal dan baringlah Tokwan disebelah nenek.

'Awak pergilah baring sana',kata nenek.
'Takpa,saya teman awak',balas Tokwan.

Ada masa nenek hilang dari pandangan. Kadang sedang mengutip limau dibelakang dapur.Tidak pun sedang sibuk bagi ayam makan di laman.Masa ni Tokwan akan memanggil...'Ah,awak kat mana?'

Ah tu panggilan manja untuk nenek.

Selagi tak jawab,selagi tu Tokwan akan panggil tanpa henti.

'Saya kat sini.Kenapa?'
Kadang naik angin nenek dibuatnya.
Tak boleh hilang kejap.

Tinggal pun bila nak ke laut,atau ke surau,atau atas urusan jemputan yang Tokwan perlu pergi sendirian.

Manis sekali.....

Begitulah saya tengok pakcik-pakcik saya diperturunkan sifat yang sama.

Dekat mana isteri lepak,situlah suami ada.Walau punya anak ramai pun (family kami memang besar),masih punya ruang dan masa berbaring di riba.

Bagaimana tidak lokeknya Tokwan memberi masa pada nenek,begitu saya lihat pada ayah dan pakcik-pakcik saya.

Balik dari pasar,terus ke dapur.Semua lauk siap dibersihkan,diselawat dan disimpan.

Setakat masuk dapur masak bila isteri sedang bekerja,out station atau saja kepenatan,tak jadi masalah.Selesai.

Kalau hari raya,ada lauk yang makcik masak,ada lauk yang pakcik masak.Kami anak saudara tukang order,tukang makan.

Apa saja urusan rumahtangga pun begitu.Tiada istilah itu kerja isteri,ini kerja suami.Mana yang tak siap,sama-sama bantu.

Sekarang sikap begitu jatuh pula pada sepupu sepapat lelaki saya.Yang dah kahwin masih macam orang bercinta.Selalu duduk berdua.

Yang kecil-kecil pula dah pandai masuk dapur.Setakat goreng ikan,telur,potong sayur,basuh pinggan...boleh diharap.
Sebab dekat rumah,ayah-ayahnya rajin.

Rajin tolong.
Rajin pesan juga,tolong mak!

Betul.Ibu boleh mendidik.

Tapi..bila sang ayah turut sama mengangkat darjat si isteri ditempat yang tinggi,impaknya lebih besar dan dalam.

Anak-anak memandang ibu seperti permaisuri.Arahannya perintah.Ia mesti dipatuhi.Tiada basa basi.

Dan akhirnya,selepas berkahwin,mereka melayan isteri dengan cara terhormat yang sama.Isterilah teman,isterilah suri.

Terima kasih Tokwan.......
Kasih sayangmu berbekas sampai kini.

No comments: