ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, December 27, 2018

Impian saya sebagai ibu

Setiap ibu ada impian
Inilah impian saya
Saya berdoa dan berharap setiap anak dapat tunaikan umrah ketika mereka masih kecil dan masih totally anak-anak saya
Alhamdulillah walaupun saya tak banyak wang tetapi Allah jemput anak-anak dengan pelbagai cara.

Dalia Amana &Adlan Khairy- 2015 tunaikan bersama saya, mak dan adik lelaki

Amirul Arief -2018 tunaikan umrah bersama papa, mak saya, mak mertua, adik ipar dan 2 lagi rakan mak saya.

Semasa saya tunaikan umrah 2015..mutawif selalu sebut "umrah/haji bukan untuk orang kaya atau orang miskin tetapi ia adalah jemputan dari Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNYA"

Walau sedar takde RM yang mencukupi dalam tangan tetapi saya tetap niat, tetap berdoa selepas itu saya lepaskan pada Allah untuk memakbulkannya. Alhamdulillah.. betul orang tua cakap niat baik-baik, sebut baik-baik insya Allah makbul walau jalannya kita tak nampak.

Sabar anak bongsu mama Adam Ziqri. Yang paling comel, montok dan murah senyuman...Insya Allah sampai masa Adam nanti. Adam pasti berpeluang pakai ihram berwarna putih seperti abang Arief dan Khairy. Mana tahu Adam lebih beruntung berpeluang terus tunaikan haji sekali bersama mama dan papa.

Tetapi sangat berharap dapat tunaikan umrah/haji bersama suami dan semua anak sekali. Teringin nak melawat Taif..Mcm biasa congak-congak duit memang tak pernah cukup hahaha... Insya Allah nanti pasti Allah cukupkan 😍

Nabi pernah bersabda "sesiapa yang menziarahiku selepas kewafatanku wajib syafat keatasnya di akhirat"

Adlan Khairy 2015

Dalia Amana 2015

Amirul Arief 2018

Adam?


Sy plan 10 tahun lagi
Tapi rezeki Arief 
Allah cepatkan
Bersyukur sangat
Alhamdulillah

No comments: