ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, January 12, 2019

Selamat datang kembali Khairy. Ikhlas dari HUKM

SIREH PULANG KE GAGANG

Di wad yang sama - Peadtric High Dependency Unit
Katil yang sama
Sama seperti 6 tahun yang lepas

Cuma kali ini saya Dan khairy berbeza dari dulu. 

Khairy yang dulu baby & sgt frigile. Sentiasa brbalut Dan dibedung. Tidak boleh melawan Jika dicucuk. Hanya menangis dengan suara kecilnya.

Saya yang dulu lemah fizikal dan juga mental kerana baru sahaja bersalin secara ceser. Dengan luka ceser yg bekum baik sepenuh ya. Dengan stoking Dan baju sejuk yang jadi pakai an harian. Saya yang berjalan masih lambat Dan asik menampung perut yg sakit. Tidak bersedia dengan bayi yang bermasalah Jantung. Melihat bayi di cuba dengan pelbagai ubat utk mencari yg sesuai. IV drip di buat di pelbagai tempat  dari tangan ke tangan sehingga ke kaki sangat menguji hati. 

Khairy kini yang sudah besar. Kelihatan sihat. Makan minum Dan boleh bercakap. Khairy yang sekarang boleh cabut sendiri wayar2 utk monitor Jantung di badan sendiri! Kita pula yg kena monitor "kebijaksanaan dia" Sedangkan dulu saya yang mencabutnya kerana stress dengan bunyi mesin yang non stop berbunyi tanda denyutan Jantung ya terlalu tinggi.

Saya kini yg sihat. Mental Dan fizikal. Insya Allah. Saya yang dah melalui pelbagai "didikan Allah" sejak 6 tahun yg lepas. Saya boleh discuss  Dan bertanya apa yang doktor cari Dan bincang dalam Setiap discussion rentak Jantung khairy. Sy yg dulu naive Dan hanya memandang Setiap apa yg doktor Dan nurse buat. Saya yang hanya memandang suami utk buat keputusan.. Saya yg dulu cuma mengalih pandangan mata Dan hanya berkata "buat lah Apa2 janji baby saya sihat". saya yg dulu mengugut doktor Jika anak saya disakiti saya lari keluar wad.. Tetapi hari ini saya yang bertahan melihat rawatan khairy dari A-Z. Saya juga bantu doktor memegang khairy yg meronta ketika proses IV drip.. Saya yang asik menyuruh suami pulang kerana saya mampu handle khairy sendiriian di sini. 

Tetapi menitik juga air mata Melihat "bilik ibu" yang jadi saksi saya larikan diri tiapkali doktor msukan IV drip yang baru pada khairy. Melihat bilik air yang saya mandi malam2 buta dengan air sejuk sedangkan sy masih berpantang. Seakan segala yg terjadi 6 tahun lepas berputar lagi...

Allah ingin mendidik lagi. Menunjuk salah silap saya. Allah ingin saya lebih concern & jangan leka dengan khairy yang nampak sihat. Allah in gin didik Mana yg patut sy dulu Dan Mana yg patut saya kemudiankan. Allah ingin didik janganla saya leka Dan terbuai dengan bahagia  yg sedang berlegar-legar kini. Jangan lupa kan DIA Dan bergantung haraplah sepenuh denganNYA. Sesungguhnya Hidup ini terlalu FRAGILE

FIRST TIME WE FIND THAT SVT PATIENTS CONDITION WHICH IS VERY STABLE & AKTIVE. MOMMY KENA BANYAK2 BERSYUKUR TAU

Semalam seorang doktor India bagitau saya begitu. Beberapa doktor datang dan cakap benda yang sama. Berulang2 soalan betul ke tak pernah pengsan? Pitam?

Tapi selepas 6 tahun baru hari ini saya lihat dengan sangat jelas keadaan Jantung khairy. Haywire dengan sangat cepat dengan kesan ubat Dan emosi khairy. Dari 130+ turn ke 90 lepas makan ubat Jantung Dan naik mendadak ke 200 bila hanya nampak nurse datang bawa bekas ambil darah. 220+ ketika proses ambil darah. Pagi tadi dah stable ada yg cecah 60+ tapi bila nampak ramai doktor masuk terus naik 140.

Sungguhla saya sebagai Ibu tidak boleh "berkeras" dengan khairy seperti anak-anak lain. Kena beri dia ruang yang selesa dan khairy perlu bersama dengan orang dan suasana yg dia selesa.

Begitu lah dengan kehidupan Dan pelajarannya nanti. Hanya boleh beri sokongan Dan dorongan sahaja. Selebihnya terserah pada Allah dan kemahuan khairy sendiri. Fragile sungguh Jantung khairy😥

BTW khairy masuk kerana denggi tetapi sekarang nampaknya semua lebih concern dengan JANTUNG MAGIC KHAIRY😎
Nampak tak katil tue? 
Katil tuelah tempat saya tidur dulu
Menghabiskan sisa-sisa pantang lepas lahir kan khairy
Bilik nie jugak tempat saya nangis sensorang
Malu orang nampak
Asik kau je nangis
Kelilng kau pun banyak budak kritikal
Sebenarnya jadi tak kuat sebab badan pun lemah sebab baru sangat bersalin 
Tak apalah bila ingat kan semula kisah 6 tahun yg lepas.. Tak sangka saya dah lalu semuanya 

Asiklah khairy Tanya "Mana papa.. Amikla khairy cepat"

Alhamdulilah
Terima kasih doa auntie semua
Khairy nak balik nie. Tgu papa amik

HUKM siap bagi surat cinta untuk IJN
Rasakan mama kena bebel dengan doktor IJN sebab tak jaga Khairy baik-baik 😝

HUKM bagi hadiah satu ubat😆
Masa kat wad, HUKM  call IJN Dan emergency prepare ubat khairy

Mama ingat lepas transfer IJN tak perlu lah ke HUKM lagi. Nampaknya HUKM akan jadi favourite list hospital utk Khairy. Hospital lain tak berani amik case khairy walaupun bukan datang kerana maslah Jantung. Risiko untuk mereka Dan juga khairy.

Masa kat wad semua fail lama khairy 6 tahun lepas dibuka balik. Sampai kan history mengandung dan bersalin khairy pun doktor cari disebabkan maslah Jantung khairy sejak dari dalam kandungan.

Telitikan mereka? Saya bawa sebab denggi tapi Jantung tetap priority untuk khairy.

Mama doakan nanti besar khairy kerja jelah kat HUKM tue ye. Boleh baca rekod sendiri. 😁

1 comment:

Anis Azalea said...

Semoga mamanya bertabah dan bertambah sihat Khairy. Hanya mereka yang pernah melalui kes2 miracle dan NICU je faham situasi ni.