ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, July 24, 2019

Besday Adlan Khairy Yang ke 6 tahun 16/07/2019







Selamat hari lahir yg ke 6 tahun Adlan Khairy yg magic..
Alhamdulilah dah 6 tahun umur Khairy..
Bersykur Allah pinjamkan usia yg panjang utk Khairy..
Semoga khairy stabil dan kekal magic selama2nya..
Semoga selepas ini khairy ketawa dan bahagia selalu.....
No more tears..
Papa dah belikan kek..
Mama dah belanja makan..
Jangan request beyblade lagi ye😆
 
 
 
 
 
Kami belanja khairy makan di Mixwell Garage
 
Khairy, bulan depan kita pergi situ tau.
Okey mama.
Tau ke tue tempat apa?
Tak tau.
IJN. Lama tak pergi lupa ye?
IJN tue apa ye mama?
Institut Jantung Negara. Jumpa doktor jantung khairy lahh. Tak rindu doktor IJN?
Tak nakkkkkk!
Seramlah tue dah 6 bulan tak jumpa doktor. Dulu kerap pergi IJN. Ini kali pertama jarak 6 bulan baru ada appoiment baru.
 
Dulu bila pergi IJN, khairy yg jalan sendiri masuk bilik ECG. Terus baring atas katil. Selak baju sendiri. Tunggulah tampal2 kat dada dia. Tgu print out keluar result ECG. Pastu sama2 tengok geraf jantung.
khairy tanya "laju lagi ke jantung khairy?. Mcm Superman?"
 
alhamdulilah.. Dah 6 tahun lalui. Khairy makin stabil.. Setiap kali tengok Khairy saya tau anak ini yg mengajar saya sepak terajang dalam hidup. Selama nie hidup saya penuh dengan rasa percaya pada semua.. saya pandang semuanya baik-baik belaka tapi  lepas Khairy lahir baru saya tahu sepenuhnya "warna satu kehidupan". Berharap dan bergantung hanya pada Allah dan tak ada siapa yg akan jaga kita kecuali Allah dan diri sendiri. Jangan harapkan manusia sebab manusia  ada keterbatasan dan kelemahan terutamanya pada iman.
 
 
 
 
 
 

No comments: