ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, July 24, 2019

Ceramah Perdana Ustaz Adi Hidayat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya 13/07/2019


 

Alhamdulilah
Syukur Allah izinkan kami berada bersama Ustaz Adi Hidayat
Kalau yg fb friend dengan saya mesti perasan sy selalu share kulian online Ustaz Adi Hidayat.
Tak sangka Allah Maha Mendengar.....
Impian sy ingin dengar kuliah live ustaz Adi Hidayat. 
Setiap kali saya degar kuliah Ustaz Adi Hidayat selalu cakap "bestnya kalau dapat dengar live"

Selalu saya cakap dengan husbd "bang terror tau Ustaz Adi nie tiap kali dia bagi kuliah dia akan sebut surah mana ..ayat mana..paling best dia boleh sebut...bahagian atas paling tepi..atau bahagian bawah sudut kiri etc etc..hebatkan dia Allah bagi kelebihan. Nampak kot Quran depan mata. Saya check tau apa yg dia sebut betul. tak tipu.."

 Alhamdulilah. Bila saya bagitau Ustaz Adi Hidayat ada kat Putrajaya
Allah melembutkan hati suami membawa saya ke sini.

 Dahulu bertahun2 saya menunggu suami bawa saya ke Kuliah Habib Zeanal yg sgt sy gemar. Saya tak pernah ajak pun. Dok bebel sorang2 je.. Masa jaga Khairy.. Bebel-bebel  dengan Khairy yang masa tue baby "one day nanti mama mesti nak pegi Kuliah Habib Ali Zeanal live"
Sampai masa suami yang cari tempat kuliahnya dan bawa kami semua. Insya Allah kini hampir setiap minggu suami bawa kami semua ke kuliah Habib Zaenal jika tiada aral.

 Mungkin ketika dahulu dosa terlalu banyak sehingga tidak makbul doa saya.. Kini bukanlah dosa sudah tiada atau semakin sedikit tetapi kehadiran anak2 dengan "magic" yg tiada taranya dan yg tiada dosa ini mungkin memudahkan makbul doa saya.
 
Alhamdulilah sekarang jika saya sebut ingin hadir kuliah yg saya gemar kini insya allah suami akan bawa dengan segera.. 
 
 
 
(klik link nie ye)
 
Bahagian yg sempat sy rakam sbb dpt duduk depan. Lepas tue anak dah bising nk mkn terus ke belakang.  Alhamdulilah dpt rekod bhgn penting. Semua yg keluar dari mulut ustaz adi penuh dgn ilmu.. Untuk sy sangat happy dpt dengar live dan dapat ilmu begini.
Boleh dengar sambungan di official fb ustaz adi hidayat.
 
Tingkatkan takwa
Tekankan nafsu...
Maka kamu akan bersatu.
 
Kalimat org bertakwa disebut muttaqin. Maka cari kalimat itu di dlm al quran dan anda akan bertemu formula org bertakwa.
(Al Baqarah Ayat 2-4)
 
Isi al quran jgn pernah diragukan kandungannya. Ia adalah petunjuk bagi org bertakwa.
Org yg bertakwa itu adalah org yg beriman pd perkara ghaib.. Allah yg tak nampak pd pandangan mata dan org yg mendirikan solat.
Yakin pd yg nampak adalah ilmu.
Yakin pd yg tidak nampak/ghaib itulah iman.
Org yg beriman kpd Allah akan buktikan dengan amalannya.
Amalan yg pertama adalah solat!
 



 
 
Kuliah Ustaz Adi Hidayat kali ini kami pergi tanpa Amana.  Amana tak ikut sebab dia ada bengkel UPSR di hotel Uniten.  Sebenarnya sy risau jugak Amana tak ada sebab Amana yg rajin kejar adik2nya. Cuma dah beberapa kali hadir kuliah ada beberapa perkara yg sy pratikkan supaya tak meroyan dan dapat tumpu kuliah.


1) Pergi kuliah pastikan bawak kudapan. Biasanya kuliah start lepas magrib. Ada yg start lepas isyak. Kalau kuliah Habib Ali Zeanal. Kuliah start lepas isyak. Hampir 12 mlm baru tamat. Anak2 takkan tahan. Biasanyanya sy bawak nasi dan lauk. Tapi smlm tak msk seharian jadi bawak buah. Kdg2 bawak biskut. Paling best kalau bawak nasi, Arief yg mesra alam nie mesti akan bawak sorang kawan baru mkn bersama. Dah mak dapat pahala free.😍



2) bawa wet tisu.
Anak2 kdg2 makan sepah lantai masjid. Laplah bagi bersih takut org terpijak2 pulak.

3)bawak air kosong yg banyak.
Berjam2 di Masjid. Pulak tue seronok ramai kawan mmg cepat haus akibat maraton keliling masjid.

4)baju lebih terutama utk anak kecik.
Adam mmg saya selalu bawak baju lebih. Sedang kita sibuk amik air sembahyang. Sedar2 dia dah lencun. Kalau di Masjid setiawangsa ada paip utk kaki tau di pintu keluar toilet. Airnya separas kaki.. Pemutarnya pun rendah jdi adam mmg blh capai sendiri. .. Memang gembira adam main air.. adusss.. Pernah dia pergi toilet dengan kakak abang. Sampzi depan saya dengan sengih2 bangga. dah basah baju seluar semua. Mcm mandi kolam. Oh jgn lupa bawak tuala kecik ye. Nk lap anak yg "mandi" di masjid. Dapat anak mcm Adam ko istigfarlah banyak2.
Kejadian semalam dlm toilet arief campak seluar khairy dlm air. Sudah lencun. Jadi khairy terpaksa pakai seluar adam yg mmg saya bawak extra. Dah mcm seluar gimnastik😝syukur jubah khairy pakai sampai ke lutut. So takle lawak sgt.

5)mintak suami on wassup sentiasa.
Kalau anak nakal kemain htr je kat suami. Setel. Taulah diorg jaga perangai. Kita pun boleh belajar dgn aman.

6)bawa alas tilam utk baby
Ramai je yg bawa baby dengar kuliah. Bawalah alas tilam supaya baby selesa dan anda pun tak lenguh mendukung atau memangku. Tilam dewasa tak payahlah bawak. Melampau sgt😆
Hari demi hari anda mesti boleh biasakan diri. Tiap2 kali dtg mesti dpt ilmu baru. Ilmu dari ustaz atau ilmu handle anak di Masjid.
Jujur sy cakap sy jarang dtg surau. Kecuali hari2 tertentu dan bila suami ajak. Kenapa? Surau kecil. Anak2 yg sedang membesar mungkin gangu jemaah lain sebab tak ada tempat mereka nak "berkawan2" kita sebagai ibubapa pilihlah tempat ibadah yg sesuai dengan keadaan anak2 kita.
 
Anak2 sy mengaji di surau tapi husbd tunggu sampai habis. Anak2 tgok papa diorg ada sekali gerun sikitlah. Mcm saya lebih suka duduk di rumah dengan adam kalau tiada kuliah. Sy solat di rumah sahaja. Terawih hari tue pun hanya di rumah. Adam nie boleh tahan jugak melompatnya. Kalau bergabung dgn 2 abang bertambah meletop. Meletop surau dikerjakan 3 budak lelaki aktif nie😆
 
Di masjid kawasan luas. Projektor utk kuliah pula kiri kanan. Pilih nak duduk mana. Santai2 saja dengar kuliah. Anak2 biasanya ada satu port duduk dengan kawan2. Mcm amana dia selalu bawak buku. So dia study di masjid. Adik2 dia bawak mainan.. Haha.. Cari geng main kat satu sudut dengan kawan2. Bila dah letih datang baring kat saya dan dengar kuliah sekali. Jadi semua insya allah terkawal dan tak gangu jemaah lain..
 
Apa pun jika kita hadir atau tak hadir di sesuatu tempat atau event adalah utk menjaga perasaan org lain dan juga perasaan kita sendiri. Mungkin tempat itu tak sesuai utk anak2 kita atau kita nak jaga perasaan org lain yg mungkin nanti tidak senang dgn sikap anak2 kita yg belum matang nie.


 
Selalunya lepas kuliah kami akan reward anak-anak dengan makan-makan. Kadang2 anak-anak tak nak makan kalau dah ngantuk atau kalau dah kenyang dengan makanan yg saya bawak.
 

No comments: