ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, July 27, 2019

Mengugurkan bayi yang bermasalah? Dengar dahulu kuliah ini.

Rakan2 yg sedang mengandung
Dengarlah kulian ustaz adi hidayat nie
Sangat bermanfaat
Persoalan seorang doktor tentang kandungan yang bermaslah. Apa yg perlu diberitahu pada si ibu. Kupasan penuh yg sgt menarik. Semoga kuat semangat ibu2 utk teruskan kandungan.


Saya dah melalui 2 kali khabar tentang bayi bermaslah.
1. adlan khairy.
Dengan khairy doktor ada memaklumkan supaya saya bersedia kerana bayi ini mungkin tidak mampu bertahan. Saya perlu tiap2 minggu ke hospital untuk pastikan bayi masih bernyawa. Masa tue dalam 6 bulan dlm kandungan . Untuk memastikan bayi mqsih bernyawa ye bukan melihat berat bayi atau perkembangan Bayi dll seperti ibu2 lain.. Doktor pun siap cakap.. Pantauan perlu dibuat sebab jika "mayat bayi" dibiarkan dan tidak dikeluarkan nyawa saya pula berisiko. Ini semua kerana jantung khairy yang terlalu laju dan tidak normal. Kelahiran juga adalah pembedahan yg dirancang. Jadi faham2lah maksud doktor.. Kandungan ini sgt berisiko. Tapi pastilah doktor tetap bagi semangat utk teruskan. Tiada apa boleh dibuat sebab dlm kandungan. Doktor cakap saya perlu kuat. Bila baayi berjaya keluar kita akan usahakan utk maslah jantungnya. Ya sehingga kini masih kami bertahan dan berusaha utk khairy.

Hati remuk tapi sy teruskan dengan hati yg kecewa. Masa ini iman saya tidak kuat. Sy sendiri tak berapa ingat usaha saya dari sudut islamic. Saya lebih banyak nangis dan termenung. Baca quran ada tapi baca sahaja.. Kelahiran khairy adalah permulaan sy "dididik" oleh Allah. Alhamdulilah dengan kelahiran khairy.. Berjuang dengan segala masalah di keliling.. Saya lebih kuat.. Pergantungan pada Allah lebih kuat dari dulu sebab saya makin yakin semua maslah sy Allah akan selesaikan.

2. Adam ziqri
Doktor bagitau adam tiada maslah bersalin normal. Tetapi apabila lahir ada "defect". Hati remuk tapi sy dah diuji bertalu2 sebelum dan selepas khairy lahir. Saya balik sahaja sy terus buka alquran. Baca setiap ayat yg elok utk bayi. Masa itu saya cakap pada diri sendiri "selagi bayi ini belum lahir, usaha saya belum habis. Banyak ayat dlm quran boleh saya amalkan jadi kenapa sy perlu berhenti berharap kesempurnaan utk bayi saya"

Sedekah atas bayi yg belum lahir.. Solat2 sunat saya giatkan.. Dan sy tak bercakap langsung hal ini dengan suami lepas balik dari hospital. Sy bagitau adik saya dqn adik bgtau mak. Bila mak call saya cakap saya okey. Tapi bila mak nangis.. Saya kalah.. Saya nangis jugak.. Bila mak cakap "angah anak yg baik. Tapi banyak sgt ujian angah" masa itu saya nangis. .dengan sahabat baik saya myza sy tak dapat sorok. Sy cerita dan nangis. Suami pun tak mampu nak cakap apa2 bila tengok saya. Tiap kali dia buka bilik sy pandang kosong dan terus baca quran. Bila suami bagi rm "nah nie tambah modal awak utk niaga. Awak nak resignkan?" ayat itu je pun dah cukup buat saya rasa kuat. Bila Adam lahir sy pantau perkembangan Adam. Syukur sy masih kerja dari rumah. Alhamdulilah Adqm hampir 3 tahun. Sihat dan insya allah sempurna.. Alhamdulilah sangat2..


Ibu2 yg mengandung tolonglah dengar kuliah ini. Bagus sangt. Ada ayat2 yg ustaz adi bagi utk diamalkan bagi kandungan yg bermaslah. Ustaz Adi juga beri panduan untuk hadapi situasi nie. Walaupun saya hanya dengar kuliah ini selepas Allah menguji saya..saya sangat bersyukur Allah beri saya "cara" untuk saya hadapi semua ini untuk dapat bantuan Allah..

Bak kata ustaz adi.. Ibu-ibu mengandung jika berjaya melahirkan adalah mujahid. Jika wafat dapat syahid. Tugas ibu2 adalah mengandung bukan menentukan nasib kandungan. Al Quran adalah shifa. Amalkan dengan yakin ayat2nya. Bayi di dlm kandungan konsepnya adalah tawakal (di awal kuliah ada dinyatakan. Masa ini menitik air mata saya. Tiada upaya kita manusia kecuali Allah yg menentukan )
 

Kuatkan hati ibu2 ya.

No comments: