ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, September 17, 2019

Kita yg bernama perempuan by harlinda halim

💋 KITA YANG BERNAMA PEREMPUAN 💋

Perempuan zaman dulu tak sama dengan perempuan zaman sekarang.

Perempuan zaman dulu bila dah kahwin, duduk rumah, fokus buat kerja rumah, urus rumahtangga, jaga dan uruskan hal ehwal suami dari hujung rambut sampai hujung kaki, sediakan makan minum dari pagi sampai malam, layan kehendak suami & uruskan semua yang sepatutnya.

Lepas tu sampai masa akan beranak, susukan anak, basuh berak anak, besarkan anak dan pastikan semuanya serba serbi lengkap.

Suami kerja dari pagi hingga petang mencari rezeki dan duit untuk sediakan kelengkapan rumah.

Suami adalah the sole breadwinner. Suami akan kerja cari rezeki untuk pastikan isteri dan anak-anak cukup makan minum pakai dan segala-galanya yang berkaitan dengan rumahtangga.

Anak-anak zaman dulu, membesar dengan melihat karakter seorang ibu itu SENTIASA ada dirumah.

Sepagi keluar kesekolah seorang ibu yang akan sediakan segala persiapan ke sekolah. Bila pulang kerumah ibu dirumah menunggu dan segala lauk pauk dah siap dimasak.

Tinggal nak basuh tangan makan sampai kenyang.

Anak-anak zaman dulu, membesar dengan melihat karakter seorang ayah yang keluar seawal pagi bekerja dan akan balik kerumah selewat-lewatnya jam 5 petang.

Waktu subuh dan maghrib ayah akan berpelikat dan berbaju melayu, start motor dan ke masjid.

Ayah akan ada dirumah pada waktu malam, spend masa menonton TV bersama-sama isteri dan anak-anak. Yes. Family quality time setiap malam.

Masa tu, isteri sangat TAAT dengan suami. Sebab tahu suami dah penat bertungkus lumus cari rezeki dan sediakan semua untuk keperluan keluarga dan rumahtangga.

Suami adalah TUNGGAK dan KETUA KELUARGA yang wajib dihormati sebab suami ada tanggungjawab yang sangat besar untuk keluarganya.

.

TAPI ITU DULU.

DULU.. ZAMAN KITA KANAK-KANAK DULU.

.

Sekarang semua dah berbeza. Tak sama. Totally different.

Kalau dulu isteri dirumah, jadi penyeri rumah, pengurus rumah tangga, jadi madrasatul ulaa untuk anak-anak, jadi master chef untuk suami dan anak-anak..

Tapi KINI tidak lagi begitu.

Isteri zaman sekarang, terpaksa BEKERJA untuk cari rezeki dan duit. Sama seperti tugas orang lelaki.

Isteri kena cari duit sebab, perempuan zaman sekarang belajar tinggi, dah biasa pegang duit sendiri, tak suka bergantung dan harap duit suami sebab selalunya limited.

Dan dalam kebanyakan waktu isteri bekerja sebab nak kurangkan beban suami dalam menanggung perbelanjaan keluarga dan rumahtangga.

Walaupun terkadang hasil duit tu tak nampak jelas menyumbang dengan bayar bil atau sebagainya, TAPI, dengan menanggung dirinya sendiri, banyak juga mengurangkan beban suami sebenarnya.

Baju beli sendiri, makan minum beli sendiri, pakaian dalam beli sendiri, tudung beli sendiri, ubat & supplements nak sihat beli sendiri.

Ada waktunya barang dapur dan keperluan anak-anak pun isteri beli je time ada duit. Sekali sekala sumbang sikit-sikit InsyaAllah dapat pahala.

Dan perempuan zaman sekarang tak sama macam perempuan zaman dulu sebab, perempuan zaman sekarang sangat BERDIKARI.

Kereta boleh bawak, motor boleh bawak. Nak kena sana kemari tak perlu harap suami. Ambil kunci, start kereta, broommmmm tekan pedal minyak terus pergi mana nak pergi.

Kalau ada masalah pun InsyaAllah boleh setel sendiri sebab perempuan zaman sekarang sangatlah BERANI DAN BERDIKARI.

Dan..hakikatnya, zaman sekarang, suami LEBIH SUKA isterinya BERDIKARI dan BUAT HAL SENDIRI dari asyik berharap dan bergantung pada dirinya. Kan? 😉

Natijahnya, bila orang perempuan, dah boleh buat sendiri semuanya, cari duit sendiri, urus diri sendiri, setel hal sendiri, orang perempuan zaman sekarang dah jadi macam orang LELAKI.

Orang perempuan dah punya JATI DIRI SEORANG LELAKI. Orang perempuan dah bersifat dan berkarakter seorang MASKULIN.

Dek kerana itulah ramai orang perempuan zaman sekarang ni apa-apa suka buat keputusan sendiri, keras kepala, ego dan tak suka disuruh sarah.

Hatta dengan suami sendiri pun sangatlah payah nak ikut arahan dan teguran.

Sebab, kita dah jadi TOUGH. Mindset kita dah tak macam feminine original. Kita rasa BERKUASA atas diri sendiri. So sesiapa pun tak boleh nak menguasai diri kita.

SETUJU TAK DENGAN STATEMENT NI? 👆🏻👆🏻👆🏻

Sebab apa saya share perkara ni pagi ni?

Sebab saya rasa terpanggil nak share bilamana saya sendiri kebanyakan waktu berada dalam DILEMA yang sangat komplikated ini.

Sampai satu masa saya jadi stress (depression) sebab apa yang saya lihat masa saya kecil dulu, tak sama dengan apa yang saya lalui bila saya dah dewasa kini.

Saya menyimpan rasa bersalah setiap pagi nak keluar ke ofis sendiri bila saya lihat wajah anak-anak kecil saya yang saya tinggalkan pada pembantu rumah saya.

Saya rasa bersalah fokus lebih pada bisnes instead of anak-anak dan rumahtangga saya.

Saya rasa tak best bila suami saya suruh saya setelkan hal sendiri, buat itu ini sendiri, nak pergi mana-mana sendiri.

Saya rasa penat terpaksa take over task-task tertentu yang mana dulu masa kecik hatta sampai sekarang pun saya tengok ayah saya yang masih lakukan task tersebut.

Contoh beli barang dapur. Sampai sekarang pun saya tengok ayah saya dan ayah mertua saya masih pegang jobscope tu tau. 😂

Saya tak salahkan orang lelaki a.k.a suami dalam hal ni. No i did not.

Tapi, please, husband and wife. Remind ourselves again and again.

ZAMAN DAH BERUBAH.

Suami tak boleh expect isteri uols akan jadi isteri yang perfect macam mak awak.

Isteri juga tak boleh expect suami awak jadi sebijik macam bapak awak.

Masing-masing kena realize benda ni.

Jangan terlalu expect pasangan uols jadi macam yang uols nak.

Sebab mereka takkan boleh. Time has changed.

Yang penting, kena saling BEKERJASAMA, BERTOLAK ANSUR dan MEMAHAMI tanggungjawab masing-masing.

Jangan asyik salahkan pasangan je bila ada masalah.

Cek dan muhasabah diri juga. Kenapa suami/isteri aku jadi begini begini begini.

But still, ORANG LELAKI paling penting kena beringat dan take note.

Uols adalah KETUA KELUARGA. Nak bagi jadi elok, bagi jadi ok family, apa-apa pun berbalik kepada cara uols handle the family.

Isteri ni walaupun kadang-kadang complicated dan susah nak faham, tapi kalau suami pandai handle dan kena cara yang betul didikan dari seorang suami, insyaAllah..isteri akan jadi sangat MUDAH untuk jadi TAAT dan MENGIKUT KATA.

Trust me. Orang perempuan ni sangat mudah nak handle kalau u guys tau caranya dan u guys tahu jaga hati dan emosinya. ☺️

Baiklah, semoga sharing saya ni ada manfaatnya buat semua yang membacanya. 😘

Siapa baca sampai habis, tahniah saya ucapkan! Sebab tak semua orang Allah Taala pilih untuk baca status best macam ni. Hihi.

Sayonara!

#kembalikepadafitrah #familyfirstbusinesssecond

No comments: