ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, September 18, 2019

Ustazah Asma Harun di Masjid Al Riduan Hulu Kelang 15/09/2019

 
Alhamdulilah  Allah izinkan hadir majlis ilmu bersama Ustazah Asma Harun yang sangat2 saya minati. Hilang sudah "mengidam" untuk duduk di satu majlis ilmu dengan beliau. Walaupun hanya memandang dari jauh. Beliau di bawah dan saya di atas.
 
Ustazah pun baru bersalin dalm 40++hari dan bersalin ceser pulak tue. Kuat sungguh semangat beliau demi nak menyampaikan ilmu. gagahkan diri demi kami yg telah menunggu2 di masjid Hulu Kelang.
Masa pergi suami hantar. Jem di depan m...asjid toksah cakaplah. Suami hanya drop by sahaja saya, mil, khairy dan anak buah. Time balik adik ipar pulak amik.. Terdengar mil pesan kat adik ipar "amik kat kubur ye" 🤦‍♀️🤦‍♀️ Sebelah masjid nie memang ada kubur😆
 
 
 
 
Bak kata ustazah asma harun.. "bila kita berada di majlis ilmu bukanlah kerana kita org baik dan solehah tetapi kita berusaha ubtuk menjadi baik dan solehah. Kita hadir di majlis ilmu untuk memperbaiki diri kita dan mudah2an Allah catit diri kita sebagai org yg sedang menuju ke syurga Allah"
 
Alhamdullilah.. Allah beri kesempatan saya hadir di majlis2 ilmu bersama ustaz dan ustazah yg saya gemari bermula dengan Ustaz Habib Ali Zeanal di Masjid Setiawangsa & Kuliah Al Waqiah Ustazah Halimah di UKM  . Selepas itu Ustaz Rizam di Madrasah Darul Atiq. Selepas itu Ustaz Ali Hidayat di Masjid Putrajaya dan hari ini bersama Ustazah Asma Harun di Masjid Hulu Kelang. Bahagia di usia2 yang hampir 40 tahun akhirnya Allah mendengar juga doa2 saya untuk berada di satu majlis ilmu bersama mereka yg sgt2 dalam ilmu agamanya.
 
Seperti mana bila kita berkehendak sesuatu sama ada makanan sedap, baju yg cantik, handbeg yg mahal, negara2 utk dilawati sudah pasti kita sering menyebut2nya. Selagi tak dapat selagi itulah disebut sehingga ia menjadi satu doa. Begitu jugalah jika kita ingin berada di satu majlis ilmu bersama ustaz/ustazah yg kita gemar. Sebut2 selalu. Jadi doa.. Cakap hari2 pasti satu hari kita dapat juga berada bersama mereka. Pastikan kita sebut2 selalu sehingga "menanah" telinga suami mendengar keinginan kita untuk bertemu ustaz/ustazah kegemaran kita sehinggakan suami cari jalan kita bertemu ustaz/ustazah kegemaran kita😆
 
Next saya mengidam berada dlm satu majlis ilmu bersama Ustaz Khalid Basalamah dari Indonesia. Jangan katakan ia mustahil ya.. Sedangkan Ustaz Adi Hidayat yang selalu saya hanya lihat di utube tiba2 ada di Masjid Putrajaya baru2 ini.. Jangan perkecilkan kuasa doa kerana Allah Maha Mendengar. Semiga rakan2 juga berpeluang satu hari nanti "merehatkan" diri di majlis2 ilmu. Insya Allah. Amin.

Bila mil ko menjeling..haha
Yang sebelah Khairy tue anak buah saya. Anak pada adik perempuan husbd.
Malam ada Ustaz Abdullah Khairy. So husbd pergi dengan Amirul Arief pulak.
 
Terubatnya hati dengar suara Ustazah Asma. Mendengar perkongsian beliau tentang kelahiran anak ke 7 beliau. Sangat faham perasaan beliau bila doktor mengkhabarkan rahim beliau akan dibuang.. Begitulah hati saya mendengar khabar anak saya mengidap sakit jantung dan belum tentu selamat dilahirkan😭  Ustazah Asma share ayat ini. Ketika diberi khabar berkenaan keadaan dirinya dan komplikasi ketika akan bersalin dan selepas bersalin. Ustazah amalkan ayat ini utk menguatkan dirinya



 
Sempat shoping bihun keluaran muslim @Nureys Murah RM3 je.. Kata geng #bmf.

No comments: