ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, March 25, 2021

Adlan Khairy IJN 25/03/21

 Setiap kali dapat msg ada appoiment IJN sy beritahu khairy awal2 utk dia prepare himself.

Sebagai ibu saya nampak kegelisahan dia.
Khairy akan selalu mengira hari untuk ke IJN. Dia akan tanya berkali-kali berapa hari lagi nak ke IJN.
Khairy pun akan pretend semua okey. Dia akan banyak kali cakap "mama cuba pegang jantung khairy.. Slow kan? Tak laju. Khairy sihat kan?"
Pagi ini sy lihat dengan jelas khairy bimbang sangat nak ke IJN. Dia dah besar. Dia tahu penyakit dia tak semua org ada dan penyakit dia bukan penyakit biasa-biasa. Pagi nie lepas solat subuh terus khairy makan ubat. Selalunya khairy makan malam sahaja. Takde kerjalah khairy pagi2 nak mengadap ubat. Sebak hati saya.
Habis makan ubat datang dekat saya suruh saya pegang jantung dia. "Mama khairy rasa jantung dah slow. Mesti mesin tue baca slowkan mama?"
Bukan khairy je jadi mcm nie tiap kali ke IJN. Saya pagi2 dah perhati nadi di leher khairy masa nak kejut dia subuh. Laju ke slow ke..
Mak dengan anak sama2 stress sebenarnya nak ke IJN🤣
Hari ini pertama kali sy tergerak nak isi masa di IJN dengan baca tafsir Al Quran. Selalunya akan ambil masa 2,3 jam di sana. Biasanya saya belek hp. Dari satu ke satu hal kat hp tue. Membuang masa sungguh rasanya...
Tapi tiba2 terdetik hari ini apa salahnya sy bawa tafsir dan baca terjemahannya. Lebih berfaedah. Hp sy bagilah khairy main. Saya tak mampu hafaal quran tapi sekurang2nya saya raasa kalau saya tahu setiap cerita dlm setiap surah pun bagus.
Jadi sepanjang di IJN tadi sy baca tafsir. Sy mulakan dengan Al Khafi. Walau sy memang dah tahu dlm tue cerita tentang pemuda alkahfi, pemilik kebun, nabi musa dan khidir, dajal, yakjud makjud dan zulkarnain tapi hari ini saya dpt baca dengan tenang setiap ayat.
Habis membaca satu terjemahan surah Al Kahfi tiba giliran khairy diperiksa dan satu kejutan sy terima hari ini!
"nampak khairy gud progress. Nak cut ubat? Tapi nak cut ubat kena buat echo"
Khairy laju menjawab "haaa. Nak pergi ECO? Nak beli mainan khairy ke?"
Saya dengan nurse dah tergelak2.. Adoiii khaiy. Takpe nanti mama upah khairy mainan dari eco, ninson, diy, mr toys. Rakyat marhean kita nie. Beli situ je. Kalau rosak pun hati mama tak geram sangat😂
Doc cadangkan next appoiment utk reduce ubat khairy dengan syarat jantung khairy secantik hari ini dan hasil echo scan cantik.
Baru sekali sy bawa tafsir dan isi masa dengan baca terjemaahan Al Quran tapi Allah dah berikan hadiah dengan berita gembira mcm nie. Dah 8 tahun khairy sakit jantung tak pernah mana2 doktor yg rawat khairy beri cadangan reduce ubat khairy melainkan tambah dos ubat dan jenis ubat.
Baru cuba baca tafsir dah begini rahmatNya.. Sebab tue rezeki org2 yg hafal Quran nie lain mcm kan?
Bila kita cuba buat sesuatu utk hampir dengan Allah, Allah balas berkali2 ganda niat kita tue.
Sebak sgt.. Kita byk dosa pun Allah masih lihat usaha yg secubit nie.
Sy cakap dengan husbd. Next appoiment kena prepare duit lebih tau sebab guna 2 mesin. ECG dan eco scan. Husband senyum je. Sy pun gelak.. Ada apa hal.. isinar kan ada😂😂
Otw balik ke rumah dah masuk Zohor.. Khairy cakap "mama, boleh ke kita jamak zohor dengan asar? Jauh dah kita jalan nie"
Sy tergelak. Sebak. Mama tau khairy penat bertahun2 melalui cerita jantung ini. Jadi dia rasakan terlalu jauh IJN nie. Anak2 tau kalau jalan jauh lebih 90km boleh jamak solat. Tapi IJN nie kurang sejam je dari rumah kita nak😂
Sabarlah khairy ujian Allah tak pernah sekejap. Ujian Allah nie objektifnya nak melihat sejauh mana ketaqwaan kita pada Allah.
Mama akan sentiasa menemani anak2 mama lalui "didikan Allah" sebagaimana anak2 mama menemani mama masa mama jatuh tersungkur dulu.
Anak2 tak pernah benci mama. Mama selalu marah2 dan lepaskan pada anak2 kepenatan dan kekecewaan mama. Anak2 bertahan sahaja. Kemana2 tetap menemani mama. Dan masa tue kakaklah paling memahami. Kakak yg selalu jaga adik2.. So jangan jeles kalau mama selalu berjalan berdua dengan kakak tau. Bawak kakak makan tempt best2. Mama banyak "hutang" dengan kakak..
Dah masanya mama balas semua pengorbanan anak2 mama. Insya allah mama usahakan semampu mama. Masa, tenaga dan kewangan utk anak2 mama..
Allah ada dan dia tak pernah tinggalkan kita.
Setiap masa ada sahaja cerita bahagia utk kita.
Cerita duka ada tapi mama malas nak amik pusing sangat sebab mama tau semua yg duka tue tak akan bagi kesan pada kita selagi kita berpegang teguh dengan Allah, Al-Quran dan Sunnah.


Gambar masa kali kedua masuk wad di HUKM.
Kecik lagi nie kurang setahun.
Gambar kali pertama saya tak ambil sebab lebam biru sangat muka kairy

Khairy dah 8 tahun
Selama itulah kami berjuang melalui 'didikan'Allah yg sangat manis ini


1 comment:

Ezna Khalili said...

Bila teringat balik journey Khairy ni memang rasa bersyukur kan Ila?. Akak doakan yang terbaik untuk kesihatan Khairy. Aamiin....