ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, April 22, 2021

HAMBA HUTANG




Sejak saya faham apa itu hutang riba bersungguh-sungguh sy jauhkan diri dari hutang. Tahun ini 6 tahun dah sy tak ada buat loan baru..Rasanya kalau tak diberi hidayah sy dah tambah loan utk rumah atau kereta lagi dengan gaji yg makin naik plus 2 hutang yang dah habis..

Tapi saya faham.. Sy nie dah 40. (Read Nabi Muhammad wafat umur 63 tahun lebih kurang) Dah dekat menuju akhirat. Tak ada satupun harta yg sy boleh galas kat bahu utk bawak masuk dlm kubur.
Sebenarnya bila kita kurang hutang. Kita lebih banyak cash. Kita boleh tukar cash di dunia nie utk jadi cash di akhirat.
Memberi.. Memberi.. Memberi..
Memberi pd org yg disayangi, mak ayah anak2
Memberi pada yg berada di jalan fisabililah- org belajar agama, tahfiz etc etc
Memberi anak2 yatim dll
Tak ada yg rugi..
Sejak sy lebih kerap memberi..
Lebih banyak rahmat Allah datang.
Anak2 sihat. Jarang sakit. Khairy yg sakit jantung pun dipermudahkan urusan kesihatannya (sy tak akan lupa jasa Dr
Zubaidi Ahmad
yg nasihatkan sy bersedekah atas nama khairy dengan niat dimudahkan urusan jantung khairy)
Keluarga kecil kami lebih aman.
Gaduh suamisiteri biasalah 😆
Tapi Suami pun lebih berlemah-lembut dengan saya. Selalu juga cuba happy kan sy walau hal kecil2.
Anak2 memang aktif tapi menurut kata2 saya.
Saya pun tidaklah jatuh miskin dengan memberi malah hutang ada yg habis..
Saving ada juga sedikit2 compare dulu.
Boleh belanja parents dan kawan juga kucing2😆
Btw memberi nie sy tak maksudkan amount ye..
Rm1 kalau selalu beri pun memberi juga namanya..
Allah kan tau kemampuan kita.
Tapi Allah juga tahu jika kita menyalahguna istilah "mampu" .
Sy memang takut..
Pahala sikit. Dosa banyak. Hutang pun banyak. Jangan ingat hutang tue tak dipersoalkan. Sedangkan org yg mati syahid tetapi ada hutang pun Nabi tak nak solatkan (betulkan kalau salah).
Apa lagi kita nie.. Bukan mati syahid. Hutang je berkepuk2..
Tetapi kalau suami nak tambah harta dengan beli cash saya tak kisah. Saya bagitau husbd nak beli tanah dekat dengan madrasah anak.. Boleh je.. Tapi jual rumah puchong. Supaya dpt tanah dan rumah yg free riba. Tanah dlm 200k dan buat rumah dlm 100k.
Semoga ada rezeki kami. Insya allah.. Berdoa selalu semoga Allah beri jalan dpt tutup satu persatu hutang dan sebagai gantinya dapat harta yg lebih berkat dan bernilai di dunia dan juga akhirat.

Saya tidak mahu jadi hamba hutang sampai tutup mata.
Say cuma mahu jadi hamba Allah.
Yang sudah punya uban di kepala insaflah..
Uban tue tanda panggilan kubur.
Cukup2lah berhutang dan menggalakkan org lain berhutang.
Belajarlah dalam-dalam bab hutang.
Jgn amik remeh lagi2 bila dah beruban.





No comments: