ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, May 3, 2021

Kasih seorang ibu dan istiharah

 

Cerita ini panjang .. Tentang kasih seorg ibu dan solat istiharah.. Bacalah dengan tenang jika sudi..
Saya sangat2 sayang solat istiharah walau sy memang jarang buat. Selain solat duha inilah salah satu lagi solat sunat yg sy buat selepas kelahiran anak jantung sy - Adlan Khairy. Sy jadi takut nak melangkah atau meneruskan sesuatu perkara tanpa solat istiharah.
Solat istiharah itu solat yg sgt eksklusif bagi diri saya di dalam membuat apa sahaja keputusan dlm kehidupan saya. Dalam urusan rumahtangga, kerjaya, niaga dan anak2.. Hidup sy sgt mudah dan tenang dengan istiharah kerana saya tahu Allah akan berikan jawapannya yg terbaik dengan kasih sayangNya kepada hamba2Nya yang meminta pertolongan dan petunjuk.
Ya.. Solat istiharah ini juga saya buat dengan yakin dan ikhlas selepas khairy lahir.
Maksud yakin dan ikhlas adalah.. Sy yakin dengan apa2 pun keputusan yg saya dapat dan sy ikhlas akan ikut tanpa berundur sedikit pun ke belakang atas semua jawapan yg Allah beri. Kebanyakan jawapan istiharah yg sy dapat adalah negetive. Maksudnya negetive adalah : Jawapan yg Allah beri tidak sama langsung dengan keinginan saya. Tetapi alhamdulillah dlm kepayahan sy menurut jawapan istiharah banyak hikmahnya di masa hadapan dan sy dapat semua nie dengan mendidik rasa sabar dengan lebih kuat dlm melalui semua petunjuk istiharah. Sesungguhnya Allah jugalah yg lebih mengetahui yg terbaik utk hamba2nya.
Hari ini, berlalu sudah hampir 2 tahun urusan solat istiharah utk Arief. Petunjuk demi petunjuk.. Step by step.. Saya pernah cerita di sini.. Suami cadangkan masukan Arief di madrasah. Madrasah yg sy tak tau dimana. Dan tak tau siapa pun mudirnya. Suami tunjukkan klip2 ceramah ustaz rizam.. Masa tue saya diam sahaja. Dalam hati at least biarlah habis exam UPSR dulu... Sebabnya sy masih berusaha utk Arief. Sy htr Arief tuisyen one to one, sy masukan dia kelab bola sebab enery dia byk sgt so nak tone down aktifnya sy masukan kelab bola, sy buat test di cyberjaya utk Arief-sampai hari nie report tak dpt2. Dan sy pun dah tak heran.
Satu hari saya lihat ustaz rizam bersama ustaz wadi anuar yang baru sedar dari accident. Accident yg menyebabkan seorang lagi ustaz meninggal tetapi ustaz wadi terselamat. Ceramah pertama Ustaz Wadi Anuar selepas dia agak sihat adlah di madrasah yg suami sy nak arief duduk di situ. Ada lagi seorag ustaz dikenali yg turut serta.. Dlm hati saya.. Madrasah apa nie.. Bukanlah madrasah have2 tapi ramai org alim dan org agama dtg berziarah di situ.. Sehingga saya menulis ini banyak ustaz2 dan jemaah tabligh yg dikenali di mainstream dan underground termasuk menteri berziarah di madrasah ini. Madrasah yg berkah tak semestinya glamer di media mainstream.. Bukankah kebenaran seringkali disembunyikan dari mainstream? Ia akan dicari oleh mereka2 yg diberi petunjuk dan dahagakan ilmu yg benar.
Suami cakap lagi.. Bergurau dgn Arief "arief nak duduk sini tak. Ramai ustaz dan org2 alim2 datang.. Nanti dapat berkahnya. Tapi ini bukan tempat org kaya2..bukan tempat glamer2.takde aircond bagai.. Takde hp.. Takde kolam renang.. Kalau mama nak arief jadi org have2.. Jadi enginner, majistret, ahli muzik bukan sini tempatnya.. Tempat nie utk arief jadi org beradab dan bertakwa" cakap dengan anak tapi sy tahu dituju utk saya🤭
Saya berlalu dan cakap.. "Nantilah mama buat istiharah ye" sambil berkata2 begitu dlm hati sy mengomel "kalau betul nak anak ada di jalan agama. Sy nak anak sy belajar sekali sunnah nabi. Memanah+berkuda. Kalau anak sekolah akademik berusaha makbapak sampai universiti, masuk tuisyen bagai. Begitu juga sy nak jika Arief masuk madrasah.masa tue sy asik terfikir hal memanah dan berkuda . Nak gengam sesuatu biar sampai jadi bara"
Tak lama lepas tue.. Sy buat solat taubat dan solat istiharah. Kebiasannya sebelum sy buat solat istiharah saya akan buat solat taubat. Saya tahu sy banyak dosa.. Sy tak nak jawapan solat istiharah tertutup dek dosa2 saya yg banyak nie. Solat istiharah kali nie memang khas utk Arief sahaja.
Selepas itu saya mulakan sesi jadi PI😆. Sy godek fb madrasah sampailah sy dpt fb ustaznya bukan mudirnya.fb mudirnya sy tengok juga. Tapi sy nak lihat siapa yg bakal jaga anak saya nanti di sana. Sy scroll dari awal sampai habis fb madrasah dan fb mudirnya. Dari situ sy dpt maklumat Ada 2 org ustaz yg selalu diletakkan tanggungjawab utk urusan madrasah. Masalahnya di page madrasah hanya akan letak nama dan no telefon ustaz nie sahaja . Punyalah sy beria2 carik fb ustaz2 nie masa tue.. Saya baca semua comment. Sy godek dari awal sampai akhir fb madrasah sampai sy dapat fb kedua2 ustaz nie.
Bermulalah cerita sy skodeng fb kedua2 ustaz. Seorg ustaz tidak berupdate. Berbulan2 adalah sekali. Hampa saya 😪.. Seorang ustaz alhamdulillah.. sebulan adalah beberapa kali update. Sy baca dari awal sampai habis fb ustaz tue. Saya tahu ustaz dah kawin, ada 3 anak, isterinya berpurdah, asal ustaz dimana dan yg paling penting sy dapat tahu yg ustaz tue seorang pemanah. Banyak negara dah dijejaki sebagai wakil negara. Bukan sahaja wakil negara tetapi antara juara dunia. Besarnya kuasa Allah.. Boleh pula di madrasah kampung dicelah2 hutan.. Boleh pula juara dunia di arena memanah "menyorok" di situ. Sebak rasa sebab satu jawapan istiharah saya dijawab Allah. Saya dah tahu info2 ustaz tapi saya tetap skodeng fb ustaz hampir berbulan2.. Kdg2 sy comment status ustaz.. Nak korek infolah katakan.. Siap set fav fb ustaz memanah nie 🤣
Dalam pada itu saya masih berfikir lagi. Adakah ustaz memanah tue petunjuknya? Kuatkah petunjuk istiharah dengan info ustaz Arief itu pemanah dunia. Sudi ke ustaz tue turunkan ilmu pd Arief etc etc etc.. Mcm mana masa depan arief.. Nanti nak jadi apa? .. Dah kuat ke jawaoan istiharah setakat petunjuk ustaznya seorg pemanah dunia.. Mcm2 sy fikir.. Hati berbolak balik juga..
Alhamdulillah Allah faham hambanya ini hatinya masih berbolak-balik. Allah hadirkan satu kejadian di sekolah Arief yg membuatkan batas kesabaran saya sebagai ibu habis. Tak perlulah sy share di sini. Sebab banyak kali sy dah bertahan mengenangkan adab sebagai parents. Tetapi bila kejadian yg sy pasti bukan kesalahan anak saya selepas sy jadi PI juga.. Sy buat keputusan utk keluarkan Arief. Sy percaya ini juga salah satu petunjuk istiharah utk menguatkan hati saya berpegang pd jawapan istiharah. Dalam sy sakit hati dengan kejadian itu sy tetap bersyukur dan sy anggap ini adalah petunjuk istiharah Allah utk urusan Arif.
Kami tak buat keputusan ikut selera kami. Kami tanya pada Arief. Apa pendapat kalau dia duduk madrasah? Arief terima dengan senang hati. Tapi saya cadangkan Arief cuba dulu duduk di madrasah masa ada kem cuti sekolah. Madrasah memang adakan kem cuti sekolah setiap tahun . Dah bertahun2 madrasah buat. 2 minggu tanpa sebarang yuran... Terpulang pd ikhlas ibubapa nak beri pd madrasah. Beratus2 anak dari seluruh malaysia joint. Dan alhamdulillah Arief dan Amana sempat joint sebelum kobid melanda. Alhamdulillah Arief berjaya habiskan kem 2 minggu dengan sgt seronok. Berbeza dgn Amana yg tak dapat sesuaikan diri. Sy kenal anak2 saya. Sy tahu Amana tak boleh. Dia tidak sekental Arief. Seminggu dah melalak nak balik. Arief pula berjaya dan kami teruskan dengan mendaftar Arief di madrasah dan keluarkan Arief dari sekolah biasa.
Dan semalam UPSR dimansuhkan.. Tiba2 saya tersenyum mengenangkan Arief.. Syukur alhamdulillah sy tidak bertahan seperti di perancangan asal iaitu nak menunggu sehingga habis exam UPSR. Betullah.. Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Dia Maha Mengetahui perjalanan yg terbaik utk setiap hamba2Nya.. Lebih2 lagi yg meminta petunjuk dan pertolongan dengan cara solat dan sabar..
Mengenangkan perjalanan Arief.. Hampir 2 tahun.. Actually tak sampai 2 tahun pun Arief di madrasah kerana asik cuti kerana kobid.. Banyak perkembangan yg baik2 terjadi.. Dari segi membaca, menulis nombor, adab solat, solat, mengaji, wirid dan sy lihat alhamdulillah Arief beradab dengan guru2nya.. Nakal tetap ada sebab dia masih kanak2..
Alhamdulillah saya tenang melalui jalan2 mengikut petunjuk istiharah yg Allah beri sebagai ibu, isteri dan pekerja..
TIDAK PERNAH RUGI ORANG YANG MELAKUKAN SOLAT ISTIHARAH.
Dan pada yg bertanya sebelum ini "habis mcm mana UPSR. Arief tak amik UPSR ke?" Semalam gomen dah jawabkan🤭🤭
Jangan ditanya lagi atau pertikaikan masa depan anak2 di jalan agama..
Jangan prejudis pd kami parents yg htr anak2 di jalan agama
Berhenti jari tue menaip laju tentang kami parents yg htr anak di jalan agama adalah patents yg melepas tanggungjawab utk mendidik anak2.
Kami juga inginkan yg terbaik utk anak kami. Dan jujurnya dah penat dengan urusan yg fokusnya terlalu keduniaan.
Semakin kita tua kita ingin hidup tenang melihat anak2 yg beradab dan taat mengikut perintah Allah.

Kerap juga terbaca.." Parents yg htr anak di jalan agama nie tak fikir ke budak tue besar nak jadi apa nak makan apa?"
Rasanya dah boleh pikir pula masa depan anak2 di sekolah biasa yg bertukar2 silibus, skema, konsep tiap kali org atasan bertukar. Tiap kali bertukar org atasan setiap kali itulah masa depan anak2 diperjudikan. Gud luck!


jemput dengar..
Saya tak reti nak masukkan video
Cuma ada link..
Bila saya rimdu Arief saya akan dengar banyak2 kali kedua-dua video Arief nie.
Semoga saya dan Arief reda dengan berjauhan seketika demi ilmu agama.
Lebih-lebih dengan kobid nie susah saya nak berulang-alik tengok Arief.
Semuanya serba tak pasti untuk berjumpa Arief walaupun satu negeri










Ustaz Azizan Zakaria nie Ustaz di madrasah Arief.






No comments: