ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, May 7, 2021

Memperbanyakan harta dari RIBA maka hujung akhir urusannya adalah kemiskinan



Berbual2 dengan suami. Walau kami berbeza pandangan saya tak akan jemu2 bercerita dengan suami.
Compare zaman muda dengan sekarang.. Banyak sgt suami saya berubah dan lebih dekat dengan agama. Sekarang suami lebih baik dari saya yg acah2 baik nie😆
Sebabnya suami dia kalau belajar bukan setakat baca tapi siap hafal. Jenis detail.. Siap carik ustaz2 nak belajar.. Beli kelas online belajar agama..etc etc.. Nampaklah kesungguhan jadi anak murid yg berdedikasi.. 😁
Sy pulak jenis sambil lewa.. Lambat menghafal. Sy jenis suka shortcut. Sy tau siapa yg boleh selesaikan maslah sy.. Sy tanya jelah org tue.. Kan senang😂
bila suami dah dekat2 dengan agama. Lagi mudah.. sy serah semua kat suami. Sy goyang kaki.. Lepak2 sambil bebel2 je kat anak2 ðŸĪŠ
Sebab tue sy selalu photobook kan doa2 yg sy sering baca. Sy tau sy tak mampu hafal byk benda. Sy pun bukan beriltizam sgt mcm suami..adudududu..
So sy percaya one sweet day suami akan sama fikiran dan pandangan dengan saya bab urusan hutang nie.



Suami : Janganlah risau hal hutang2 tue. Kan ada takaful.
Me : Bang... Takaful tue utk melepaskan waris2 di dunia dari bebanan hutang dan dikejar bank. Awak kat akhirat nanti macam mana? Awak membela diri di hadapan Allah dengan takaful? Rasullulah pun tak nak solatkan jenzah org yg ada hutang tau. Sahabat dulu berhutang tanpa riba. Kita nie terjamin ke hutang zaman sekarang yg berpaksi keuntungan utk bank takde riba? . Riba nie berperang dengan Allah dan Rasul tau. Org yg syahid pun tergantung nak masuk surga kerana berhutang"

Suami diam. Dan gelak.. Saya tahu suami berfikir-fikir. Org lulusan akauntan nie dia nak fact and figure. Bab nie sy memang kalah. Takkan saya nak mintak tolong ex ceo bank muamalat tue utk berbahas dgn suami bab angka2 tue. Sy mana kenal diaðŸĪ­ btw adik
Ammar Debt Story
ada tak link ceo muamalat yg jelaskan bab islamic bank tue.. Drop di comment ye kalau ada..
Kita nie sahabat nabi pun bukan, berhutang mungkin riba, tidak mati syahid.. Jadi apa nak jadi akhirat kita nie disebabkan hutang? Nak cover depan Allah dgn takaful?
Di comment ada cerita Rasullulah tidak solatkan org yg berhutang dan yg mati syahid juga tergantung dari masuk syurga kerana hutang)
Mudah-mudahan suami faham. Sy risaukan dan cintakan akhirat dia lebih dari harta dunia nie.
Dulu zaman muda saya tak faham. Saya pun ada target nak ada 3,4 bijik rumah bla bla bla
Tapi dengan masa dan selepas kelahiran khairy.. Sy faham sy cuma nak hidup dengan tenang.. Beribadah dengan tenang.. Jalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dengan tenang. Sy tak nak kerja sampai pencen . Terkejar2 kejar punch card. Sedangkan seorg isteri lebih afdal di rumah. Camana saya nak dpt semua tue jika suami/saya masih galak berhutang dan tak jelaskan hutang2 dengan segera?
Ada ke sesiapa di sini yg boleh hidup dan beribadah dengan tenang walaupun ada hutang ?
Cer comment and sharing rahsia tenang hidup dengan hutang?
Apa yg ada dah lebih dari cukup dan sy cuma nak bebas hutang. Bebas riba supaya hidup lebih diberkati.



Penjelasan Ex CEO Bank Muamalat berkenaan riba dalam Islamic Bank - Dato Abdul Manap



 

𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗠𝗔ð—Ķð—Ļ𝗞 ð—Ķ𝗎ð—Ļð—Ĩ𝗚𝗔 ð—Ēð—Ĩð—”ð—Ąð—š 𝗎𝗚 𝗕𝗘ð—Ĩ𝗛ð—Ļð—§ð—”ð—Ąð—š ð—Ķ𝗘𝗞𝗔𝗟𝗜ð—Ģð—Ļð—Ą 𝗗𝗜𝗔 𝗠𝗔𝗧𝗜 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 ð—žð—˜ð—”ð——ð—”ð—”ð—Ą ð—Ķ𝗎𝗔𝗛𝗜𝗗
𝗧𝗘ð—Ĩð—›ð—”ð—Ÿð—”ð—Ąð—š 𝗗𝗔ð—Ĩ𝗜 𝗠𝗘𝗠𝗔ð—Ķð—Ļ𝗞𝗜 ð—Ķ𝗎ð—Ļð—Ĩ𝗚𝗔.
Dalam sebuah hadis ketika Rasulullah SAW sedang duduk bersama para sahabatnya di masjid, lalu ada jenazah yang dibawa untuk disolatkan.
Tiba-tiba Rasulullah SAW mengangkat pandangannya melihat ke langit seketika, kemudian tunduk dan meletakkan tangannya di dahi seraya mengucapkan: “Subhanallah, subhanallah! Apa urusan berat yang telah menimpa!” sehingga membuat para sahabat terdiam tidak berani bertanya sehari semalam.
Pagi keesokannya, salah seorang sahabat bertanya baginda: “Wahai Rasulullah, apa urusan berat yang telah menimpa (yang kamu sebut-sebut semalam)?”.
Jawab baginda: “Tentang hutang”.
Lalu baginda menyambung lagi: “Demi jiwa Muhammad di tangan-Nya, seandainya seseorang itu mati (syahid) di jalan Allah, kemudian dihidupkan kembali, kemudian mati (syahid) di jalan Allah lagi, kemudian dihidupkan kembali, sedangkan dia masih dalam keadaan berhutang, dia tidak akan masuk syurga selagi tidak melunaskan hutangnya!” [riwayat Ahmad].
ð—Ąð—”ð—•ð—œ ð—Ķ𝗔𝗊 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 ð—Ķð—Ēð—Ÿð—”ð—§ð—žð—”ð—Ą ð—ð—˜ð—Ąð—”ð—­ð—”ð—› ð—Ģð—˜ð—Ąð—šð—›ð—Ļð—§ð—”ð—Ąð—š.
Ketika salah seorang sahabat Nabi SAW meninggal dan telah disiapkan untuk disolatkan jenazahnya dengan diimamkan baginda, baginda bertanya: “Adakah dia mempunyai hutang?”.
Jawab para sahabat: “Ya, dia ada berhutang 2 dinar”.
Lalu baginda berundur dan menyuruh para sahabatnya sahaja yang menyolatkan jenazah tersebut.
Kemudian Abu Qatadah RA berkata: “Aku akan langsaikan hutangnya wahai Rasulullah”.
Maka baginda pun menyolatkan jenazah tersebut [riwayat al-Bukhari].
Kisah ini yang hanya berstatus hutang 2 dinar sudah cukup membuatkan Nabi SAW mengambilnya secara sangat serius!
Terdapat beberapa lagi kisah seumpama ini yang menunjukkan betapa baginda sangat menekankan soal melunaskan hutang


No comments: