ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, June 7, 2021

ARIEF DYSLEXIA???

saya tak pasti Arief ada dyslexia atau tidak sebab sy stop semua usaha ke arah itu selepas sy masukkan dia ke madrasah.
Yg saya pasti Arief memang ada maslah pembelajaran.
Tulisan abc terbalik memang selalu.
Nama yg dia tulis sendiri pun saya baca kat cermin.
Tuliasan nombor semua terbalik kecuali 1 dan 0 😪
Suruh membaca dia lebih banyak merenung buku dan nampak letih sangat walaupun nak habiskan 1 ayat.
Arief pun mcm tak reti duduk diam. Tenaga dia mcm tak habis2. Cuma diam dengan lego.
Tapi ye Arief memang petah berkata2 dan imaginasi dia banyak. Kelakar kalau diajak borak.
Sebab tue org2 tua suka layan dia borak.
Social skill arief tinggi. Dia tak pernah takut dengan sesiapa. Dia boleh mix dengan sesiapa saja.. Dengan makcik kantin dia boleh masuk sampai dlm dapur kantin borak2 tergelak2 mcm tue kawan2 dia, dgn guard sekolah yg digelar kawan dia, dengan Cina kontraktor rumah sampai org tue ingat Arief sekolah Cina, dengan prof2 yg dijumpai ditaman negara masa kami bercuti.
Sampai hari ini saya tersenyum bila prof tersebut memuji Arief selepas sesi Arief interview Prof tersebut "how lucky you are. Got this briliant son"
Saya hanya tersenyum dan sebak dlm hati.
Dan bila saya mula sedar ada yg tak kena.. Sy ajak arief tengok cerita Amir Khan berkenaan budak2 dyslexia.
Arief nak tengok citer hindustan? 🤣🤣
Dia buat muka je bila saya buka filem tue. Tapi sebab Arief nie bukan jenis membantah arahan mak..
dia duduk jugakla tepi mak dia dengan muka blur dan bohsan😆
Bila sampai part tulisan2 menari dan melompat2 dlm filem tue.. Arief terus melompat depan tv dan tunjuk "mama mcm nielah Arief selalu tengok kat papanbtulis. Cikgu menulis tapi tulisan tue menari2. Penatlah Arief tengok. Camana Arief nak baca tulisan tue"
Saya sebak dan mengutuk diri sendiri.
Yang lambat mengesan maslah anak.
Dlm masa yg sama saya tenangkan diri.
Sy tak mampu nak monitor semua anak dengan sorang lagi anak struggle dgn sakit jantung.
Masa saya mula kesan maslah Arief nie.. Khairy dah mula stabil dan memang saya mula tumpu pd Arief pula.
Sebelum pindahkan Arief ke madrasah berikut beberapa usaha saya :
-Sy sedang tgu result dia dari sebuah pusat di ceberjaya.
-Arief sy masukan dia kelab bola utk kurangkan kelasakan dan bina daya tumpuan Arief.
-Arief sy masukkan dia tuisyen kumoulan kecil. Lebih mahal dari tuisyen budak2 biasa
Biar habis duit saya asalkan sy boleh bantu Arief yang saya abaikan sejak khairy lahir.
Sy nak Arief gembira dan tahu yg mak dia selalu ada di sisi dia. Mak dia akan berusaha utk dia sebagaimana mak dia berusaha utk adiknya yg sakit jantung😢
Semua berhenti lepas sy masukkan dia ke madrasah.
Pindah ke madrasah atas cadangan suami dan sy minta tangguh sehingga sy dpt jawapan istiharah.
Saya share disini perkongsian seorang Doktor Phd yang ada maslah dyslexia.
Semua yg Arief lalui di sekolah ada dalam penceritaan doktor ini.
Saya harap kita sebagai ibubapa, cikgu, nenek, mak sedara atau apa2 sahaja jgnlah mudah melebel budak2 begini bodoh , lembap, nakal dan jahat tanpa mengetahui maslah pembelajaran mereka.
Dan paling penting jgnlah mudah2 judge budak seperti ini akan jadi org pembuli/perosak masyarakat bila besar.
Jangan nanti tercekik pulak dengan kata2 sendiri bila sampai masanya.
Status sebelum nie saya ada share Arief berikan taklim tapi seminit je.
Kali nie lebih lama.. 3 minit..
Happy lihat Arief boleh lancar membaca.
Itupun selepas duduk di madrasah dia boleh membaca sebaik ini.
Sy share ye tulisan Doktor Phd dari Group Rakan Dyslexia. Maafla status nie panjang benor. Yg minat nak tahu boleh baca. Tak minat sila skip


🌙⭐🌙⭐🌙⭐🌙⭐🌙⭐
Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya sebagai "BUDAK DYSLEXIA"
Telah lama rakan-rakan di Sekolah Rendah dulu minta saya kongsi tips bagaimana saya daripada seorang "BUDAK DYSLEXIA" boleh siapkan PhD…
Selalunya yang dyslexic (gelaran untuk yang budak dyslexia) ini seseorang yang sukar mengenal huruf atau numbers, apatah nak membaca dan yang obvious mereka menulis beberapa huruf secara terbalik. Contoh mudah, tulis b dan d. u jadi n, q tertukar dengan p. Maka, masyarakat yang tidak tahu seringkali melihat anak-anak ini sebagai yang tidak cemerlang a.k.a lembab dalam belajar kerana “ketidakcerdikan” mereka dalam membaca, mengira dan menulis. Sebak…!
Pengalaman saya sebagai "BUDAK DYSLEXIA" berlaku di Sekolah Rendah sahaja…
Sekolah Rendah saya dulu di SRK Undang, Terengganu, tidak ada apa menarik tentang saya ketika di Sekolah Rendah seorang budak yang tidak boleh membaca daripada Darjah 1 hingga ke Darjah 5 memang tak ada cikgu pandang dan digolongkan dikalangan pelajar bermasalah/lembab.
Saya YAKIN tak ada siapa tahu tentang "BUDAK DYSLEXIA" symtoms seperti saya nyatakan diatas pada tahun 80an. Cikgu pada masa itu, hanya melabelkan sebagai budak lembab.
Mengimbau zaman sekolah rendah , saya akui saya tidak menyukainya! saya BENCI.. BENNCI dan BENCI ke sekolah. Saya jugak dimasukkan ke dalam kelas pemulihan bermula darjah 1, 2,3, 4 dan darjah 5. Setiap kali peperiksaan keputusan amat mengecewakan, lagi teruk Cikgu suruh pergi ke kanan saya ke kiri… Cikgu suruh ke kiri saya ke kanan… itu pun saya confuse... itu lah "BUDAK DYSLEXIA" .
Tapi saya bersyukur Mak dan Ayah saya tidak pernah melabelkan saya sebagai lembab atau bermasalah mereka tidak pernah membandingkan saya dengan adik-adik saya yang lain.. walaupun ternyata adik saya lebih pandai daripada saya.
Dipendekkan cerita.. Walaupun ramai Cikgu melabelkan saya sebagai pelajar lembab/bermasalah ada seorang cikgu ini melayan jer karenah saya iaitu Cikgu Ruslan. Ketika saya Darjah 4 ada suatu hari Kelas Bahasa Melayu Cikgu Ruslan meminta kami menulis karangan tentang cuti sekolah yang lepas, tentulah sekali saya tak mampu menulis. Tapi saya buat-buat pandai menulis denga yakinya. Cikgu Ruslan meminta beberapa orang pelajar membaca karangan mereka, tiba-tiba nama saya dipanggil juga dengan penuh yakin ke saya hadapan kelas. Saya pandang pada buku dan baca karangan saya, sebenarnya saya bercerita apa yang ada dalam kepala saya dan susun ayat-ayat dengan rapi itu kelebihan "BUDAK DYSLEXIA" kami mempunyai DAYA IMAGINASI yang sangat tinggi selain itu, apa yang saya perasan kelebihan saya adalah petah bercakap dan suara lebih lantang daripada orang lain. Cikgu Ruslan memuji BAGUS!. Alahamdulilah Cikgu Ruslan tak mintak buku saya kalau tak memang malu, saya sendiri tak tahu apa yang saya tulis. Sebenarnya Cikgu Roslan ingin memberi keyakinan kepada saya. Semenjak hari itu, saya sangat teruja setiap kali sesi Kelas BM.
Saya lalui proses itu sehinggalah ke Darjah 5. Pada saya di Darjah 5 ada seorang Cikgu Practical saya dah lupa namanya, dia banyak mengajar saya macam mana nak bagi Huruf dan No tak terbalik… pertama dia mintak saya focus setiap kali saya menulis dan setiap kali terbalik dia mintak saya turus baiki dan dalam masa yang sama dia didik saya supaya mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
Alahamdulilah Darjah 6 saya dah boleh membaca walaupun merangkak - merangkak. Ketika Darjah 6, masing-masing sibuk dengan persiapan UPSR tapi saya masih main-main kerana Cikgu tak bagi tumpuan pun pada saya dan tak ramai cikgu tahu saya dah boleh membaca.
Hinggalah pada suatu hari, saya angkat tangan bila Cikgu Samsudin minta pelajar membaca karangan dalam buku teks… kebanyakan pelajar terutama sekali perempuan yang selalu pandang sinis kepada saya terbeliak mata mereka bila saya angkat tangan secara sukarela untuk membaca teks tersebut tanpa paksa… saya membaca walaupun merangkak haa… saya semakin YAKIN… Cikgu Samsudin dah mula bagi tumpuan dan memberi sokongan yang positif setiap hasil kerja yang saya lakukan.
Sampailah masa exam UPSR dan result saya tak seberapa… tapi pada saat itu saya berazam untuk jadi pelajar
terbaik
, jadi perhatian dan berguna untuk orang dikeliling saya.
Masuk ke Alam Sekolah Menengah saya nekad tidak mahu peristiwa yang dilebalkan “BUDAK LEMBAB” biarlah kisah di Sekolah Rendah jadi satu sejarah. Dengan RESULT UPSR tak berapa Cemerlang saya ditempatkan dikelas hujung pada Tingkatan 1. Alamdulilah pada tahun pertama di Sekolah Menengah saya diantara TOP Students daripada kelas bawah tahun berikutnya saya berada antara Kelas-Kelas
terbaik
. PMR dan SPM saya memperolehi KEPUTUSAN CEMERLANG… dan merupakan antara pelajar yang AKTIF dalam Sukan, Pidato, Debat dan lain-lain.
Berada di Universiti ramai rakan-rakan di SRK Undang sudah lupa siapa saya dulu iaitu sorang "BUDAK DYSLEXIA" …
Ramai yang sangkakan saya merupakan pelajar CEMERLANG daripada Sekolah Rendah… Alahamdulilah sekarang saya telah berjaya menggenggam segulung PhD.
Terima Kasih kepada Allah SWT, MAK dan AYAH saya, GURU-GURU saya di SRK Undang dan Rakan-Rakan yang banyak membantu… tanpa mereka mungkin saya tidak seperti hari ini.
INI NASIHAT SAYA (BUDAK DYSLEXIA) kepada ibu,bapa yang mempunyai anak DYSLEXIA agar tidak fikir anak itu bodoh atau lemba mahupun OKU, anda perlu mengesan bakat dan kebolehan yang ada pada anak itu dan sentiasa memberi sokongan kepada mereka... kepada GURU-GURU jika anda mempunyai pelajar seperti ini bimbing mereka, jangan sesekali sisihkan mereka dan mereka juga perlu didiagnos seawal mungkin supaya mereka tidak dibiarkan terus hidup dalam keadaan yang bermasalah. Mereka perlu mendapat pendekatan pembelajaran yang sesuai tidak sama dengan pelajar-pelajar lain. PERCAYALAH! BUDAK DYSLEXIA mempunyai kelebihan tersendiri terutama sekali DAYA PEMIKIRAN KREATIF dan DAYA IMAGINASI YANG TINGGI dengan itu mereka dengan mudah boleh berfikir diluar KOTAK.
Terima Kasih.
Ts. Dr. Mohd Farizul



Ini pula sharing Dari Doc Aid Faizal juga Dyslexia dalam Group Dyslexia

Status nie umum je dan sgt bahagia membaca bait2 tulisan Dr Aid Fawzal.
Bila sy perasan ada something not right dgn Arief group inilah yg saya tuju.
Saya baca dan sy cuba memahami perspektif ibubapa dah dyxlesia dewasa di dalam tue..
Sharing Dr Aid Fawsal menyejukan dan menyiram hati kami ibubapa yg ada anak bermasalah dlm pelajaran.. Tidak semzsrinya dyslexia je.. Maslah pembelajaran nie banyak..
Dlm nie pun byk parents yg sharing anak2 mereka "menuntut ilmu" dengan cara dan laluan yg berbeza bila sedar anak mereka "gifted" . Tidak semestinya hanya di laluan akademik.
Org selalu nampak bila dah berjaya
Yang org tak tau struggle sebelum itu..
Tahniah..
Salah satu bukti yg ada dyslexia/maslah pembelajaran pun boleh berjaya




 

2 comments:

Mama Zharfan said...

moga2 arief terus sukses..aamiin!

Dr. Farizul said...

Insyallah Arif akan menjadi anak yg hebat suatu hari nanti...