ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, June 19, 2021

HABATUSSAUDA BY DR ZULKIFLI MOHAMED SHARIF IN THE HOUSE

 





Alhamdulillah yg ditunggu2 dan kontroversi
Habatussauda in the house!
Tq Dr Zulkifli Mohamed Sharif
Doc Zul pernah tulis..
Yg tak percaya jgn makan
Direct punya statment 🤣🤣🤣
Tapi betul juga kalau tak beri kesan..
habis di tik tok kan jadi content med soc.
Btw anak saya..
Anak saya ye.. Bukan anak org lain..
Masalah jantung sejak dlm perut..sebelum keluar ke dunia dah dikesan ada maslah jantung..
Dlm usianya 6 bulan ada seseorg syorkan amalkan zaiton utk menguatkan jantung.
Saya carik info..
Sy terus bagi. Tak banyak cerita sebab ada disebut dlm quran. Quran tak pernah menipu.
Tak mintak kajian sains. Bukti klinikal bla bla bla
Bukan zaiton je sy bagi.. Habatusauda pun saya selang selikan.. Tapi anak saya makan yg softgel cecair.
Alhamdulillah tak pernah pengsan, pitam, biru sejak amalkan makanan sunnah dengan izin Allah.
Anak saya yg sakit jantung nie pun jarang sgt sakit (kecuali maslah jantungnya) compare anak2 lain.
Kalau anak2 lain tue umur below setahun sampai habis cuti rehat kami lakibini berulang klinik. Neb antibiotik bla bla.
Sampai takut nak amik cuti rehat utk vacation.
Semua tue dah berlalu sejak kenal makanan sunnah.
Bak kata doktor zul. Tak percaya jangan makan😎




☪️☪️☪️☪️☪️☪️☪️☪️☪️☪️☪️☪️☪️☪️☪️☪️




Credit to Tuan Yusuf Roslan
AL-QURAN itu,
Diturunkan sebagai PENYEMBUH dan RAHMAT bagi orang yang 'BERIMAN' (iman khawasul khawas) ..
Iaitu iman orang soleh, wali Allah, para nabi dan Rasul..
Ia tidak menjadi penawar dan rahmat bagi orang islam semata-mata..
Untuk melayakkan dia mendapat pertolongan dari Allah, maka dia perlulah duduk pada tahap iman khawasul khawas...
Dia perlu mengikut saranan didalam Al-Quran dengan penuh keyakinan tanpa pertikaian dan tanpa sedikit pun keraguan,
Jika dalam Al-Quran mengatakan bahawa madu itu penawar, maka dia akan memakannya tanpa sedikit pun keraguan..
Makan dengan penuh keimanan, keyakinan dan kepercayaan kepada Allah swt..
Meletakkan 100% kepercayaan itu HANYA kepada ALLAH... Walaupun tiada bukti klinikal, tiada bukti saintifik dan tiada fakta yang mendokongnya..
Kerana dia yakin dengan keyakinan yang jitu bahawa setiap apa yang Allah beritahu itu adalah benar!
Dan ALLAH tidak pernah berbohong atau memungkiri janji.. Maha Suci Allah dari sifat-sifat ketidaksempurnaan itu...
Apabila dia telah berada ditahap iman khawasul khawas ini..
Maka, madu, kurma, habbatussauda, delima dan pelbagai lagi yang dimakan akan menjadi penawar baginya..
Pertolongan ALLAH itu akan datang dengan cepat... Itulah rahmat/kasih sayang ALLAH buat hambaNya yang benar-benar beriman...

Credit to Tuan Yusuf Roslan
Bila ALLAH suruh kita percaya bahawa DIA wujud, kita percaya walaupun tak pernah melihat ALLAH..
Bila kita disuruh percaya bahawa Nabi Muhammad saw itu utusan Allah, kita percaya walaupun tak pernah berjumpa..
Bila kita disuruh percaya bahawa para malaikat itu ada, kita percaya walaupun tak nampak..
Bila kita disuruh percaya bahawa syurga neraka itu ada, kita percaya walaupun belum pernah memasukinya..
Bila kita disuruh percaya bahawa Al-Quran itu datang dari ALLAH, kita percaya walaupun tidak pernah melihatnya turun didepan mata kepala kita sendiri...
Mengapa? Kerana itulah namanya IMAN... IMAN itu boleh dikatakan sebagai kepercayaan terhadap apa yang diperintahkan oleh ALLAH swt TANPA KERAGUAN...
Walaupun tidak ada bukti sains.. Walaupun tidak ada fakta yang jelas... Walaupun tidak ada bukti klinikal dan walaupun tidak logik pada akal manusia.... Hanya sekadar percaya...
Sebab itulah apabila dikatakan bahawa madu ajwa itu boleh menghindarkan diri dari SIHIR dan RACUN, ramai yang menyangkal perkara ini..
Bila dikatakan habbatussauda, madu, daun sanna dan lain-lain itu PENAWAR, ramai yang menyangkalnya... Dan memberikan pelbagai alasan untuk mengelak darinya..
Kerana tidak logik pada akal.. Tidak ada bukti klinikal.. Tidak ada fakta dan sebagainya...
Dan sekalipun mereka cuba untuk makan perubatan Nabi ini, mereka hanya makan dalam keadaan "INGIN MENCUBA".. Kerana itulah mereka tidak mendapatkan KESEMBUHAN...
Bukan kerana sebenar-benar KEIMANAN kepada ALLAH dan RASUL... Tidak meletakkan sepenuhnya KEIMANAN kepada ALLAH dan RASUL...
Masih berbelah bagi... Masih ada sedikit keraguan.. Dan masih ada kesamaran...
Masih lagi imannya ditahap IMAN AWAM belum lagi IMAN KHAWASUL KHAWAS..
Sebenarnya perubatan yang Nabi ajarkan, walaupun tiada bukti klinikal, sains atau fakta, ia adalah PENAWAR bagi yang benar-benar BERIMAN sahaja...
Semua perubatan Nabi itu adalah ASBAB sahaja.. Yang sebenarnya keimanan seseorang itulah yang membuatkan pertolongan ALLAH itu turun dengan cepat... Maha suci Allah.. Maha besar Allah...
Sebab itulah Allah tidak pernah berjanji didalam Al-Quran untuk membantu orang islam... Tetapi Allah berjanji untuk membantu orang beriman dan bertaqwa...
DAN.. Jelas didalam Al-Quran Allah tekankan bahawa ALLAH menurunkan Al-Quran sebagai penawar/penyembuh dan rahmat bagi orang-orang 'BERIMAN' ..
Hanya kerana dia ikut sahaja tanpa pertikaikan.. Tanpa banyak berdalih.. Dan 100% yakin! Maka pertolongan ALLAH itulah yang sebenarnya yang menjadi penyembuh dan penyelamatnya...
Ingatlah beberapa firman ALLAH SWT didalam Al-Quran ini...
1. Allah SWT berjanji akan menolong orang-orang yang beriman. Sebagaimana firman Allah SWT, "... Dan Kami selalu berkewajiban menolong orang-orang yang beriman." (QS. Ar-Ruum: 47).
2. Allah SWT berfirman, ”Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang ber­iman...” (QS. Al-Hajj:38).
3. Mendapatkan perlindungan kasih sayang (Al-wilayah). Allah SWT berfirman, ”Allah Pelindung orang-orang yang beriman.... ” (QS. Al-Baqarah: 257).
Semoga perkongsian saya ini menambahkan lagi keimanan kalian kepada ALLAH dan RASUL SAW...
ALLAHUMMA SHOLLI 'ALAA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA 'ALAA AALIHI WA SHOHBIHI WA SALLIM..

No comments: