ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, August 8, 2021

ADAM ZIQRI PEMANAH CILIK DI JIWA MAMA


Adam..
Buat sesuatu pandang jauh2..
Apa lagi bila sesuatu keputusan tue melibatkan hukum Allah.
Biar kita nampak kalah di dunia
Tetapi menang di akhirat.
Biar kita kalah dengan hukum manusia
Tapi kita menang menegakkan hukum dan sunnah.

Kemenangan itu kadang kala lambat..
Mungkin selepas 2,3 tahun dan ada yg sampai 5 tahun..
Mungkin sampai tutup mata..

Mama ada dengar kuliah..
Saidina Husien dibunuh..
Semua kaum keluarganya dibunuh
Mereka hanya meninggalkan seorang sahaja anak kecil dari keturunan Saidina Husin.
Mereka menyangka Islam kalah..
Malah mengejek-ngejek
"budak kecil ini tak mampu berbuat apa2. Saidina Husin sudah mati dibunuh"
Tetapi dari anak kecil itu lahir beribu2 ulama Islam tersohor.

Yang batil tetap kalah
Yang haq tetap menang

Biarkan mereka mengejek
Biarkan mereka melabel
Biarkan mereka dengan cara mereka
Kita masih ada cara Islam yg kita gengam dengan geraham!

Pada yg memahami dan terpaksa..
semoga mereka diberi kemudahan di kemudian hari..

Bagi yang mengagungkan cara "mereka" dan memaksa malah tidak memahami hidup ini adalah pilihan masing2..
Hanya Allah dapat membalas semua itu!



Adam Ziqri ini seperti Adlan Khairy
Puan, sabar ye anak Puan nie bila lahir bla bla bla bla bla...
Hasil detail scan bla bla bla
Kita dah buat 2 kali detail scan dalam masa yg berbeza dan berjarak tapi bla bla bla..
Dia lahir nanti bla bla bla..
Apa saya buat?
Balik dari hospital.. Saya masuk bilik. Mandi ambil air sembahyang
Saya ambil Quran
Sy terus baca Al Waqiah
Sy baca Al Waqiah supaya hati sy kental.
Berharap masih ada sisa kekentalan hati melalui "didikan" bersama Adlan Khairy sebelum ini
Tapi air mata gugur di helaian-helaian Al Quran
Suami buka pintu bilik
Saya pandang kosong
Teruskan mengaji
Adik bongsu call.
Masih boleh bertahan cuma esakan kecil.. Siap pesan "jgn bagitau mak ye. Nanti mak susah hati"
Tiba2 mak call..
Gerenti adik bongsu punya kerja..
Bila mak call.. Puas menahan..
Bila mak menangis.. Terhambur air mata..
Esakan kecil terus jadi banjir..
The rest is story..
Apa yg sy buat dengan Adlan Khairy saya ulangi dengan Adam Ziqri.
Solat2 sunat, makanan sunah, doa alim ulama, sedekah atas nama Adam Ziqri, doa2 di dalam Quran..

Alhamdulillah..
Tetaplah Allah memberi yg
terbaik
dan termagic melalui anak2 ini..

Manusia
Kau hanya tahu cerita hari ini
Manusia
Kau belum tahu cerita masa depan
Jangan kau paksa kami dengan keputusan kamu!
Kami telah melalui berbagai cerita hidup dan mati dengan anak2 kami..
Bertahan dengan segala yg sunnah dan di dlm Al Quran.

Jika yg moden itu tidak melawan Quran dan sunnah kami ikut dengan rela hati.
Jika yg moden itu haram & tidak toyyib kami tolak dengan keras hati!
Jika ia melawan Quran, Sunnah, Hadis
Biarkan kami dengan cara kami!




TERUSKAN ADAM ZIQRI

MEMANAHLAH KERANA IA SUNNAH

 BANYAK SUNNAH KITA TELAH DIMATIKAN DI LUAR SANA

HIDUPKANLAH SUNNAH DI DALAM RUMAH KITA

 


No comments: