ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, August 7, 2021

KAB GOLD - APA MAKSUD PATUH SYARIAH DI KAB GOLD

 


Ada orang tanya pada saya, apa beza patuh Syariah di KAB Gold berbanding syarikat-syarikat lain?
Ini salah satunya. Kita akan jual emas yang telah sedia wujud. Tiada pre-order. Tiada booking saja-saja.
Dalam sistem kita, semua pelanggan akan membeli dengan kesedaran bahawa barangnya benar-benar wujud. Mereka tidak berebut dalam keadaan buta.
Kalau kalian semua rujuk di bahagian bawah sekali, kita akan letakkan berapa jumlah keping yang masih tinggal. Para pembeli boleh membeli dengan senang hati sebab mereka tahu berapa lagi balance emas yang boleh dibeli.
Bila dah beli, emas tersebut akan terus kami asingkan. Ia dah memang milik mutlak pelanggan tersebut. Kami tak akan pusing lagi emas tu untuk diberi kepada orang lain terlebih dahulu.
Inilah standard patuh Syariah di KAB Gold. Kalian boleh cek kat dunia ni, berapa syarikat yang letak balance emas dalam website dia? Ada tak? Kalau ada, boleh share juga dengan semua.
Sama juga dengan akaun Uncang Emas.
Semalam harga rendah dan ramai orang berebut nak beli. Syarat utama sah batal pembelian tersebut ialah, KAB Gold mesti memiliki terlebih dahulu emas tersebut sebelum dijual kepada pelanggan. Pelanggan tak boleh main beli je tak tahu stok ada ke tak ada.
Sehinggakan pada petang semalam, stok Uncang Emas tinggal 0 gram. Maka kami terpaksa stop kejap penjualan untuk kami restock dulu dengan kilang emas untuk Uncang Emas.
Kami boleh je terus top up dalam sistem. Tapi kami taknak menipu. Kami pastikan bukan setakat dah lock dari kilang, kami kena bayar dulu harga emas tersebut kat kilang. Barulah emas tu kami yang punya. Barulah kami akan restock dalam sistem untuk pelanggan beli.
Ini jaminan KAB Gold. Kami taknak masuk campur apa syarikat lain nak buat dan claim. Kami hanya nak semua orang tahu, itu jaminan KAB Gold kepada semua pelanggan kami.
High standard of Shariah compliant. We are not only Shariah compliant gold company. But we are more than that. We are Shariah driven gold company.
Macamana saya boleh pastikan sebegitu? Sebab saya owner bisnes yang tahu pasal syarat-syarat patuh Syariah. Sebelum Chairman KAB Gold tanya - sebab beliau sendiri adalah ikon patuh Syariah antarabangsa - baik saya pastikan dulu betul-betul.
Sebelum Penasihat Syariah KAB Gold buat audit, saya wajib pastikan semua staf saya tahu requirement sebegini. Biar sistem pun selari dengan kehendak Syariah.
Semua orang boleh berurusniaga dengan KAB Gold dengan rasa tenang dan tanpa was was. InsyaAllah kita jayakan agenda patuh Syariah ini sehingga ke akhirnya.

No comments: