ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, August 16, 2021

kenangan manis bersulam air mata

Saya baru dapat buku Travelog Haji tulisan Prof Kamil Muhd Kamil Ibrahim Jumaat lepas. Saya alamat kan ke pejabat Dan bawa buku nie pulang ke rumah. Jujurnya saya dah lama tak baca buku kecuali membelek akta2 di pejabat. Selain tue tak ada..

 Bila balik rumah urusan rumahtangga Dan Anak2 saja yg sy tumpukan.. Nak beli buku Dan baca?  Memang takla sebab saya tahu sy tak akan baca Dan takde kesempatan nak baca.. Sebenarnya keinginan nak membaca tue dah tak ada.. Sedangkan sy nie boleh la dikategori penulis sebab dah hasil kan 2 buku.. Walaupun hanya penulis picisan sepatutnya rajin lah membaca walau dah lama tak menulis 😅

Tapi utk buku nukilan Prof Kamil - Travelog Haji nie saya dah baca di bab 26 ms 135 dalam masa 2 hari sahaja... Jujurnya naik bengkak mata membacanya.. Air mata asik menitis teringat kenangan sebelum, semasa Dan selepas membawa khairy tunaikan umrah nazar. Semua tulisan Prof Kamil dapat saya bayangkan Dan hayati.. Mungkin sebab sy dah pernah juga ke sana..

Masih dapat saya rasakan kebimbangan Dan kesukaran untuk mendapatkan visa umrah seperti yang Prof Kamil rasa menunggu rayuan hajinya.. Umpama menunggu pungguk jatuh ke riba... Mcm2 dokumen perlu disiapkan kerana sy Dan Anak2 pergi bermahramkan adik lelaki saya. Kejap dokumen ini tak lengkap.. Itu tak lengkap.. Hampir putus asa rasanya sedangkan tempoh nazar saya dah berlalu beberapa bulan. Masih teringat bila travel agency call bagitau visa saya lulus. Ketika itu saya masih bertelekung basah dengan Air mata lagi mengadu pada Allah tentang  hal visa saya yg tidak Selesai2.. Hati saya sudah lemah Dan rasa tak dapat ke sana lagi. Selesai meratap hiba sambil mengesat air mata.. Panggilan dari travel agency membuatkan saya sujud syukur. Mungkin itulah sujud syukur sy yg pertama dlm hidup saya❤️

Terbayang membawa khairy yang baru bertatih Dan Amana yg masih kanak2.. Masa saya pergi tue saya pergi bermahram adik lelaki Dan ibu tetapi kebanyakan masa saya hanya dengan Amana Dan Khairy.. Bukanlah adik Dan mak meninggal kan saya tetapi Allah memisahkan kami beberapa kali tanpa dijangka.. Tiba2 emak sakit perut Dan berlari pulang ke hotel Dan mcm2 kejadian. Tinggal saya Dan Anak2 di tempat yg serba asing. Berjalan dengan Anak2 ikut langkah kaki. Melihat2 Setiap sign board. Kebanyakan bila sy cakap inggeris tak layan. Cakap melayu lagilah takde yg paham haha.. Saya memang harap kan mak guide sebab mak dah beberapa kali pergi umrah. Sehingga pernah adik lelaki bising2 sebab risau kan saya yang "hilang" seharian.. Risau Pak Arab culik kakaknya.. Masa saya pergi saya masih muda juga.. 34 tahun.. Sekarang dah 40..

Semua pengalaman di sana memberi kekuatan pada saya.. Dan paling saya mengerti Allah ingin saya tahu Dan beri keyakinan yg saya mampu berdiri sendiri bersama Anak2. Tidak perlu terlalu mengharapkan makhluk kerana manusia punya keterbatasan Dan kelemahan yg mengecewakan. Berpeganglah Dan mengharaplah pada Allah. Saya tak akan ditinggalkan selama2nya Dan tak akan kecewa..

Sejak balik dari sana. Sy tak perlu lagi berdiam atau menyimpan rasa jika org melampaui batas pada saya atau anak. Sy sendiri boleh bersuara utk diri saya Dan anak2.. Allah ada. Tak ada apa yg perlu ditakutkan. Allah yg bg saya makan Dan kehidupan. Bukan Manusia. 

Pengalaman di Mekah menguatkan hati saya. Allah ada Setiap Ketika. Membantu hamba2nya yg kesusahan atau teraniya syaratnya hanya yakin pd bantuan Allah yg bakal tiba.

Mengharungi lautan manusia utk tawaf sambil mengengam tangan Amana yg hanya 7 tahun. Mengharungi rempuhan manusia berlawanan arus bersama khairy.. Hanya Allah yg tahu takutnya saya melihat khairy yg tersepit.. Ke depan tersepit, ke belakang dirempuh.. Allahuakbar.. Alhamdullilah kami selamat dengan hanya melafaskan selawat nabi sekuat2 hati. Semua Manusia yg galak merempuh depan Dan belakang seolah2 menjadi patung cendana Dan memberi kami laluan..Selesai saya Dan Anak2 melepasi kawasan itu dengan selamat. Masing2 Saling merempuh semula.. Ya Allah... Org dahla saiz2 besar2.. Masa tue saya kurus pulak tue😅

Terselit manisnya bila saya merasa angin sepoi2 bahasa setiap kali mengelilingi kaabah Ketika cuaca agak terik. Di satu kawasan /sudut itu sahaja.. Saya merasakan hembusan angin yg sejuk Dan lembut berkali2 Setiap kali lalu di kawasan tersebut. Soalan jujur saya pada mak "sini ada aircond ke mak? Kat mana dia letak aircond tue? Tak nampak pulak😊

Saya memberanikan diir menjejak raudah tanpa sesiapa.. Hanya adik lelaki menghantar saya ke pintu yg paling hampir dengan raudah. Saya tahu dia risaukan saya yg masuk sendirian. Sy boleh tersilap berada dikalangan jemaah Iran. Sy Keluar Dan ikut kata hati. Bila hampir sampai sy melihat jemah bertolak2. Malah ada yg tak ikut arahan petugas. Ada yg sehingga Bergaduh. Akhirnya sy berniat dalam hati Dan melambai sahaja"ya rasullulah aku dah sampai. Aku dah sampai tapi aku tak mampu ke depan lagi. Aku tak nak Bergaduh2 Dan merempuh2 di hadapanmu. Pastu engkau sedih melihat ummatmu begini. Cukupla Allah Dan dirimu tahu aku dah sampai dlm segala keterbatasan yg aku ada" Habis berniat.. Mata mencari jalan Keluar.. Tiba2 saya ditolak.. Ditolak.. Ditolak.. Dalam terpinga2 saya ditepuk lembut oleh seseorang.. "hajah.. Solat.. Solat.. Raudah raudah" saya bertanya dengan semula? "Raudah?".. Dijawab berserta arahan "Raudah. Solat" Allahuakbar Allah Maha Baik dan tahu.. Saya sendiri tak ingat berapa Rakaat saya solat sunat. Tak ada sesiapa yg menolak saya. Mungkin kerana petugas raudah berdiri tegak di tepi saya. Tiap kali saya nak tambah solat saya pandang petugas raudah tue.. Tetapi dia tetap anggukkan kepala tanda saya boleh menambah solat. Alhamdullilah.

Dan gembira bukan kepalang bila adik lelaki bagitau dia dapat bawa khairy masuk ke raudah. Maslah dapat bersolat di raudah. Ada beberapa lelaki mengepung kawasan dimana adik saya Dan khairy berada.. Supaya adik saya mudah solat dan khairy yg masih kecil tetap duduk diam di tempat itu. Alhamdullilah.. Pasti lelaki yg bantu adik saya itu seperti Prof Kamil yg ingin dianggap sebagai "wali atau malaikat" di Tanah Haram. (baca buku ini utk lebih jelas part wali Dan malaikat di tanah haram) 

Saya juga merasa kepentingan mahram ada bersama. Kalau adik lelaki tak ada Mungkin juga saya dan khairy dalam bahaya di beberapa keadaan. Sehingga hari ini saya tahu sy tak mampu membalas kebaikan adik lelaki yg sudi menjadi mahram saya Ketika itu❤️

BTW saya tunaikan umrah Ketika cuti tanpa gaji menjaga khairy. 10 tahun bekerja dengan gaji tetap tidak lah saya tunaikan umrah. Tetapi 2 tahun dengan income yg tak menentu sampai juga saya tunaikan umrah. Ketika saya berangkat akaun Bank saya zero! Semuanya sy habiskan untuk perbelanjaan tunaikan umrah. Apabila saya jejak saja ke Malaysia, akaun saya dipenuhi semula sebanyak 5k Dan tidak pernah putus hingga hari ini dengan pelbagai rezeki dari pejabat  Dan hadiah yg sy menangi.

 Salah satu hadiah yg paling bermakna tajaan majls bernilai 50k! Sy buat majlis akikah khairy Dan arief seumpama majlis kawin. Sampai 7,8 khemah dah 6 ekor  kambing tumbang disamping makanan dah hadiah 4 IPAD Apple yg tengah hot Ketika itu.

Lebih 500% Allah ganti kan semula sehingga ke hari ini. Semua yg dilepaskan Ketika cuti tanpa gaji jaga khairy kesemuanya sy dapat kembali.. Tak akan miskin jika duit kita habis ke jalan Allah. Pasti Allah akan ganti Dan cukup kan sehingga kita pejam mata untuk bertemu Allah semula nanti.

Sehingga kini saya tetap tak kaya😅cuma rasa cukup.. Apa yg ada boleh dibahagi2 ke sana sini.. Boleh memberi senyuman kepada org2 yg saya sayang... Saya juga boleh membahagiakan diri sendiri juga.. Alhamdullilah sejak pulang umrah semuanya serba baik dan teratur. Ujian tetap ada tetapi Allah juga ada bersama. 

Apa yg saya share semoga dapat menambah keinginan rakan2 ke sana. Kalau ada yg rasa saya riak dan sebagainya maaf dipinta. Kalau kalian tau apa yg saya Dan Anak2 lalui untuk menunaikan umrah pasti kalian kasihan pada kami.. Diuji kiri kanan Dan belakang.

 Alhamdullilah Allah tak akan membiarkan kita kesedihan selamanya. Sampai masa segala hijab terbuka Dan pertolonganNYA akan sampai juga.

No comments: