ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, September 18, 2021

Adlan Khairy dan Zaiton Minsyam


Hari nie saya bahagia sangat..
Menitik juga air mata..
Bila mana cerita jantung khairy memberi ilham pd seorang anak untuk kesihatan ibunya.


Kawan FB saya nie beri ibunya makan zaiton Minsyam bila baca cerita khairy yg bertahan dengan jantung magicnya dengan amalkan zaiton Minsyam..
Seronok sangat. bahagia sangat bila cerita anak2 kita membantu org lain ..

Sampai hari nie pun saya tak akan lupa seorg kawan FB yang berkongsi cerita pembedahan jantung  anaknya.
Kerana perkongsian cerita anaknyalah saya dan suami tidak benarkan khairy teruskan operation walaupun masa itu bilik operation telah dibook oleh doktor.
Perjalanan kawan FB itu sangat serupa dengan saya..
1. Meninggalkan pejabat kerana anak bermaslah jantung
2. Meniaga online untuk survive
3. Membawa anak jantung tunaikan umrah.
4. Anaknya sama mcm khairy. Kelihatan sgt sihat tetapi ada defect pd jantungnya ..

Bezanya... Anak beliau telah berada di syurga kerana pembedahan jantung tersebut..
Selepas membaca cerita kawan FB itulah ..kami terus batalkan pembedahan khairy.

Husbd siap bgtau doktor cerita kawan FB saya tue..
Kata2 husbd "kawan isteri saya anaknya mcm khairy.sihat tapi operation tak berjaya. Kami dah dengar cerita itu jadi kami minta tqngguh dulu dan cuba cara lain.. lagipun khairy nampak sgt sihat.cuma jantung dia laju tak mcm org lain. Risiko melepaskan khairy untuk dibedah lagi banyak dari biarkan dia tanpa dibedah. Risiko masa bedah.. Risiko lepas bedah kemungkinan dia bergantung dgn jantung bateri.sy baca juga tak semua bateri tue sesuai.kena tukar lagi.. bedah lagi..berapa kali nak dibedah etc etc..Biarlah apa jadi pada khairy pun ditangan kami bukan di atas meja bedah"

Syukur alhamdulillah ditemukan juga dgn pakar yg memahami dan faham keputusan mutlak adalah ditangan ibubapa.

Alhamdulillah kerana membaca cerita kehidupan org lain..memberi kami ilham pd keputusan nyawa anak kami.
Hari ini cerita khairy pula memberi ilham pd orang lain... Dan hidup ini beginilah...
Org lain beri ilham pd kita..
Kita pula beri ilham org lain..



Dan begitulah yang percaya pada makanan sunnah. Insya Allah akan dpt keberkahannya.. Dulu sy bagi khairy makanan sunnah pun bila customer yg memang amalkan zaiton nasihatkan saya "bagilah anak makan zaiton. Kan zaiton tue menguatkan jantung. Makanan sunnah tak ada mudharat. Insya allah"
Dengar nasihat customer terus sy beri khairy makan zaiton selepas mencari info serba sedikit.
Alhamdulillah khairy dah 8 tahun. Khairy amalkan zaiton Minyam sejak umur 6 bulan tau. 

Btw sy diizinkan oleh tuan punya badan utk sharing cerita ini.. sama2 kita doakan ibunya terus sihat ..insya allah..



No comments: