ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, September 6, 2021

Kenangan Menang Party 50K

Salam semua, hari nie dlm satu group yg saya sayang tue bercerita tentang sedekah akhirat..

Jadi saya nak share kisah benar.  Cerita diri saya dan anak2. Kalau kawan2 lama memang tau cerita ini. Tapi sebab dlm nie dah ramai kawan baru. Mehla kita throwback.. Harap sudi baca..

Saya ada seorang anak magic. Usianya sekarang dah 8 tahun. Survivor pesakit jantung. Dikesan sejak dari dlm perut lagi. Sejak usianya dlm perut lagi dah bermula proses pemantauan. Tiap2 minggu ye. Bukan pantau utk ukur berat ke apa.. Dipantau utk memastikan dlm perut itu adalah bayi dan bukan mayat. Kalau dah jadi mayat kena keluarkan cepat2 sebab akan memudaratkan saya pulak.

Alhamdulillah selamat dilahirkan secara ceser yg dirancang. Dikeluarkan awal kerana jantung bayi makin haywire. Bermulalah proses rawatan bayi.. Seorang doktor menasihatkan saya "sedekahlah apa2 sahaja atas nama bayi dan niatkan semoga urusan kesihatan jantung bayi dipermudahkan"

Saya buat tanpa banyak soal. Saya ambil cuti tanpa gaji utk jaga bayi dan terjebak online business tanpa saya rancang (part nie next status ye). Sy amalkan apa yg doktor tue syorkan. Setiap jumat sy "memberi" hasil online business saya yg tak menentu tanpa culas sekali pun.

Saya juga buat nazar jika anak ini masih hidup melepasi tempoh setahun. Saya akan bawa dia tunaikan umrah. Dlm hati masa tue "mana pulak nak carik duit nak tunaikan umrah nie. Dahla cuti tanpa gaji"😓

Saya tekad. Dan tak sedar sikit demi sikit sy boleh bayar urusan tunaikan umrah. Saya bayar tambang saya, tambang anak yg sakit jantung dan deposit 10% utk 5 org sebab mak, adik lelaki teman saya termasuk anak perempuan saya menemani saya.

Sedar tak sedar 15k sy keluarkan utk urusan umrah. Kalau ikutkan akal lebih baik saya simpan je utk survive kehidupan dgn anak sakit jantung lebih2 lagi  sy pun cuti tanpa gaji.  Masa sy berangkat ke mekah tue pun sy takde sesen pun duit dlm akaun😭

Say melangkah tunaikan umrah dengan hati yg sgt sebak. Dlm hati saya biarlah habis semua duit pun. Asalkan janji dan nazar saya pd Allah tertunai. Buat apa sy fikirkan dunia sedangkan masa tue hati saya sendiri dah rasa terlalu penat dengan semuanya.. Saya cuma nak tunaikan umrah.. Nak ziarah makam Rasulullah dan mengadu semahunya kesedihan hati saya..

Balik dari umrah.. Akaun saya tiba2 ada 5k..rupa2nya customer sy bank in utk beli produk. Sudahla sy di mekah hampir 2 week. Bila saya balik takde satu pun caci maki dari customer yg lambat dapat barang mereka...

Dan rezeki tak bterhenti di situ saja.. Beberapa bulan kemudian sy juga menang contest event bernilai 50K! Memang sy tak dapat cash 50K. Tetapi sy dapat 4 ke 5 ipad. Dan benda2 lain yg boleh ditukar kepada cash.. Dan sebenarnya memang impian sy untuk buat majlis akikah utk Adlan Khairy sebab sejak lahir.. Tiada langsung majlis atau apa2 saja dibuat tanda kegembiraan atas kelahirannya melainkan hanya air mata dan kesedihan..

Alhamdulillah.. Adlan khairy anak bertuah..

1. Rambutnya tak dicukur langsung sejak kelahirannya kerana asik ulang alik ke hospital. Tetapi rambutnya pertama kali gugur utk TAHALUL ketika tunaikan umrah.

2. Tiada walau sedulang pun majlis menyambut kelahirannya. Tiada kegembiraan melainkan air mata yg sentiasa mengalir sejak dia lahir.. Tetapi Allah ganti dengan majlis bernilai 50K.dihadiri puluhan anak yatim yg mendoakannya.. 6 kambing disembelih utk meriahkannya, 7,8 kemah berdiri megah umpama kenduri kawin..

Yakinlah tak pernah rugi kita memberi, sedekah, zakat dan lain2..
Allah beri gantinya di dunia dan lebih banyak keamanan dan dipermudahkan untuk urusan akhirat.

Jangan kita aniya orang.. Biarlah org aniya kita sebab Allah itu Maha Dalam Pembalasannya.

Berusaha ikut apa yg diperintah Allah walau kecil dimata org lain. Jika ada khilaf pendapat.. Utk keselamatan iman, agama dan diri.. kembalilah pada peraturan asal yg diperintahkan Allah dan Rasullulah 

Link boleh baca di sini
Part 1:
http://kokoadik.blogspot.com/2015/10/blog-post_15.html
Part 2:
http://kokoadik.blogspot.com/2015/10/teaser-50k-akikah-birthday-party.html

Hanya berkongsi kisah rezeki Allah pada yg berusaha ingin hampir padaNYA,

Mama Adlan Khairy

No comments: