ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, September 13, 2021

Selawat Untuk Jantung



Saya ingat lagi.. Khairy baby sangat..
Saya pujuk husbd bawak pergi Darul Shifa Ustaz Haron Din tue..
Masa tue sy tak pandai bawak keta
Padahal dekat je dengan rumah
Puas pujuk husbd.
Husbd diam je..
Tapi akhirnya hubd bawak juga.. 

Husbd yg dulu bukanlah husbd yg sekarang..
Sekarang.. Kalau sebut nak pergi mana2 jumpa alim ulama cepat je husbd bawak.
Kdg2 tak ajak pun. Dia yg ajak..
Kdg2 sebut sekali je nama org alim yg kita teringin nak hadir kuliah..
Terus husbd bawak..
Alhamdulillah usia2 dah nak hujung nie..
Tak mintak banyak dah urusan dunia.
Nak banyak2 urusan akhirat.
Bersama2 suami yg kita sayang selalu ziarah org2 agama.
Alhamdulillah sebelum kubik nie..
Boleh kata puas hati suami bawak pg majlis2 ilmu dekat dan jauh.
Dan puas hati sebelum kubik dah dpt tunaikan umrah. Bukan saya je tapi semua anak kecuali adam yg bongsu.
Kami pergi masa berbeza tapi tak mengapalah..
Saya dengan amana dan khairy.
Husbd dengan Arief. 
Insya allah sampai masa sy ada peluang juga peegi Mekah Madinah dgn husbd.
Allah yg akan jemput ke sana..
Bukan manusia punya hak dan kuasa utk halang atau jemput. 

Ok sambung bab selawat jantung..
Ustaz yg jumpa tue.. Lepas kami cerita sikit2 hal khairy..
Dia ambil khairy dan doakan..
Dibaca doa pd khairy dan air..
Bagi selawat nie dan minta amalkan
Mcm biasalah sy lambat menghafal.
Suami yg ala2 antara nak dtg dgn tak nak tue.. sekali dengar dah hafal😆
Bila balik saya hafal pulak dengan husbd.
Tapi sayalah yg amalkan pada khairy.
Mengikut cara yg ustaz tue ajar..

Caranya:
Buat setiap pagi mengadap kiblat..
Kena cahaya matahari duha..
Tangan kanan di dada khairy..
Baca satu selawat.. Tarik nafas.. Hembus..
Ulang 7 kali..

Lepas tue saya terbaca cahaya duha nie sgt baik utk kesihatan.
So tiap2 pagi sy pakaikan khairy baju yg berlubang supaya kulit khairy kena cahaya matahari.
Pusing2 padang..
Letih sgt rasanya sebab sy baru bersalin masa tue.. Tapi dah habis pantangla.. Tenaga belum recover betul2.
Tapi sebab anak gigih jugak. Walaupun lepas pusing padang tue rasa berpinar mata..nak pitam.. 
Oh tuela salah satu punca sy kurus mcm bujang masa tue..
Hari2 bawak khairy berjemur dgn cahaya duha..

Utk khairy kami cuba mcm2 cara utk kesembuhannya.
Banyak kami belajar.
Utk khairy makanan sunnah memang bermula seawal usia 6bulan sehingga hari ini. 
Kalau tetap dengan rawatan moden sahaja..
Khairy tidaklah sesihat dan setegap hari ini.
Alhamdulillah Allah Maha Pemberi Petunjuk, hidayah dan kesembuhan

No comments: