ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, April 4, 2022

Kekuatan Hijrah Kami


Hari ini Allah izinkan solat subuh berjemaah dengan anak madrasah.
Serius inilah kekuatan jiwa saya buat masa ini.
Melihat anak madrasah buat saya rasa seronok.
Lebih2 lagi rasa seronok bila anak2 saya yang kecil iaitu khairy dan Adam pun seolah-olah sebahagian anak2 madrasah ini.
Mereka solat bersama, zikir bersama malah bermain bersama.

Adam nampak mamai bila abang madrasah nak mula sembahyang.
Sy izinkan Adam tidur tapi Adam terus ke depan dan berbaris solat bersama khairy dan abang2 madrasah yg lain.
Lepas selesai solat subuh berjemaah Adam & Khairy terus datang kepada saya di tempat saf wanita.
Ambil bantal, mintak cium2 dan teru terlelap sampai pagi dengan halwa telinga mendengar zikir abang2 madrasah.
Nyenyak sungguh budak berdua nie tido sampai ke jam 8 pagi.

Suasana mcm nie dah lama saya impikan
Tak tau berapa lama saya berpeluang rasa begini.
Hidup ini singkat dan peluang begini juga tak datang selalu...

Assalamualaikum

No comments: