ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, April 3, 2022

KENAPA TAK V PUN SIHAT DAN TIDAK POSITIF? GULA TEBU ORGANIK, GULA KELAPA ORGANIK DAN GARAM SIHAT

Ketika pejabat saya seolah-olah di serang zombie.
Satu demi satu kena covid
Dan sampai satu masa berpuluh-puluh orang di isytihar positif
Contact rapat sahaja memakan hampir separuh staf
Saya dan suami masih sihat dan bertahan dari diisytiharkan positif.

Ketika itu ada orang bertanya pada suami "u tak V pun U sihatkan?"

Marilah saya beri jawapan ilmiah sedikit:

1. Semuanya atas kehendak Allah. Jika Allah berkehendak pasti berlaku. Jika tak berkehendak tak akan berlaku. Kita nie hamba2NYA. Iktikad kena kukuh. Bukan Vyg melindungi kita tetapi hanya Allah melindungi kita.

2. Iktiar. Cakap bab iktiar. Iktiar kami bukan mcm kamu. Kamu kata iktiar kamu V. Ok silakan. Iktiar saya pula berbeza.

3. Iktiar saya adalah menjaga apa2 sahaja yg masuk dlm badan saya dan anak2. Saya tak mampu buat semua tapi saya tak akan tinggal semua. Saya akan pastikan sumber masakan halal, tidak syubhah dan sampai tahap saya lihat siapa penjualnya. Saya lebih gemar membeli dari orang yang saya kenal. Saya juga bukan jenis yang teruja dengan makanan viral terutama luar negara.

4. Saya kerap masak. Dari awal kwin lagi sebab suami saya memang jenis suka makan di rumah. Jadi saya boleh menjaga apa yg masuk dalam badan kami melalui urusan dapur. Walaupun anak ada jugak makan di luar dan  sesekali makan fast food. Tapi kekerapan makan di luar atau fast food tetap tidak dapat mengatasi kekerapan makan makanan yg dimasak oleh saya sebagai ibu mereka. 

5.  Saya akan buat perkara2 basic. Sejak saya faham kepentingan "real food". Maksud real food pun berbeza2. Jgn gaduh tentang maksud real food pulak dengan saya🤣.
Saya akan pastikan sumber masakan saya adalah dari bahan-bahan yg sihat. Tiada campuran kimia. 

6. Perhatikan bahan utama masakan kita di dapur. Garam dan gula kan? Mcm cerita Ahmad Albab. Masih amalkan gula putih ke? Tukar. Ganti yg lebih sihat gula tebu atau gula kelapa organik. Garam.. Mmmm.. Maaf ya saya tak suka garam yg dicampur-campur kimia. Sy akan carik garam "sihat". Bila kita cari pasti jumpa.

7. Selepas itu cari pula sumber-sumber sihat utk  bawang, ikan dan ayam. Yg suka buat kuih pula cari tepung organik.

8. Bila badan dah biasa dengan sumber makanan dan masakan yang "sihat". Pertahanan badan akan kuat. Insya allah. Makanan dari sumber yang sihat tak akan melemahkan imuniti. Malah menguatkan imuniti. Bila diserang jangkitan.. Imuniti yg kuat akan mampu bertahan dan melawan serangan. Kalau terkena jangkitan pun kesannya tidak seteruk mereka yg tidak menjaga sumber2 makanan mereka. Insya allah.

OLEH ITU HARAPNYA TERJAWABLAH PERSOALAN KESIHATAN KAMI. BERTUKARLAH KEPADA SUMBER-SUMBER MASAKAN YANG SIHAT DAN REAL FOOD TERUTAMA GARAM, Gula, BAWANG DAN SETERUSNYA. 

Dalam gambar nie hanya ada gambar gula kelapa organik dan garam sihat sahaja. Gula kelapa organik dah habis stok.  Saya baru order lagi dengan suppl

Botol tinggi - gula tebu organik RM12/kg
Botol rendah -gula kelapa organik RM20/500g atau RM35/kg

Garam sihat halus/kasar -rm10/kg

Free gift - sebotol garqm sihat
Amana cakap saya kena buka kedai runcit untuk makanan sihat. "Mama jual je semua makanan2 sihat yang mama masak untuk kitaorang.mesti laku" haha..

Baikla amana..mama mulakan dengan garam dan gula sihat. 
Sebelum nie pun sebenarnya saya dah beli 25kg gula tebu organik dan habis dibeli rakan2 yg memang ingin bertukar pd sumber masakan sihat.. 
Gula kelapa organik dah 30kg saya beli pun habis dijual.
Nampak gaya kena restok lebih banyak.
Nanti sy share lagi sumber-sumber masakan sihat ya..
Boleh wasup di https://wa.me/c/601156896377


No comments: