ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, May 21, 2022

Hari yang pack di tempat hijrah kami


Hari nie hari yg pack.
Dari pagi sampai ke malam.

Bermula dari kuliah subuh. Husbd kejut sekali anak2 ke kuliah subuh. Biasanya kami berdua je pergi.. Ingatkan lepas kuliah subuh balik rumah terus rupanya ada program raya dengan sheikh....adoii bayangkan sy pg beraya umh orang dengan telekung solat..tak pernah seumur hidup saya buat gitu不不不不
Nie semua husbdla punya pasal tak bagitau lepas kuliah subuh ada program beraya dengan sheikh.
Mujorlah dlm telekung saya tak pakai baju kelawar je.muahaha

Lepas habis program raya dengan sheikh.balik rumah kejap.lepas zohor kami pg beraya pula di oftice kawan saya di sini.. kawan nie member fb sebenarnya..
Sebenarnyakan sy tak sangka ramai kawan fb saya ada di tempat saya hijrah dan tak sangka kawan fb yg dah bertahun-tahun sy kenal pula ada kaitan saudara dengan rakan fb di tempat hijrah.. 
Pendek kata rupanya ramai kawan2 fb sy ada di tempat saya hijrah. Takla rasa mcm keseorangan sgt kan? Memang Allah fitrahkan manusia nie saling berkenalan dan berkawan. 

Lepas beraya di office kawan. Husbd tinggalkan kami di mall.sebenarnya sy carik pos laju yg buka hari nie.cuba nasib poslaju di mall nie bukak tak.sy nak pos barang niaga.alhamdulilah bukak.. dan suami pulak terus buat urusan dgn kawan dia.. urusan carik kayu nak buat frame utk "sesuatu".

Lepas selesai urusan husbd..husbd pick up kami kat mall dan kami terus bersiap rushing ke rumah mak angkat saya.mak angkat saya dah byk kali call suruh dtg beraya. Akhirnya saya dan anak2 magrib di rumah mak angkat. Suami pulak solat di surau dan terus ke program mawlid sheikh di area rumah mak angkat saya. Selepas solat kami dan mak angkat pula turut serta dlm program mawlid dengan sheikh. 

Fuhhh pack satu hari dan saya tak sedar lepas solat isyak dan mawlid sy terlelap.. sheikh tengah bagi tazkirah.. tapi sound sistem tak berapa dengar di tempat muslimat.. udahnya sy lelap 不不 sedor2 semua org tengah menjamu selera.

Gambar nie di rumah mak angkat saya.. puas saya bebel..jgnla main dgn lembu kambing sebab kami nak pg mawlid..nanti org wangi2 korang bau kambing lembu pulak.

Alhamdulillah hari yg pack tapi happy utk kami..

Nie pula gambar kami sertai mawlid sehari sebelum tue..

Suka tengok khairy dan ank2 yg lain selalu senyum dan ketawa di tempat kami hijrah.. seboleh mungkin tak nak anak2 merasa pedihnya hati kami dengan kezaliman yg berlaku.. kami hijrah utk jaga taqwa dan iman kami dari duduk dengan penzalim dan pemyokong kezaliman.

No comments: