ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, June 11, 2022

Haul Habib Abdillah B. Ahmad Al Jufri


Hari nie dapat jugak saya joint haul.
Sebelum nie Haul Imam Hadad dibuat di masjid.
Sy tak boleh solat so saya tak joint.

Kali nie Haul Habib Abdillah dibuat di Pondok Zawiah Kiai Khussain .
Berdepat rumah Sheikh.
Beria saya nak pergi kali nie  sebab jeles suami dan anak2 lelaki dapat pegi Haul Imam Hadad sebelum tue🤣

Majlis start jam 5ptg tapi saya datang lepas magrib sebab kena ambil kira kesihatan khairy.
Takut khairy tak tahan menunggu lama2 dari jam 5 sampai 11 malam.
So kami decide pegi lepas Magrib sahaja supaya khairy selesa.

Alhamdulillah sy dapat ilmu sikit2.
Jadilah.
Dapat dengar sheikh bagi kuliah dalam sejam juga.
Dan ada sesuatu yg buat saya terfikir hasil dengar kuliah sheikh tadi.
Semoga saya akan dpt jawapannya nanti.
nak makan ke bersilat tue Adam? Hihi

Hari nie jamuannya nasi beriani berlauk kambing segar.
Sheikh dah pesan tadi makan banyak2 ye🤣
Betul2 banyak..
Saya amana, adam, khairy makan setalam.
Ya allah kenyang betul.
Sampai saya suap amana makan.
Amana nie manja dalam diam.kalau saya suap dia takkan tolak. Dia suka kalau saya suapkan dia sebab itu tanda dia dimanjakan.

Husbd makan dengan geng2 khidmat.
Seronok tengok suami khidmat dengan jemaah sheikh.
Angkat2 talam. Siapkan makan minum hadirin.

Kalau di madrasah anak..masa kami duduk dua bulan di sana.. saya tengok khairy yg kecik tue tolong2 angkat talam. Talam lagi besor dari dia. Seram tengok.takut talam tue dengan nasi dgn laukpauk terbalik je..
Bila tengok suami dan anak beri khidmat pd org makan pun buat saya happy dan bahagia melihatnya sedangkan tue benda kecil je kan?

Kadang2 saya Ila Saleh  menung juga..
Camana ye kami boleh tercampak ke satu tempat yg sangat asing dan tiada kena mengena langsung  dengan  kami anak beranak..
Tiada seorang pun ahli keluarga jauh atau dekat kami di sini.
Sanggup pula kami tinggalkan kerjaya kami yg dah 20 tahun tue..
Tinggalkan gaji yg lumayan dan masa depan kerjaya yg cerah.. 
Monthly income berbelas2 K kami tinggalkan
untuk duduk di sini..
Duduk di sini yg  tak menjamin satu apa pun kejayaan atau kebahagiaan..
Ya memang langsung tiada apa2 jaminan bahagia dan kesenangan di sini..
Tapi entahla..
Itu yg masih saya menungkan dan kdg2 sy tanya husbd "kenapa ye kita kat sini? Camana ye kita boleh sampai sini"
Dan tiap kali saya tanya husbd air mata saya menitik laju..

Dan berjauhan dengan ibu adalah satu perkara yg saya tak pernah terfikir.
Selama 42 tahun sy duduk dekat ibu..
Universiti pun belakang rumah je. 
Kerja naik tren je dari rumah mak.
Lepas tue kawin pun dgn org KL.
Beli rumah pun dekat rumah mak.
Tup2 boleh pulak saya pindah jauh begini.
Begitu juga suami..

Tapi satu je keyakinan saya..
Saya ada Allah yg akan beri saya bahagia dimana saja pun sy berada selagi sy berusaha dekat denganNYA.
Semoga kami tenang dan bahagia di sini.
Insya Allah

No comments: