ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, June 4, 2022

Haul ImamAl Hadad & Ringkasan Jalan Hijrah Kami


Cuba teka nie sapa?
Kalau asik tdo dalam kuliah pastilah Adam Ziqri😆

Cerita semalam..
Suami dengan anak2 pergi haul Imam Hadad..
Adam beria pakai baju melayu paling hensem katanya..
Tapiiiii mcm biasa inilah si Adam
End up dia bantai tidur 🤣🤣🤣
Adam nie dah dibawa ke taman-taman syurga sejak belum boleh berjalan lagi. 
Saya siap bawa alas tilam utk Adam tdo menyusu di masjid.
suami dulu susah nak bergambar tapi sekarang suami selalu amik gbr anak2 dan dirinya lebih2 kalau pergi kuliah..mcm satu perkara yg sangat happy utk dirinyadan perlu  simpan kenangan dirinya dan anak2 ke kelas agama..suami nampak lebih happy dan tenang. Sy tahu walau hatinya ada rasa risau dgn hijrah ini tetapi mcm sy juga.. Kami yakin Allah & Rasullulah bersama org2 yg berusaha menjaga taqwa dan dizalimi.

Saya teringat..
Masa mula2 saya dan suami berusaha kembali ke fitrah..
Masa itu kami masa di rumah Kajang..
Setiap hari Jumaat kami hadir kuliah Habib Ali Zeanal di Masjid Jabal Nur Setiawangsa.
Suami akan pecut balik ke Kajang dari pejabat kami di Bangsar.lepas tue dari Kajang pecut pulak ke setiawangsa utk Kuliah Habib Ali Zeanal.
Sementara tunggu suami amik kami di kajang tue, saya pula siapkan anak2 dengan pakaian yang paling hensem termasuk baju salin dan makanan utk bawa ke masjid 
Saya ketika itu wfh di rumah kerana anak masalah jantung.jd dapat kemudahan wfh dari pejabat.

Setiap hari Jumaat adalah hari yg paling anak2 tunggu. Tak putus dari mulut anak "hari nie kita jumpa Habib Ali Zeanal kan?"
Seolah2 setiap Jumaat adalah vacation utk anak2.
Walau pulang ke rumah hampir 1 pagi pun anak2 tetap happy dan seronok.
Tapi bila PKP berlaku.. ia  meranapkan kebiasaan kami dengan mcm2 SOP dan telah menjauhkan kami dari masjid.

Anak2 mula menung..
Rindukan suasana masjid
Rindukan Habib Ali Zeanal walaupun di masjid mereka lebih banyak main tetapi patah2 perkataan yg lembut di sebut Habib tetap masuk ke dalam hati anak2
Sebabnya bila balik mereka akan cerita pada saya di dalam kereta "mama tadi habib cakap bla bla bla..betul kan ma?"

Alhamdulillah ..Allah atur sekarang kami kerap berada di dalam majlis ilmu
Sehinggakan kerap masuk ke rumah TG juga terutama suami dan anak2 lelaki.

Betul juga bila ada yg berkata..
Kalau kita nak sesuatu..
Permulaannya Allah nak tengok niat dan usaha kita..
Selepas itu insya allah laluannya akan diberikan..

Dulu bila dapat khairy..khairy masih bayi
Selalu tengok Habib Ali di tv ..
Sy niat dan sebut pd khairy yg baby "one sweet day kita akan ada dlm satu majlis dgn Habib Ali Zeanal"
Saya selalu tengok kuliahnya di tv 
Alhamdulillah bebrapa tahun kemudian selalu suami bawa ke  majlis ilmu dengan Habib Ali.

Kemudian TG Ahmad Rizam.. suami selalu follow beliau.end up sempat anak kami Arief duduk belajar di madrasah beliau di KKB 

Selepas tue selalu follow ulama Indonesia, Ustaz Adi Hidayat. Pasang niat nak duduk satu majlis dengan beliau. Selalu tengok online kuliah beliau. Alhamdulillah tiba2 sebelum PKP boleh pula Ustaz Adi Hidayat datang Malaysia buat road tour. Dapatla sy berada satu majlis dengan ustaz adi di masjid besi putrajaya.
Pusing kiri pusing kanan semua cakap dilek indonesia 😁

Begitu juga dgn asatizah yg lain. Pasang niat ..usaha follow di fb.. alhamdulillah dpt juga duduk satu majlis dengan asatizah tersebut..

Dan yg terakhir TG Sheikh Abu Zaki... Berbulan2 kami ulang alik dari kajang ke johor. Kalau sheikh datang ke KL kami tunggu di KL. 
Belanja ulang alik tak payah cakaplah 
Duit minyak, tol sewa homestay, makan minum 6 beranak. Pernah bawak mak jugak.
Adik bongsu Sarina Saleh  pun selalu follow 
Semua kami redah. Ketepikan budget setiap bulan nak ke majlis sheikh di johor.

Dan aturan Allah di sini kami hijrah.
Semoga Allah reda pd penghijrahan kami yg bertahan menjaga iman dan taqwa kami.. 
Kami juga memang niat nak duduk dekat dengan alim ulama.
Harta dunia yg hilang terlalu jauh nilainya jika dibandingkan dengan nikmat berdamping dgn alim ulama dan rakan2 yg soleh.

Kami bukan org soleh tapi kami belajar utk jadi orang soleh dengan duduk hampir dengan orang-orang soleh yg ketat menjaga iman dan taqwa.

Semoga anak yg kerap tidur dalam majlis ilmu taman2 syurga ini boleh menjadi orang soleh utk menunjuk ajar ibuayahnya yg terlalu lama leka.

Semoga Allah ampunkan kelalaian dan kesilapan kami di zaman muda dengan anak2 yg kami usahakan utk duduk dikalangan org soleh dan semoga jadi org yg oenuh dengan ilmu agama..

Doakan kami ya kawan2 semua..
Doakan kami di sini yg masih bermula semuanya from scratch ..
Hanya kerana yakin pd Allah& Rasullulah kami hijrah sampai begini...utk menjaga taqwa kami..

mama jangan keluar ye..duduk je rumah.kitaorang nak pergi haul.. jangan pg shopping pulak..haha.. mcm2 Arief pesan.sy dan amana tak ikut ke haul.

No comments: