ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, June 22, 2022

NAK TENANG?

Nak tenang..
Keluar dari "kawasan" yg buat ketenangan kita hilang.
Mungkin kita akan hilang harta benda dengan pilihan kita .. tetapi ketenangan jiwa itu mahal harganya.
Kalau tak mampu keluar dari "kawasan" itu kerana kekangan tertentu..jiwa kena kental dan kuat.

Nak tenang..
Pandang saja sikap dan perangai orang lain selagi mana mereka tak menyakitkan kita dan anak2 sebab semua orang ada sikap masing2.

Nak tenang..
Tak nak pk banyak hal orang lain.
Amik tahu banyak hal orang lain buat fikiran kita pun jadi kusut.

Nak tenang..
Hindari orang bermulut lepas.
Kita kena jaga kolam hati kita dan anak2.

Nak tenang..
Letak had sempadan orang lain dari masuk campur urusan kita dan anak2
Tidak seharusnya orang lain masuk campur dan ada autoriti dlm cara kita menguruskan financial kita, mengkritik cara kita menguruskan kesihatan, agama dan masa depan kita dan anak2.

Nak tenang..
Jauhkan diri kita dan anak2 dari mereka yg kita ketahui akan melukakan kita dan anak2 baik dari segi  percakapan atau perbuatan.
Jauhkan!

Nak tenang..
Baca and just skip.lebih2 benda viral di medsoc nie.
Cerita kelakar okey..utk hiburan😁

Nak tenang..
Kecilkan circle of friend..
Lagi banyak kumpulan..
Lagi banyak drama sinetron..

Nak tenang..
Pg kuliah dan majlis ilmu. Org yg ke sana kebanyakan nak carik ilmu utk meredakan gelora jiwa yg sesak dgn urusan dunia.
Walau ada yg ke majlis ilmu dgn niat yg tidak lurus.biarkan dan jgn dekati mereka utk ketenangan dan keselamatan.

Korang listlah sendiri lagi..
Ini cara saya Ila Saleh ..
Yg penting sekarang sy nak jaga diri dan anak2 saya sahaja.
Fasa menyedarkan orang sudah berlalu ..
Kini fasa meemasturkan diri sahaja😉

Selamat malam semua 
Semoga esok lebih baik dari hari ini dan semalam.
Insya Allah.
Jgn risau sebab Allah& Rasullulah bersama hamba2NYA yg berniat lurus.

No comments: