ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, July 6, 2022

Dunia Bukan Tempat Untuk Orang Baik...


Saya Ila Saleh dan suami bukanlah orang baik sangat.
Tapi disebabkan nak jadi org baik kami tinggalkan tempat dan orang-orang yang menghina, menindas dan mendiskriminasi yang  membuatkan kesabaran kami makin hilang..

Disebabkan nak jadi orang baik kami lebih sanggup menghadapi kesabaran dalam melalui hijrah daripada kesabaran melalui penghinaan dan diskriminasi.
Pilihan hijrah ini juga perlukan kesabaran yang tidak mampu dizahirkan dengan kata-kata melainkan hanya jiwa yg dalam saja mampu merasainya..

Kesabaran untuk menekan ego kami yg selama ini punya kerjaya yang stabil, punya gaji berbelas2 K, punya anak2 buah di pejabat yang boleh membantu buat tugasan dan tidak membantah memandangkan kami adalah supervisor mereka.

Kesabaran untuk menerima hakikat satu demi satu harta yang kami usahakan kami lepaskan satu persatu. Sebenarnya bukan harta kami ..hakikatnya ia harta bank. Mujorlah bab ini telah lama saya terima dan  pasak dlm hati sejak tahu apa itu riba.

Kesabaran untuk melihat anak2 yang selama ini mudah meminta dan mendapatkan apa yg mereka inginkan. Dan saya juga bersyukur di dalam perkara ini anak2 saya dari kecil bukanlah dididik dengan branded item. Mereka mudah dihiburkan hatta di Ninson, DIY, Shoppe, Kaison dll yang sederhana.

Kesabaran untuk belajar mengenal setiap insan-insan baru di sekeliling kami. Syukur alhamdulillah banyak orang baik yg kami temui disini.. kebanyakannya lebih banyak bicara tentang akhirat daripada urusan dunia. Akhirat didulukan dunia dikemudiankan. Bila tujuannya sama konfliknya berkurangan. Walaupun ada yg berbeza niat tetapi kebanyakan dari kami cepat menghidunya dan menjauhinya utk menjaga amal dan bicara masing2.

Kalau nak senaraikan segala kesabaran yg perlu dilalui utk penghijrahan ini ..
Sampai esok pun tak habis kerana kami meninggalkan 100% hidup kami yg dahulu.

Tiap kali solat ..
Hanya mampu ucapkan
"Ya Allah semoga ini jalan yang benar utk akhirat kami"

No comments: