ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, December 28, 2022

Amirul Arief 2022

Hari nie belek2 gambar dalam hp untuk delete gbr2 yg tak perlu..

Ternampak gambar ini..
Gambar ini dalam rumah TG Sheikh Abu Zaki.
Seronok sangat Arief dapat masuk ke rumah Sheikh. 
Balik je dari rumah Sheikh terus Arief terpa saya dengan wajah happy dan ceria 
"Mama mesti suka kalau dapat masuk rumah sheikh. Banyak kitab. Rumah dalam tue kayu-kayu. Arief pakai baju warna hijau sama dengan Sheikh hari nie tau mama"
(Cuba tengok belakang Arief  tue kan TG Sheikh)

Masa itu kami masih lagi berulang-alik dari Kajang ke Batu Pahat.
Setiap bulan kami akan set time untuk musafir ke Batu Pahat untuk duduk sama-sama dalam majlis ilmu TG Sheikh Abu Zaki.
Bila TG Sheikh ada tertib di Kuala Lumpur kami akan tunggu pula di KL.
Untuk tertib KL biasanya TG akan hadir di beberapa tempat untuk majlis ilmu.
Kebiasaannya kami akan tunggu di rumah Habib di Kemensah dan di Masjid Pucong.

Alhamdulillah dengan izin Allah sekarang kami duduk hampir dengan TG Sheikh.
Semuanya berlalu terlalu pantas.
Antara hikmah discrimminate kami dapat duduk dekat dgn TG Sheikh yg kami hormati.
Sedangkan ketika itu mak saya dah siapkan tanah pusaka di Melaka utk kami hijrah selepas discriminate berlaku pada saya dan suami.

Kasih sayang Allah tak terduga ..diaturnya kami akhirnya duduk dengan ulama yg kami sayangi dan hormati.
Insya Allah di sinilah nanti kami akan habiskan usia kami ..
Di bumi Batu Pahat.
Seperti kata suami "kita hijrah ke sini untuk tunggu mati saja"
Insya Allah anak2 saya juga akan bina masa depan mereka menuntut ilmu, mencari rezeki dan berkeluarga di sini..
Insya Allah..

Alhamdulillah Arief dah masuk di madrasah di sini..
Malah setiap hari Isnin anak saya ini Amirul Arief   menadah dua kitab setiap minggu dengan TG Sheikh di madrasah.. Kami juga menadah satu kitab yg sama dengan Arief bersama TG Sheikh.

Alhamdulillah. Mudah-mudahan Arief dapat sambung menuntut ilmu agama di Tahrim. Semoga TG Sheikh restui Arief untuk ke sana..Insya Allah

No comments: