ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, October 28, 2015

Monsterdeal---> Kopi Monster

Yang mana satau idaman kalbu?
Yang hijau tue serius sedap tapi tak ingat perisa apa
Yang unggu pun sedap & lagi sekali memang tak ingat perisa apa haha
Yang kuning tue ingatla --> mangga sebab i yang order haha

 
Monsterdeal nie berkonsep cafe & butik
nampak tak ada yg ralit  membeli belah tue
 
 Buat mulut anak itik
nasibla nie kecik lagi
kalau dah besar buat mulut itik mcm nie & tayang dalam FB
mak ngah sumbat itik hidup dalam mulut tue!!

Monsterdeal nie kat mana?
Monsterdeal ini hanya  dipisahkan oleh sebatang jalan sahaja dari  Felina Butik 
Kat level 2 atau 3 
i is lupa
Saya tahu nie pun sebab masa event Felina Butik yang adik saya-Cradleysious  sponsored canddy buffe tue
Monsterdeal pula sponsored berbotol2 air mereka yang meletops nie untuk tetamu2 yang hadir masa Grand Opening Felina Butik tue

 

Tuesday, October 27, 2015

BAYBIE: Goggle ranking untuk "Baybie Product"

Alhamdulilah
Akhirnya :)
Berbaloi-baloi bila akhirnya goggle capture juga blog saya apabila search "Baybie cream"
Now blog saya di ranking ke 3 selepas Bidara World website
Semoga saya berjaya menarik ramai customer seperti mana 





 
"LIKE" ramai-ramai ye :)
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH-UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
  
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK TONGKAT ALI -UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
  
Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK UTM YANG LAIN?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

 
Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK BIDARA WORLD?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI 


Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK MINSYAM (HABATUSAUDA &ZAITUN)?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK SUTRA?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI 
Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK BIDARA?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

UNTUK FREE CONSULTATION: 
 017-3201998 (ILASALEH)


Monday, October 26, 2015

@ Fuel Shack with lovely sister & kiddos

 sekarang nie banyak betul restaurant fast food kan?
so banyakla pilihan 
tak payah nak hari2 hadap McD haha
dulu.. 3 tahun yang lepas yess.. sikit2 McD
now selagi ada yang lain... pilih yang lain
alhamdulilah dah 3 tahun lebih tak jamah McD
Khairy lagilah tak ada
sejak dalam perut mak dia,  Khairy  tak makan McD
Kalau Khairy atau anak2 yg lain makan
mesti ada yang bagi tanpa pengetahuan saya
tapi kalau ada yang belikan anak2 McD takkan saya tak bagi anak2 makan
Dah depan mata anak2
cuma saya sedaya upaya tak akan beli dengan duit saya sendiri
 kalau diberi pilihan. McD bukan yg utama

ye saya sayangkan anak2 palestine
jadi saya didik anak2 saya "berjihad" dengan perkara paling mudah
melalui makanan
 kat rumah nie saya yang uruskan kelengkapan dapur
saya naik confused jugak produk2 keluaran ISRAEL laknatullah tue!!
sebab dah terlalu commond
tapi now dah mula gunakan produk2 keluaran muslim
mulakanlah "berjihad".. sekurang2 niat tue ada
betul tak?



 nie anak adik bongsu saya
Dia dah tak sabar tue nak makan
 
Nie saya yang punya
entah berapa rm tak ingat
sorilah ye

 
ayam goreng dia memang besar
berbaloi2la kalau nak makan kongsi2
bolehla diet haha
diet kebendanya :p

 nie anak adik saya no 3
si qaseh
dah becok banyak cakap
 
 muka2 puas berjalan
sebenarnya masa nie diorang semua cuti teman saya shooping
shopping utk shooting produk Korea tue 
saya tak bawak Khairy sebab nanti Khairy dok melekat kat kaki mak dia
end up nanti tak dapek nak beli apa2

sorylah kawan2 lama tak update
busy ..
biasalah hujung bulan
kejar statistik :)
nanti saya update tau
banyak nak share nie



Friday, October 23, 2015

DocLab: Malas Berdandan? Gunakan DocLab Ajerrrrrr



Salam Jumaat semua
Bagi korang baca iklan sesikit
Nanti bila mak khairy ada masa free
kita bebel panjang2 tentang DocLab ye
Korang jangan tak beli pulak nanti







OLYMPUS DIGITAL CAMERA 
 Inilah Doc Lab
Kenapa tak letak gambar mak Khairy pakai baju kedah ye?
haha
kalau gambar mak khairy depan tue takde lah orang nak beli :p


 DocLab Ampoule - Size Comparison
 Comel je
senang je nak pakai
patahkan kaca tue tap tap tap kat muka
muka nampak segar & makeup pun mudah melekat

Itu jelah dulu
Byeeee
 

Friday, October 16, 2015

DOCLAB: Bila mama khairy jadi model :p

  
Salam isnin semua
Fast update ya
Korang jangan gelak ye baca entry nie
satu pengalaman baru untuk saya
Sebelum nie memang pernah pegi photoshot utk PA&MA
adalah dua atau tiga kali
tapi untuk shooting yang betul2 capture diri sendiri belum ada lagi
Kiranya ini kali pertama   
Pengalaman untuk diri sendiri

Pada mulanya saya tak nak joint
Alasannya kelakar saya bagi
"haiyaa i dah gemokla...masa i kurus u tak mo ajak shooting"
Tapi owner produk nie memanglah tak pernah kenal putus asa
Lagipun saya  akan jadi dealer untuk produk nie
apa salahnya berikan kerjasama
Win win situation 

Tapi yang paling penting saya tak beri jawapan dengan segera adalah kerana
SAYA NAK CUBA DULU PRODUCT INI
sebagai online seller saya akan test dulu produk2 yang saya jual di KOKOADIK BLOGSHOP  
kalau dah buat photoshoot bagai mestilah saya sendiri dah puas hati dengan product nie
betul tak?
nanti saya share detail ye
pengalaman saya gunakan product nie

 
 Rasa mcm mak ponti pun ada

 Tak ke macam pontianak
dengan baju kedah ala2 zaman saloma haha

 Ini antara team shooting saya
Korang perasan tak yang baju biru tue sapa
masa mula2 tengok
"eh muka macam familiarlah"
memang cantik.. masa tak makeup pun lawa
dah makeup lagi berseri
model profesionallah katakan
Azalea-model tudung FAREEDA
kalau Azlea nie takde memang saya keras kejungla amik gambar
Saya pun tak tau dia lebih muda atau tua dari saya
sebab muka muda je :)


 
 Yang tudung kuning tue baru pestime jumpa.. nita namanya
tapi mcm dah lama kenal pulak haha
nie gambar yang cantik2 nie dari  hp dia lah..

 ouch kak Lily Putih sungguh goges!
I loike!!
Jarangla kak lily nak pakai melawa2 gini
Lagi2 dalam hutan haha
masa nie dah tengahari
dah panas dah 
semua masih gigih nak melawa
 
 Kaki saya lebam.. terlepas benda berat  atas kaki
biru jadinya
tapi gigih pakai kasut high heel untuk shooting nie
dalam hati adoyaiii..sakitnye..


  
NAK TAU PRODUCT APA?

DOCLAB-Box-OP-Korean-OL


nanti i share detail ye

chow chin chow
mak banyak keroja


Selamat Hari Lahir Untuk DIri Sendiri :)

Salam Jumaat semua
Semoga hari ini memeberi kebahagiaan pada semua
Alhamdulilah umur saya dah masuk 35 tahun pada 13 Oktober
Terima kasih sangat pada wish melalui FB wasup telegram etc etc
wah budget glamer mak Khairy hihi
Sebab mak Khairy budget glamer 
mak Khairy tepek jela ucapan dari FB
Boleh la ye..
Jemput pakai spec & kanta pembesar kalau tak nampak tulisan haha
 






 

Thursday, October 15, 2015

Nissan-ETCM Riang Raya Campaign: Aqiqah & Birthday Party worth 50K (Part 2)


 Salam kawan2 semua
Seperti yang kawan2 semua tahu 
saya da buat entry pertama tentang kemenangan saya untuk Nissan-ETCM Riang Raya Campaign
Alhamdulilah menang party worth 50K
maksudnya saya boleh buat apa2 majlis yang bernilai 50K
Alhamdulilah majlis aqiqah dan sambutan hari jadi telah diadakan pada 10 Oktober 2015 

Saya ada buat teaser majlis ini di sini. 
Mari kita sambung entry majlis aqiqah & birthday party anak2 saya
entry nie gambar bersepah2 sebab ini gambar camera sahaja
 nanti bila dapat gambar dari profesional photographer
saya akan share ikut turutan ye
supaya kawan2 juga turut sama merasa perjalanan majlis tersebut

 Close up pelamin aqiqah
nie dah jadi pelamin pengantin je gayanya haha
Aqiqah ini dibuat untuk 2 anak lelaki saya iaitu Amirul Arief & Adlan Khairy
Manakala sambutan hari lahir pula untuk ketiga2 anak2 saya Dalia Amana, Amirul Arief & Adlan Khairy
 
 Kek Frozen ini idaman Amana

 Ini salah satu santapan di meja Candybuffe by Cradleysious

 Kek idaman Arief & Khairy
Arief asikla monopang dagu atas meja bila kek nie letak kat luar
Kemain dia jaga takut orang amik ultraman dia :)

 Saya sendiri tak sempat merasa semua kat atas canddybuffe nie
letak je kena serbu dek budak2 dan mak budak
nampaknya sejarah berulang lagi di rumah saya

 Suweet je gambar atas nie
makeup pun belum cair
so comey sikit bila jumpa live dgn kawan contest
Kawan contest nie ila panggil Pak Dee je
Seronok sangat bila majlis nie dapat mengumpulkan rakan2 yang selama nie hanya bersua di FB sahaja
Merapatkan ukuhwah tue

 4 galaxy tab A untuk hadiah anak2 tersayang
Ingatkan dah tak dapat haha
 
 inilah yang mengembirakan anak2
clow in the houze!!!
Beratur budak2 nak amik belon haha
 
 Kami juga ada jemput seramai 45 anak-anak yatim dari area Kajang
nanti saya beri full detail alamat ya
anak2 yatim nie masih kecil2
sangat berkat kalau kita dapat sama2 hiburkan mereka
insya allah ada kelapangan nak juga jenguk tempat tinggal anak2 yatim nie nanti

 Bahagikan godies bag untuk anak2 yatim
mak & MIL saya juga ada hulurkan sumbangan peribadi mereka
semoga panjang umur dan diberikan kesihatan berpanjangan pada mak & MIL saya
semoga kami dapat mengembirakan hati mereka berdua selagi ada nyawa
kalau boleh tak nak susahkan hati mereka
kalau boleh tak nak mak tahu perkara yg sedih2
supaya hati mak tenang di usia tua mereka
rasanya semua anak ada rasa begitu
Tapi kalau ia hanya rasa dan bukan dari segi tindakan tak ada maknanyakan?
Kalau kita nak bahagiakan parents kita
tunjukan.. buktikan.. jangan buat orang tua susah hati..

 Inilah si cilik yang sangat BERTUAH
Ujian dibeli melalui si kecil ini
Pelbagai rezeki juga melalui si kecil ini
Semoga jantung Khairy bertahan sampai mama tutup mata ya
Nanti Khairy pula bawa mama ke Mekah
Pimpin mama sebagai mana mama pimpin Khairy buat umrah ke Mekah
 
 Ini memang kelakar
Clown tue cakap kat Amana
"ehhh kasut kita sama besar lahhh"
Amana dengan selamba
"eh ini kasut papa saya tau!"
Macam marah pulak clown kutuk seliper buruk papa dia haha
 
 Susah sangat nak amik gambar denga budak2 nie
Tengokla tue..
si arief dengan mulut kembung
si amana dengan rambut serabai
si Khairy yang melompat2 akhirnya dia berdiri kat pangku
salah step memang mak Khairy tergolek macam nangka busuk haha
 
 yang tengah tue adik saya
tengok kain pun tau adik beradik haha
yang lagi satu tue adik ipar saya
khairy dah lesap kiki

 
clown teman amana potong kek
 
 tengok tue mak nak kawal arief
clown pun nak kawal arief  

haha..sampai sini jelah ye
gambar dah habis
kiki..nanti ada gambar kita buat lagi...

Monday, October 12, 2015

Ekstrak Kacip Fatimah-UTM: Customer Hamil Lagi ;)

 Suka dengar news macam nie
Alhamdulilah
Doakan customer saya selamat bersalin hingga akhirnya ya

DISCLAIMER: Kesan penggunaan Ekstrak Kacip Fatimah UTM adalah berbeza antara individu berlainan. Ia bergantung kepada tahap kesihatan dan juga  tempoh masalah yang telah dihadapi oleh individu terbabit. Masa lebih lama diperlukan untuk mendapatkan tindakbalas positif jika masalah kesihatan tersebut telah lama dihadapi.

"LIKE" ramai-ramai ye :)
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH-UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
  
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK TONGKAT ALI -UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
  
Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK UTM YANG LAIN?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

 
Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK BIDARA WORLD?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI 


Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK MINSYAM (HABATUSAUDA &ZAITUN)?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK SUTRA?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI 
Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK BIDARA?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

UNTUK FREE CONSULTATION: 
 017-3201998 (ILASALEH)
 

Friday, October 9, 2015

Nissan-ETCM Riang Raya Campaign: Aqiqah & Birthday Party worth 50K (Part 1)

TQ so much for PIC Nissan - Norjihan that makes all this happen.. It's really a gift Jihan :)
Later I will blast the event ya
Alhamdulillah..