ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, February 5, 2023

Makanan RTE- Ready To Eat / Retort Muslim Product

Rasa berbaloinya..
Nak iklan tak menyempat2 walau semua org sibuk cuti Thaipusam
RM40 untuk 4 jenis  makanan retort!
Termasuk postage ye..
Produk muslim.dont worry..
Expired 10/2024

Satu pek portion utk sorang makan..
Boleh rasa 4 jenis lauk ayam yg berbeza..
Ayam kari
Ayam kurma
Ayam blackpapaer
Ayam masak merah



Kalau ada anak2 yg dok asrama tue boleh belikan..
Kalau yg nak travel alone pun boleh..
Kalau yg nak sahur tak sempat masak pun boleh
Kalau nak beli utk org tua yg sorang2 kat kampung pun sesuai beli..
Ermmm kalau yg memang malas masak pun sesuaiii sangat beli.
Sebenarnya bukan malas kan?
Ada masa takde mood nak ngadap kuali periukšŸ¤£


Lepas tekan link ..
pilih option MRE LAUK EMERGENCY



sos pasta, black paper gravy pun adaaaa..
Produk Muslim & better choice!

Tuesday, January 24, 2023

Amirul Arief, dyslexia dan kitab


Bagi parents yg ada anak2 bermasalah pembelajaran.. dyslexia ke adhd ke etc etc
Jangan putus asa..
Pasti ada satu tempat yg sesuai utk anak2 begini..

Dulu masa Arief kecil2..  Arief cuma diam dengan lego.
Kalau tak dapat lego Arief tak akan duduk diam..
Sehinggalah satu hari suami bawa kami semua ke kuliah TG Ahmad Rizam mudir Madrasah Darul Atiq 
Saya lihat Arief diam saja..
Hampir dua jam Arief mendengar kuliah TG Ustaz Rizam dengan khusyuk..

Rasa pelik juga sebab di sekolah cikgu selalu komplen Arief tak boleh duduk diam. 
Dipaksa duduk akhirnya Arief tido saja di kelas kerana bosan walaupun duduk paling depan.
Duduk depan kelas pun tak memberi kesan kerana tulisan semuanya melompat2 dan Arief tak mampu baca pun. Dia melukis dan akhirnya tertido juga 
Hari2 komplen itu sajalah saya asik terima...
Arief tdo.. Arief tak duduk diam.Arief asik berjalan.
Dah dibagitau dia dlm proses treatment pun takde siapa yg faham..

Dan bila lihat Arief  tekun mengadap TG Ustaz Rizam ...
Tanpa tidur.. tanpa bergerak ke mana-mana.. malah tekun matanya hanya memandang TG dengan penuh tumpuan..
Fahamlah saya jalan agama adalah untuk Amirul Arief. 

Ketika ini usia Arief lebih kurang 10 tahun
Arief sempat duduk beberapa ketika sahaja  di Madrasah Darul Atiq kerana kovid dua tahun.
Mungkin jika dicampur2 tempohnya dekat setahun juga di Darul Atiq.
Madrasah Darul Atiq adalah madrasah yg menekankan adab dan amal.
Arief bagitau di Darul Atiq banyak baca quran dan berzikir. Saya percaya amalan ini merawat Arief dengan sangat cepat terutama bahagian mata dan juga cara akalnya memproses maklumat.
Ajaib sungguh Arief boleh membaca dalam tempoh hanya 4 bulan duduk di madrasah ini.
Bayangkan balik ke rumah Arief membaca kitab Munthakab Hadis di depan saya dengan sangat laju. Sedangkan sebelum ini jika disuruh baca Arief hanya merenung saja buku sekolahnya .
Menitik air mata saya..šŸ˜­

Selebihnya di Darul Atiq, Arief banyak bermain dengan alam.
Madrasah ini ditengah hutan.
Arief panjat pokok, berlari dengan kera, mandi sungai, keluar masuk hutan.
Ada saja ceritanya tentang alam semulajadi disana.
Dan saya percaya ia juga salah satu punca Arief tenang, mudah menerima dan menghafal tiap zikir yg diamalkan di sana.

Di usia 13 tahun Arief masuk ke Madrasah di Johor kerana kami hijrah ke Johor..
Setahun dah berlalu dan kini Arief dah berusia 14 tahun..
Masih setia di jalan agama dan tak pernah sebut nak masuk ke sistem mainstream.
Arief tak sesuai di sistem mainstream
Nampaknya inilah jalan Arief untuk menuntut ilmu..
Di sini Arief mula menadah kitab.
Di permulaannya Arief ambil masa juga..
Di sini tiada alam untuk Arief bermain..
Tetapi alhamdulillah mungkin kerana cintakan TG Sheikh..suka duduk dengan orang2 soleh dapat juga Arief adapt dengan cara baru.
Arief sudah mula bercerita tentang kitab yang TG Sheikh dan ustaz ajarkan malah mampu juga Arief menyampaikan pada saya semula.
Syukur alhamdulillah..

Dalam gambar..Arief sedang tadah kitab Tanbihul Ghafilin (Peringatan Bagi Yang Lupa) bersama jemaah TG Sheikh Abu Zaki.
Tengok Arief dobek kitab..
Teringat buku sekolah Arief yang kerap kosong dan kalau berisi pun hanya beberapa muka surat dan kebanyakan hanya lukisan cartoon.

Janganlah kita berputus asa dengan anak2 yg masih kecil dan melayan kata2 hinaan pada anak kita.
Jangan tambah tekanan pada anak kita yg ada masalah pembelajaran. 
Mereka akan bersinar dan tenang di tempat yg sesuai utk mereka.

Tapi mungkin jugak Arief serem bapak dia ada kat sebelah auto rajin belajar haha.
Credit gambar to madrasah Arief.
Bukan sy amik gambor..camana sy nak amik gbr kat saf lelaki pulak haha

Saturday, January 14, 2023

Hanya kerana Allah& Rasullulah


Dulu zaman muda..
Pernahlah terbaca kes-kes macam nie..
Letak jawatan kerana Allah & Rasullulah
Mereka cintakan Allah, takutkan Allah, azab Allah dll..
Masa tue aku kagum..
"Hebatnya diorang tue.. sanggup tinggal kesenangan untuk semua tue"

Tapi sekarang aku faham..
Nikmat cintakan Allah tue lagi besar dari nikmat duduk dalam kesenangan dan keselesaan..
Aku jumpa beberapa orang di tempat hijrah di sini.
Bukan calang2 income dan kerjaya mereka ..
Mula-mula aku jumpa seorang, jumpa yang lain, jumpa lagi yang lain, jumpa lagi dan semoga aku tak akan berhenti jumpa orang begini sebagai sumber kekuatan kami sekeluarga..

Ada kerja bank, keja cukai, keja semigomen dan dengan beberapa alasan yang sama dan ada yg berbeza..
Tapi semua alasan mereka menuju perkara yang  sama..
Takut hukum Allah walau di mata orang lain benda itu sekadar sebesar semut dan langsung tak memberi dosa..
Tapi jawapannya hampir sama "takut Allah.. takut tak dapat nak jawab kat akhirat"
ALLAHUAKBAR 

Mereka tinggalkan kerja dan masa depan yg cerah
Mereka tinggalkan neck tie masing2
Mereka tinggalkan bilik yang berhawa dingin
Mereka tinggalkan peluang meningkatlan kerjaya di dalam dan luar negara
Mereka tinggalkan income sehingga berbelas2 K
Mereka ini ada yg lelaki dan perempuan..
Malah ada yg pasangan suamiisteri..
Mereka mula kerja biasa-biasa saja
Ada yg buka homeschool
Ada yg jadi rider
Ada yang ikuti kuliah sepenuh masa
Ada yg buat kerja part time sana sini

Semoga Allah beri kami semua kekuatan
Kerana tak semudah itu meninggalkan kesenangan dan dunia yg telah dikecapi berpuluh tahun .

Link asal https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10220677472718360&id=1582173137&mibextid=Nif5oz

Saturday, January 7, 2023

kovid 2023? Bagaimana hadapinya? Vaksin lagi? Up to you ..


Faham tak maksud jaga makan di sini?
Apa yg kita makan akan mantapkan sistem imun kita.
Kalau makan tak jaga....

Bahan makanan better choice mahal?
Mulakan dgn yg asas itulah yg saya buat dulu..
Sebab sy memang jenis memasak..
Saya mulakan dengan barangan dapur..

Bawang merah dan putih
Bawang merah selain dari chena
Bawang putih lanang

Gula dan garam pula
No gula dan garam putih di rumah lagi
Gula tebu organik atau gula kelapa organik sahaja
Itu pun kuantiti terkawal
Garam saya pilih yg natural no added chemical/others.
Sapa nak added terpulanglah..
Kenapa sy perlu yg added ?

Lepas tue kepada ayam pula..
Sy carik yg tak injek..
Kat Kajang dulu saya siap beli yg no injection,no antibiotics and free range.. amikk šŸ¤£
Alhamdulillah kat sini dah ada dua supplier ayam kampung 

Lepas tue  ikan pula
Kat Kajang sy beli di kedai no formalin added
Kat tempat hijrah belum jumpa lagi

Sayur paling best
Saya tanam sendiri hahaha
Ulam dan sayur  tue setakat sy nak makan lebih dari cukup..
Petik je kat pasu depan rumah dan belakang rumah
Sampaikan pokok pisang pun blh tumbuh dlm pasu saya .. burung bawak kot benihnya.. jadi saya selalu lapik masakan guna daun pisang tau..

Buah-buahan pun sy tak beli dari chena
Saya pilih Australia.
USA tak silap saya banyak GMO.
Actually anak2 saya jarang makan buah oversea.
Once a while je ..
So dulu kami shopping di Jaya Grocer baru kami belek satu-satu..
Kat sini dah tukar makan buah markisa hahahaha
Ada jemaah towkay kebun markisa horeyy

Soo.. tak banyak chemical dlm badan kan?
Sejak saya jaga makan..
Kami anak beranak jarang sakit
Sesekali sakitla sebab kita bukan firaunšŸ¤£
Kalai sakit pun sedaya upaya sy yg rawat anak2 sendiri.
Kalau sy rasa dah tak mampu baru sy bawa ke klinik 
Setakat demam2 biasa saya sendiri usahakan sampai anak kebah..
Saya& anak2 pun amalkan supplement sunnah zaiton& habatusauda.

Makan di luar memang tak dapat jaga tapi saya akan pastikan yg dalam rumah adalah the best in town hahahaha
Bak org tua2 kata "tak dapat buat semua jangan tinggal semua"
Hal jaga makan nie dah banyak saya share di fb lama saya.. siap ada album khas utk supplemet remedi dll..
And now.. saya dah ada BESDA - BERAS BEBAS RACUN KIMIA utk family..
Nasi nie paling basic sebenarnya sebab makanan asas/ruji kita..
Alhamdulillah .
mudah-mudahan usaha jaga makan ini beri kesihatan dan keberkahan pd kami sekeluarga..

Wednesday, January 4, 2023

Welcome 2023.. Gud Bye 2022 yg penuh cerita duka

Tahun 2022 telah berlalu 
Tahun 2023 telah bermula beberapa hari.
Bila saya sebut tahun begini tidak bermakna saya menyambut tahun baru Masihi..

Tahun lepas 2022 penuh dengan air mata kerana penghijrahan total kami bermula..
Resign kerja, jual rumah2 kami,  berhentikan persekolahan anak2 dan terus pindah membawa anak2 mengikut haluan istiharah dan  iman kami.
Tahun yang menguji kekuatan kami sekeluarga termasuk anak2 yg masih kecil ini terus bertahan dengan fitnah dunia..
Saya bersyukur kerana dapat sokongan kuat ibuayah dan adik bongsu saya.
Bersyukur juga kerana rakan2 setaqwa membantu penghijrahan kami.
Bersyukur kerana owner madrasah mengajak kami tinggal bersama.
Dengan tinggal bersama di madrasah membuatkan jiwa kami yg rapuh kuat dengan solat jemaah dan majlis zikir.
Ya duduk di madrasah walau hanya beberapa bulan sangat menguatkan jiwa kami.
Terima kasih TokAyah, TokMak, Ustaz Amin, Ustaz Fendi dan Ustazah Mira..
Menerima kami yg ketika itu hanya bawa hati yg perit.
Merka tahu cerita kami dan mempelawa kami tanpa  prejudisšŸ„°
Terima kasih pada mak angkat juga yg selalu buat saya rasa ada tempat untuk mengadu... Dan tiap kali pandang mak angkat kurang sedikit rindu pada mak saya...
Yang pernah berhijrah sahaja yang tahu bagaimana rasanya duduk di satu tempat yg asing tiada langsung saudara mara..
Kalau berhijrah kerana utk bekerja sambung study dll ..takkan sama rasa dan ceritanya berhijrah kerana penindasan dan kezaliman manusia

Bersyukur urusan pendidikan anak2 juga selesai satu per satu..
Malah yg buat saya terharu Amana yg baru masuk ke sistem pondok  dapat juga jadi antara pelajar terbaik hanya dalam tempoh lima bulan..
Arief seperti biasa dia relek berjuang dengan diri dia sahaja haha
Khairy dan Adam dengan aktiviti yg menyeronokan di "homescholl" sebagai anak kecil yg puas bermain bersilat,memanah, mandi parit, memanjat pokok, mengaji dll..

Rupanya baru 10 bulan kami di tempat hijrah.
Jika sempat berpuasa tahun 2023 ini genaplah setahun kami disini mengikut kalender Islam kerana saya sangat pasti kami berada di tempat hijrah ketika bulan puasa  tahun lepas.
Ketika bulan puasa tahun lepas saya duduk di madrasah dan kerap masak kudap2 berbuka untuk anak-anak madrasah.
Malah kami beraya juga di tempat hijrah.

Semoga 2023 membuka lembaran baru kerana 
Saya telah melihat kerosakan,kesakitan  malah kematian yg berlaku hasil fitnah ini termasuk di dalam kalangan ahli keluarga sendiri sepanjang dua tahun fitnah dunia ini melanda..
Cukuplah apa yg saya lihat ini mengukuhkan lagi iman dan pegangan saya menolak yang syubhah apa lagi yg haram.

Untuk tahun 2023 ini saya akan teruskan aktiviti seperti biasa uruskan persekolahan anak2, pengajian kitab, mawlid dan online business.

Sungguh Allah sangat baik dan halus kasih sayangnya pd hambanya yg teraniya..
Saya pernah berjanji terbinanya rumah non riba kami saya akan lupakan keperitan discrimination ini.
Allah guide satu persatu urusan kami dari awal pembelian tanah sehingga pemilihan kontraktor.
Ada hiccup di antaranya tapi kami serah saja pada Allah kerana dia lebih tahu.
Bagus juga dijauhkan kami di permulaan pembinaan rumah kami dari mereka yg tidak sesuai  supaya tidak timbul masalah lebih besar dan melibatkan kos yg lebih banyak.

Syukur sangat kerana Allah izinkan pembinaan rumah non riba ini bermula juga..

Alhamdulillah asbab discriminate bakal selesai segala hutang dan terbinanya rumah non riba.

asbab discrimination saya dapat hadir kuliah agama setiap hari

asbab discriminate saya kembali meniaga online kembali seperti mana ketika saya bercuti tanpa gaji ketika menjaga khairy yg sakit jantung dahulu..

Sungguhla Allah memberi Khairy sebenarnya adalah sebagai persediaan untuk kezaliman dunia yg kejam.

Kelahiran khairy membuatkan saya belajar tentang pemakanan sunah, pemakanan sihat,supplement, perjuangan bebas riba, online shop.. semua ini sangat berguna sebagai bekalan kami menghadapi fitnah dunia dan kezaliman majoriti.