ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, June 30, 2022

Ekstrak Kacip Fatimah UTM


Rindu sangat nak pos Ekstrak Kacip Fatimah UTM.
Dulu produk inilah yg meletop di Kokoadik Blogshop  Ila Saleh 
Akhirnya ada jugak yang order produk nie semalam.
Happy sangat.
Mcm biasa kita selit free gift sebotol pink himalaya salt natural.
Harap customer happy.

Saya banyak timba ilmu Ekstrak Kacip Fatimah UTM dengan Doktor Zubaidi. Ala doktor yg dah kurus dan makin hensem tue..
Saya antara ejen terawal masa tue..
Doktor Zubaidi yang perkenalkan Ekstrak Kacip Fatimah UTM sampai dikenali masa tue.

Sebelum saya jadi ejen saya guna dulu sampai masalah peranakan saya selepas bersalin pulih lepas bersalin khairy.
Siapa yg dapat anak magic mesti faham..
Camana kita lepas bersalin tak dapat jaga diri langsung sebab anak kita ada sakit kritikal sejak dilahirkan.
Kita lebih tumpukan anak sampai lupa kita sendiri baru bersalin ceser.

Saya siap buat link khas ceritakan pengalaman saya makan Ekstrak Kacip Fatimah UTM
Bila saya share pengalaman saya makan Ekstrak Kacip Fatimah dalam blog personal saya..
Berduyun2 orang wasup nak beli.
Sedangkan masa tue saya tak jadi ejen pun.
Sampaikan naik letih saya jawab saya bukan ejen.
Akhirnya mak bagi idea suruh saya jadi ejen.
Dan saya jadi ejen dengan permulaan belian 20 botol. Lepas tue up 50 botol dan up 100 botol.
Aduiiii rindu sangat moment mcm tue.

Oh link pengalaman saya makan EKF tue ada kat sini
 Jemputlah baca ramai2 boleh naikkan traffic blog  saya haha 😆😆😆

Monday, June 27, 2022

Cari Harta Untuk Apa Sebenarnya?


Ya benar..

Sampai satu saat..
Terasa beban sgt dlm jiwa Ila Saleh 
Bukan tak mampu bayar loan..
Mampu semuanya masih diselesaikan dan tak pernah langsung tertangguh..
Siap setiap anak ada insuran..
Tapi lepas pulang dari umrah...
Semua yg masih mampu dibayar tue rasa berat..ye beratnya di jiwa.. baru tahu bab riba dlm hutang rumah kereta pendidikan insuran..

Allah.. 
Memang berat sgt rasa jiwa tue..
Cerita dengan suami tetaplah tak meredakan semua rasa..
Sampailah lepaskan insuran..
Hutang study  selesai..
Selesaikan hutang credit card siap patahkan dua.
Usaha bayar banyak2 kereta..
Bila lump-sum bayar keta berbelas2 K tak rasa rugi malah puas hati lihat hutang makin surut..

Hutang rumah..
Terasa sgt seksa sebab tau tak mampu selesai segera..
Doa hari2 ..mintak ampun hari2 atas kejahilan dahulu..

Sampai Allah beri jalan..
Jalan keluar dari hutang rumah..
Walau caranya perit..
Tapi aku melihat pelangi dan ketenangan jiwa yg tiba..

Lebih2 lagi bila suami yg dahulunya sama sekali menolak menyelesaikan hutang dgn segera..kini berubah 100%.
Dulu Kata suami ikut saja table bank ..bukan ada maslah pun.. ayat2 lulusan accountacy ..begitulah..

Saya pun  bertegas dengan suami ketika itu "baiklah kalau tak nak selesaikan loan cepat. Saya akan selesaikan semua urusan riba saya.kita tengok siapa lagi senang dan tenang"
Sejak tue sy tak pernah bercakap hal riba lagi melainkan hanya bangun malam mendoakan suami.
Bangun malam doakan suami..semoga Allah beri petunjuk hidayah dan rasa yg sama pada suami.
Sebab sebagai isteri kita tahu banyak perkara kalau suami yg uruskan semuanya jadi laju dari kita isteri yg uruskan. Lebih2 urusan rumah.

Kini suamilah lead segala urusan keluar riba.. 
Dan bila suami bagitau plannya nak keluar totally dari riba.. 
Jatuh air mata dlm hati..
Sungguh Allah tak pernah sia-siakan hamba yang bergantung harap sepenuhnya pada DIA.
Rasa bahagia sangattttttt ..bila Allah perkenankan doa supaya hati suami berubah  dlm urusan riba..

Nikmat mana yg kau dustakan
Bila kau dan pasangan hidup sama2 ingin gengam akhirat lebih dari urusan dunia..
Kini cari rezeki sekadar kecukupan dan utk pembelajaran anak2..
Paling bahagia..dalam seminggu berkali2 boleh hadir mcm2 kuliah dan majlis ilmu.
Jumpa pula kawan2 yg juga banyak bercerita urusan agama dan masa depan agama anak2..

Allah..
Sungguh bahagia mengejar akhirat  tue tak terucap..😭

Saturday, June 25, 2022

POS BARANG DARI MALAYSIA KE LUAR NEGARA DENGAN DELYVA







Assalamualaikum semua,
Delyva ni adalah satu platform yang memudahkan kita untuk menghantar barang dengan selamat dengan menggunakan pelbagai kurier tempatan sedia ada. Delyva ni bekerjasama dengan lebih daripada 20 kurier tempatan yang dipercayai tau. Antaranya, adalah Pos Laju, Ninja Van, J&T Express, DHL eCommerce, Flash Express dan sebagainya.


DELYVA telah hampir 3 tahun beroperasi.
DELYVA menawarkan perkhidmatan kurier di dalam negara, Malaysia ke luar negara dan dari luar negara ke Malaysia.

Walaubagaimanapun untuk entri kali ini saya nak share tentang perkhidmatan penghantaran DELYVA dari Malaysia ke luar negara.

Biasanya yang menjadi kekangan untuk pos produk ke luar negara adalah risau tentang kos. Dengan DELYVA kita boleh estimate kos penghantaran barangan ke negara luar pilihan kita dengan lebih mudah dan telus memgenai kosnya 


Cuba tengok gambar di atas DELYVA telah letakkan anggaran bagi setiap negara berkenaan. Sebenarnya DELVA mempunyai acces kurier ke lebih 200 negara. 
Gambar dia atas adalah contoh  negara yang kerap kali menjadi pilihan warga Malaysia untuk penghantaran barangan.



Sukar ke untuk gunakan perkhidmatan DELYVA ke luar negara?
Tidak sukar..
Follow cara di atas dan boleh lihat contoh step by step di sini 

Untuk dapatkan anggaran  rate kurier ke luar negara boleh gunakan instant quotation yang disediakan.
Mudah bukan?

ini antara partner DELYVA untuk penghantaran barangan anda ke luar negara . Mereka mempunyai reputasi yang baik di dalam perkhidmatan kurier.



Okey pasti ada yang tertanya-tanya pula tentang plan credit di DELYVA kan?
Jangan risau tiada paksaan untuk topup credit setiap bulan.
Malah credit terendah juga hanya RM20 sahaja. 



Antara jenama terkenal yang telah menggunakankhidmat DELYVA. 
Anda bila lagi?

Actually banyak lagi tau benefit yang kita boleh dapat dengan Delyva ni. Untuk info lanjut, korang boleh layari https://delyva.com/my/. 

Jangan lepaskan peluang ini dan jom beralih ke Delyva! 😀

So tunggu apa lagi guys, jom ah daftar dengan Delyva Pendaftaran PERCUMA jer!

Kenapa online seller perlu guna Delyva?

Jimat Masa
  • Kurier datang pick-up dari lokasi
  • Notifikasi status penghantaran kepada pelanggan secara automatik
  • eCommerce ready. Terus boleh connect dengan platform eCommerce seperti ShopifyMagentoWoocommerceWoocommerce DokanWoocommerce WCFMShoppegramOrdersiniKiahStoreOrderlaEjen2uFastOrder, dan banyak lagi!
Jimat Duit
  • Harga penghantaran yang murah tanpa jumlah minimum parcel
  • Tak perlu ke branch courier untuk drop-off barang.
  • Tak perlu spend resources untuk buat integration courier dengan Website eCommerce.
Kembangkan Bisnes
  • Ada Cash on delivery
  • Penghantaran menyeluruh dalam & luar malaysia. Intergrasi dengan pelbagai courier. Instant & Same deliveryNext-day deliveryInternational Delivery
  • Customer support 365 hari. (Live chat)
Kelebihan Delyva berbanding platform yang lain
  • Ada semua jenis penghantaran dalam satu platform. Instant & Same-day delivery, Next-day delivery, & International delivery.
  • Harga promosi seumur hidup, tanpa expiry
  • Kredit tanpa expiry seumur hidup.
  • Boleh guna akaun kurier sendiri.
Brands yang menggunakan Delyva
  • Mydin
  • Maybank Sama-sama Lokal
  • AEON
  • Siti Khadijah
  • Yezza
  • FynnJamal dan banyak lagi

Eh kejap guys, ada berita baik lagi ni. Untuk semua pembaca blog, korang boleh guna DISCOUNT CODE: NEWDELYVA ini untuk dapatkan 50% diskaun daripada Delyva. 😉😉


ini antara partner DELYVA untuk penghantaran barangan anda ke luar negara . Mereka mempunyai reputasi yang baik di dalam perkhidmatan kurier.

Penghantaran barangan ke luar negara boleh bua link ke https://delyva.com/my/ecommerce-cross-border-shipping/ ?



Thursday, June 23, 2022

BESDA - BERAS WANGI KAMPUNG BEBAS RACUN KIMIA

Alhamdulillah akhirnya beras sihat yang saya tunggu-tunggu dah siap.. Beras nie istimewa kerana bebas racun kimia dan foundernya adalah orang kita..
 kalau yang biasa follow blog dan fb saya pasti tahu macam mana saya berusaha carik sumber makanan sihat sejak saya dikurniakan Adlan Khairy si magic jantung hati kami.


Saya dah masukkan dalam wasup catalog.. Buat masa nie sy tak masukkan dalam shoppe lagi sebab shoppe saya under maintanance. Saya upah orang untuk setting shoppe saya.. so kalau yang berminat boleh klink link wasup catalog terus ya di sini https://wa.me/c/601156896377wasup catalog - 601156896377


hapy sangat-sangat bila tengok list beras bebas racun BESDA dah masuk list..

Dalam nie ada pelbagai produk sumber makanan sihat dalam wasup katalog saya.. so uolls boleh pilih apa yg berkenan di hati..


Doktor AzmanMd Sharif  nie adik beradik dengan Doktor Zulkifli Mohd Sharif yang salah seorang bos saya dalam supplement sunnah dan alami. Kebanyakan adik beradik mereka memang doktor dan mereka mengunakan ilmu mereka untuk produce produk2 yang halal, baik dan selamat untuk pengguna. Contohnya habatusauda, krim kunyit untuk selsema, krim semambu untuk campak,ruam lampin,hmfd dll.

Tapak sawah dr azman

Cita-cita murni doktor azman utk beras yg lebih baik di pasaran.

Insya allah kita akan terus jadi ejen dan customer tetap

cerita-cerita awal tanam padi..seronok baca.. tapi hanya pesawah sahaja yg memahami liku-liku penanaman padi..

Alhamdulillah akhirnya stok baru telah dipasarkan..



RM30 UNTUK 1 PEK (3KG)

POSTAGE 
RM7 (1 PEK-3KG)
RM12 (2 PEK -6KG)

berminat boleh wasup no ini..link wasup 601156896377

Wednesday, June 22, 2022

NAK TENANG?

Nak tenang..
Keluar dari "kawasan" yg buat ketenangan kita hilang.
Mungkin kita akan hilang harta benda dengan pilihan kita .. tetapi ketenangan jiwa itu mahal harganya.
Kalau tak mampu keluar dari "kawasan" itu kerana kekangan tertentu..jiwa kena kental dan kuat.

Nak tenang..
Pandang saja sikap dan perangai orang lain selagi mana mereka tak menyakitkan kita dan anak2 sebab semua orang ada sikap masing2.

Nak tenang..
Tak nak pk banyak hal orang lain.
Amik tahu banyak hal orang lain buat fikiran kita pun jadi kusut.

Nak tenang..
Hindari orang bermulut lepas.
Kita kena jaga kolam hati kita dan anak2.

Nak tenang..
Letak had sempadan orang lain dari masuk campur urusan kita dan anak2
Tidak seharusnya orang lain masuk campur dan ada autoriti dlm cara kita menguruskan financial kita, mengkritik cara kita menguruskan kesihatan, agama dan masa depan kita dan anak2.

Nak tenang..
Jauhkan diri kita dan anak2 dari mereka yg kita ketahui akan melukakan kita dan anak2 baik dari segi  percakapan atau perbuatan.
Jauhkan!

Nak tenang..
Baca and just skip.lebih2 benda viral di medsoc nie.
Cerita kelakar okey..utk hiburan😁

Nak tenang..
Kecilkan circle of friend..
Lagi banyak kumpulan..
Lagi banyak drama sinetron..

Nak tenang..
Pg kuliah dan majlis ilmu. Org yg ke sana kebanyakan nak carik ilmu utk meredakan gelora jiwa yg sesak dgn urusan dunia.
Walau ada yg ke majlis ilmu dgn niat yg tidak lurus.biarkan dan jgn dekati mereka utk ketenangan dan keselamatan.

Korang listlah sendiri lagi..
Ini cara saya Ila Saleh ..
Yg penting sekarang sy nak jaga diri dan anak2 saya sahaja.
Fasa menyedarkan orang sudah berlalu ..
Kini fasa meemasturkan diri sahaja😉

Selamat malam semua 
Semoga esok lebih baik dari hari ini dan semalam.
Insya Allah.
Jgn risau sebab Allah& Rasullulah bersama hamba2NYA yg berniat lurus.

Thursday, June 16, 2022

Gula Putih.. Apa kesannya pada kesihatan?


Kenapa perlu tinggalkan gula putih?
Sebelum ini saya pun guna gula putih juga.
Tapi selepas follow perkongsian beberapa individu yg saya tahu amalkan pemakanan yg sihat saya pun bertukar kepada gula yg lebih baik.









Saya kerap guna gula kelapa organik tetapi ada masanya dan masakan tertentu saya gunakan gula tebu organik.

Pemilihan gula tebu organik atau gula kelapa organik nie terpulang pada masakan dan  individu.

Pada yg bertanya maharnya..
Gula tebu organik 1kg  R.M.12
Gula kelapa organik 500g R.M.25
Gula kelapa organik 1kg R.M.35

Cubalah baca perkongsian mereka.
Tidakkah ingin tinggalkan gula putih

https://wa.me/c/601156896377


Bila anak tak sihat..

amacam tempat homescholl anak saya? Nature kan? Seberang jamnatan tue sampailah kentempat homeschooll Adam&Khairy. Di sini mereka bersilat, memanah, mengaji dan ilmu akademik lain.


Hari ini jadual aktiviti di homescholl adalah memanah.
Memanah adalah aktiviti outdoor yg anak2 tunggu selain bersilat.
Tetapi semalam Adam demam panas.
Sebelum tue Khairy seminggu alami bengkak kelenjar. Doktor cakap sebab infection.

Bila anak2 sakit.
Saya Ila Saleh  lebih suka post mortem diri sendiri.
Di mana kesilapan saya sendiri dari tunding jari pada orang lain

Kesilapan yg pertama adalah kurang berdoa utk kesihatan anak.
Bila lihat kesihatan anak di tahap yang baik kita leka.
Ya kita manusia selalu leka..
Take things for granted.

Kesilapan kedua
Bila lihat anak sihat saya tak bertegas dengan jadual supplement mereka.

Khairy sepatutnya setiap hari ambil zaiton.khairy tak pernah culas ambil zaiton sejak dia berusia 6 bulan utk kesihatan jantungnya.
Zaiton ada pelbagai kebaikan bukan hanya utk jantung malah sebagai booster utk up imuniti.
Melihat khairy sihat dan dia pun dah besar saya berpendapat dia tau makan supplement sendiri.
Rupanya saya silap.
Anak tetap anak..
Kalau bapak anak pun payah makan supplement..apatah lagi anaknya 😂

Adam pula akan makan vitamin kanak2 nie selang hari.buat masa ini vitamin ini paling sesuai utk adam kerana inilah vitamin yg paling elok kandungan ingredients yg sy jumpa.
Tak ada soy,tak ada gluten,tak ada gelatin, tak ada GMO.. walau ada sedikit gula inilah yg terbaik pernah saya jumpa.

Walaupun bila anak sakit saya post mortem diri sendiri..tapi sy juga tahu inilah bukti kuasa Allah.
Di posisi kita sebagai  hamba Allah  pasti kita akan sakit walau mcm mana kita jaga diri  sebab kita bukan Tuhan.

Adam masih tidur.
Selepas dia bangun nantisaya akan bagi Adam liposomal Vitamin C sepeket lagi.
Semalam sebelum tidur Adam dah makan sepeket.
Biasanya kalau anak demam panas memang saya akan bagi mereka makan liposomal selang 2,3 jam.
Saya juga akan temam Adam berendam dengan air lemon dan magnesium flakes.
Insya Allah semoga Allah berkati usaha kita sebagai ibu dan kurniakan kesihatan yg baik selepas ini pada Adam.



Pada yg bertanya kos supplemet anak2 ini:

Zaiton Minsyam Softgel  R.M.42 ( 60 softgel)
-biasanya bertahan 2 ke 3 bulan sebab khairy suka buat taktik skip zaiton bila dah makin besor nie.

CGN Gummies Kids Multivitamin R.M.60 (60 softgel)
-3 bulan sebab budak manja nie suka makan selang2 hari.

Liposomal Vitamin C R.M.150 (30 pek)
- makan hanya bila perlu sebab harganya kayangan😆
-biasanya bertahan berbulan.more than 4 month sebab anak jarang sakit.
-liposomal nie remedi backup bila anak demam panas dan ia bukan supplement harian sebab kayangan sangat harganya utk saya.

Saturday, June 11, 2022

Haul Habib Abdillah B. Ahmad Al Jufri


Hari nie dapat jugak saya joint haul.
Sebelum nie Haul Imam Hadad dibuat di masjid.
Sy tak boleh solat so saya tak joint.

Kali nie Haul Habib Abdillah dibuat di Pondok Zawiah Kiai Khussain .
Berdepat rumah Sheikh.
Beria saya nak pergi kali nie  sebab jeles suami dan anak2 lelaki dapat pegi Haul Imam Hadad sebelum tue🤣

Majlis start jam 5ptg tapi saya datang lepas magrib sebab kena ambil kira kesihatan khairy.
Takut khairy tak tahan menunggu lama2 dari jam 5 sampai 11 malam.
So kami decide pegi lepas Magrib sahaja supaya khairy selesa.

Alhamdulillah sy dapat ilmu sikit2.
Jadilah.
Dapat dengar sheikh bagi kuliah dalam sejam juga.
Dan ada sesuatu yg buat saya terfikir hasil dengar kuliah sheikh tadi.
Semoga saya akan dpt jawapannya nanti.
nak makan ke bersilat tue Adam? Hihi

Hari nie jamuannya nasi beriani berlauk kambing segar.
Sheikh dah pesan tadi makan banyak2 ye🤣
Betul2 banyak..
Saya amana, adam, khairy makan setalam.
Ya allah kenyang betul.
Sampai saya suap amana makan.
Amana nie manja dalam diam.kalau saya suap dia takkan tolak. Dia suka kalau saya suapkan dia sebab itu tanda dia dimanjakan.

Husbd makan dengan geng2 khidmat.
Seronok tengok suami khidmat dengan jemaah sheikh.
Angkat2 talam. Siapkan makan minum hadirin.

Kalau di madrasah anak..masa kami duduk dua bulan di sana.. saya tengok khairy yg kecik tue tolong2 angkat talam. Talam lagi besor dari dia. Seram tengok.takut talam tue dengan nasi dgn laukpauk terbalik je..
Bila tengok suami dan anak beri khidmat pd org makan pun buat saya happy dan bahagia melihatnya sedangkan tue benda kecil je kan?

Kadang2 saya Ila Saleh  menung juga..
Camana ye kami boleh tercampak ke satu tempat yg sangat asing dan tiada kena mengena langsung  dengan  kami anak beranak..
Tiada seorang pun ahli keluarga jauh atau dekat kami di sini.
Sanggup pula kami tinggalkan kerjaya kami yg dah 20 tahun tue..
Tinggalkan gaji yg lumayan dan masa depan kerjaya yg cerah.. 
Monthly income berbelas2 K kami tinggalkan
untuk duduk di sini..
Duduk di sini yg  tak menjamin satu apa pun kejayaan atau kebahagiaan..
Ya memang langsung tiada apa2 jaminan bahagia dan kesenangan di sini..
Tapi entahla..
Itu yg masih saya menungkan dan kdg2 sy tanya husbd "kenapa ye kita kat sini? Camana ye kita boleh sampai sini"
Dan tiap kali saya tanya husbd air mata saya menitik laju..

Dan berjauhan dengan ibu adalah satu perkara yg saya tak pernah terfikir.
Selama 42 tahun sy duduk dekat ibu..
Universiti pun belakang rumah je. 
Kerja naik tren je dari rumah mak.
Lepas tue kawin pun dgn org KL.
Beli rumah pun dekat rumah mak.
Tup2 boleh pulak saya pindah jauh begini.
Begitu juga suami..

Tapi satu je keyakinan saya..
Saya ada Allah yg akan beri saya bahagia dimana saja pun sy berada selagi sy berusaha dekat denganNYA.
Semoga kami tenang dan bahagia di sini.
Insya Allah

Saturday, June 4, 2022

Taman Syurga Adalah Ubat Keletihan Yang Paling Mujarab


Kami dah kembali ke tempat hijrah almost 5 days.
Rasa dah lelah  mengemas dan sampai tahap kemas sikit pun dah nak "berangin" 😓

Rasa geram sebab penat mengemas tapi rumah tetap tak kemas yg membolehkan saya Ila Saleh lepak di keseluruhan rumah. 
Mungkin juga masih teringat rumah sendiri yg walau taklah sekemas galeria tapi rumah sendiri itu serba lengkap dan sempurna...hurmm baru rasa rumah itu sempurna sangat selepas kehilangannya😓

Semalam suami dah bagitau plan beliau nak keluar hari ini  tapi saya bertegas tak bagi keluar sebab saya tahu ubat keresahan dan kepenatan nie cuma di satu tempat.
MAJLIS ILMU AKA TAMAN-TAMAN SYURGA.

Suami beria cakap nak keluar.
Saya pulak beria susun jadual TAMAN SYURGA.
" Bang esok pagi saya nak pergi kuliah duha ustaz yus..esok lagi best sebab  ada mawlid jugak dalam kuliah ustaz yus.. magrib pulak ada mawlid kat rumah sheikh atau tawajuh kat madrasah.. saya nak pergi"

Suami cakap nak keluar uruskan hal dia jugak.. saya cakap dah lama sy tak pergi kuliah.dah 5 hari tak pergi.suami lainlah.. boleh kata hari2 kuliah subuh dengan sheikh🙄 sy cakap terus terang ..saya penat..sy nak rehat.bawak sy pergi kuliah sebelum saya membebel non stop sebab rumah bersepah 🤣

Suami mengalah jugak jugak bila tengok saya dah sebut2 nak pg kuliah..nak pergi kuliah..kalah budak kecik nak gula2

Akhirnya  pagi dapat pergi kuliah dan mawlid dengan ustaz yus. Kuliah kitab "peringatan tentang umur insan"  Happy sangat..seronok sangat..pulak tue pagi2 sarapan berdua je dengan suami 🥰 balik rumah bagi anak2 makan.. 
Lepas tue rehat dan takde nak marah rumah sepah kecuali ingatkan amana sidai kain. Zohor dan asar berlalu dengan rehat bergurau-senda dgn anak.
Magrib pg rumah sheikh ada mawlid dan kuliah ringkas.dapat pulak hadiah sugi dari rakan jemaah..

Alhamdulillah betul2 saya dapat dlm rehat dalam TAMAN SYURGA. Rasa recharge tenaga balik. Esok bolehla sambung membebel kemas rumah sebab dah dapat tenaga balik🤣

Haul ImamAl Hadad & Ringkasan Jalan Hijrah Kami


Cuba teka nie sapa?
Kalau asik tdo dalam kuliah pastilah Adam Ziqri😆

Cerita semalam..
Suami dengan anak2 pergi haul Imam Hadad..
Adam beria pakai baju melayu paling hensem katanya..
Tapiiiii mcm biasa inilah si Adam
End up dia bantai tidur 🤣🤣🤣
Adam nie dah dibawa ke taman-taman syurga sejak belum boleh berjalan lagi. 
Saya siap bawa alas tilam utk Adam tdo menyusu di masjid.
suami dulu susah nak bergambar tapi sekarang suami selalu amik gbr anak2 dan dirinya lebih2 kalau pergi kuliah..mcm satu perkara yg sangat happy utk dirinyadan perlu  simpan kenangan dirinya dan anak2 ke kelas agama..suami nampak lebih happy dan tenang. Sy tahu walau hatinya ada rasa risau dgn hijrah ini tetapi mcm sy juga.. Kami yakin Allah & Rasullulah bersama org2 yg berusaha menjaga taqwa dan dizalimi.

Saya teringat..
Masa mula2 saya dan suami berusaha kembali ke fitrah..
Masa itu kami masa di rumah Kajang..
Setiap hari Jumaat kami hadir kuliah Habib Ali Zeanal di Masjid Jabal Nur Setiawangsa.
Suami akan pecut balik ke Kajang dari pejabat kami di Bangsar.lepas tue dari Kajang pecut pulak ke setiawangsa utk Kuliah Habib Ali Zeanal.
Sementara tunggu suami amik kami di kajang tue, saya pula siapkan anak2 dengan pakaian yang paling hensem termasuk baju salin dan makanan utk bawa ke masjid 
Saya ketika itu wfh di rumah kerana anak masalah jantung.jd dapat kemudahan wfh dari pejabat.

Setiap hari Jumaat adalah hari yg paling anak2 tunggu. Tak putus dari mulut anak "hari nie kita jumpa Habib Ali Zeanal kan?"
Seolah2 setiap Jumaat adalah vacation utk anak2.
Walau pulang ke rumah hampir 1 pagi pun anak2 tetap happy dan seronok.
Tapi bila PKP berlaku.. ia  meranapkan kebiasaan kami dengan mcm2 SOP dan telah menjauhkan kami dari masjid.

Anak2 mula menung..
Rindukan suasana masjid
Rindukan Habib Ali Zeanal walaupun di masjid mereka lebih banyak main tetapi patah2 perkataan yg lembut di sebut Habib tetap masuk ke dalam hati anak2
Sebabnya bila balik mereka akan cerita pada saya di dalam kereta "mama tadi habib cakap bla bla bla..betul kan ma?"

Alhamdulillah ..Allah atur sekarang kami kerap berada di dalam majlis ilmu
Sehinggakan kerap masuk ke rumah TG juga terutama suami dan anak2 lelaki.

Betul juga bila ada yg berkata..
Kalau kita nak sesuatu..
Permulaannya Allah nak tengok niat dan usaha kita..
Selepas itu insya allah laluannya akan diberikan..

Dulu bila dapat khairy..khairy masih bayi
Selalu tengok Habib Ali di tv ..
Sy niat dan sebut pd khairy yg baby "one sweet day kita akan ada dlm satu majlis dgn Habib Ali Zeanal"
Saya selalu tengok kuliahnya di tv 
Alhamdulillah bebrapa tahun kemudian selalu suami bawa ke  majlis ilmu dengan Habib Ali.

Kemudian TG Ahmad Rizam.. suami selalu follow beliau.end up sempat anak kami Arief duduk belajar di madrasah beliau di KKB 

Selepas tue selalu follow ulama Indonesia, Ustaz Adi Hidayat. Pasang niat nak duduk satu majlis dengan beliau. Selalu tengok online kuliah beliau. Alhamdulillah tiba2 sebelum PKP boleh pula Ustaz Adi Hidayat datang Malaysia buat road tour. Dapatla sy berada satu majlis dengan ustaz adi di masjid besi putrajaya.
Pusing kiri pusing kanan semua cakap dilek indonesia 😁

Begitu juga dgn asatizah yg lain. Pasang niat ..usaha follow di fb.. alhamdulillah dpt juga duduk satu majlis dengan asatizah tersebut..

Dan yg terakhir TG Sheikh Abu Zaki... Berbulan2 kami ulang alik dari kajang ke johor. Kalau sheikh datang ke KL kami tunggu di KL. 
Belanja ulang alik tak payah cakaplah 
Duit minyak, tol sewa homestay, makan minum 6 beranak. Pernah bawak mak jugak.
Adik bongsu Sarina Saleh  pun selalu follow 
Semua kami redah. Ketepikan budget setiap bulan nak ke majlis sheikh di johor.

Dan aturan Allah di sini kami hijrah.
Semoga Allah reda pd penghijrahan kami yg bertahan menjaga iman dan taqwa kami.. 
Kami juga memang niat nak duduk dekat dengan alim ulama.
Harta dunia yg hilang terlalu jauh nilainya jika dibandingkan dengan nikmat berdamping dgn alim ulama dan rakan2 yg soleh.

Kami bukan org soleh tapi kami belajar utk jadi orang soleh dengan duduk hampir dengan orang-orang soleh yg ketat menjaga iman dan taqwa.

Semoga anak yg kerap tidur dalam majlis ilmu taman2 syurga ini boleh menjadi orang soleh utk menunjuk ajar ibuayahnya yg terlalu lama leka.

Semoga Allah ampunkan kelalaian dan kesilapan kami di zaman muda dengan anak2 yg kami usahakan utk duduk dikalangan org soleh dan semoga jadi org yg oenuh dengan ilmu agama..

Doakan kami ya kawan2 semua..
Doakan kami di sini yg masih bermula semuanya from scratch ..
Hanya kerana yakin pd Allah& Rasullulah kami hijrah sampai begini...utk menjaga taqwa kami..

mama jangan keluar ye..duduk je rumah.kitaorang nak pergi haul.. jangan pg shopping pulak..haha.. mcm2 Arief pesan.sy dan amana tak ikut ke haul.

Thursday, June 2, 2022

when u sick ..dont blame others.. check and recheck


Kedengaran lucu ayat Dr Razin tetapi sangat bermakna bagi yg mahu berfikir 

Adakah anda fikir dgn pakai mask tue melindungi diri anda dan orang lain?
Dan org yg tak pakai mask tue menjangkitkan anda penyakit semudah ABC?

Anda hembus nafas dlm mask..sedut CO2.. 
Sedangkan dlm Islam pun tak digalakkan meniup makanan dengan mulut.. kenapa? Pernah fikir?
Nak ikut Islam atau nak ikut cara kufar?

Bila kerap sakit.. mudah sakit.. check balik apa yg perlu dibetulkan..
Allah beri ilham utk ubah semua cara yg lama dlm keluarga kami sejak sy dpt anak magic jantung nie.
Alhamdulillah dia sangat jarang sakit sejak dari kecil kecuali masalah jantungnya..
Bila dia jarang sakit automatic jantungnya tak push kuat utk bekerja..
Dan khairy tak lemah malah sgt sihat bak kata doktor jantungnya .. sihat aktif mcm budak2 lain. 

Dan bukan khairy saja yg sihat tapi kami semua alhamdulillah jarqng sakit sebab sy ubah semua cara dlm keluarga kami.
Bukan hanya utk khairy.
Anak2 yg lain juga sgt jarang sakit kecuali sy terleka dan rezeki Allah nak bagi anak sakit sesekali.

Bila sakit benda pertama yg kami cari adalah agama. Apa cara agama? Doa.. makanan sunnah..Air zam2 habatusauda..remedi.. 
Banyak cara org lama yg sangat bagus.
Nampak susah ..nampak remeh tapi tidak bagi yg mahu berubah.
seboleh mungkin sy elakkan bahan2 kimia sebab dah terlalu banyak kimia di sekeliling kita terutamq dlm makanan 
Sy bukan anti hospital bukan anti klinik.
Tapi sy minimum kan ke sana..
Paling penting sy pilih tak masukan benda syubah dlm badan dan makanan.

Islam dah bagitau benda2 haram dan syubhah tak akan menyembuhkan malah memudaratkan dlm jangka masa panjang.
Lagilah bila zaman sekarang nie..kalau dpt sakit pelik2 cek balik apa korang masuk dlm badan tue? Ada virus apa korang masukkan?sebelum masukkan check isi kandungan benda tue.
Ada tak penyakit yg dapat tue salah satu virus yg dimasukan sendiri ke dlm badan? 
Dont blame others. 

Sy ikut cara alim ulama, doa alim ulama dan ahlee veteran bukan ahlee tik tok.