ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Showing posts with label KOKOADIK PARADISE 2021. Show all posts
Showing posts with label KOKOADIK PARADISE 2021. Show all posts

Saturday, September 18, 2021

Adlan Khairy dan Zaiton Minsyam


Hari nie saya bahagia sangat..
Menitik juga air mata..
Bila mana cerita jantung khairy memberi ilham pd seorang anak untuk kesihatan ibunya.


Kawan FB saya nie beri ibunya makan zaiton Minsyam bila baca cerita khairy yg bertahan dengan jantung magicnya dengan amalkan zaiton Minsyam..
Seronok sangat. bahagia sangat bila cerita anak2 kita membantu org lain ..

Sampai hari nie pun saya tak akan lupa seorg kawan FB yang berkongsi cerita pembedahan jantung  anaknya.
Kerana perkongsian cerita anaknyalah saya dan suami tidak benarkan khairy teruskan operation walaupun masa itu bilik operation telah dibook oleh doktor.
Perjalanan kawan FB itu sangat serupa dengan saya..
1. Meninggalkan pejabat kerana anak bermaslah jantung
2. Meniaga online untuk survive
3. Membawa anak jantung tunaikan umrah.
4. Anaknya sama mcm khairy. Kelihatan sgt sihat tetapi ada defect pd jantungnya ..

Bezanya... Anak beliau telah berada di syurga kerana pembedahan jantung tersebut..
Selepas membaca cerita kawan FB itulah ..kami terus batalkan pembedahan khairy.

Husbd siap bgtau doktor cerita kawan FB saya tue..
Kata2 husbd "kawan isteri saya anaknya mcm khairy.sihat tapi operation tak berjaya. Kami dah dengar cerita itu jadi kami minta tqngguh dulu dan cuba cara lain.. lagipun khairy nampak sgt sihat.cuma jantung dia laju tak mcm org lain. Risiko melepaskan khairy untuk dibedah lagi banyak dari biarkan dia tanpa dibedah. Risiko masa bedah.. Risiko lepas bedah kemungkinan dia bergantung dgn jantung bateri.sy baca juga tak semua bateri tue sesuai.kena tukar lagi.. bedah lagi..berapa kali nak dibedah etc etc..Biarlah apa jadi pada khairy pun ditangan kami bukan di atas meja bedah"

Syukur alhamdulillah ditemukan juga dgn pakar yg memahami dan faham keputusan mutlak adalah ditangan ibubapa.

Alhamdulillah kerana membaca cerita kehidupan org lain..memberi kami ilham pd keputusan nyawa anak kami.
Hari ini cerita khairy pula memberi ilham pd orang lain... Dan hidup ini beginilah...
Org lain beri ilham pd kita..
Kita pula beri ilham org lain..



Dan begitulah yang percaya pada makanan sunnah. Insya Allah akan dpt keberkahannya.. Dulu sy bagi khairy makanan sunnah pun bila customer yg memang amalkan zaiton nasihatkan saya "bagilah anak makan zaiton. Kan zaiton tue menguatkan jantung. Makanan sunnah tak ada mudharat. Insya allah"
Dengar nasihat customer terus sy beri khairy makan zaiton selepas mencari info serba sedikit.
Alhamdulillah khairy dah 8 tahun. Khairy amalkan zaiton Minyam sejak umur 6 bulan tau. 

Btw sy diizinkan oleh tuan punya badan utk sharing cerita ini.. sama2 kita doakan ibunya terus sihat ..insya allah..



Tuesday, August 31, 2021

supplement saya-ekstrak kacip fatimah utm dan habatussauda

Selamat pagi semua..
Mulakan hari dengan makanan2 berkhasiat.
Baca bismilah dan niat ini iktiar kita, makanan sunnah - semoga kita dpt keberkatannya dan insya allah  kita sentiasa dilindungi Allah. 

Ini semua supplement saya dan anak2 tiap2 hari. Insya allah. Kalau lupa tue takpelah..
Tiap2 hari sy remind anak2 makan.
Sy start amalkan supplement 8 tahun lepas ye.
Bukan saya amalkan bermula kubik melanda.
Yang dah lama friend dgn saya mesti tahu kisah saya..
Saya amalkan supplement bermula kelahiran Adlan Khairy si jantung magic ituu❤️

Zaiton minsyam  tue khairy makan utk jantungnya dan boost imun.
Zaiton minsyam tue softgel dan dalamnya minyak.
Dah 8 tahun khairy makan

Habatussauda minsyam  tue amana arief makan utk boost imun.
Habatussauda minsyam tue softgel dan dalamnya minyak

Vitamin C gummies tue Adam yg makan.
No GMO, gluten, gelatin, soy.
Tapi ada gula sikit ye.
Adam belum dpt dipujuk makan habatusauda zaiton lagi.
Tapi sy selalu masuk biji habatusauda dlm masakan. 

Habatusauda plastik biru tue keluaran Dr Zulkifli& team. Saya makan yg tue..
Jenis kapsul dan dalam tue serbuk. Kalau tak suka kapsul tue bukakla. Makan serbuknya..

Ekstrak kacip fatimah utk tue saya dah amalkan 8 tahun.. Kalau selalu letih ada maslah2 perempuan elok amalkan. Dulu saya makan hari2 sebab sy memang ada problem lepas bersalinkan khairy.. Sekarang seminggu 2,3 kali just utk maintain tenaga je.. 

Sy terbaca ada yg cakap supplement2 nie mahal harganya.
Supplement atas nie boleh tahan 2 ke 3 bulan.
Lagi satu makanlah ikut poket kita.
Yg penting amalkan..
Tak dapat buat semua.. Jgn tinggal semua.

Ok sy list harga supplement2 nie.
Senang kawan2 nak budget poket masing2

Minsyam zaiton renget Malaysia 36
Minyam hbs renget malaysia 42
Gumly bitamin see rm48
Habtusauda dr zul renget malaysia 25
Kacip fatimah rengget malaysia 90

Kalau budget kecik.. Saya cadangkan beli habatusauda botol biru tue. Yg Dr Zulkifli punya baru renget malaysia 25 utk 60 kapsul.

Semoga sihat dan selamat beramalšŸ’

Saturday, August 28, 2021

Gula Kelapa Organik

Gula kelapa organik untuk mereka yang ingin sihat..
Hanya yang dah terjebak tahu camana rasanya..
Siap "mengatah" gula nie begitu saja..
Dont worry takdenya dpt  kencing manis.insya allah

Gula putih tue yg racun senyap.
Punca banyak penyakit..
Cuba kaji ..dapatlah jawapannya..



Ini antara khasiat dan kebaikan gula kelapa

1.  Gula kelapa tinggi zat besi sekaligus mengurangkan dan mencegah anemia. 

2.  Tidak seperti gula terproses,  gula kelapa tidak menyebabkan keradangan,  malah ia boleh mengatasi masalah kulit seperti jerawat. 

3.  Gula kelapa juga dikatakan boleh membantu membersihkan darah sekaligus racun yang terdapat di dalam tubuh. 

4. Selain membersihkan  darah,  gula kelapa dipercayai bagus dalam mengatasi masalah pencernaan. 

5. Ketika anda mengalami batuk berkahak.  Berhenti menikmati gula terproses dan tukarkan kepada gula kelapa.  Gula kelapa membantu melancarkan kahak dan mendinginkan tubuh. 

6.  Gula kelapa memiliki sifat anti alahan,  untuk anda yang menghadapi masalah asma atau  eczema serta alergi,  ganti gula anda dengan gula kelapa. 

7. Gula kelapa adalah gula paling sesuai ditambah ke dalam minuman seperti jamu atau herba lain sebagai penyedap rasa.

8. Gula paling selamat dengan kandungan Glysemik indeks yang rendah. 




500g RM20
1kg RM35
Pm seller : https://wa.me/c/601156896377 


Saya sekarang guna garam himalaya tanpa apa2 campuran dan gula kelapa organik.
Mula-mula rasa lain macam jugak bila bertukar kepada yg lebih sihat.
Tapi alhamdulillah makin serasi dan tak boleh terima yg banyak kimia.

Saturday, August 21, 2021

Habatussauda Minsyam VS Habatussauda Dr Zulkifli Sharif &Team

Bezanya dari segi harga dan pakaging

Habatussauda dr zul
Rm35
60 kapsul. Dlm tue serbuk

Habatussauda minsyam
Rm42
Softgel. Dlm tue minyak

Dua2 pun bagus. Ikut poket🤣dan stok yg available. Janji amalkan

Pm no seller : 601156896377





Sunday, August 15, 2021

ZAITON MINSYAM - MAKANAN SUNNAH KHAIRY SEJAK BERUSIA 6 BULAN

 



Makanan sunnah khairy sejak usia 6 bulan.
Minsyam Zaiton Softgel

Masa tue ada sorang customer Ekstrak Kacip Fatimah UTM cakap dengan saya
"Ila tak bagi ke anak yg sakit jantung tue makan zaiton? Zaiton kan menguatkan jantung.makanan sunnah. Elok ila cuba"
Dengar je customer cakap mcm tue.
Saya terus carik info zaiton..
Lepas baca sana sini.
Sy tekad bagi khairy.
Halal dan tak ada syubahah.
Insya allah tak ada mudharat.
Sejak tue dlm susu khairy bukan saja ada campuran air zam-zam. Tapi sy pastikan ada zaiton juga.
Sy gunting softgel zaiton nie dan picit dlm susu khairy.
Nie sy nak mula balik.
Lama dah khairy tak makan zaiton.

ini kebaikan minyak zaiton.
nampak tak salah satu tue khas utk khairy
'HELPS IMPROVES HEARTH HEALTH'