ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, October 30, 2018

Impian mak..impian saya juga

Nanti angah duduk Melaka ye
Kita duduk kat tanah mak..
Nanti angah buat satu bilik khas untuk mak ye
Ada beranda..mak pagi2 nak bau hutan nak mengaji kat beranda..
Mak dah tua2 nie nak tengok hijau2 je
Angah pandai bertanam
Nanti tanam pokok durian rambutan mangis bla bla bla
Mak nak duduk macam nenek dulu
Nanti cucu-cucu balik luas nak main2 kat tanah
Ok mak nanti kita bela ayam, itik,  puyuh, arnab kucing.. nanti angah jual ye mak.. nak bela apa lagi mak?😝

Nak balik kampung bila?  sekarang ke? Mak nak angah resign ke?
Taklah ..dekat2 angah pencen nanti
Mulalah mengira bila pencen.. lama lagi mak hahahahaha.. 15tahun++ lagi punya cerita..adoiii

Layan je sembang orang tua
Kadang-kadang cerita duduk kampung..selalunya cerita kawan2 dah meninggal.. 😑

Baru tanam dalam pasu ..mak dah cakap kita pandai bertanam haha..
Nie baru mengemas last week..
Rasa tak kemas kita ubah kedudukan pasu
Sebelah lagi satu pun ada.
Pasu bayam..pak coi..cili..kunyit..
Adam si bongsu manja yg tolong
Apa yg Adam tolong?
Menjerit tiap kali nampak serangga kecik 🙄

Carik bahagia dengan cara kita..tak perlu ikut cara orang.. bahagia tue di dalam hati masing2..

Friday, October 26, 2018

Hari Kanak-Kanak Sedunia

Semalam saya suap Khairy nasi lemak.. sambil makan sambil berborak.. biasanya kat tangan dia ada mainan.. sampai habis nasi suap Khairy..

Khairy tiba-tiba cakap "boleh ke mama order nasi lemak banyak2 esok nak makan dengan kawan2. Esok kan mama ada hari kanak2 sedunia"

"Nak banyak2 tue berapa?"

"1,2,3,4,5,6... 6 je mama" (sah2 kira BFF dia je 😜)

Memenuhi hajat Khairy saya orderkan nasi lemak daun pisang dengan Bazilah Azhar  no HP :012-6461897. Special request kurangkan pedas sebab budak2 tadika + asingkan sambal.

Apa sahaja hajat Khairy mama cuba penuhi semampu boleh. Jangan mintak yang ribu Riban ye nak.. tabung haji mama pun Lum penuh nak tunaikan Haji haha..

Parents lain pun selalu belanja anak-anak di tadika ini makan-makan. Alhamdulillah

Pedih telinga tazkirah jumaat mcm nie haha

Arghhh sembang nak lawan Dajjal.

Rokok pun duk kepit kat tangan lagi.
Solat 5 waktu pun tak penuh.

Riba' pun tak boleh tinggal.
Kereta pun loan beng 9 tahun.
Takdak rumah pun dah risau.

Hilang barang pun duk pi tilik umah tok bomoh.

Masih duk percaya ramalan tarikh lahir, tapak tangan kat FB ni.

Puasa 1 tahun sekali pun tak tahan dah, asyik duk mengeluh then tinggal puasa.

Nafkah anak bini pun tak bagi. Hutang orang pun tak bayar.

Then sembang nak lawan dajjal.

Dengar ke sembang tu macam nak turun perang esok lusa dah.

Dajjal datang dia dulu yang duk sembah dajjal as tuhan.

Konon nak ikut Imam Mahdi, Nabi Isa. Kau dulu yang perangi mereka ni. Mereka ni tak ikut mainstream pun.

Islam tu datang dengan asing dan kembali asing.
Beruntunglah orang yang asing.

Thursday, October 25, 2018

Allah itu sentiasa dekat. Diberi jawapan segera bila hambanya bertanya

 
 
Assalamualikum
Allah itu sangat dekat
Terlalu dekat
Kalau kita ada persoalan tanya sahaja DIA
Bila-bila masa boleh ditanya
Dengan hati yang ikhlas
Insya Allah akan dijawab
Buka hati untuk melihat jawapan Allah
Kita bukan taraf Nabi-Nabi atau Rasul-Rasul
mendapat jawapan direct daripada Allah
Jawapan Allah kadang-kadang hadir dari orang sekeliling kita
dan kadang-kala dari orang yang  tidak pernah kita kenal
 
Jawapan Allah juga kadang-kadang hadir dari sesuatu yang tiba-tiba kita terbaca 
 sebenarnya tiada langsung niat untuk membaca perkara tersebut
 dan itulah petunjuk istiharah dan seterusnya membantu kita  membuat keputusan
Perkara ini telah berlaku beberapa kali kepada saya ketika menjaga khairy
Saya ada buat beberapa kali istiharah ketika menjaga Khairy dulu untuk membuat keputusan masa depan saya dan anak-anak
Alhamdulilah saya mendapat jawapannya
Terpaksa ikut walau itu bukan kemahuan saya
Tetapi keputusan Allah adalah yang terbaik
Tetapi kali ini bukan nak bincang tentang istiharah
 
Kali ini saya cuma ingin share betapa Allah itu terlalu dekat
lebih dekat dari urat merih
Dia tahu apa yang ada di dalam setiap hati hambanya
persoalan yang kita inginkan jawapan
dan apa sebenarnya niat dalam setiap perbuatan kita
Di beri jawapan melalui insan lain yang tiba-tiba hadir
 
 
 
Biasalah hari nak dekat gaji
saya suka buat status supaya rakan-rakan semua saving
Untuk diri sendiri dan anak-anak jugak
Saving GOLD tau haha
 
 
 
Tiba-tiba ada seseoarang comment di status saya
Saya sendiri terpaksa klik profile beliau untuk pastikan siapa beliau
Nampak sangat orang ini bukan di dalam kalangan rakan yang saya kenali
 
 
Walaubagaimanapun perbualan kami berpanjangan
Saya pun berlapang dada kerana memang comment beliau sangat "mengena dengan hal semalam"
Orang terdekat?
Tahukah En Khafiz Bahari adalah lebih sukar untuk dinilai siapa orang terdekat kepada kita?
 
Tiba-tiba beliau terus kepada persoalan saya semalam
hati yang goyang dengan apa yang saya buat selama ini
Alhamdulilah beliau datang memberi pencerahan
Tiba-tiba pulak tue
 
 
Jujur je jawab sambil melawak .
ingatkan dia nak stop
rupanya lebih dalam penjelasan yang diberi
Terima kasih sangat
 
 MENGAJAK YANG MAKRUF SEDEKAH ITU LEBIH BESAR DARI MENJAGA HATI
terkesan sangat dengan ayat nie
 
 
 
 
 
 
Kalau bercerita tentang perkara kebaikan dan yang  dekat dengan agama adalah satu kesalahan?
tetapi bercerita hal laraq' tidak pula satu kesalahan
Jadi hidup ini untuk membisu?
bagus juga
 
seperti mana bila ibu saya bantu share tentang seorang ibu yang menjaga 3 anak yang OKU di kawasan kejiranan kami
ibu tersebut menjaga 3 anak sendirian tanpa suami
tanpa pekerjaan
rumahnya sangat kotor kerana ibu tersebut sendiri juga tidak sihat
rumahnya hampir dilelong
ibu saya hanya mampu membantu seadanya sahaja
 
Ibu saya yang tahu perkara ini tidak  mampu nak membantu sendirian
di share di dalam group agama wanitanya
sehingga datang seorang  wanita bertanya tentang wanita malang tesebut
rupanya dalam diam seorang Datin yg besar jiwanya
datang kerumah saya dan menjemput ibu saya untuk ditunjukan rumah anak-anak OKU tersebut
Datin tersebut pula membantu sehingga diberi bantuan zakat
dijelaskan hutang rumah sehingga rumah tersebut tidak dilelong
diupah orang mencuci dan mengecat dan membersihkan rumah
dan kini nasib wanita dan anak-anak tersebut terbela
 
Ibu saya bercerita dengan sangat gembira perkara ini kepada saya
Saya juga gembira melihat ibu saya sangat bahagia dapat menjadi "jalan" membantu anak-anak OKU tersebut
Patutkah saya menilai penceritaan ibu saya seolah-olah ibu saya riak dalam pembuatannya?
Bukankah kami sangat rapat dan ahli keluarga?
 
 
 
 
 
Jujurnya sangat-sangat melegakan hati saya
Kalau ada apa-apa yang saya share bukan saya nak tunjuk saya baik lebih-lebih lagi kalau anda tue dekat dengan saya
tetapi kadang-kadang untuk bantu supaya pihak yang saya share itu juga dibantu oleh orang lain
Saya nak bantu banyak-banyak memang tak mampu
keterbatasan kewangan lebih-lebih lagi untuk anak-anak terutama Khairy yang menuntut lebih peruntukan kesihatan
Dalam keterbatasan itu saya hanya mampu  beri sedikit sahaja
Tetapi diharapkan bila saya  share , saya harap ada yang SANGAT MAMPU terdorong untuk membantu
 
Ia sekadar bercerita
Atau mungkin sebenarnya saya yang silap menilai
Ia bukan orang terdekat dengan saya
Mungkin dekat di pandangan mata umum tetapi bukan di hati 
Allahuakbar jauh lagi perjalanan untuk menjadi dekat rupanya
 
 
 
 
 
 
Siapakah lelaki ini
Tiba-tiba datang memberi jawapan tentang keresahan hati yang semalam
Sedangkan status saya tidak langsung ke arah perkara yang saya fikirkan
Tiada lain melainkan Allah yang mengerakan hati beliau untuk meleraikan sedikit kekusutan hati saya
Allah lebih tahu
 
BTW rupanya dia juga penulis haha
Minat tanaman dan ternakan juga
Macam saya yang penulis separuh jalan dan juga minat tanaman dan ternakan
Mungkin sebab itu kami "friend" di FB
Dalam FB saya sekarang dah ramai kawan
Dulu saya hadkan hanya kawan2 contest & blog
Sekarang dah ramai
Ada  kawan emas,  rakan mutawif, rakan peniaga, usahawan dll
Alhamdulilah kebanyakannya jenis positif
Yang mana jenis negetif saya removed sahaja
 
Dunia FB terlalu mudah
dia tak menyenangkan kamu
Keluarkan sahaja dari list
Dunia Nyata tidak semudah Dunia FB
Sebelum buat keputusana removed banyak yang perlu difikirkan
betul tak?
 
 
 
 
 
 
 

Monday, October 22, 2018

ADA BEZA MENABUNG DAN MENIMBUN HARTA

Assalamu’alaikum Wr. Wb.
Maaf ustadz saya mau tanya mengenai ayat tentang pelarangan menimbun harta seperti dalam surat berikut :

“Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak, dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih. Pada hari dipanaskan emas-perak itu dalam neraka jahannam, lalu dibakar dengan dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan kepada mereka): “Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu.” (QS.at-Taubah, 9:34-35)

lalu bagaimana kalau kita menyimpan harta dalam bentuk tabungan di bank, apakah itu juga bisa disamakan dengan menimbun emas dan perak?
lalu jika kita berinvestasi dalam bentuk emas dan perak (dinar dan dirham) apakah itu juga dilarang? Mohon penjelasannya.
Terimakasih sebelumnya.. ..
Wassalamu ‘alaikum Wr. Wb.
(onie_lies@xxxxxx.co.id)

Jawaban :
Wa’alaikum Salam wr. Wb.
Audzubillah, bismillah, wassholatu wassalamu “˜ala rasulillah Muhammad ibni Abdillah Wa’ala alihi washahbihi wa man walah amma ba’du.

Saudaraku,
Pengertian menimbun harta (kanzul maal) yang diharamkan Allah dalam QS At-Taubah [9] :34, adalah menimbun emas dan perak (atau uang) tanpa suatu keperluan (hajat). Yakni semata menyimpan uang agar tidak beredar di pasar atau menyimpan mata uang tertentu dalam rangka profit taking (menunggu harga naik, lalu dijual), maka Ini haram berdasar firman Allah :

“Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya di jalan Allah, maka beri mereka kabar gembira berupa azab yang pedih.” (QS At-Taubah [9] : 34).
Adapun jika menyimpan harta karena ada suatu keperluan, misalnya untuk membangun rumah, untuk biaya nikah, untuk modal usaha, atau untuk berhaji, maka ini tidak termasuk menimbun harta, tapi disebut menabung (al-iddikhar) yang hukumnya boleh asalkan tidak mengandung riba.

Rasulullah saw dalam hadisnya cukup memberikan arahan kepada umatnya supaya menabung untuk tujuan yang telah ditentukan. Ini dapat kita lihat dari beberapa hadis :
“…Rasulullah saw pernah membeli kurma dari Bani Nadhir dan menyimpannya untuk perbekalan setahun buat keluarga…” (Hadis riwayat Bukhari);

“Simpanlah sebagian dari hartamu untuk kebaikan masa depan kamu, karena itu jauh lebih baik bagimu.” (Hadis riwayat Bukhari).

Namun, perlu diketahui ada kewajiban berzakat jika simpanan uang atau emas kita yang ada di deposito atau tabungan telah  (1) mencapai nishab, (2) sudah haul (berlalu setahun).
Nishab emas adalah 85 gr emas sedang nishab perak 595 gr perak. Perhitungan haul (mengendap setahun) didasarkan pada sistem kalender Islam (qamariyah), bukan kalender masehi (syamsiyah). Zakatnya 2,5 %.

Misal, pada 1 Muharam 1428 H Assegaf punya emas yang telah mencapai nishab, katakan 100 gr emas. Jika dia memiliki emas itu selama satu tahun hingga 1 Muharam 1429 H (sudah haul), wajib dizakati sebesar 2,5 % X 100 gr = 2,5 gr emas. Zakat boleh dikeluarkan dalam bentuk emas, atau harta lain yang senilai (qimah), misal diuangkan senilai 2,5 gr emas. Nabi SAW pernah mengambil baju sebagai pembayaran zakat emas (Abdul Qadim Zallum, Al-Amwal fi Daulah Al-Khilalah, hal. 169).

Uang kertas yang kita tabungkan di bank atau di bawah bantal juga wajib dizakati, meski bukan berstandar emas dan perak. Sebab fungsinya sama dengan dinar dan dirham yakni sebagai alat tukar serta pengukur nilai barang dan jasa. Ketentuan zakat uang sama dengan ketentuan zakat emas dan perak.  Contoh, Nani punya uang Rp 20 juta. Ini berarti sudah melebihi nishab (asumsinya harga 1 gr emas = Rp 200 ribu, berarti nishab zakat uang Rp 17 juta). Jika uang itu sudah dimiliki selama satu tahun (haul), wajib dizakati 2,5 % X Rp 20 juta = Rp 500 ribu.

Sunday, October 21, 2018

Seharian di Melawati Mall

 
 
 Demi anak2
Kami terperangkap di rumah mak tok bebudak papa, mak tok dengan Arief tak ada
Jadi saya sebagai ibu yg sangat bijak mengikut kehendak anak2 nak ke Melawati Mall
Mak yg bijak nie budjet2 MM tue dekat gile dengan umh mak tok diorg
Fuhhh berpeluh seh!...
Balik nanti carik teksi!
 
 
Tak payahlah ikut g umh mak tok. Mama nak buat fail. Lagipun papa, Arief, mak tok nak keluar nanti kita melopong je kat rumah mak tok.baik melopong kat rumah kita.hahaha
Ala mama.. kesian mama ..asik duduk rumah je. Jaga kitaorang. Asik2 tengok fail je. Jomlah rehat sehari.. nanti balik mama sambungla buat kerja opis mama tue.
(Rupanya anak2 plan nak paksa mak ke MM)
 
 Amana beli tudung sendiri
double loop pulak tue
I pun takde ye tudung double loop
ada kakak2 darjah 6 jual katanya masa event kat sekolah
 
 
 Khairy tak habis2 manja
dia lupa dia dah ada adik..si adam comel haha
 
nak makan eskrim pulak
layan
 
amana dah anak dara
nak keluar pun bersiap kalah mak nya
naik angina sebab lambat sangat siapnya
 
lega jumpa tempat yang tenang
sampai adam pun tidur
 
diam dapat lego
 
 saya pulak dah lapar giler
masa kat mary brown tue tak makan
saya pandang je anak2 makan
singgah kat satu restoran ayam penyet kat situ
apasal kedai nie mcm tak penuh orang
saya masuk
patutlah tak ramai ... mahal rupanya ..
ayam penyet biasa mcm kat atas nie rm15.90 tak termasuk nasi
air memang lain kiralah
wahhh kalah harga kat ioi mall & nu sentral okeyy
 
 
kalau bawak anak-anak 4-5 jam tak cukup
sebab apa?
melayan kerenah anak2 yang keluar masuk toilet
lepas sorang.. sorang... masa yang berbeza pulak tue
tapi sebab saya sedar masa anak2 banyak habis dalam rumah
sabarlah banyak2 dengan kerenah diorang
takpe nanti urusan papa, nenek,maktok & nenek selesai
kita masuk hutan ye
kita repeat taman Negara ikut route lain pulak
 
 

EKSTRAK KACIP FATIMAH UTM : NAK MASUK 3 BOTOL DAH

Jangan ikut budaya melayu, ikut apa yg nabi ajar

.

Cerita penceramah & pakar kaunseling rumahtanggTUAN HJ HUSSIM, sahabat baik Dato Fadzilah Kamsah. Dia mengaku sgt bahagia bersama isterinya...
Katanya," Sy bangga nak bagi tahu semua, dulu waktu anak-anak kecik, sayalah tukang cuci punggung anak2, salin lampin, sampai anak pancut kat muka, sayalah tukang basuh baju lampin semua...tu kerja saya...Isteri sy kata, "abg, malam2 abg ambik alih buat kerja tu semua ok"...kita sama2 kerja.

"Saya nak bagit ahu, dalam rumahtangga, suami kena rajin. Tak boleh malas...Lani dah senang, baru saya cari pembantu kat isteri saya. Tapi saya bangga nak bagi tahu itu yg sy buat dalam rumhatangga selama ini. Jemur baju kat luar, jiran sebelah tegur. Semua tu kerja saya dan sy tak malu mengaku.."

Berforum pula sy dgn USTAZ NIZAM KADIR, katanya..
😎suami kena rajin, sampai siapkan makan untuk isteri sampai isteri boleh mkn,
😎siapkan pakai sampai suami tolong iron baju isteri,
😎siapkan rumah sampai suami yg jaga kebersihan rumah, mengemas semua suami,

Habis isteri?
Isteri sediakan diri untuk suami, bercantik2, picit2 suami, bermuka manis.
Kalau isteri buat kerja rumah, isteri dapat pahala.

Sebab tu kalau sama2 kerja, sama2 buat, tapi suami kena lebih sebab tu memang tanggungjawab suami.

Isteri kalau buat lebih, suami jangan lepas tgn pula, kena ada belas kasihan sebab ni bukan tugas isteri. Tapi hari ini perempuan buat kerja sampai tak ada masa rehat langsung, Mana tak tarik muka, mana muka tak nampak penat. Mana tak komplen suami. Macam mana nak bahagia rumahtangga?

Kita hari ni org Melayu nampak suami buat lebih sikit, kita kata isteri dia queen control, Padahal itu yg Islam suruh. Org perempuan buatlah kerja macam2, dlm hati dok menyumpah seranah, dalam hati dok kata nak redho tapi tak ikhlas2 juga, sia2 saja.Last2 penat dpt, dosa pun dpt"

USTAZ ZAHAZAN MOHAMAD:
"Menurut pendapat masyhur kalangan EMPAT MAZHAB, seorang isteri tidak diwajibkan melayani suaminya iaitu menyediakan makan, mencuci pakaian dan seumpamanya.
Seandainya isteri melakukannya, ia hanyalah sebagai kesopanan atau akhlak mulia terhadap suami. Bukan kerana kewajipannya.

Oleh itu, jika suami menuntut isterinya atas masalah ini ke pengadilan syariah, maka tetap isteri tidak boleh dipaksa (tidak diwajibkan) melayani suaminya. Maka, sangatlah adil kalau suami bekerja, memeras keringat untuk menanggung kehidupan keluarganya. Sedangkan isteri bekerja d i rumah melayani kepentingan keluarga.

Jika isteri bekerja di luar rumah (sama2 mencari nafkah) , maka sudah seharusnya suaminya turut membantu menyelesaikan pekerjaan di rumah. Apalagi jika mereka mempunyai anak yang masih kecil"

Jika kita tiada ilmu, jangan kita memandai-mandai menjatuhkan hukum semua urusan rumahtangga adalah kewajipan isteri.

Ikutlah acuan yg Nabi ajarkan. Saidatina Aisyah melaporkan Nabi ketika di rumahnya, bagindalah yang paling bnyk senyum pada isterinya, yg paling bnyk khidmat dan buat kerja rumah untuk isterinya....

Menjadi wanita tidak penat. Jika suami faham tanggungjawab.
Menjadi suami tidak penat, bilamana semua beban kerja hilang dgn melihat senyuman, kecantikan dan kasih syg seorang isteri.

Adilnya Islam bila kita sama2 membantu...sama2 memuliakan antara satu sama lain.

SEMOGA ALLAH AMPUNKAN KITA SEMUA

#copypaste
#tqtolongkemasdapormlmni

Friday, October 19, 2018

Untuk semua surirumah chill ya

"Kau ni jadi surirumah, x keje, x berniaga, xde pendapatan, kau tak takut kena tinggal dgn laki kau ke?"

Aik, kenapa nak kena takut plak? Kita yg bekerja ni, sbb tgh prepare utk nk kena tinggal ke? Kita yg berniaga ni, nak bagi ada duit sebelum kena cerai ke?

Pkir la yg baik2, yg positif...dia jadi surirumah itupun sebenarnya satu pekerjaan, cuma bezanya "pendapatan" dia bukan dlm bentuk wang ringgit, Allah "bayar" dgn "masa"....dia dapat tgok anak membesar depan mata dia, dpt jaga anak dgn sendirinya, dapat uruskan umahtangga dia sepenuhnya, dapat layan suaminya dgn sebaik mgkin...

"Masa bekerjanya" adalah utk suami dan anak2nya...

Awak yg bekerja, awk yg berniaga, betulkan la niat tu...awk bekerja, berniaga memg niat sebagai persediaan ke arah berpisah ke? kerana takut laki tinggalkan awk sehelai sepinggang, tanpa duit, tanpa apa2...?

Itu bunyi mcm awak tak yakin yg rezeki datang dari Allah...Allah dah berfirman dlm surah An Nisa, ayat 130, "Dia yg akan mencukupkan jika kedua2nya bercerai..."

Betulkan niat tu dulu, sebab setiap apa yg berlaku dlm hidup ni bermula dgn niat...so, xpyh la niat ke arah tu...keje dan berniaga, bagi ada pendapatan, tapi matlamatnya utk perkara lain, dan bukannya sebagai persediaan utk diceraikan, ditinggalkan...dan usah pertikaikan kenapa org lain x keje mcm awk, x berniaga mcm awk...walaupun awk ada pendapatan, itu bukan "lesen" utk awk nk menyibuk jaga rumahtangga org lain...

Dia pilih jalan dia, awak pilih jalan awak...

Tawakalnya dia terhadap rumahtangganya hanya Allah sahaja yg tahu...doakan yg baik2 utk dirinya dan diri kita...tak semua persoalan itu, perlu ada jawapannya...🙂

Thursday, October 18, 2018

Dari suami kepada suami

Saat kita menjadi suami...

Saat kita menjadi seorang suami, kita diberikan satu amanah, iaitu utk bertanggungjawab terhadap isteri kita...byk tanggungjawab yg kita perlu pikul, perlu galas dan ianya bukan tugas yg mudah...

Kita juga akan dipertanggungjawabkan utk apa yg terjadi kpd isteri, kepada rumahtangga tu...Allah akan tanya kita kelak...

Sekarang mgkin kita rasa kita boleh buat apa yg kita nak, apa yg kita suka...kita nak bagi nafkah, kita bagi...kita xnak bg, kita buat xtau...hak2 seorang isteri, kita xnak penuhi...kita rasa nak mesej perempuan lain, berskandal dgn perempuan lain, kita buat...isteri larang kita xnk dgr...kita sanggup bela maksiat tu lagi dari dgr nasihat...kita menyakiti hati isteri, kita tak memahami diri isteri...kita buat isteri mcm hamba abdi...

Takpa, ini dunia, didunia boleh la TAPI setiap perbuatan yg kita buat tu ada balasannya...klu buat baik, insyaAllah baiklah ganjarannya...klu buat jahat? Azab, seksa dan ujian yg akan menanti kita sebagai suami ni...jgn ingat kita boleh terlepas walau seinci pun...

Ada suami yg bila gaji masuk, keesokan harinya dah rasa tak cukup....ada suami yg motor, kereta selalu rosak....ada suami yg di tempat keje, selalu tertekan, keje byk, gaji susah nak naik, bos selalu marah...

"Ketenangan" tu xde utk suami yg tak memenuhi hak seorang isteri...tak melayani isteri dgn baik...

Manakala suami yg mengutamakan isteri, tak berkira dgn isteri, selalu tolong isteri buat keje2 umah, selalu dgr nasihat dan teguran isteri, dia hargai isterinya, hidupnya sentiasa tenang...rezekinya selalu murah, mencurah2...gaji sentiasa cukup, motor kereta jarang rosak, gaji selalu naik dan jarang rasa tertekan...ketenangan itu yg smua org nak...

Saat kita keluar rumah mencari rezeki, saat itulah doa seorang isteri mengiringi perjalanan kita...dari pagi hingga petang...dari keluar sampai pulang...jgn meremehkan doa seorang isteri, doanya tiada hijab sbb dia juga seorang ibu...direct to Allah...dan rezeki bukan sekadar wang ringgit...kesihatan yg baik, ketenangan hati, urusan dipermudahkan itu smua rezeki...

Maka, berbuat baiklah pada isteri, penuhilah hak2 isteri dan hargailah isteri...kita sesekali takkan rugi selama mana kita mengganggap isteri tu sebahagian dari kehidupan kita dan bukannya menumpang hidup kita...

Nasihat dari seorang suami kpd suami yg lain...apa yg kita buat didunia yg akan menentukan timbangan kita diakhirat...

Berpura2 sehingga kita lupa ia satu kepura2an. Jadi kura2? Erkk

Berpura-pura segalanya baik-baik saja padahal sebenarnya sedang ada masalah... 

Berpura-pura itu bermaksud apa yg dituturnya, apa yg dibuatnya tidak seperti apa yg dirasainya, apa yg dikehendakinya...apa yg ditunjukkan itu tidak sama seperti apa yg dia mahukan…dia meletakkan satu topeng dimukanya, dia kelihatan senyum, tapi dlmnya dia menangis, dia tunjuk gembira, tapi hakikatnya dia derita, dia kata dia redha tapi sebenarnya dia berputus asa…

Kepura-puraan ni boleh terjadi apabila berlaku pergaduhan yg besar atau slh faham yg berpanjangan akibat ketidakmampuan untuk jujur dan berterus terang tentang apa yg berlaku dibelakang pasangan dan sejak itu, suasana hubungan itu sudah mulai berubah…

Dingin antara dirinya dan pasangan…bercakap hanya bila perlu…layan sekadar menunaikan kewajipan…selagi “status” itu masih dipegangnya…

Org yg berpura-pura ni selalunya dia bertahan sebab kasihan, sebab anak2…cinta dan sayang tu dah pudar dgn apa yg dah terjadi dlm hubungan tu…Susah untuk merasai bahagia jika dalam sebuah hubungan cuma ada kepura-puraan…sebab ada “keterpaksaan” dlm setiap perbuatan dan tiada keikhlasan…nasihat saya, berpura-puralah sehingga kita lupa bahawa kita sedang berpura-pura…dgn harapan lama kelamaan, hubungan itu akan pulih seperti sediakala…InsyaAllah...

Siapa nak jadi isteri derhaka?

Awak nak jadi isteri derhaka?

Siapa yg nak jadi isteri derhaka? Xde mana2 isteri yg nak tempah tiket utk masuk neraka, semua nak jadi isteri yg baik,  nak masuk syurga…tapi kadang2, sikap dan perangai seorang suami tu yg membuatkan isteri jadi derhaka…

Sikap yg macam mana? Xkan nak kena terang kot, awak suami, kena la tahu…cara awak menggauli dan melayani isteri tu yg akan membentuk diri seorang isteri…boleh jadi dia derhaka sbb hari2 kena tengking, hari2 kena maki, hari2 tgok suami dia bergelak ketawa dgn skandal suami, suami xbagi nafkah, selalu xambik peduli hal rumah, selalu kluar rumah tggal dia dgn anak2 dan hak2 dirinya sebagai seorang isteri itu tak dipenuhi…

Sikap suami tu yg sebenarnya akan membuatkan isteri jadi derhaka…suami yg layan isterinya dgn baik, dgn makruf, dgn adil, takde masalah begini…

Isteri juga manusia, tahap kesabaran isteri sebagai manusia ni xtggi manapun, dia akan bersabar selagi boleh bersabar, dia akan cuba pendam dan diam, tapi smpai bila? Akan ada masa semua yg dia simpan, yg dia pendam tu keluar dr mulut dia…dan bila keluar, kita kata dia isteri derhaka…dia jgak yg salah...

Adil ke?