ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, November 29, 2016

Fungsikan EMAS Untuk Akhirat


Perkongsian dari group POWERGOLD
Emas tetap emas
Tak kiralah jenis apa pun
POWERGOLD, PUBLIC GOLD, KTJ entah apa2 lagi
Tetap bernilai
Simpanla tak rugi pun..
Dan gunakannya untuk MENDERMA satu hari nanti
Insya allah

Kalau berminat dengan EMAS FIZIKAL POWERGOLD
WA 017-3201999
WA 017-3201998
WA 017-3201999

๐Ÿ˜ŽApa itu EMAS FIZIKAL?
๐Ÿ˜€Anda beli emas dapat emas! Bukan dapat sijil. Emas tue di tangan anda. Ikut sukalah nak simpan atau nak pajak atau nak derma. Baru betul!

Friday, November 25, 2016

Ekstrak Kacip Fatimah UTM: EKF dan Endometriosis

Assalamualaikum semua
Hari nie saya nak berkongsi pengalaman customer saya yang menjalani pembedahan endometriosis bersama Pakar Sakit Puan terkenal iaitu Dr Hamid Arshad. Terima kasih sangat sebab beliau selalu berkongsi masalah dan pengalaman dengan saya. Mungkin kita sihat dan tidak melalui pengalaman seperti beliau tetapi kita perlu juga mengambil tahu sebagai panduan.

Customer saya nie memang dah amalkan Ekstrak Kacip Fatimah UTM sebelum menjalani pembedahan endometriosis. Beliau juga sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata.

Beliau jalani laparoscopy dan D&C untuk cuci rahim. Jangan silap faham tidak semestinya D&C hanya untuk keguguran ya.


Jemput baca gambar-gambar yang saya sertakan juga.
 Tulisan saya hanya mengambil rumusan sahaja dari perkongsian beliau bersama saya.
 
Beliau ambil Ekstrak Kacip Fatimah UTM 4 hari selepas pembedahan. Alhamdulilah sangat berkesan untuk beliau. Rasa ngilu dan rasa lesu tiada selepas consume Ekstrak Kacip Fatimah UTM. Malah wajah juga tidak pucat. Untuk makluman semua; Ekstrak Kacip Fatimah boleh diambil oleh pesakit yang menjalani pembedahan samaada ceser atau pembedahan seperti customer saya ini selepas pesakit telah boleh mula makan nasi,minum air dan sebagainya kecuali doktor yang merawat tidak membenarkan atas alasan-alasan tertentu. Tanyalah pendapat doktor yang merawat anda sebelum consume any supplement.Itu yang terbaik. 


 

 Inilah pembedahan yang dijalani oleh customer saya.
Boleh baca perkongsian Dr Hamid Arshad  yang lebih jelas di sini
Dr Hamid Arshad sendiri menulis tentang pembedahan ini di FB beliau.
Rupanya customer saya ini alami endometriosis stage 4.
Seperti yang customer saya kongsikan dengan saya pembedahan ini pada mulanya hanya dirancang untuk bedah kecil sahaja tetapi menjadi besar kerana darah banyak di dalam perut.


 
 Saya juga berkongsi pengalaman saya consume Ekstrak Kacip Fatimah UTM selepas pembedahan melahirkan anak saya yang ke 3 dengan customer ini. Anak ke tiga saya mengalami masalah SVT iaitu masalah pada jantungnya. Oleh sebab itu saya perlu melahirkan bayi saya secara pembedahan. Boleh baca pengalaman saya consume Ekstrak Kacip Fatimah di sini.

 
 Saya selalu teringat custumer saya nie jadi saya bertanya kabar pada beliau beberapa lama selepas itu. Alhamdulilah beliau seorang yang sangat positif. Mengakui sentiasa sihat dan cepat sembuh. Beliau juga merasakan Ekstrak Kacip Fatimah UTM banyak membantu penyembuhan selepas pembedahan tersebut malah kebanyakan yang mengenali beliau terkejut beliau sembuh dengan kadar yang cepat. Beliau juga mengakui perbezaan yang sangat ketara sebelum dan selepas consume Ekstrak Kacip Fatimah UTM.

 
 Beliau berusaha untuk mendapatkan cahayamata selepas pembedahan endometriosis tersebut. Beliau bercadang untuk menjalani IVF. Saya berterus-terang yang Ekstrak Kacip Fatimah UTM tidak digalakan diamalkan bagi yang menjalani IVF atau IUI supaya pesakit dapat menumpukan sepenuhnya rawatan bersama pakar. Beliau stop Ekstrak Kacip Fatimah selama 2 bulan untuk rawatan IVF. Walaubagaimanapun  beliau tidak dapat menjalani IVF kerana period beliau tidak datang selepas pembedahan endometriosis tersebut.

Beliau juga alami simptom seperti menepous..panas sejuk.panas sejuk.. Beliau amalkan kembali Ekstrak Kacip Fatimah UTM dan mengakui yang EKF UTM mempunyai fungsi untuk menghilangkan symtom menepous tetapi dalam kes beliau adalah disebabkan perubahan hormon yang berlaku.


Alhamdulilah
Akhirnya period beliau kembali semula selepas beberapa bulan menjalani pembedahan endometriosis. Selepas consume Ekstrak Kacip Fatimah UTM selama 15 hari period beliau kembali semula

Ekstrak Kacip Fatimah UTM hanya iktiar untuk masalah dalaman wanita. Selebihnya adalah aturan Allah. Sama-sama kita semua dokan semoga beliau dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata yang diidsan-idamkan. Amin.Insya Allah.


 
"LIKE" ramai-ramai ye :)
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH-UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
  
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK TONGKAT ALI -UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
  
Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK UTM YANG LAIN?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

 
Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK BIDARA WORLD?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI 


Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK MINSYAM (HABATUSAUDA &ZAITUN)?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK SUTRA?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI 

UNTUK CONSULTATION : 
 017-3201998 (ILASALEH)








Bersyukurlah

Assalamualaikum semua

Semoga perkongsian ini membuka MATA HATI kita untuk lebih mensyukuri nikmat kurniaan ALLAH.
Mungkin kita merungut tentang ketakcukupan dari segi wang ringgit dan nikmat-nikmat yang lain
Tetapi KESEMPURNAAN ANGGOTA badan satu anugerah yang sangat bernilai.

Ini regular customer saya tapi baru saya tahu yang dia punya "keistimewaan" pada matanya.
Dalam perniagaan selain menambah pendapatan dan bertemu dengan pelbagai kerenah manusia..perkara-perkara sebegini menimbulkan keinsafan dan menambah rasa syukur pada setiap rezeki yang Allah hadirkan.

NIKMAT MANA YANG ENGKAU DUSTAKAN

#kokoadikblogshop
#kokoadikcollection

Thursday, November 24, 2016

POWERGOLD : Cara Keyin Bonus Repurchase

Salam semua,
Sambil mendodoi adam..saya dodoi adam guna kaki ye..haha mohla saya update blog..multitasking kekdahnya.. malam nie free so saya buat entry tentang POWERGOLD ya.
Masa saya mula2 jadi stokist saya terkial-kial nak key in repurchase bonus ahli yang beli emas.padahal alahai senangnya! Untuk kemudahan di masa akan datang saya tepek step by step untuk key in repurchase bonus tue di sini.
Bila kita key in repurchase, baru la dpt bonus repurchase.  Terus masuk ewallet
Ahli kita dpt bonus rep rm1 segram
Org yg sponsor pun dpt rm1 segram
Stokis yg key in dpt rm2 segram

Macam nielah cara dodoi baby guna kaki


Lepas uools masuk ke sistem powergold
Keyin username dan password
Then akan masuk ke member profile
Klik menu register 
Akan keluar seperti gambar di atas
Klik submenu REPURCHASE

Lepas klik submenu REPURCHASE
Skrin akan terpapar seperti di atas


Masukan detail ahli anda
Jika username betul 
Secara automatik detail ahli anda akan keluar
Ia akan memaparkan nama penuh dan juga alamat ahli

Keyin amount dengan betul ya.jangan silap pulak
Amount.. dlm gram
1g key in 1g 
5g key in  5g
10g key in 10g

Kalau byk jenis.. kna kira total


Okey ini dah final
Username ahli emas dah betul
Gram pun dah keyin
Klik SUBMIT PURCHASE

Alhamdulilah 
Selesai


Insya allah jika berkesempatan saya akan share pula cara-cara transfer ewallet pula
Semoga jadi rujukan untuk bakal-bakal stokis ya

Assalamualaikum
Selamat malam
Sleep tight

Wednesday, November 16, 2016

REN KESAYANGAN ANDA



Kata-kata, tulisan dan ucapan kita merupakan satu doa
Tidak semua doa dimakbulkan sekelip mata
Dan kita sendiri tak menyangka kata-kata atau tulisan kita tue dimakbulkan Allah

Sejak adik saya cakap nak betul2 jadi REN aka ejen hartanah
Saya ada rasa "sesuatu"
Seolah-olah perkara ini pernah saya tulis
Puas saya RECALL tapi tak berjaya
Sampaila pagi nie saya cuba search kat blog sendiri

Masya allah
Memang ada saya tulis dengan ayat berserta gambar Sarina Saleh dengan ayat
"GAYA LECTURER /EJEN HARTANAH YANG BERJAYA"
Masa nie dik saya bujang lagi
Baru keluar universiti
Saya pun baru ada dua anak amana dan arief
Arief pun kecil lagi..jalan pun tatih2 lagi

alhamdulilah hampir 2 bulan lebih adik saya menjadi ejen hartanah
Rasanya dah beberapa biji rumah terjual
jom kita skodeng








Tak sangka adik saya berjaya 7 biji rumah setakat nie
Kalau saya enggak taulah haha
Dan anak buah saya si ecah selalu teman adik saya jual rumah
Sampaikan ecah boleh tanya saya
"bila mak ngah nak beli rumah ecah? ejah jual rumah sekarang"
haha..mulut becok..sesuailah jual rumah
dah follow mak dia dari kecik memang ada harapan jadi REN jugak

 
 
Jemput add FB adik saya ya

Kalau ada kawan-kawan yang nak beli rumah atau jual rumah jemputla wassup adik saya SARINA 017-259 4029. Boleh juga bagi anggran budget anda dan kawasan mana anda prefer nak beli.insya allah adik saya tolong carikan sebab dia pun deal dengan rakan-rakan REN yang lain.

 
hari ini juga hari lahir adik saya yang ke 29. 
Dan saya buat entry ini khas untuk adik bongsu kesayangan saya.
 SELAMAT HARI LAHIR ADIK. SEMOGA TERUS MAJU JAYA SEBAGAI REN. JANGAN PUTUS ASA. ADIK ALWAYS BE MY ADIK. WALAU ANAK DAH BERDERET-DERET NANTI.



 So kawan-kawan semua
Cuba doa, tulis dan fikir yang baik2 sahaja
Cuba tulis di FB masing2 apa yang anda impikan
Mungkin 7,8 tahun lagi anda pulak boleh cuba RECALL seperti kes adik saya nie.
 

Tuesday, November 15, 2016

BELI RUMAH DENGAN EMAS

Assalamualaikum semua
Hari nie kita share tentang pengalaman rakan emas beli rumah dengan menggunakan emas
Zaman sekarang nie ramai yang teringin nak membeli lebih dari satu rumah.
Kebiasaannya untuk beli rumah pertama tak ada masalah sebab boleh dapatkan 10% deposit rumah dengan pengeluaran KWSP. Tetapi untuk rumah kedua dan seterusnya dah tak boleh gunakan pengeluaran KWSP. Bagi yang tiada KWSP pula bagaimana? Bagi penyimpan emas deposit untuk pembelian rumah bukanlah satu masalah besar. Ketika inilah kami mula FUNGSIKAN EMAS.



Simpan emas utk downpayment rumah
Tak perlulah swipe credit card
Tak perlulah buat personal loan
Yang takde kwsp tak perlu risau kalau ada emas
Yang kwsp dah licin pun tak perlu risau kalau ada emas
Tak teringin ke rasa gini?
Kita tak sempat rasa
Mungkin anak2 kita sempat kot rasa๐Ÿ˜Ž
๐Ÿ˜ŽPaham kan dielek kelantan, bahasa korea pun korang paham
Takkan dielek kelantan dok pehe๐Ÿ˜™




Bacalah perkongsian ini
Buka mata
Buka hati
Tak rugi menyimpan emas
Saya minta izin sendiri dengan tuan punya badan nak share pengalaman beliau nie tau

Berminat nak memulakan simpanan emas?
Cubalah mulakan dengan 0.5g 
Kerana jika tidak mencuba 
Anda tidak tahu kemampuan anda




Friday, November 11, 2016

Kasih seorang doktor

KASIH SEORANG DOKTOR

Saya bawa baby adam jumpa pakar kanak2.
Pakar nie adalah doktor yang juga monitor masalah jantung abang adam ; si khairy
Nama adam di panggil..saya masuk lambat sikit sebab mengemas barang2 adam di luar
Adam dan khairy masuk dulu ke dalam bilik doktor
Bila saya masuk dan pintu terbuka; tersentuh hati...

Saya melihat doktor tersebut sedang memeriksa denyutan jantung khairy.
Adam yang saya bawa tapi khairy yang diperiksa
Dan dalam perjumpaan tadi keadaan khairy yang lebih banyak ditanya.
Terima kasih doktor sebab "jaga" khairy sejak warded dulu

Si khairy pulak menyelongkar mainan kat dalam bilik tue
Haishhh
Bila nak balik..saya suruh kemas
Jawapan khairy "khairy tak nak kemas"
Tapi tangan sibuk masukan mainan dalam kotak ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

Si budak tembam
Berat dah 5.1kg
Masa lahir 3.1kg

Adlan khairy tetap jadi anak yg sangat special
Nanti mama dengan adam teman appoiment khairy pulak ye


Wednesday, November 9, 2016

EKSTRAK KACIP FATIMAH UTM : Ketika berpantang dan baby kuning boleh makan EKF-UTM?


Saya dah janji nak share bil HUKM bersalin Adam kan? Tapi saya tak jumpa bil tue kat mana hahaha.. kesian betul.. bila bersalin semua benda berterabur. nanti saya tanyalah kat papa si Adam kot-kot ada copy ke.. Tapi yang saya ingat bil average RM8.5K bersalin emergency ceser, duduk wad 4 hari 3 malam, bius epidural, suntik yg elakkan beku darah tue entah berapa kali.. nantila saya usahakan jugak untuk kawan-kawan ya..saya tahu ramai yg nak bersalin di HUKMSC sebab service bagus dan pada saya masih murah compare dgn hospital swasta lain.. HUKMSC nie walau swasta ia masih di bawah UKM sebab pakar2nya semua doktor di HUKM.. nantilah saya carik ye bil tue..bolehla kawan-kawan anggar nak belanja bersalin nanti..saya nie pun lari budget haha... ingatkan bersalin normal rupanya ceser..emergency pulak tue.. tapi alhamdulilah... masih boleh korek..koreklah duit ke emas ke yang ada haha... Allah tahu saya nie bersalin ceser ...tetiba ada pulak duit sebanyak tue jatuh dari langit untuk bersalinkan Adam..alhamdulilah.. Eh saya nak share tentang saya berpantang. Cakap banyak2 pasal bil HUKMSC pun tapi takde bilnya kat sini buat apa ye tak? Habis air liur je haha



Saya  dah share sebelum nie saya makan apa untuk berpantang.. 
Boleh baca semula kat PERSEDIAAN BERPANTANG. 


Adam ada kuning masa awal-awal berpantang tue.. Doktor Zubaidi tak syorkan consume Ekstrak Kacip Fatimah UTM  jika baby masih kuning. Pada mulanya saya follow. Memang saya tak makan EKF-UTM masa baru-baru Adam kuning tue.. sampailah hampir 2 minggu saya berpantang perut saya masih keras. Nurse KK yang datang rumah cek dan bagitau perut saya nie masih tinggi dan kemungkinan ada darah beku. Pad saya pun bersih tak ada darah..huwaa... sahla ada darah beku nie.. Dah 3 anak saya bersalin lum pernah jadi kes darah beku tau.. Nurse suruh saya pastikan kat hospital. Dah la masa tue raya haji mana ada hospital yang bukak. Nak ke HUKM semula ya allah jauh.. saya tak larat.. jadi kami pergi hospital berhampiran rumah. Tak hampir jugakla..haha.. Doktor yang duty masa tue sahkan ada darah beku tapi syorkan saya ke HUKMSC semula sebab saya pun tak bersalin di hospital tue.. saya fahamlah diorang pun tak nak amik risiko sebab saya bukan bersalin kat situ.  So doktor tue buat surat refer semula untuk ke HUKMSC. Tau kalau darah beku apa yang akan dibuat? Kalau bersalin normal bersihkan darah beku  ikut bahagian peranakan.ikut bawahla..tempat baby keluar tue..paham tak? tak paham memang saja jelahhh.. .kalau operate kena bedah balik perut!! WHATTTT???? Ya allah sakit ceser belum habis nak potong perut nie balik? Nak nangis rasa...

Saya call mak  nangis-nangis bagitau.. mak cakap..makan Ekstrak Kacip Fatimah tue.. mak cakap darah tak keluar sempurna sebab saya langsung tak makan jamu ..dah hampir dua minggu berpantang.. pastu mak cakap tuam kerap-kerap.. mak siap cakap..kalau diri tak sihat macam mana nak jaga baby? oh lupa nak bagitau 2 minggu pertama saya berpantang dirumah bersama 4 anak! Can u imagine? Husband adalah tapi anak-anak yang lain kecik-kecik jugak..apa yang diorang tahu? Amana je boleh diharap..yang lain? wakakaka.. terutama khairy yang tak habis-habis manja... asik nak tidur kat celah ketiak mak dia..

Saya asikla memandang si Adam.. Adam masih kuning..patut ke tak patut makan Ekstrak Kacip Fatimah UTM nie.. Saya dah amalkan Ekstrak Kacip Fatimah UTM nie hampir 3 tahun lebih..saya amalkan selepas sebulan bersalin Khairy..2013 dulu.. Boleh baca pengalaman saya kali pertama consume Ekstrak Kacip Fatimah UTM.   

kebaikan Ekstrak Kacip Fatimah ..jemput baca sendiri :P

Masa saya makan Ekstrak Kacip Fatimah UTM waktu Khairy dulu si Khairy dah habis kuning... Dalam dok berkira-kira tue..saya akhirnya telan je EKF-UTM.. Adam masih ada sedikit kuning. Saya makan sebab saya nak sihat.. Nak sihat sebab nak jaga Adam.. Boleh tak saya telan 4 biji sehari terus? 2 biji masa siang dan 2 biji masa malam.. Berdenyut-denyut perut saya.. Takpe saya boleh tahan..Kalau kena belah balik perut nie lagi saya tak tahan. Kalau setakat sakit perut ala-ala sengugut tue insya allah saya boleh tahan.. sedangkan ceser pun dah lalui 2 kali takkanlah sakit2 perut ala2 sengugut tue saya tak boleh tahan ye tak? Yes!! Betul seperti yang  di sangka dan seperti yang diketahui.. EKF merawat dan mengecutkan rahim selepas bersalin.. Pad saya yang bersih dah beberapa hari terus ada warna.. alhamdulilah.. beberapa hari jugak darah keluar.. perut saya pun rasa lembut sikit... 3 hari kemudian nurse KK datang semula dan ukur perut saya.. dah turun katanya.. syukur sangat-sangat..Nurse tue siap tanya saya makan apa dan apa yang saya buat? Saya bagitau je saya makan Ekstrak Kacip Fatimah UTM..

gambar lama masa meniaga jaga khairy 2013 dulu
seronok baca entry lama nie


KEPADA IBU-IBU YANG NAK CONSUME EKSTRAK KACIP FATIMAH-UTM KETIKA BERPANTANG DAN BABY MASIH KUNING , IA TERPULANG PADA KEBERANIAN SI IBU YA.. SAYA YANG AMBIL KEPUTUSAN SENDIRI NAK MAKAN MASA BABY MASIH KUNING.. BABY SAYA KUNING PUN BUKAN KUNING YANG TAHAP MASUK DARAH TUE.. BABY SAYA MASIH DI RUMAH SAHAJA.. SAYA JUGA MAKAN EKF-UTM KERANA NAK CEPAT SIHAT DAN NAK MENYUSU BAYI..KALAU SEBAB DARAH BEKU TUE SAYA KENA POTONG PERUT LAGI..BILA SAYA DAPAT JAGA BABY ADAM DENGAN SEMPURNA? 

KES SAYA MUNGKIN TAK SAMA DENGAN KES ANDA..
KES SAYA BOLEH DIJADIKAN PANDUAN BUKAN IKUTAN.. 
BAK KATA ORANG TUA-TUA "SENDIRI BUAT; SENDIRI KENA TANGGUNG"

Jika anda makan EKF-UTM ketika baby masih kuning dan berlaku prolong jaundice jangan salahkan saya ye.. Baby Adam alhamdulilah sihat dan tembam je.. hasil maknya cepat kuat dan sihat..  hasil adam minum susu badan ibunya..insya allah nanti saya share gambar full Adam ye...


 
"LIKE" ramai-ramai ye :)
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH-UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
  
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK TONGKAT ALI -UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
  
Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK UTM YANG LAIN?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

 
Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK BIDARA WORLD?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI 


Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK MINSYAM (HABATUSAUDA &ZAITUN)?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK SUTRA?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI 

UNTUK CONSULTATION : 
 017-3201998 (ILASALEH)








Monday, November 7, 2016

POWERGOLD Untuk Adlan Khairy

Kita sebagai ibubapa pasti merancang untuk masa depan anak-anak. Ada yang buat simpanan tabung haji..ada yang buatkan insuran..ada yang buat ASB..macam-macamlah..saya juga buat begitu untuk amana dan arief..tapi khairy selaju jadi yang special.. huwaaa..huwaa..

Dalam anak2 hanya khairy sahaja yang "tiada apa-apa"
Maksudnya tiada simpanan tabung haji dan insuran
Anak2 lain semua ada

Masa khairy lahir tumpuan lebih kepada kesihatan khairy
Memang berhabis utk khairy sihat
Keluar wad masuk wad..monthly check up termasuk selesaikan nazar kesihatan Khairy keMekah

Nak beli insuran mcm plan kakak dan abang
Doktor khairy tak izinkan
Katanya takkan lepas
Tunggu sehingga doktor keluarkan surat yg khairy bebas masalah jantung
Nak bukak akaun tabung haji sampai ke sudah tak buat2
Kenapa? Sebab masa tue khairy tak sihat dan sy tak fikir ada keperluan ke arah tue
Cash lebih diperlukan utk biaya kesihatan dia
Alhamdulilah tanpa akaun tabung haji dia yg jejak dulu Mekah
Ajaibnya khairy.. aturan Allah memang cantikkan?

Baru2 nie tergerak membaca tentang emas
So now sy menyimpan emas utk khairy๐Ÿ˜Š
Sampaikan baki2 duit syiling ke kedai sy tabungkan
Bila anak2 tanya.. nak buat apa?
Saya jawab simpan emas utk khairy
Nampak "kejelesan" anak2 kat situ haha
So sekarang semua pakat simpan duit sendiri..baki duit belanja
Sebab jeleskan khairy
Insya allah nanti bukak jugak tabung haji utk khairy
Sebab nak daftar haji untuk khairy jugak

Didik anak-anak dari kecil tentang emas
Insya allah saya akan terus share di blog ini tentang kebaikan emas
Sy joint group emas untuk fungsikan emas
Semoga cepatla segala hutang pitang selesai
Dan semoga dengan emas nie dapat digunakan untuk keperluan perubatan  Khairy
Ehdulu saya bayar by credit card tau bil hospital khairy
Ada interest rate kalau tak setel cepat
Acumulate pulak tu
Tapi kalau pakai emas boleh bawak ke arrahnu
Cuma bayar upah simpan yg sangat rendah dan tak ada istilah accumulate
Emas tiada riba ye
Kenapalah lambat saya nak tahu tentang emas nie
Kalau tidak hurmmmm.. 

Bagi yang newbie kenallah dulu dengan emas-emas nie ye
Harga dan berat pastilah berbeza
Dan paling penting harga berubah mengikut hari
Kebiasaannya bila harga emas turun berdesup-desup semua order emas
Tapi bagi pengumpul emas, bukan harga yang jadi ukuran
Yang penting asal ada duit je tukar jadi emas

Ehemmm
Baru bermula
Jom kita jadi pengumpul emas
Kumpul goldbar,kumpul dinar,kumpul barang kemas, kumpul pandora emas ehhh ๐Ÿ˜†
Nampak atas kotak biru tue?
Walaupun kecik mahal weii
Itu pandora emas
Adik saya suka pandora silver
Saya pulak teringin nak beli charm pandora emas
Belilah satu
Hilangkan mengidam

Banyak gunanya emas nie
Nanti saya share apa yg sy tahu dari geng2 emas ye
Saya akan terus share tau
Nantikan mak khairy jadi penjual emas
Hahahaha
Khairy nanti kawin hantaran bagi dinar emas jelah kat isteri ya?
Bertuah menantu saya
Muahaha


Ekstrak Kacip Fatimah UTM (EKF-UTM): Rasa panas bila makan EKF-UtM

Jom kita kongsi feedback ekstrak kacip fatimah UTM lagi ya
Seronok bila share feedback nie
Boleh jadi rujukan untuk semua
Betul tak?
Kadang-kadang saya beri sahaja link yang berkaitan dengan masalah pontential customer untuk customer baca dan pertimbangkan sama ada mereka patut purchase ekstrak kacip fatimah UTM atau tidak
Saya tidak suka memaksa .. badan sendiri.. sendiri yang tahu sama ada sesuatu supplment tersebut sesuai atau tidak dengan badan sendiri..sama ada customer yakin atau tidak dengan supplment tersebut..
Ada sesetengah customer tak berani nak makan herba/supplment berasakan herba kerana tidak tahan panas. terpulang kepada keperluan masing-masing. ubat atau herba atau supplemt bukan gula-gula bila makan rasa manis, sedap, nyaman hihi.. nak sihatkan? kenalah sabar dan tahan..

Ada customer pula seperti customer di atas sabar mencuba.. bila ada masalah, beliau wassup kembali dan apabila diberi konsultasi beliau ikut saranan.. alhamdulilah ..  badan beliau telah mula serasi dengan ekstrak kacip fatimah UTM dan beliau juga syor kepada adiknya. alhamdulilah beliau rasa BADAN RINGAN, SENDI KURANG SAKIT DAN MUDAH UNTUK SOLAT selepas amalkan ekstrak kacip fatimah UTM.

Pada mulanya customer ini amalkan Ekstrak kacip fatimah UTM sebelum tidur. beliau rasa panas.oleh itu saya syorkan consume selepas sarapan pagi. saya memang selalu sarankan customer amalkan ekstrak kacip fatimah utm selepas sarapan apabila baru pertama kali mencuba. selepas telah serasi dengan ekstrak kacip fatimah utm terpulang pada customer untuk susun jadual sendiri mengikut kesesuaian badan..  tetapi adalah lebih baik ambil selepas sarapan dan selepas makan malam. untuk mengetahui berapa biji ekstrak kacip fatimah utm perlu diambil adalah mengikut berat badan customer.. yang part berapa biji kapsul perlu diambil perlukan konsultasi selanjutnya.. nanti saya terang di sini berjela-jela pulak entry nie ๐Ÿ˜‰

Saya share pamplet ekstrak kacip fatimah UTM yang kerap disyorkan Doktor Zubaidi Haji Ahmad dan Ustazah Norhafizah Musa. semoga membantu semua.


Ps: sangat sesuai untuk yang sedang berpantang..nanti saya share ye cerita saya yg terbaru semasa berpantang


 
"LIKE" ramai-ramai ye :)
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH-UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
  
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK TONGKAT ALI -UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
  
Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK UTM YANG LAIN?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

 
Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK BIDARA WORLD?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI 


Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK MINSYAM (HABATUSAUDA &ZAITUN)?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK SUTRA?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI 

UNTUK CONSULTATION : 
 017-3201998 (ILASALEH)



Wednesday, November 2, 2016

Barang Dapur Atas Talian

Assalamualaikum semua
Jomlah kita share benda-benda yang bermanfaat untuk kita yang ada anak berderet nie
Anak dah empat nak pegi pasar mesti dok fikir banyak kali
Mana nak beli barang
Mana takut anak hilang
Mana nak parking keta supaya dekat nak angkut barang dan anak-anak
Boleh je suruh suami beli
Tapi kalau suami beli janganlah banyak songeh ye
Bukan diorang kenal pun apa yang kita nak
Barang-barang basic bolehla
Kalau suami yang pegi beli..suami akan beliiiiiiii je
Tapi kalau isteri yang beli..akan fikir ikan nie nak masak apa..bahan2nya apa.. betul tak?

Alhamdulilah dah dapat satu solution
Sebab kawan FB dah guna service nie.. so order dengan harapan menggunung tinggi kiki


Moh kita baca detail tentang BARANG DAPUR ATAS TALIAN
saya kan suka sangan beli online nieee

Saya pilih dua set dari pakej di atas.
Delivery charge hanya RM10
So total RM81

Sayur yang saya order dan 2 rempah
Kacang botor, cili api,cili merah,sayur pak coi,kacang botor, rempah kari dan tauchu

Lauk2 nie semua saya ambil yg 500g
So okla utk sekali masak
Ikan cencaru 3 ketul
Ikan merah eh lupa nak kira haha
Ikan tenggiri favorite anak
Paru lembu
Hati lembu
Ikan kerisi

Inilah yg paling best
Siap siang
Jimat sangat masa saya
Sukeee

Nie masak bercili best kan?

Amana memang suka ikan tenggiri
Kalau goreng dia sorang je hadap

Ini yang paling saya terkujat
Paru pun siap sianggggg
Tqqqqq dikkkkkk
Kalau adik ada kat depan memang akak kiss sekali!

Bila tengok paru dah siap siang
Cepat2 keluatkan balik hati lembu
Dah siap siang jugak ke?
Wahhhh dah siap siang jugakkkk
I lap u dikkk
Tapi saya takla amik gbr hati lembu tue
Sama je siangnya mcm paru nieee


Eh ikan merah dah masuk dalam periuk
Amana memang suka kari

Pada pendapat saya 
Berbaloi beli dari online shop nie
Jimat masa
Jimat tenaga
Delivary charge pun murah rm10

Kalau uools nak order
Bagi masa kat adik fatin nie
Kalau nak masak esok, hari nie baru nak order silalah pg kedai kat area umh sendiri je ye
Kang meroyan pulak korang kat adik fatin nie
Saya penyabar takpe kiki
And fatin memang dah bagitau bila dia nak datang
Saya order 25/10
Sampai 2/11

Korang belekla fb dia puas-puas
Ada banyak set
Nanti saya nak try barang basah udang sotong ketam pulak
Saya tak beli lagi sebab mak tak bagi saya makan yg gatal2 sampai 100 hari
Perut saya rasa ngilu lagi
So mak cakap lum baik betullah tue
Kadang2 kalau silap makan rasa jugak lain macam
And sampai sekarang lum blh tido mengiring
Yela lum 60 hari pun
Cezer pulak tue
Kalau yg jenis badan cepat baik tahniah
Tapi jangan kecam yg jenis badan lambat nak recover
Memang saya dari dulu jenis lambat sihat
Memang dari kecik..kalau satu umh sakit
Saya sorang je yang masuk hospital
Haishhh


Kalau nak cuba boleh search fb di atas ye
Senang2 nanti saya bagi link sekali
Wat entry pakai hp 
Macam niela...
Sambil baring je
Haha
Mana larat nak duduk lama-lama lagi
Adios
Jumpa dilain entry untuk promo mcm2 shopping online yg besh
Yang penting saya sendiri dah try and suka