ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, February 12, 2026

Assalamualaikum 2026

Rasanya dah bersawang betul blog nie.
Tapi sayang utk dibiarkan.
Banyak memori disini.
Baliklah jom kita mulakan kembali di bulan Febuari 2026.

Btw saya resign sekitar 2021/2022.
Now dah 2026.
Hampir 4/5 tahun berlalu.
Anak2?
Masih 4 ya...tak mahu ku tambah diusia dah 40-an begini.
Misi menunggu cucu sahaja 5/6 tahun lagi🤣

Okeylah kita sharing serbasedikit cerita anak2 
Amana kini guru mengaji utk beberapa anak murid di samping dia homeschool.
Dua anak lelaki dah kembali ke KL menyambung belajar di maahad di sana selepas 3 tahun di tempat hijrah. Pak Kiyainya menghantar anak2 ke maahad KL. Alhamdulilah tempat yang baik Dan anak2 ditaja. Alhamdulilah anak2 melepasi tempoh percubaan Dan selepas itu result exam semester pertama melepasi syarat utk tajaan. 
Adam Ziqri gembira sebagai si bongsu sentiasa bersama mamanya .

Okey tue je..next kita sambung cerita lagi..
Kbyee

Tuesday, January 20, 2026

Impian saya sebagai ibu

Setiap ibu ada impian
Inilah impian saya
Saya berdoa dan berharap setiap anak dapat tunaikan umrah ketika mereka masih kecil dan masih totally anak-anak saya
Alhamdulillah walaupun saya tak banyak wang tetapi Allah jemput anak-anak dengan pelbagai cara.

Dalia Amana &Adlan Khairy- 2015 tunaikan bersama saya, mak dan adik lelaki

Amirul Arief -2018 tunaikan umrah bersama papa, mak saya, mak mertua, adik ipar dan 2 lagi rakan mak saya.

Semasa saya tunaikan umrah 2015..mutawif selalu sebut "umrah/haji bukan untuk orang kaya atau orang miskin tetapi ia adalah jemputan dari Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNYA"

Walau sedar takde RM yang mencukupi dalam tangan tetapi saya tetap niat, tetap berdoa selepas itu saya lepaskan pada Allah untuk memakbulkannya. Alhamdulillah.. betul orang tua cakap niat baik-baik, sebut baik-baik insya Allah makbul walau jalannya kita tak nampak.

Sabar anak bongsu mama Adam Ziqri. Yang paling comel, montok dan murah senyuman...Insya Allah sampai masa Adam nanti. Adam pasti berpeluang pakai ihram berwarna putih seperti abang Arief dan Khairy. Mana tahu Adam lebih beruntung berpeluang terus tunaikan haji sekali bersama mama dan papa.

Tetapi sangat berharap dapat tunaikan umrah/haji bersama suami dan semua anak sekali. Teringin nak melawat Taif..Mcm biasa congak-congak duit memang tak pernah cukup hahaha... Insya Allah nanti pasti Allah cukupkan 😍

Nabi pernah bersabda "sesiapa yang menziarahiku selepas kewafatanku wajib syafat keatasnya di akhirat"

Adlan Khairy 2015

Dalia Amana 2015

Amirul Arief 2018

Adam?


Sy plan 10 tahun lagi
Tapi rezeki Arief 
Allah cepatkan
Bersyukur sangat
Alhamdulillah