ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Showing posts with label FROM MECCA WITH LOVE. Show all posts
Showing posts with label FROM MECCA WITH LOVE. Show all posts

Tuesday, January 20, 2026

Impian saya sebagai ibu

Setiap ibu ada impian
Inilah impian saya
Saya berdoa dan berharap setiap anak dapat tunaikan umrah ketika mereka masih kecil dan masih totally anak-anak saya
Alhamdulillah walaupun saya tak banyak wang tetapi Allah jemput anak-anak dengan pelbagai cara.

Dalia Amana &Adlan Khairy- 2015 tunaikan bersama saya, mak dan adik lelaki

Amirul Arief -2018 tunaikan umrah bersama papa, mak saya, mak mertua, adik ipar dan 2 lagi rakan mak saya.

Semasa saya tunaikan umrah 2015..mutawif selalu sebut "umrah/haji bukan untuk orang kaya atau orang miskin tetapi ia adalah jemputan dari Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNYA"

Walau sedar takde RM yang mencukupi dalam tangan tetapi saya tetap niat, tetap berdoa selepas itu saya lepaskan pada Allah untuk memakbulkannya. Alhamdulillah.. betul orang tua cakap niat baik-baik, sebut baik-baik insya Allah makbul walau jalannya kita tak nampak.

Sabar anak bongsu mama Adam Ziqri. Yang paling comel, montok dan murah senyuman...Insya Allah sampai masa Adam nanti. Adam pasti berpeluang pakai ihram berwarna putih seperti abang Arief dan Khairy. Mana tahu Adam lebih beruntung berpeluang terus tunaikan haji sekali bersama mama dan papa.

Tetapi sangat berharap dapat tunaikan umrah/haji bersama suami dan semua anak sekali. Teringin nak melawat Taif..Mcm biasa congak-congak duit memang tak pernah cukup hahaha... Insya Allah nanti pasti Allah cukupkan 😍

Nabi pernah bersabda "sesiapa yang menziarahiku selepas kewafatanku wajib syafat keatasnya di akhirat"

Adlan Khairy 2015

Dalia Amana 2015

Amirul Arief 2018

Adam?


Sy plan 10 tahun lagi
Tapi rezeki Arief 
Allah cepatkan
Bersyukur sangat
Alhamdulillah

Wednesday, September 15, 2021

Rugikah bawa anak tunaikan umrah ketika kecil?

Masa nie umur saya 34 tahun..
Tak sangka di umur 34 sy tunaikan umrah..
Tanpa dirancang..

Sy tunaikan nazar khairy
Nazarnya "kalau khairy hidup melepasi usia setahun.. Sy akan bawa khairy tunaikan umrah"

Betul ke sy yg bawa khairy tunaikan umrah?
Atau sebenarnya "khairy yg bawa sy tunaikan umrah"

Cintanya kita pada anak dan janji pada Allah membuatkan kita sanggup meredah negara ke negara..
Bukan senang nak bawa anak sakit jantung ke Mekah..
Alhamdulillah Allah mudahkan..

Ada org cakap rugi bawak budak2 pg umrah
Diorg tak paham apa..

Bergantunglah pd persepsi dan pendapat masing2.
Ini impian saya selaku ibu kepada anak2 saya yg telah melalui didikan kehidupan.
Saya ambil didikan kehidupan ini utk saya dan anak2 lebih dekat dengan Pencipta.

Kenapa kita perlu berkira kewangan, masa, tenaga utk urusan melibatkan ibadah anak kita.
Tetapi utk urusan dunia kita sanggup berhempas pulas melakukannya?

Dan sekurang2nya ank2 saya insya allah akan dpt syafaat nabi..
Dan bila pandemik nie datang..
Tak terucap syukurnya sebab kami sekeluarga dah tunaikan umrah kecuali Adam si bongsu.. 

Rasulullah pernah bersabda "wajib syafaat dariku  bagi sesiapa yg menziarahiku selepas kewafatanku"

Adam je belum.. Insya allah sampai masa Allah akan jemput adam..
Mama tak akan putus berdoa untuk Adam Ziqri si bongsu mama

Monday, August 16, 2021

kenangan manis bersulam air mata

Saya baru dapat buku Travelog Haji tulisan Prof Kamil Muhd Kamil Ibrahim Jumaat lepas. Saya alamat kan ke pejabat Dan bawa buku nie pulang ke rumah. Jujurnya saya dah lama tak baca buku kecuali membelek akta2 di pejabat. Selain tue tak ada..

 Bila balik rumah urusan rumahtangga Dan Anak2 saja yg sy tumpukan.. Nak beli buku Dan baca?  Memang takla sebab saya tahu sy tak akan baca Dan takde kesempatan nak baca.. Sebenarnya keinginan nak membaca tue dah tak ada.. Sedangkan sy nie boleh la dikategori penulis sebab dah hasil kan 2 buku.. Walaupun hanya penulis picisan sepatutnya rajin lah membaca walau dah lama tak menulis 😅

Tapi utk buku nukilan Prof Kamil - Travelog Haji nie saya dah baca di bab 26 ms 135 dalam masa 2 hari sahaja... Jujurnya naik bengkak mata membacanya.. Air mata asik menitis teringat kenangan sebelum, semasa Dan selepas membawa khairy tunaikan umrah nazar. Semua tulisan Prof Kamil dapat saya bayangkan Dan hayati.. Mungkin sebab sy dah pernah juga ke sana..

Masih dapat saya rasakan kebimbangan Dan kesukaran untuk mendapatkan visa umrah seperti yang Prof Kamil rasa menunggu rayuan hajinya.. Umpama menunggu pungguk jatuh ke riba... Mcm2 dokumen perlu disiapkan kerana sy Dan Anak2 pergi bermahramkan adik lelaki saya. Kejap dokumen ini tak lengkap.. Itu tak lengkap.. Hampir putus asa rasanya sedangkan tempoh nazar saya dah berlalu beberapa bulan. Masih teringat bila travel agency call bagitau visa saya lulus. Ketika itu saya masih bertelekung basah dengan Air mata lagi mengadu pada Allah tentang  hal visa saya yg tidak Selesai2.. Hati saya sudah lemah Dan rasa tak dapat ke sana lagi. Selesai meratap hiba sambil mengesat air mata.. Panggilan dari travel agency membuatkan saya sujud syukur. Mungkin itulah sujud syukur sy yg pertama dlm hidup saya❤️

Terbayang membawa khairy yang baru bertatih Dan Amana yg masih kanak2.. Masa saya pergi tue saya pergi bermahram adik lelaki Dan ibu tetapi kebanyakan masa saya hanya dengan Amana Dan Khairy.. Bukanlah adik Dan mak meninggal kan saya tetapi Allah memisahkan kami beberapa kali tanpa dijangka.. Tiba2 emak sakit perut Dan berlari pulang ke hotel Dan mcm2 kejadian. Tinggal saya Dan Anak2 di tempat yg serba asing. Berjalan dengan Anak2 ikut langkah kaki. Melihat2 Setiap sign board. Kebanyakan bila sy cakap inggeris tak layan. Cakap melayu lagilah takde yg paham haha.. Saya memang harap kan mak guide sebab mak dah beberapa kali pergi umrah. Sehingga pernah adik lelaki bising2 sebab risau kan saya yang "hilang" seharian.. Risau Pak Arab culik kakaknya.. Masa saya pergi saya masih muda juga.. 34 tahun.. Sekarang dah 40..

Semua pengalaman di sana memberi kekuatan pada saya.. Dan paling saya mengerti Allah ingin saya tahu Dan beri keyakinan yg saya mampu berdiri sendiri bersama Anak2. Tidak perlu terlalu mengharapkan makhluk kerana manusia punya keterbatasan Dan kelemahan yg mengecewakan. Berpeganglah Dan mengharaplah pada Allah. Saya tak akan ditinggalkan selama2nya Dan tak akan kecewa..

Sejak balik dari sana. Sy tak perlu lagi berdiam atau menyimpan rasa jika org melampaui batas pada saya atau anak. Sy sendiri boleh bersuara utk diri saya Dan anak2.. Allah ada. Tak ada apa yg perlu ditakutkan. Allah yg bg saya makan Dan kehidupan. Bukan Manusia. 

Pengalaman di Mekah menguatkan hati saya. Allah ada Setiap Ketika. Membantu hamba2nya yg kesusahan atau teraniya syaratnya hanya yakin pd bantuan Allah yg bakal tiba.

Mengharungi lautan manusia utk tawaf sambil mengengam tangan Amana yg hanya 7 tahun. Mengharungi rempuhan manusia berlawanan arus bersama khairy.. Hanya Allah yg tahu takutnya saya melihat khairy yg tersepit.. Ke depan tersepit, ke belakang dirempuh.. Allahuakbar.. Alhamdullilah kami selamat dengan hanya melafaskan selawat nabi sekuat2 hati. Semua Manusia yg galak merempuh depan Dan belakang seolah2 menjadi patung cendana Dan memberi kami laluan..Selesai saya Dan Anak2 melepasi kawasan itu dengan selamat. Masing2 Saling merempuh semula.. Ya Allah... Org dahla saiz2 besar2.. Masa tue saya kurus pulak tue😅

Terselit manisnya bila saya merasa angin sepoi2 bahasa setiap kali mengelilingi kaabah Ketika cuaca agak terik. Di satu kawasan /sudut itu sahaja.. Saya merasakan hembusan angin yg sejuk Dan lembut berkali2 Setiap kali lalu di kawasan tersebut. Soalan jujur saya pada mak "sini ada aircond ke mak? Kat mana dia letak aircond tue? Tak nampak pulak😊

Saya memberanikan diir menjejak raudah tanpa sesiapa.. Hanya adik lelaki menghantar saya ke pintu yg paling hampir dengan raudah. Saya tahu dia risaukan saya yg masuk sendirian. Sy boleh tersilap berada dikalangan jemaah Iran. Sy Keluar Dan ikut kata hati. Bila hampir sampai sy melihat jemah bertolak2. Malah ada yg tak ikut arahan petugas. Ada yg sehingga Bergaduh. Akhirnya sy berniat dalam hati Dan melambai sahaja"ya rasullulah aku dah sampai. Aku dah sampai tapi aku tak mampu ke depan lagi. Aku tak nak Bergaduh2 Dan merempuh2 di hadapanmu. Pastu engkau sedih melihat ummatmu begini. Cukupla Allah Dan dirimu tahu aku dah sampai dlm segala keterbatasan yg aku ada" Habis berniat.. Mata mencari jalan Keluar.. Tiba2 saya ditolak.. Ditolak.. Ditolak.. Dalam terpinga2 saya ditepuk lembut oleh seseorang.. "hajah.. Solat.. Solat.. Raudah raudah" saya bertanya dengan semula? "Raudah?".. Dijawab berserta arahan "Raudah. Solat" Allahuakbar Allah Maha Baik dan tahu.. Saya sendiri tak ingat berapa Rakaat saya solat sunat. Tak ada sesiapa yg menolak saya. Mungkin kerana petugas raudah berdiri tegak di tepi saya. Tiap kali saya nak tambah solat saya pandang petugas raudah tue.. Tetapi dia tetap anggukkan kepala tanda saya boleh menambah solat. Alhamdullilah.

Dan gembira bukan kepalang bila adik lelaki bagitau dia dapat bawa khairy masuk ke raudah. Maslah dapat bersolat di raudah. Ada beberapa lelaki mengepung kawasan dimana adik saya Dan khairy berada.. Supaya adik saya mudah solat dan khairy yg masih kecil tetap duduk diam di tempat itu. Alhamdullilah.. Pasti lelaki yg bantu adik saya itu seperti Prof Kamil yg ingin dianggap sebagai "wali atau malaikat" di Tanah Haram. (baca buku ini utk lebih jelas part wali Dan malaikat di tanah haram) 

Saya juga merasa kepentingan mahram ada bersama. Kalau adik lelaki tak ada Mungkin juga saya dan khairy dalam bahaya di beberapa keadaan. Sehingga hari ini saya tahu sy tak mampu membalas kebaikan adik lelaki yg sudi menjadi mahram saya Ketika itu❤️

BTW saya tunaikan umrah Ketika cuti tanpa gaji menjaga khairy. 10 tahun bekerja dengan gaji tetap tidak lah saya tunaikan umrah. Tetapi 2 tahun dengan income yg tak menentu sampai juga saya tunaikan umrah. Ketika saya berangkat akaun Bank saya zero! Semuanya sy habiskan untuk perbelanjaan tunaikan umrah. Apabila saya jejak saja ke Malaysia, akaun saya dipenuhi semula sebanyak 5k Dan tidak pernah putus hingga hari ini dengan pelbagai rezeki dari pejabat  Dan hadiah yg sy menangi.

 Salah satu hadiah yg paling bermakna tajaan majls bernilai 50k! Sy buat majlis akikah khairy Dan arief seumpama majlis kawin. Sampai 7,8 khemah dah 6 ekor  kambing tumbang disamping makanan dah hadiah 4 IPAD Apple yg tengah hot Ketika itu.

Lebih 500% Allah ganti kan semula sehingga ke hari ini. Semua yg dilepaskan Ketika cuti tanpa gaji jaga khairy kesemuanya sy dapat kembali.. Tak akan miskin jika duit kita habis ke jalan Allah. Pasti Allah akan ganti Dan cukup kan sehingga kita pejam mata untuk bertemu Allah semula nanti.

Sehingga kini saya tetap tak kaya😅cuma rasa cukup.. Apa yg ada boleh dibahagi2 ke sana sini.. Boleh memberi senyuman kepada org2 yg saya sayang... Saya juga boleh membahagiakan diri sendiri juga.. Alhamdullilah sejak pulang umrah semuanya serba baik dan teratur. Ujian tetap ada tetapi Allah juga ada bersama. 

Apa yg saya share semoga dapat menambah keinginan rakan2 ke sana. Kalau ada yg rasa saya riak dan sebagainya maaf dipinta. Kalau kalian tau apa yg saya Dan Anak2 lalui untuk menunaikan umrah pasti kalian kasihan pada kami.. Diuji kiri kanan Dan belakang.

 Alhamdullilah Allah tak akan membiarkan kita kesedihan selamanya. Sampai masa segala hijab terbuka Dan pertolonganNYA akan sampai juga.

Wednesday, April 15, 2015

Kali pertama Khairy bercukur adalah di Kota Mekah


 anak-anak uool mungkin  bertuah.. lahir terus boleh bercukur..
 tapi adlan khairy.. lahir2 terus berjuang nak hidup :)
saya tak pernah cukur rambut khairy langsung
menjaga dia.. menangis melihat dia.. tak tidur melihat dia tercungap2
manalah saya sempat pikir nak cukur bagai
nak buat akikah or cukur jambul? lagi lah tak..
kesian khairy... sedih pulak bila kenang tiada apa2 pun dibuat untuk kelahiran khairy
wahhh menaip nie pun air mata nak menitik

TAPIIII
mama dah tunaikan janji mama
"mama janji kalau khairy boleh bertahan.. mama bawa khairy ke bumi paling aman"

 saya setuju dengan cadangan mak
"lepas buatkan umrah untuk  khairy ..... kita cukur rambut khairy"
saya ikut jela cakap nenek dia
dah nenek dia yang bantu khairy "sempurnakan" umrah khairy
bacalah kat link tue tentang  dugaan2 yang kami semua tempoh untuk sempurnakan satu umrah sahaja untuk khairy :( :( :(

 mama, tolonggggg
amana gelak2 pulak..

 lain sangat muka dia bila selesai bercukur

 baru nampak "kebesaran" kepala khairy

 mak cakap " dengan bercukur nie nenek doakan 
semua penyakit khairy gugur dan tertinggal semua  kat sini ye"

 terus lena lepas cukur :)

 besar kan kepala dia?
ok mama paham ..kepala besar nak simpan banyak ayat quran kan?
insya allah..amin

 abang sado haha

 mama.. kepala adik gatallah
nie hotel kat Mekah..
hotel 3 bintang je
tapi sangat dekat dengan Masjidil Haram
kitaorang boleh lari2 lagi bila dengar azan..

 mana satu lebih bersinar?
kepala khairy ke mainan tue? kiki

 yang dia pakai tue jubah ye.. tapi sebab panjang saya lipat jadikan macam tshirt
kalau nak tau baju dia pakai nie saiz budak besar..
kenapa terpaksa beli saiz besar?
kepala dia tak lepas haha
memang sahla kepala jenis besar kiki

 mengamok sebab tak nak balik malaysia
nie gambar nak bertolak untuk ke airport

 kat airport jedah.. rasanya..nak balik ke malaysia

kenangan yang tak mungkin saya lupakan
saya nak kesana lagi
kali nie nak bawa arief
semoga Allah tunaikan impian saya lagi
insya allah..amin..

mak saya dah 10 kali kot ke mekah dan pernah juga biaya beberapa orang ke mekah..
 mak pun taja amana & adik lelaki saya ke mekah 
semata2 nak temankan saya tunaikan "nazar saya untuk khairy"

pelik jugak.. mak bukan nye org kaya..kiki... tapi macam yg saya pernah terbaca
"mekah bukan untuk yang kaya .. dan Mekah tidak mustahil dijejaki yang miskin.. 
  Mekah adalah untuk yang dijemput khas oleh Allah sebagai tetamunya"

berapa banyak yang kaya-raya  tak tergerak hati nak ke mekah? mampu melancong London Paris Switzerland etc etc.. tapi belum terbuka hati nak kemekah..
 itulah maksud "mekah bukan untuk orang kaya"

berapa banyak yang miskin dapat  kemekah sama ada secara tajaan atau sebagainya...
itulah maksud "Mekah tidak mustahil dijejaki yang miskin"

dan untuk diri saya..

KALAULAH BUKAN KERANA ADLAN KHAIRY..TAK SAMPAI SAYA KE MEKAH

mungkin lewat lagi saya kesini.. 

dulu saya rasa saya masih muda nak kesini..sedangkan usia sentiasa bertambah.kalau Allah nak amik takkan lewat walau sesat pun...

dulu  saya bagi alasan tak cukup duit lagi... sedangkan saya ke Mekah ketika saya tak ada gaji.. cuma ada online business.. betapa Allah luaskan pintu rezeki seluas2nya untuk saya ke sini.. dapat juga bawak Khairy.. saya bayar utk diri saya dalam RM6K.. Khairy RM2K dan deposit RM2.5K... dengan tak ada gaji bulanan sampai pulak ke Mekah.. saya pun masih bayar hutang-piutang(alamak macam banyaknye hutang haha) yela creditcard..insuran anak2..keta.. etc etc.... boleh pulak saya manage financial di samping menyimpan utk ke Mekah? ... alasan tak cukup duit dulu memang tak releven sebenarnya... bila bandingkan dengan situasi saya masa cuti tanpa gaji tue.. nak ikutkan kalau saya bekerja.. average sebulan katalah 4K.. 2 bulan dah berapa? 3 bulan dah berapa? 10 TAHUN SAYA BEKERJA!! Alasan tak berduit saya bagi? Memang saya kufur nikmat...

dulu alasan anak-anak kecik.. Khairy tue kira kecikla sampai ke Mekah.. baru setahun 5 bulan..  kalau anak2 Arab tue lagilah baby dah sampai ke Mekah.. mmm..mungkin tak heran sebab diorang memang tinggal kat sana.. tapi kalau dah tekad ... saya kuatkan semangat... saya usung jugak Khairy rentasi dunia.. nak ke Mekah.. dari Malaysia ke Madinah.. dari Madinah ke Mekah.. Dari Mekah balik ke Malaysia.. berapa jauh perjalanan.. berpa jam masa saya tempoh dengan anak2?  bukan mudah ye.. dengan penyakit dia tue.. macam mana dia tak selesa dalam flight dari Malaysia ke Madinah..... pramugari tenangkan dia..pujuk2 dia.. main2 dengan dia...  saya asik2 bertapa dalam toilet sebab Khairy rimas tengok ramai sangat orang kat seat...bila duduk dalam toilet baru dia diam & tenang... baru dia senyum.. baru dia ketawa...  belum lagi dia melalak 8 jam dalam bus dari Madinah ke Mekah..kelam-kabut saya carik ubat dia... belum lagi saya tolak whell chair (Amana&Khairy terlentok2 dalam whellchair tue) untuk selesaikan umrah pertama jam 5 pagi sebab tak nak terikat dengan pantang-larang ihram ...  semua saya lalui.. alasan anak kecik dulu memang tak releven.. dan saya ke mekah bukan sahaja dengan anak kecik.. dapat pakej penyakit jantung lagi.. sampai pulak?

alhamdulilah.. Allah jemput saya.. jemputan itu disedarkan dengan pelbagai dugaan yang menimpa .. bukan setakat Khairy sakit je... pada rakan2  yang membaca.. tanamlah tekad nak ke Mekah.. janganlah tunggu dugaan tiba baru sedar macam saya .. kerana dugaan tue sangat perit.. sampai mati pun tak akan lupa... tapi saya bersyukur ADLAN KHAIRY mengajar saya dan menunjuk saya pelbagai perkara.. alhamdulilah saya sedar sebelum semuanya terlambat.... harap2lah lum terlambat :)




Tuesday, March 3, 2015

Ziarah Madinah : Jabal Uhud

Salam, kawan-kawan yang disayangi..mehla kita sambung cerita umrah yang tertanguh-tanggu.. Khairy tido and hari nie saya tak ada pos barang hihi.. so bolehla hadap blog kejap.. tapi ada harapan kena stop kejap lagi... Khairy akan bangun kejap lagi..

 Alolo monyok je Amana tue.. tue muka baru bangun.. dia tido dalam bus


 Ermmm nak harap saya yang dukung? Sori ye i tak larat.. takpelah mahram dia ada kan?
Khairy lahir bulan Ramadan.. adik lelaki saya nie pun lahir bulan Ramadan.. elokla rapat berdua :)
tengok mata Khairy ..melilau carik.. "mama mana?"



 Tak beli pun kurma kat sini ..tengok-tengok je

 tapi kalah dengan Amana.. sibuk nak beli payung kecik... 
budak kalau dah tau meminta.. ikutkan je.. bagi dia happy
payung yang dia nak sangat beli tue..  dia guna masa baca doa untuk rasullulah masa ziarah wida

 sayuppp..nie bukan jabal uhud ye..


tue mutawif kami..yang baju putih..belakang amana...dengarnya menuntut di universiti madinah.. besar harapan kalaulah khairy dapat belajar di madinah.. dulu ye saya rasa best kalau anak2 dapat belajar oversea..tempat-tempat yang bersalji ...  tapi sejak2 tua nie saya harap ada anak yang dapat belajar di madinah.. ada yang jadi tahfiz.. saya betul2 dah mcm orang tua rasanya.. peredaran usia mengubah kita...

saya dah merasa ke negara2 lain.. walau tak banyak.. tapi hati saya gembira ke mekah dan madinah.. contohnya kalau tempat yang pernah saya pergi ..bangkok, korea, singapore tue tak ada rasa nak datang lagi pun.. cukupla dapat pegi sekali.. pastu bila kat sana hati nak je cepat balik teringat Malaysia tanah tumpah darahku... tapi di mekah dan madinah.. tak pulak ingat nak balik rumah hihi... saya selalu berdoa moga2 dapatlah saya datang lagi ke  mekah dan madinah kalau dapat datang lagi dua tahun kan best.. harap dapat kumpul duit dan dipermudut dan dipermudahkan... okey kita tengok ye..2017 dapat tak saya ke sini dengan arief :) tapi dengarnya arief kena sunat dulu.. ye ke? nanti saya tuntut ilmu lagi...

KHAIRY BANGUN NANTI SAYA SAMBUNG...
TENGOKLA GAMBAR DULU EK...

3.40 petang
ok jom sambung..khairy dah tido lagi hihi


hai mak...
eh baru perasan matahari macam tepi kitaorang je...
patutla terik

gambar saya asik takde je.. mentang2la saya yang snap picture.. hishhh


itulah JABAL UHUD...  tue gunung yang warna merah tue...
 Jabal Uhud terletak di utara Madinah lebih kurang 4 kilometer dari Masjid Nabawi. Jabal Uhud ialah gunung tunggal, yang tidak bersambung dengan banjaran atau bukit bukau yang lain. Jabal Uhud ialah gunung yang istimewa. Nabi Muhammad s'a.w sendiri suka melihat Jabal Uhud. Nabi Muhammad s'a.w ada menyebutkan yang Jabal Uhud adalah salah satu gunung yang ada di syurga. Kalau melihat Jabal Uhud di Madinah, maka akan melihatnya di syurga nanti.

Tak silap mutawif ada bagitau kalau melihat Jabal Uhud dari atas..ia membentuk nama nabi Muhammad..


 Jabal Uhud memanjang dari timur ke barat dengan lereng yang menurun ke arah utara. Panjangnya ialah 7 kilometer. Kebanyakan batu Jabal Uhud terdiri dari batu granit merah. Ada bahagian yang berwarna hijau gelap dan hitam. Saya ambil info dari sini

Itu Masjid Saidina Hamzah.. Di sinilah berlakunya Perang Uhud yang mengorbankan bapa saudara Nabi Muhammad s'a.w bernama Hamzah bin Abdul Mutalib yang digelarkan 'Singa Allah', gugur syahid. Masa mutawif  nie cerita rasa nak nangis.. Sungguh-sungguh mutawif nie cerita.. Katanya masa perang uhud memang berlaku kacau bilau yang dahsyat di dalam tentera islam sendiri.. Kalau korang ada masa bacalah sejarah perang Uhud....

yang paling saya ingat mutawif  cerita .. sahabat yang memegang panji islam adalah anak orang kaya.. jutawan..kiranya kalau sahabat nabi nie  lalu kat Kota Madinah setiap gadis berpalinglah..dahla hensem..kaya pulak tue.. dahla kaya..anak jutawan pulak tue..  kalau keluarga beliau basuh baju di hulu sungai (hamba dioranglah yang basuh) semua penduduk akan tunggu dihilir supaya wangian pakaian keluarga beliau melekat pulak pada pakaian penduduk madinah.. so penduduk madinah akan tunggu waktu pakaian keluarga sahabat nabi nie dicuci dengan harapan baju2 diorang pun terpalit wangian tue.. saya lupa nama sahabat nabi tue... bila beliau masuk islam tak dapatla mewarisi harta-harta keluarga.. dikatakan wajahnya mirip baginda rasullulah... beliau ditugaskan memegang panji islam.. masa perang Uhud tangan kanan beliau dipotong sampai siku..beliau pegang dengan tangan kiri... tangan kiri juga dipotong beliau kepit bendera islam dengan kedua2 tangan yang kudung.... bayangkan.. beliau bertahan dengan cedera parah.. semata2 tak nak bendera islam jatuh.. kalau bendera islam jatuh umpamanya islam kalah... dek kerana wajahnya yang seiras nabi muhammad ...bila beliau meninggal.. ia sangat melemahkan semangat tentera islam.. mereka ingatkan nabi muhammad yang wafat.... 

sedihkan.. nabi muhammad dan para sahabat berjuang bermatian2an pertahankan islam.. tapi anak2 islam sekarang berjuang bermatian-matian kat kelab malam buat benda2 haram... bukan semua tapi ramaikan islam yang buat benda haram? moga dijauhkan dari anak-anak saya dan kita semua...

nampak tak tepi tue ada kawasan yang di pagar..
 tak silap saya di situlah para syhada perang uhud dikebumikan
oh kami ada baca doa yang diketuai oleh mutawif

haaa.. nie jelas sikit kot...

pakcik ramai yang meninggal kat sini ye?

Jabal Uhud.. memang nampak merah kan?

berat tau budak kenit nie.. nasibla adik lelaki saya ada tolong dukung khairy
korang nampak macam panas kan? terikkan?
 ye terik tapi sejuk nyaman je..

masa nak bawak anak-anak ke sini..saya selalu risau.. boleh ke anak-anak asik nak ikut saya beribadat je.. saya pun manalah pernah datang ke sini... tak tau jadual etc etc.. saya memang fikir nak beribadat sahaja di mekah & madinah.. tapi anak-anak? mereka kecil lagi.. suka bermain2... bila sampai sini barulah saya tahu ada juga program ziarah diatur.. so anak-anak gembira juga dapat ke sana-sini.. ziarah ini pun kita dapat menambah pahala juga.. sebab kita menyelusuri setiap jejak rasullulah nabi muhammad SAW... kita melihat segala perjuangan dan pengorbanan baginda dan para sahabat untuk memastikan islam sampai kepada kita..

dan anak-anak sangat happy ke masjid nabawi dan masjidil haram.. suka agaknya main dalam masjid.. tengok semua orang beribadat.. tengok anak-anak arab yang comel-comel... so jangan underestimate ye kesanggupan anak-anak untuk beribadat bersama... khairy selalu main acah2 dengan semua orang arab kat situ.. dan paling saya ingat ada seorang petugas di masjidilharam..ambil khairy.. dan doakan sesuatu di kepalanya...

nanti kita sambung lagi.. jangan jemu tau baca kisah saya dan anak-anak di bumi paling aman di Mekah & Madinah...

Wednesday, February 11, 2015

Kemudahan Buggy Untuk Melakukan Ibadah Saie DI Safa-Marwah



Salam semua, harapnya perkongsian ini akan membantu mereka-mereka yang nak menunaikan umrah. Mungkin anda rasa susah hati sebab anda ada masalah kesihatan spt  slip disc  atau anda rasa anda terlalu tua untuk buat saie..berjalan dari safa ke marwah tue.. tapi jangan risau sebab sekarang dah disediakan kemudahan untuk mereka yang uzur dan yang ada anak kecil... anda kena masuk ikut pintu ini.. anda kena rentas saie di kawasan paling bawah untuk ke pintu nie.. Nama pintu nie "AL-ARQAM GATE" ada tulis juga "TO FIRST FLOOR OF MASSA" Masa saya share kemudahan buggy nie di group FB Kenangan Haji & Umrah dapat banyak like & pertanyaan berkenaan kemudahan buggy nie... Masih ramai yang tak tahu ada kemudahan nie... Semoga ia dapat membantu serba sedikit


 sori lah gambar tak clear..isk hp nie..

masa umrah pertama saya saie di kawasan bawah tanah tue.. saya jalan sambil tolak amana&khairy dalam wheelchair..masa tue dah jam 3/4 pagi.. jejak je mekah terus siapkan umrah pertama sebab dah miqat kat Bir Ali.. siapkan umrah cepat2 sebab tak nak terikat dengan larangan ihram.. amana& khairy tertido2 dalam wheelchair... masa tue menitik2 airmata saya.. tak sangka saya sekuat tue nak tempuh semua nie dgn anak2.. dahla sepanjang2 perjalanan menaiki bas ke Mekah dari Madinah Khairy melalak non stop..8  jam Khairy  melalak.. Kalau diam pun setengah jam.. sampai group umrah tertanya2.. dan mak saya akhirnya bagitau Khairy sakit jantung... alhamdulilah group umrah memahami & ada yg tolong2 diamkan khairy.. saya sampai surrendur dan  pass Khairy pada adik saya.. saya tenangkan diri dalam beberapa minit baru ambil Khairy semula... Dan melalui ibadah umrah nie lebih menguatkan semangat saya nak melalui hari2 mendatang... dalam hati saya "kalau dugaan umrah yg mencabar nie pun saya boleh lalui dgn 2 anak kecil ..apa lagi dugaan balik Malaysia nanti" jadi tambah semangat nak jadi mak yg terbaik utk anak2... berkorban utk anak2..

masa umrah ke 2, baru jumpa tempat nie.. umrah kedua masa pusingan ke 4..saya naik buggy dek tak sanggup dengar khairy melalak2 bila tengok saya berjalan..  ralat sungguh rasanya sebab saya rasa umrah saya mcm tak lengkap sebab saya naik buggy.. saya sihat..saya nak berjalan dan rasa kepenatan siti hajar tue..

masa umrah ke 3 dan ke 4 saya buat dek je khairy melalak.. eh saya nie sihat takkan saya nak naik buggy... sihat konon..saya ada slip disc.. khairy melalak jugak.. akhirnya saya amik dia dari buggy.. mak & amana je naik buggy.. kejap saya dukung khairy.. kejap saya berlari dgn khairy.. dan entah berapa banyak air mata saya tumpah masa tue.. terbayangkan  macam tuela siti hajar dan nabi ismailkan? kejap lari dgn anak..kejap kendong anak..kejap tinggalkan anak kat hujung.. saya kira ok..berjalan atas tiles dan kawasan rata.. siti hajar dulu dgn nabi ismail mesti kawasannya berbatu-bata dan berbonggol2.. entah berapa kali siti hajar jatuh mengendung nabi ismailkan? menitik air mata saya mengingatkan pengorbanan seorang ibu dan isteri... nak banding dengan dugaan yang saya hadapi..jauh sungguh bezanya..
 pusingkan ke berapa tah saya dah keletihan.. tulang belakang saya dah rasa macam ditekan2.. itulah tanda2 slip disk dah datang balik.. haiyooo.... dah terduduk ...  khairy kan dah besar...penat mengendong dia. adik saya cakap "angah naikla buggy kalau tak larat"..cepat2 saya cakap "eh tak nak..nanti dah tua angah naikla.." rehat kejap dan saya teruskan berjalan semula...

 balik dari umrah ramai tegur...khairy dah jalan tegap.. masa bertolak ke  umrah khairy masih  jalan jatuh.. so saya jawab "mana tak tegap berjalan.. dia pun sama berlari2 utk saie.. buat pusingan safa marwah"


inilah kemudahan untuk yang uzur dan ada anak kecil..
buggy yang nie 50 riyal..duit malaysia tak diterima ye

yang ini ada 2 tempat duduk 
100 riyal


 tempat sewa buggy


lepas masuk pintu "AL-ARQAM GATE"..naik eskaletor ke tingkat 2..
lepas tue jalan sampai hujung baru nampak tempat sewa nie


ada sekali tue saya boleh terlupa bawak biskut khairy..khairy dah ngamok2..biskut nie keras..khairy selamba mintak kat org Turki lepas habis saie..haha..nasibla dia tak bersila makan sekali dgn org Turki tue..dah lapar punya pasal ..yang keras pun rasa best..Khairy makan banyak..memang betul Khairy lapar 

kalau buat umrah dengan anak kecik nie... kena banyak sabar..3 jam pun tak habis2 lagi.. si Khairy pulak buat perangai kat Mekah & Madinah asik nak BF je.. saya siap berenti kat tepi2 dinding masa saie..nasiblah jumpa kawasan saie yg ada buggy tue..memang tak ramai orang dan saya pun mudah nak BF Khairy.. lepas BF Khairy saya sambung buat pusingan.. Khairy kadang2 ikut saya.. kadang2 saya tingalkan main2 kat hujung dengan Amana..

 kalaulah arief ada.. ada yang leave comment..arief tak sedih ke tak ikut.. kalaula korang boleh tengok muka arief masa kat arport.. saya pun rasa nak patah balik je.. tapi saya kuatkan hati.. saya kena pegi sebab saya kena tunaikan nazar utk khairy.. khairy dah lebih setahun ..bertahan setahun dgn jantung special dia.. dah janji dgn allah kenalah saya pergi... kat madinah masa  ziarah wida utk rasullulah..saya menangis sebab arief takde... adik saya pujuk "nanti kita bawakla arief.."
berbuih2 mulut doa moga saya sampai ke mekah&madinah dgn arief pulak..
so now gigih nak menabung utk arief ..kot2 boleh pegi haji atau umrah dgn arief..amin..

oh untuk kawan2 yang berniat nak ke Mekah dan Madinah.. tak silap saya ada perkongsian dari group Haji& Umrah yang menyatakan "Tabung Haji menasihatkan jemaah buatlah umrah terlebih dahulu sementara menunggu panggilan Haji kerana queue sangat panjang" 

 menjerit sebab amana kacau

 anak dara saya.. saya doa sangat2 kat sana moga2 anak2 jadi org beriman dan ditemukan jodoh dgn org beriman supaya rumahtangga mereka kelak aman bahagia.. memang betul wang ringgit penting tapi dengan iman rumahtangga lebih aman tenteram dan mudah diurus.. dah aman tenteram takkan tak banyak rezeki? rezeki bukan pada wang ringgit je.. saya percaya kalau org beriman..selalu solat duha..selalu sedekah..buat suruhan allah ..tinggalkan larangan allah.. takkanla tak kaya2..takkan tak banyak rezeki.. kita kenalah bersangka baik dengan Allah.ye tak? 

isk dah macam ustajah pulak..ok bye nanti sambung..bila kelapangan..
nak masak.. khairy tgh tdo..
hari nie khairy jadi tikus 
nanti saya cerita kes tikus kiki