ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, March 31, 2017

PESAN KE ATAS SUAMI DARI PAHROL MOHAMAD JUOI

Ingatlah terakhir Rasulullah SAW yang berpesan terus kepada suami. Rasulullah SAW,” sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.”

Rasulullah SAW menyambung lagi, “layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Begitulah seriusnya Rasulullah SAW mengingatkan para suami tentang tanggung jawabnya terhadap isteri. Justeru, keluarga adalah teras dan asas dalam perhubungan antara manusia dengan manusia sebelum adanya hubungan masyarakat, negara dan ummah. Jika hubungan keluarga sudah berantakan, maka hancurlah hubungan-hubungan yang lain. Dan di dalam sebuah rumah tanggalah tegaknya kepimpinan seorang lelaki bernama suami. Jangan harap seseorang mampu memimpin ummah sebelum berjaya memimpin orang rumah.

Sebuah rumah-tangga juga bolehlah diumpamakan sebagai  sebuah kapal yang sedang belayar. Suami ialah nakhodanya. Peranan nakhoda sangat penting kerana dia bukan sahaja perlu memastikan keselamatan para penumpang tetapi pada masa yang sama dia perlu memastikan kapal yang dikemudikannya itu sampai ke matlamat. Begitulah suami, dia mesti menyelamatkan isterinya daripada kesengsaraan hidup dunia sekali gus mencapai keredaan Allah di akhirat.

Sehubungan dengan itu terdapat beberapa keperluan (zahir dan batin)  yang mesti diusahakan oleh seorang suami sebagai melengkapkan infra struktur dan prasarana dalam menyara hidup, mendidik dan memimpin isterinya. Tugas memenuhi keperluan ini merupakan tanggung-jawab paling asasi dan faktor yang paling kritikal untuk menentukan kejayaan ataupun kegagalannya dalam sesebuah rumah-tangga.  

Sebagai imam, suami pada dasarnya wajib memenuhi empat keperluan isterinya. Pertama, keperluan fizikal dan material, yakni soal makan-minum, pakaian, tempat tinggal dan sakit demam isterinya. Ini merupakan keperluan paling asas. Selalunya, ini merupakan bukti paling asas bahawa suami itu bertanggungjawab. Selagi keperluan ini dipenuhi, maka itu petunjuk bahawa suami masih mahu bertanggungjawab walaupun mungkin ada kelemahan dalam memenuhi keperluan-keperluan yang lain.

Kedua, keperluan akal (ilmu). Para suami wajib mengajar isterinya ilmu  fardu Ain. Soal taharah, wuduk, solat dan lain-lain.  Adalah menjadi tanggungjawab suami mengenalkan isterinya kepada Allah, Rasul dan lain-lain elemen dalam rukun iman (Tauhid). Kemudian disusuli cara-cara beribadah asas dalam rukun Islam (Feqah) diikuti pengamalan nilai-nilai mulia pada diri (adab & akhlak).

Ketiga, keperluan emosi. Jangan hanya memberi makan dan minum kepada isteri, tetapi seorang suami mesti memberi kasih sayang kepada isterinya. Sehubungan itu, untuk membina dan mengekalkan kasih sayang, maka suami harus menjadi pendengar yang baik pada isterinya. Ingatlah, tanggungjawab pertama cinta ialah mendengar. Suami yang baik ialah seorang pendengar yang baik. Selalunya bertanya, bilakah kali terakhir kita menjadi pendengar yang baik kepada isteri? Apabila pulang daripada kerja, apakah suami memilih untuk menjadi pendengar kepada isteri yang ditinggalkan di rumah?

Mungkin, banyak yang ingin diceritakan atau disuarakan oleh isteri yang berada di rumah, namun suami ada kalanya menjadi ‘tuli’ kerana merasakan masalah-masalah lain jauh lebih besar berbanding apa yang dialami isterinya di rumah. Suami yang baik akan menjadi pendengar yang baik kepada cerita, berita, luahan rasa isterinya. Walaupun mungkin yang diperkatakan itu sudah berkali-kali dan kerap  kali diulang-ulang,  tetapi suami yang setia tidak akan jemu-jemu mendengarnya.

Keempat, keperluan batin atau rohani. Ini bukan sahaja merujuk kepada keperluan seksual, tetapi keperluan mendapat pendidikan dan akhlak yang baik untuk diteladani. Keperluan ini sangat sukar diisi oleh suami sedangkan ini adalah keperluan yang paling utama dibandingkan keperluan-keperluan yang lain. Bukan itu sahaja malah ada suami yang tidak menganggap soal ini sebagai satu keperluan pun. Apa yang dipentingkan hanyalah keperluan fizikal dan akal semata-mata.

Sedangkan keperluan yang keempat  inilah yang akan membawa keselamatan di dunia dan akhirat. Islam juga sangat mementingkan persoalan ini berdasarkan perintah Allah dalam Al Quran:“Wahai orang yang beriman, selamatkanlah diri mu dan keluarga mu daripada azab api neraka.”

Ada suami yang bertungkus lumus memenuhi keperluan fizikal dan akal isteri dengan anggapan mereka sudah pun menjalankan tugas suami dengan baik, sedangkan pada hakikatnya mereka bukanlah suami yang baik kerana mengabaikan keperluan emosi dan hati isteri. Sebab itulah tidak hairan jika kita dapati ramai isteri yang tertekan emosi dan terdera jiwanya kerana rohani mereka kosong, tidak pernah terisi.

Suami mestilah seorang individu yang ‘serba boleh’ . Suami bukanlah seorang individu yang jumud sebaliknya memiliki  kepelbagaian watak selaras dengan kepelbagaian peranannya bagi mengisi empat keperluan yang berbeza itu. Di rumah baginda sentiasa tersenyum, ceria dan menolong kerja-kerja rumah. Hanya apabila azan bergema baginda akan berhenti dan serta merta menuju ke masjid seolah-olah tidak mengenal isterinya lagi.

Jangan terkejut jika diberitakan ada kalanya baginda akan mandi bersama dengan isterinya dan mencedok air dari bekas yang sama. Bukan berlakon-lakon, jauh sekali mengada-mengada, tetapi itulah realiti peribadi Rasulullah, insan paling kasih, paling sayang, yang segala perbuatannya lahir dari hati nurani yang paling murni. Sifat romantiknya lahir dari hati.

Banyak kali baginda mengingatkan, agar suami berlaku baik kepada wanita dan digalakkan bergurau senda dan bermain-main dengan isteri. Baginda bersabda:” bermain-main itu boleh dalam tiga hal. Ketika melatih kuda mu, memanah dan bercanda dengan isteri mu.” Biasa baginda mencium isterinya, ketika hendak berpergian jauh ataupun dekat, lama atau sekejap. Ciuman yang bukan hanya apabila nafsu bergolak, tetapi ciuman cinta yang lahir dari hati yang penuh kasih, kasihan dan sayang.
Rasulullah SAW adalah suami yang ‘sporting’. Suatu ketika pada suatu Hari Raya, Sayidina Abu Bakar masuk ke rumah Aisyah RA yang mana pada ketika itu ada dua orang perempuan sedang menari dan memukul gendang, sedangkan nabi menutup dirinya dengan baju (tidak melihat), maka Abu Bakar yang melihat keadaan itu membentak kedua-dua wanita tersebut, lalu Rasulullah menampakkan wajahnya seraya berkata, “hai Abu Bakar, biarkanlah mereka, sekarang adalah Hari Raya.”

Perkahwinan bukan hanya hubungan badan, tetapi merupakan hubungan fikiran, perasaan dan hati antara suami isteri. ‘Orang rumah’ bukanlah wanita yang hanya tinggal serumah tetapi sama-sama mendirikan sebuah rumah tangga. Suami seharusnya sentiasa ingat, isterinya adalah seorang wanita yang telah meninggalkan ibu, bapa dan seluruh anggota keluarganya untuk hidup bersama kita. Untuk mendapat haknya (hak suami)  yakni kesetiaan dan kepatuhan, seorang suami perlulah terlebih dahulu menunaikan hak isterinya.

Hanya setelah kita memberi, barulah kita boleh menerima. Justeru, teladanilah suami seperti Rasulullah, barulah isteri akan meneladani isteri seperti Khadijah dan Aisyah. Ingatlah, sukar bagi seorang suami ke syurga sekiranya isterinya tidak ikut serta. ‘Lesen’ seorang suami ke syurga hanya dapat dimilikinya setelah dia ditanya tentang segala tanggungjawabnya melindungi, memimpin dan menyayangi isterinya. Ayat Quran yang berbunyi, “selamatkanlah diri mu dan keluarga mu daripada api neraka” sesungguhnya ditujukan untuk pertama dan paling utama ialah kepada para suami!


KUNCI LANCARNYA REZEKI SUAMI ADA PADA ISTERI

Masyaallah! Ternyata Ini 10 Sifat Isteri Yang Membuat Rezeki Suami Mengalir Dengan Sangat Deras
 
Ramai suami yang mungkin tidak tahu bahwa rezekinya dengan izin Allah mengalir lancar atas peranan isteri. Memang tidak dapat dilihat secara mata kasar, tetapi dapat dijelaskan secara spiritual bahawa 10 karakter isteri ini ‘membantu’ menghadirkan rezeki untuk suaminya.
 
1. Isteri yang pandai bersyukur
Istri yang bersyukur atas semua karunia Allah pada hakikatnya dia sedang mengundang tambahan nikmat untuk suaminya. Termasuk juga rezeki. Miliki suami, bersyukur. Jadi ibu, bersyukur. Anak-anak dapat mengaji, bersyukur. Suami memberi nafkah, bersyukur. Suami memberikan hadiah, bersyukur. Suami mencintai setulus hati, bersyukur. Suami memberi kenikmatan sebagai suami istri, bersyukur.
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan : bila kalian bersyukur, tentu Kami akan menambah (nikmat) padamu apabila kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya adzabku sangat pedih” (QS. Ibrahim : 7).
 
2. Isteri yang tawakal kepada Allah
Di waktu seseorang bertawakkal pada Allah, Allah akan mencukupi rezekinya.
“Dan barangsiapa yang bertawakkal pada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. ” (QS. Ath Thalaq : 3).
Bila seseorang isteri bertawakkal pada Allah, sementara dia tidak bekerja, dari mana dia dicukupkan rezekinya. Allah akan mencukupkannya dari jalan lain, tidak selamanya harus langsung diberikan pada wanita itu. Boleh jadi Allah akan memberi rezeki yang banyak pada suaminya, lalu suami itu memberi nafkah yang cukup pada dirinya.
 
3. Istri yang baik agamanya
Rasulullah menjelaskan kalau wanita dinikahi kerana empat perkara. Kerana hartanya, kecantikannya, nasabnya dan agamanya.
“Pilihlah kerana agamanya, niscaya kamu beruntung” (HR. Al Bukhari dan Muslim).
Beruntung itu beruntung didunia dan di akhirat. Beruntung didunia, salah satu aspeknya yaitu dimudahkan mendapatkan rezeki yang halal.
Cuba kita perhatikan, insya Allah tidak ada satu pun keluarga yang semua anggotanya patuh pada Allah lalu mereka mati kelaparan atau kebuluran. Lalu bagaimana dengan seorang suami yang banyak bermaksiat pada Allah namun rezekinya lancar? Boleh jadi Allah akan memberi rezeki pada isteri dan anak-anaknya melalui dirinya. Jadi kerana taqwa isterinya dan bayi atau anak kecilnya yang belum berdosa, Allah lalu mempermudah rezekinya. Suami semacam itu sebenarnya berhutang pada isterinya.
 
4. Istri yang banyak beristighfar
Diantara keutamaan istighfar yaitu mendatangkan rezeki. Hal semacam itu dapat dilihat dalam Surah Nuh ayat 10 sampai 12. Kalau dengan memperbanyak istighfar, Allah akan mengirimkan hujan dan memperbanyak harta.
“Maka saya katakan pada mereka, ‘Mohonlah ampun pada Tuhanmu’, sesunguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan padamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (juga di dalamnya) sungai-sungai untukmu” (QS. Nuh : 10-12).
 
5. Istri yang gemar silaturahim
Istri yang gemar menyambung silaturahim, baik pada orang tuanya, mertuanya, sanak familinya, serta saudari-saudari seaqidah, pada dasarnya dia tengah menolong suaminya membuat lancar rezeki. Sebab keutamaan silaturahim adalah dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya.
“Siapa yang suka dilapangkan rizkinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturrahmi. ” (HR. Al Bukhari dan Muslim).
 
6. Istri yang suka bersedekah
Istri yang suka bersedekah, beliau jua dalam intinya sedang melipatgandakan rezeki suaminya. Kerana keutamaan sedekah misalnya dijelaskan pada surat Al Baqarah, bakal dilipatgandakan Allah sampai 700 kali lipat. Dan ia boleh dilipatgandakan lebih dari itu menurut kehendak Allah.
Apabila istri yang mendapat  nafkah dari suaminya, lantas sebahagiannya dia pakai untuk sedekah, mungkin tidak dibalas melaluinya. Namun mungkin saja dibalas melalui suaminya. Jadilah pekerjaan suaminya lancar, rezekinya berlimpah.
“Perumpamaan orang-orang yg menafkahkan hartanya di jalan Allah sama beserta sebutir benih yg menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) buat siapa saja yang dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas lagi Maha tahu. ” (QS. Al Baqarah : 261).
 
7. Isteri yang bertaqwa
Orang yang bertaqwa bakal menerima jaminan rezeki dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bahkan beliau bakal mendapatkan rezeki menurut arah yang tidak disangka-sangka. Misalnya firman Allah dalam surat Ath Talaq ayat 2 dan 3.
“Barangsiapa bertaqwa dalam Allah, nescaya beliau bakal mengadakan jalan keluar baginya serta memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (QS. At Thalaq : 2-3).
 
8. Isteri yang selalu mendoakan suaminya apabila seseorang ingin menerima suatu hal, dia perlu mengetahui siapakah yang memilikinya. Beliau tidak dapat mendapatkan sesuatu itu tetapi dari pemiliknya.
Begitulah rezeki. Rezeki sebenarnya adalah pemberian dari Allah Azza wa Jalla. Dialah yang Maha Pemberi rezeki. Jadi jangan cuma bersandar kepada usaha manusiawi namun perbanyaklah berdoa memohon kepadaNya. Doakan suami supaya selalu mendapatkan limpahan rezeki berdasarkan Allah, serta yakinlah apabila isteri berdoa dalam Allah buat suaminya tentu Allah akan mengabulkannya.
“DanTuhanmu berfirman : Berdoalah kepadaKu nescaya Saya kabulkan” (QS. Ghafir : 60).
 
9. Istri yang suka solat dhuha
Solat dhuha adalah solat sunnah yang luar biasa keutamaannya. Solat dhuha dua raka’at setara beserta 360 sedekah buat menukar hutang sedekah setiap persendian. Solat dhuha empat rakaat, Allah bakal mengklaim rejekinya sepanjang hari.
“pada pada tubuh insan ada 360 sendi, yg seluruhnya mesti dikeluarkan sedekahnya. ” Mereka (beberapa sahabat) bertanya, “Siapakah yang mampu melakukan itu wahai Nabiyullah? ” dia menjawab, “Engkau bersihkan kahak yang ada dalam masjid merupakan sedekah, engkau menyingkirkan suatu hal yang Mengganggu menurut jalan yaitu Jadi apabila engkau tidak menemukannya (sedekah sebesar itu), jadi dua raka’at Dhuha sudah mencukupimu. ” (HR. Abu Dawud)
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, “Wahai anak Adam, janganlah engkau luput berdasarkan empat rakaat di awal harimu, pasti Aku cukupkan untukmu pada sepanjang hari itu. ” (HR. Ahmad).
 
10. Isteri yang taat serta melayani suaminya
Salah  satu kewajipan isteri pada suami yaitu mentaatinya. Sepanjang perintah suami tak dalam rangka mendurhakai Allah serta RasulNya, isteri hendaklah mentaatinya.
Apa hubungannya beserta rezeki? Ketika seorang isteri taat dalam suaminya, jadi hati suaminya juga damai dan hening. Ketika hatinya damai, dia sanggup befpikir lebih jernih dan kreativitinya ada. Semangat kerjanya juga aktif. Ibadah juga lebih damai, rezeki mengalir lancar.
 
[reportaseterkini.net]
SILA SHARE DAN SEBARKAN

Tuesday, March 28, 2017

PANDORA 916 : MAKIN BANYAK YANG LAWA..BUNTANG MATA

Salam semua,
Dua tiga menjak nie selalu sangat wassup saya nie dikejutkan dengan
 charm Pandora 916 yang cantik-cantik
Tak senang duduk rasanya
Nak je beli haha
Tapi kena banyak-banyak mengucap kiki
sebabnya saya dalam proses menebus surat-surat pajakan saya di Arrahnu
Saya ada share di sini yang saya dah tutup card credit dengan memfungsikan emas di Arrahnu  
Okeylah jom cuci mata sampai buntang

Bila saya tengok charm cincin nie teringat cincin tunang saya
Macam nielah cincin tunang saya
Simple je
Kalau pakai kat rantai tangan mesti lawakan?
Lepas tue kat jari ada pulak ada cincin yang serupa 
so suwettt
Kena beli nie
Zaman mak-mak dan nenk-nenek moden.Tak de dah hadiahkan anak-anak pompuan rantai tangan gajah. Mak-mak sekarang hadiahkan anak-anak pompuan satu bead pandora 916 setiap kali nak meraikan anak pompuan yang comel. Setiap kali bersday atau dapat result bagus masa peksa bolehla hadiahkan pandora 916 nie kan? Sebagai hiasan dan sangat bernilai untuk kehidupan anak-anak pompuan kita di hari muka.Betul tak?
 
 Saya tak taula saya asik hunting murano 916
Tengok orang pakai lawa sangat
Rupa-rupanya bos Pandora saya ada satu murano
saya terus sambar haha
Jadilah nak bagi pemanis kat rantai tangan belut budjet saya kiki
Saya tak pasti sama ada boleh pajak di arrahnu atau tak
sebelum nie pun cakap charm warna-warni arrahnu tak terima 
tapi bila saya bawak arrahnu terima je
cuma tolak sikitla
 
Kincir angin nielah bead saya yang paling berat
jangan main-main
kalau bawak arrahnu nie rasanya boleh dapat dalam RM300++ tau
dont play-play with bead wind yeee

ini memang sangat cun
fefeling ala-ala cinderella

ini memang ringan tapi saya sangat minat
ada dua customer dah book
setakat nie dua orang dah beli
 













ramai yang minat eiffel tower charm nie
yang buat tema travel
elokla beli bead nie
fefeling in evening in paris

saya tengah kumpul dana nak beli rantai tangan pandora love clips nie
nak beli untuk saya dan amana
anak pompuan sorang
mestila treatment lain macam sikitkan?
dialah tangan kanan saya tau
kalau kena marah dia yang kena dulu
so kalau hadiah mestilah dia yang dapat dulukan?


ini bukti bead-bead pandora 916 diterima untuk pajakan di arrahnu

tak perlu nak malu  masuk arrahnu
kita cagarkan barang kita
maksudnya kita ada jugak aset
 kalau buat personal loan ada ke aset kita melainkan pinjaman semata-mata?
so mana yang lebih kita patut rasa malu?
dan yang mana lebih bebas riba?

saya dulu tak tahu semua nie
jadi bila saya tahu.. saya share dengan semua reader
sama-sama kita berubah kepada pinjaman yang lebih islamic 
target saya tahun nie nak selesaikan 2 hutang riba dengan fungsikan emas di arrahnu
so jom follow blog saya rapat-rapat
bebaskan diri dari hutang
rancang financial kita sebab kita tak tau apa dugaan yang mendatang
*ayat-ayat mak yang dah merasa apa itu dugaan*



JEMPUT LIKE FB SAYA TENTANG INFO-INFO EMAS
017-3201998
 
PANDORA 916 BY GELIGA GOLD
DINARPAL
PUBLIC GOLD
POWER GOLD
 

Monday, March 27, 2017

DINARPAL : APA ITU DPG / DPS


 
Assalamualaikum semua
Saya dah janji akan share cerita tentang DINARPAL
tetapi saya ambil masa untuk memahami juga apa sebenarnya DINARPAL
saya nak share maklumat dengan cara yang paling mudah untuk kita semua faham
Kalau saya buat ayat intelek sangat, Nampak sangat copypaste kan?
so saya akan guna ayat yang saya sendiri reka, saya sendiri faham dan saya percaya reader saya pun akan faham konsep dinarpal dengan penerangan saya nie
 
sesiapa yang biasa baca blog saya akan faham
saya tak suka serius haha
cukupla kat pejabat
takkan dalam personal blog ko pun ko nak serius iya dok?
bosanlah weiii
okey sementara tue cuba ringankan mata untuk baca peta minda diatas
peta minda yang terangkan secra ringkas ciri-ciri dan kebaikan DINARPAL
Tetapi hari ini saya nak terangkan tengan apa itu DPS & DPG
 
DPS = DINARPAL SILVER
DPG = DINARPAL GOLD
pecahan unit terkecil satu titik perpuluhan contohnya 0.1,0.2,0.3 sehingga 0.9
DPS&DPG membolehkan kita membeli emas atau silver mengikut kemampuan kita.
 
paham tak?
tak paham ? takpe baca lagi saya cuba jelaskan
 
pada yang biasa membeli emas
kebiasaannya akan beli 0.5g gold coin atau 1g goldbar untuk emas terkecil
Dalam kata lain kena RM yang cukup untuk beli 0.5g
Sekarang harga 0.5g paling kurang pun RM107.59
(saya ambil contoh Powergold untuk tarikh hari ini 27/03/17)
 
Tetapi dengan DPG anda boleh beli dengan hanya harga 0.1g..
nanti ada duit lagi add lagi..
sampailah cukup 0.5g atau 1g mengikut kehendak anda
 
ianya bermaksud anda boleh menyimpan sekecil-kecil gram
 tidak perlu tunggu duit yang banyak untuk beli emas dan perak.
 RM0.30 dah boleh beli perak (0.1 DPS)
RM18.00 dah boleh beli emas (0.1DPG)
 
 
okey meh tengok gambar nanti lagi mudah paham
saya secreenshoot dari  sistem Dinarpal
harap2 jelas ye..
 
 
DINARPAL GOLD
 

gambar atas nie adalah harga jika anda beli 0.1g DPG(DinarPal Gold)
Harga 0.1DPG adalah RM17.96
so belilah sikit-sikit pada yang tak mampu nak beli sekali gus 0.5g atau 1g tue
anda tak rasa sangat duit selepuk keluar




 
ini pula harga kalau beli 1DPG(Dinarpal Gold)
Harganya RM179.60
dan system akan guide untuk anda keluarkan 1G tue
 dikurier pada anda atau anda datang ambil sendiri di branch
 
 
DINARPAL SILVER
 

gambar atas nie adalah harga jika anda beli 0.1g DPS(DinarPal Silver)
Harga 0.1DPS adalah RM0.32
 

 
okey atas nie harga kalau beli 1DPS(Dinarpal Silver )
Harganya RM3.20
dan system akan guide untuk anda keluarkan 1G tue
 dikurier pada anda atau anda datang ambil sendiri di branch
 
 
 
 
Jelaskan?
Kalau tak jelas boleh WA 017-3201998
Sekarang DINARPAL ada kempen 0.1g DPS percuma
Jomlah daftar
Daftar percuma
Login kat sini -->>DAFTAR DINARPAL
 
Kalau nak jadi ejen hanya beli 2 keping gold coin 0.5g
Lebih kurang RM200++
Lebih baik daftar ejen segera sebab lepas nie big bos Tn Arash nak hadkan ejen untuk menjadikan ejen DinarPal eksklusif
 
 
 
 
BERMINAT UNTUK DAFTAR SECARA PERCUMA?
(klik link ini)
 
 
 
JEMPUT LIKE FB SAYA TENTANG INFO-INFO EMAS
017-3201998
 
PANDORA 916 BY GELIGA GOLD
DINARPAL
PUBLIC GOLD
POWER GOLD

Thursday, March 23, 2017

selamat tinggal credit card..ini cara saya..jom tiru

 
 
Assalamualaikum semua
Saya nak share berita gembira di hari jumaat yang mulia
inilah jihad kecil saya untuk diri saya
insya allah ada beberapa hutang kecil-kecil yang akan jadi makanan "biskut kuning" nanti
 
 
 
 
Alhamdulilah akhirnya secara rasmi dah batalkan card credit
Selepas hampir 14 tahun menggunakannya sejak umur 23 tahun.

Dari had limit hanya rm3k sehingga had limit 20k...
Dari kad biasa sehingga ke gold card
Dari usia 20an hingga 30an (nasib tak cecah 40an)
Berkali-kali cuba tutup dengan bonus dan personal loan tapi gagal
Gagal kerana kurang ilmu dan hati pun tak cekal
Bukan main seronok ada gold card
Sedanangkan lebih seronok "bebas hutang"

Alhamdulilah rupanya "biskut kuning" jalannya
Syukur dibukakan jalan dan dipertemukan dengan yang ada ilmu
Belajar dari rakan-rakan yang ada ilmu emas dan riba

So lepas nie pakai debit card je ye
Tq Nur Ammar Hafiz untuk segala perkongsian yang secara tak langsung
banyak membantu keluar dari card berhantu

Alhamdulilah FUNGSIKAN EMAS ANDA
walaupun emas itu hanya 2g
Pusing-pusing sampai semua hutang selesai
Kenapa nak malu masuk ARRAHNU? Masuk bank relex pulak kan?
kita mencagarkan harta kita bukan harta orang
so awat hang nak malu masuk arrahnu?
 
kalau nak tau peniaga-peniaga wanita di kelantan
inilah caranya
mereka pusing-pusingkan emas untuk meniaga
so lepas nie tak yahlah nak buat statment
"perempuan Kelantan kat pasar siti Khadijah tue kalau pakai emas sampai ke siku"
hello itu modal pusingan meniaga diorang tau
kita je yang tak tau

 
sebelum saya tutup saya redeem cepat-cepat point saya
haha
ini toys baru amana
nanti nak ajar amana masak guna benda nie
bolehla dia belajar masak sayur bagai


JEMPUT LIKE FB SAYA TENTANG INFO-INFO EMAS
017-3201998
 
PANDORA 916 BY GELIGA GOLD
DINARPAL
PUBLIC GOLD
POWER GOLD


 
 

Air lemon dan minyak bawang putih untuk adam

 
 
 
Assalmualikum semua
Dah lama tak story hal anak
Biasalah kalau cite hal anak nanti terlebih menceceh
kalau entry copy paste senang je hahahaha
 
Dah hampir 2 minggu anak-anak bersilih ganti tak sihat
yang tak sihat tue adam dengan khairy
penatnya allah je tahu
kalau saya sihat ok lagi
saya boleh je uruskan semuanya
masalahnya saya pun demam sekali
kepala denyut toksah cakapla
berdenyut2 sampai rasa nak pecah kepala
lama tak kena macam tue
sejak adam lahir
hampir 6 bulan
inilah kali pertama saya tak sihat sampai pg klinik amik ubat
last week saya sampai mintak amana ponteng sekolah
untuk tolong saya jaga adam and khairy
nasibla hari last sekolah tue amana dah habis peksa
 
bayangkan saya sampai nak pitam
saya sampai lupa camana nak masak nasi ayam
bukan tak boleh beli makanan kat luar
tapi nak drive pun tak boleh
lepas tue nak pegang adam pun dah tak nampak
haishh
kang jatuh pulak si adam
 
itulah kan
bila allah Tarik nikmat kesihatan
baru tau camana
so kengkawan untuk kesihatan jangan kedekut
lagi2 kalau dah 30++
memang kena jaga pemakanan dan makan supplement
 
 
adam dah dekat 2 week batuk demam selsema
bila kul 3-5 pagi dia boleh batuk non stop
kesian sangat
kita pun sama kepala wengla tak tidur sempurna
asik-asik bangun tepuk dia
pujuk dia
budak2 mana reti buang kahak
last week bawak klinik terpaksalah neb
 
khairy yang sakit jantung tue pun tak pernah neb
tapi khairy "neb" lain haha
nak ikutkan khairy sebenarnya anak yang paling kuat dlm anak2 saya
khairy jarang sangat sakit..sakit demam selsema sangat jarang
6 bulan keatas baru dia demam
tapi sekali sakit tue memang lama la
maybe sebab khairy menyusu badan lama..
pulak tue dari kecik khairy memang amalkan  zaiton softgel dan air zam-zam
 non stop masuk dalam susu
nie khairy dah jarang menyusu tengah pk camanalah nak bagi dia makan zaiton tue
camana nak bagi dia makan ubat jantung dia
any idea?
 
adik saya syorkan mandikan adam lemon
ok jommm..mohla mandi lemon
wangiii sangat
 
 
adam siap main-main dengan lemon tue
alhamdulilah dah 6 bulan usia adam
saya selalu monitor perkembangan adam
sama tak dengan anak-anak lain
sekarang adam dah boleh golek-golek..
bila pegang barang tue boleh pindahkan barag dari tangan kanan ke kiri
alhamdulilah
Nampak mcm anak-anak yang lain
insya allah sihat
mohon jauhla semua yang tak baik
nakpak je "lain" masa dalam perut
kat luar adam i sihat dan kuat
mcm abang dia si khairykan?
 
lepas tue adik saya suruh buat minyak bawang putih
bakar bawang putih
lepas tue campur dengan minyak masak
sapu kat dada, tapak kaki and betis
malam tadi adam batuk takla seteruk sebelumnya
takle sampai 2,3 jam non stop batuk
malam tadi batuk dalam beberapa minit pastu dia sambung tidur
alhamdulilah
bagus jugak minyak bawang putih nie
anak dah 4 baru saya try haha 
 
 
adam dah 6 bulan
mak cakap macam muka saya si adam nie
 
muka bebudak cuti sekolah
anak ramai takdenye rumah ko kemas macam rumah contoh kat developer tue
ko dapat lalu & jalan tak terpijak mainan pun dah syukur tau kiki
 
cuti sekolah nie  amana arief hantar ke kem cuti sekolah
nanti kalau dah lapang saya share ye citer kem cuti sekolah tue
 
 

Tuesday, March 21, 2017

Ekstrak Kacip Fatimah UTM : Isteri dah cuba EKF, beli ETA untuk suami




Assalamualikum semua
Dah lama betul tak share cerita Ekstrak Kacip Fatimah UTM
 Kali nie nak share cerita isteri perihatin
Si isteri dah merasa sihat dengan Ekstrak Kacip Fatimah so belikan untuk suami
Ini contoh isteri mithali nak sihat dengan suami sekali betul tak?
Jom kita share feed back customer-customer saya sebelum nie tentang Ekstrak Tongkat Ali Utm









Tak nak cuba ke?
Kalau badan selalu rasa letih-letih
Boleh cuba Ekstrak Kacip Fatimah bagi wanita dan Ekstrak Tongkat Ali bagi lelaki
Jangan tertukar pulak 
Pernah ada customer saya tertukar
suaminya tak perasan  termakan Ekstrak Kacip Fatimah UTM 
terus wassup saya kenapa suaminya  pening-pening
adakah ia kesan masa mula-mula makan Ekstrak Tongkat Ali?
Kebanyakan lelaki yang makan Ekstrak Tongkat Ali UTM tak merasa simpton-simptom macam kita wanita yang makan Ekstrak Kacip Fatimah 
Lelaki biasanya cuma merasa pertambahan tenaga sahaja
Itu yang macam pelik kenapa rasa pening-pening pulak :)

So pada semua customer nak makan tue perhatikan botol betul-betul ya





 

Monday, March 20, 2017

Prelove Handbag GUCCI & DKNY To LetGo


 
Assalamualaikum semua
Amacam cuti sekolah?
Korang cuti ke?
Saya? Tak taulah nak cuti ke tak haha
Sebab macam biasa kalau statistic lum cukup mak khairy kecut-kecut perut nak cuti haha
Tapi anak-anak saya si Amana& Arief dah selamat post laju ke kem cuti sekolah tau
Tak lama pun 3 hari 2 malam je
Tinggalkan Khairy dengan Adam je
Insya allah nanti saya share cerita anak-nak ke kem cuti sekolah
first time untuk mereka ke kem macam tue
 
Okeylah disebabkan sekarang cuti sekolah
mehla kita cari dana nak melancong haha
Nie ada handbeg prelove
cantik lagi
mehla beliii
ORIGINAL YEE
 
 
bukan saya punya lalalala
saya takde handbeg mahal-mahal haha
kalau menang contest lain le wakaka
kawan saya punya
mengenali beliau yang memang sangat sayang handbegnya
saya tahu handbeg nie semua berkeadaan elok lagi
jom scroll
 
HANDBEG PERTAMA :DKNY BIRU  
tengok lawakan?
bersih lagi
hurmm kalau saya dah lama dah berpeta-peta beg tue
 
lawanya bahagian belakang
bersih mcm yang depan kan?
 
DKNY
Nampak ke tak?
kalau tak nampak pegila buat spec
 
bahagian dalam pun bersih
iskk kawan saya nie tak pakai kot handbeg nie
dia simpan buat pekasan
dok diam2 dalam dust beg kot 
 
bersihnya
dia vakum ke bag dia nie?
 
jap saya call tuan beg nie
dia guna ke tak beg nie?
apasal mcm baru sangat?
 
HANDBEG KEDUA: GUCCI  
ini beg kedua yang nak dijual
GUCCI
 
 nie nampak tak?
kalau Nampak okla tak payah buat spec haha
 

ada calar sikit so pepandaila korang deal ya
 
elok lagi
tak pecah-pecah bahagian luarkan?
 
 
 
HANDBEG KE 3 :GUCCI
 
 saya naik confused handbeg kedua dan ke tiga
hampir sama je
tapi tuannya kata mana sama
okla orang takde handbeg mahal manalah tau lain haha
mataku nampak sama je
maybe kena pakai spec tebal sikit

amboi memancar
sakit mata menengoknye
 
 
 
Kalau saya;  saya suka beg DKNY yang putih biru tue
menawan sangatkan?
kalau yg minat nak nampak mak datin-mak datin mesti suka yang coklat
amikla no tel nie
malas nak cakap banyak-banyak
bukan saya dapat pun haha
semuanya original
tuan punya nie memang pengumpul handbeg
dan jaga handbeg dengan cermat
tak de letak kat kaki bagai
lainla mak khairy main letak je kat lantai kat kaki
janji selamat haha
 
 
okey jemput call dan discuss harga ye
 
019-2499444 (AZ) 
  

Friday, March 17, 2017

Syurga yang dibenci

SYURGA YANG DIBENCI
 
 
1- semaknya lahai. Masuk je pagar dah bersepah mainan dari ruang tamu hingga ke dapur. Dengan anak comot tak mandi bagai.
 
2- semaknya lahai. Harap le juga bini tunggu depan pintu wangi-wangi. Rupanya sampai rumah bini ntah di mana-mana dengan baju kelawar dan bedak sejuk.
 
3- semaknya lahai. Nak cium dahi bini pun bau bawang la, belacan la, minyak masak tanpa GST la...
 
4- semaknya lahai. Kekadang bini bukan sampai rumah lagi pun. Ntah di atas jalan mana sangkut jammed balik keja!
 
5- semaknya lahai. Dulu bini bersize kerengga sekarang bersaiz lori alam flora pula.
 
6- semaknya lahai. Asal balik je dengar bini membebel itu ini. Dengan jeritan anak bergaduh bagai.
 
7- semaknya lahai. Ipar duai mengadu bini saya tidak sempurna dan tidak baik juga.
Dan banyak lagi kesemakan yang kita rasa sebagai suami. Kita rasa kita tersalah memilih isteri. Kita rasa kita adalah suami yang paling malang di dunia.
 
Ya.. Sebagai arjuna perkasa kita tidaklah update di FB atau Insta tentang kekecewaan kita. Kita juga tidaklah menangis call mak di kampung untuk bercerita. Namun di dalam jiwa, kekecewaan kita meronta-ronta dan akhirnya bertukar menjadi barah yang memakan diri.
 
Maka duhai arjuna mulia, perlahan-lahan kita mula jadi pendiam, kita bagi silenced treatment pada anak isteri, kita semakin kurang senyuman, kita mula lepak di mamak tengok bola malah yang semakin hardcore, kita mula angkat tangan kaki kepada isteri. Tersalah kari terlebih masin, pinggan mula dibaling ke dinding.
 
Duhai arjuna sang suami mulia, pada saat akad dilafaz maka segala dosa pahala wanita diserahkan dari sang bapa kepada sang suami. Ironinya jasad, jiwa, hidup dan mati seorang wanita dipersembahkan sepenuhnya kepada anda aduhai suami mulia.
 
Sang isteri tinggalkan ibu, tinggalkan ayah, tinggalkan keluarga dan tinggalkan keseronokan hidup sebagai gegadis muda. Penyerahan yang dipenuhi kepasrahan dengan harapan beroleh bahagia.
Duhai arjuna, sesekali pandanglah wajah isteri. Tenunglah setiap garis-garis airmata di pipi. Seperti mana anda tidak bahagia, begitulah juga wanita. Sebab itulah sang isteri membebel itu ini. Wanita mahu didengar. Terkadang marahnya memuncak dan emosinya celaru. Peluklah isteri berbau bawang anda itu. Kasihanilah dia...
 
Ya... Dulu dia bersaiz kerengga, secantik secretary di office anda, sewangi Mira Filzah dan selincah Neelofa. Namun, tanggungjawab keluarga didulukan dia. Dulu wang gajinya untuk perfume Estee Lauder, kasut Bonia, make up Loreal dan handbag Gucci. Namun kini wang gajinya untuk kos sara hidup bersama anda. Maka anda masih tertanya-tanya kenapa isteri tidak sewangi dulu?
 
Jika di zaman gadis dia punya kawan. Di hujung minggu dia ke SPA bermandi susu. Kini di hujung minggu dia bersama anda dan mengendong anak-anak. Manalah lagi bajet pembelian baju cantik selain set kelawar yang dipakai dia?
 
Duhai arjuna mulia, bila isteri bercerita sahutlah dia dengan cinta. Janganlah menjeling hatta bergurau untuk berpoligami dengan Neelofa. Biarpun sang isteri tersenyum, hakikatnya dia terluka. Jiwanya jadi takut dan risau. Manalah tahu kalau-kalau suami sekacak bangla dirampas sesiapa?
 
Duhai arjuna mulia, sejenak usaplah tangan isteri. Lihatlah tangan yang pernah gebu kini bercalar dengan minyak panas akibat berusaha menyediakan makanan buat keluarga.Ya, wanita bergelar isteri mengorbankan keseronokan di zaman remaja demi membina hidup bersama kita.
 
Tidak cukupkah lagi sembilan bulan sepuluh hari wanita ini mengendong zat zuriat suami yang paling dicintai? Malamnya berkeluh kesah tidak mampu lena akibat tendangan bayi.
 
Tidak cukupkah lagi wanita berkali-kali mati demi melahirkan zuriat yang paling istimewa. Tanyalah secretary secantik Neelofa, sanggupkah dia mati untuk anda?
 
Usahlah bandingkan isteri dengan kejelitaan Che Ta. Che Ta bermandi susu sedangkan isteri bermandikan airmata.
 
Tidak cukupkah lagi wanita menyusukan anak hingga dua tahun? Segala bentuk badan mula mengendur dan segala kecantikan mula pudar. Badan mula penat dan mulut mula berbunyi. Jangankan make up, mahu disapu bedak sejuk ke muka juga sudah tidak punya daya?
 
Ingin juga dibayar bibik dari Jawa namun gaji kita pula tidak seberapa. Maka sang isteri yang penat gagahkan juga uruskan kerja di pejabat berserta hal ehwal keluarga seusai subuh pagi sehingga lewat senja.
 
Di manakah kita? Sedang menonton bola bersama rakan, bergelak ketawa dan bergembira minum teh bersama secretary. Kita mungkin sedang membina badan di gym atau bermain golf di padang ketika isteri menggelupur kelelahan.
 
Sampainya hati kita mula rasakan dia tidak teristimewa seperti dulu. Terkadang mahu dihulur wang untuk dibeli barangan dapur pun kita marah bagaimana mahu ditaja peralatan make up pula?
 
Duhai arjuna mulia, kita bukan Tan Sri berharta. Kita juga tidak sehensem mana. Bersyukurlah isteri kita sentiasa setia. Pedulikan saja umpatan ipar duai hatta mentua jika ada. Baik atau tidak, isteri anda adalah ibu kepada anak-anak tercinta. Isteri juga punya hak yang perlu dijaga. Jika salah, betulkan dia selayaknya. Jangan diabai, dibenci dan dikasari hatinya.
 
Duhai arjuna mulia, beritahu isteri betapa istimewanya dia dihati anda. Khabarkan betapa anda cintai dia minimum sepuluh kali sehari. Ciumlah dahi isteri setiap pagi, tanda dia sepenuh hati kita dicintai.
Dengan kuasa cinta anda duhai arjuna mulia, sang isteri akan menjadi luar biasa jelita, luar biasa bahagia dan luar biasa gembira.
 
Yakinlah, jika sentiasa saling memperbaiki diri, rumahtangga tidak akan menjadi SYURGA YANG DIBENCI.
 
Salam sayang
#kongsiilmu
#learnfromobservation
#copypaste
#sharingjumaat
#bukannukilanmakkhairy