ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, January 16, 2014

Ekstrak Kacip Fatimah: Testimoni Customer Saya

Alhamdulilah stok EKF saya hampir habis dan insya Allah akan restok tak lama lagi. Saya ambil stok  hujung bulan November. Tapi bulan 12 tak dapat nak promote sangat sebab busy jaga 3 anak.. muahaha memang tak kemana-mana sebab celik mata sampai tutup mata menguruskan rumahtangga. Bukan mudah nak berbusiness sambil jaga anak. Tabik betul kat WAHM sekalian. Tapi start bulan satu nie insya allah boleh laju sikit promote sebab anak-anak semua dah sekolah dan hantar ke taska.. Laju saya tue kat mana? Depan lappy je haha.. takkan saya nak kendong Khairy jual dari rumah ke rumah.. Agak-agaklah.. Melalak khairy tak tahan panas..  Lagipun ini untuk income sampingan  di samping berkongsi produk yang baik, selamat dan halal dengan semua. Saya dah guna so berani cakap.. Diri sendiri tak amalkan then jual kat orang..mana bolehkan? Tak jujur namanya.. lagi-lagi produk yang berkaitan dengan kesihatan dalaman.. kalau bukan disyorkan doktor (drzubaidi.com) i pun seram uolls...

Ok meh kita kongsi testimoni customer saya..Ini customer saya ye ..Bukan curik testimoni orang lain.. Background tue saya letak gambar EKF yang saya sendiri ambil & edit.. Dah letak watermark ye.. Kat tengah-tengah seperti yang dicadangkan seorang reader semalam.. katanya jangan letak watermark kat hujung kak..orang boleh je croup gambar akak..letak tengah2.. betul jugak cadangan tue..guddd idea.. mekacih ye..


Miss Y ne customer saya. Sanggup datang umah malam-malam semata-mata nak beli EKF. Datang dengan suami pulak tue. Saya ada cerita tentang customer nie sebelum nie kat sini. Baguskan bila  suami  turut merasai masalah isteri. Sama-sama bantu isteri untuk pulihkan kesihatan isteri. Jangan buat tak tau je ye dengan masalah kesihatan isteri. Kalau isteri tak sihat ceria ke rumahtangga? Mood isteri pun asik ke laut sebab risaukan masalah dalaman dia.. Ambillah tahu sikit..Hulurlah bantuan kewangan dan emosi bla isteri mengadu.Pada  sapa lagi isteri nak mengadu kalau bukan suami. Takkan dah kawin nak mengadu kat mak.Pastu ibu mertua pulak susah payah carik ubat untuk isteri awak. Baik isteri awak pegang title anak je tak payah pegang title isteri .. Ok sori emo.. emo kalau ada suami yang amik mudah nie.. 

Ok berbalik kepada citer Miss Y.. Masalah beliau adalah period yang berpanjangan dan rasanya datang lebih dari sekali dalam sebulan.. Kalau asik period je mestilah tak selesa.. Alhamdulilah ada perubahan walau baru 3 hari makan.. Macam saya dulu 2 hari makan EKF  pun dah ada perubahan dari segi mengurangkan keletihan..  bacalah msg yang saya tepek tue ye.. Itu baru baca msg ye..belum lagi uools dengar suara dia yang happy bila call saya.. saya yang dengar pun suka sangat.. Sebab dapat berkongsi produk yang membantu orang.. Ok.. ok... masalah period biasa sangat masalah tue ye..bukan besar sangat pun masalah period banyak nie.. cuba awak pulak rasa kalau sebulan bergelumang dengan darah? Selesa ke? Boleh bayang? 


Ini pula customer saya Miss L. Miss L nie pulak masalah dia period dia jadi sedikit dan hanya 3 hari..Haii jadi perempuan macam nielah ..banyak sangat period susah hati.sikit pun susah..yela..mestilah nak kitaran yang normal barulah itu tandanya sihat..betul tak akak-akak semua? Alhamdulilah sejak makan EKF period dan banyak seperti normal semula.. cuma bilangan hari masih dalam proses untuk dipulihkan. Tak sampai sebotol lagi Miss L nie makan EKF.. 

Saya cadangkan kalau ada yang nak makan EKF nie mulakan dengan makan satu biji.  EKF nie perubatan herba .manalah tahu badan terkejut pulak .. makan satu-satu biji.. at least selama seminggu ke.. mmm.. tapi saya hari ke 3 dah up ke 2 biji kapsul..hihi..Paling penting minum banyak air..

Sedikit perkongsian dari blog Dr Zubaidi.. berkenaan berapa lama tempoh sesorang wanita perlu mencuba keberkesanan sesuatu supplement.. Kalau 3 bulan kawan2 dah try makan dan tiada perubahan.. so berenti je makan..ia membazir wang sahaja.. kalau kawan-kawan makan EKF nie dan 3 bulan pun tiada perubahan ..okla jangan makan lagi.. Saya ambil sedikit petikan dari blog Dr Zubaidi tue ek..
Jika puan telah berumur 30an, jangan membuang masa dengan mencuba pelbagai produk supplemen terutama yang dijual tanpa nasihat yang betul. Mereka yang menjual produk suplemen ada kalanya tidak memahami fisiologi kitaran haid pada seorang wanita dan memberikan janji manis untuk melariskan produk. Saya nasihatkan puan melakukan pemeriksaan doctor jika puan telah mencuba produk-produk itu untuk 3 bulan kerana dikhuatiri puan mengalami masalah yang lebih kompleks. Entri penuh di link ini
 
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
 Kalau berminat untuk mencuba Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM:
ILA-0173201998 (msg/wasap/call)



7 comments:

Khai♥Rin : anies said...

hebat akk kite ni!

msredcheesecake said...

EKF ni malaysia nye ke? dah lama ke?

ZalinZalina said...

Kawan kak ina lak tak period2.. dah jumpa doktor pun tak solve gak.. ada masalah hormon katanya...boleh tak kalau dia makan EKF ni...

Cahaya said...

info berguna...

Cahaya said...

info berguna. thanx

Cahaya said...

info bermanfaat

Anonymous said...

Hi... saya nk tnye... klu tgh period boleh ke ambil ekf nie? @ mase period kene stop mkn ekf dulu...