ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, September 15, 2021

Rugikah bawa anak tunaikan umrah ketika kecil?

Masa nie umur saya 34 tahun..
Tak sangka di umur 34 sy tunaikan umrah..
Tanpa dirancang..

Sy tunaikan nazar khairy
Nazarnya "kalau khairy hidup melepasi usia setahun.. Sy akan bawa khairy tunaikan umrah"

Betul ke sy yg bawa khairy tunaikan umrah?
Atau sebenarnya "khairy yg bawa sy tunaikan umrah"

Cintanya kita pada anak dan janji pada Allah membuatkan kita sanggup meredah negara ke negara..
Bukan senang nak bawa anak sakit jantung ke Mekah..
Alhamdulillah Allah mudahkan..

Ada org cakap rugi bawak budak2 pg umrah
Diorg tak paham apa..

Bergantunglah pd persepsi dan pendapat masing2.
Ini impian saya selaku ibu kepada anak2 saya yg telah melalui didikan kehidupan.
Saya ambil didikan kehidupan ini utk saya dan anak2 lebih dekat dengan Pencipta.

Kenapa kita perlu berkira kewangan, masa, tenaga utk urusan melibatkan ibadah anak kita.
Tetapi utk urusan dunia kita sanggup berhempas pulas melakukannya?

Dan sekurang2nya ank2 saya insya allah akan dpt syafaat nabi..
Dan bila pandemik nie datang..
Tak terucap syukurnya sebab kami sekeluarga dah tunaikan umrah kecuali Adam si bongsu.. 

Rasulullah pernah bersabda "wajib syafaat dariku  bagi sesiapa yg menziarahiku selepas kewafatanku"

Adam je belum.. Insya allah sampai masa Allah akan jemput adam..
Mama tak akan putus berdoa untuk Adam Ziqri si bongsu mama

No comments: