ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, October 27, 2021

GULA KELAPA ORGANIK: MARI BERTUKAR KEPADA GULA KELAPA ORGANIK SELEPAS BACA INFO GULA PUTIH INI


INFO KESIHATAN OLEH DR MARLIANA MAZLAN DI LINK ASAL https://m.facebook.com/photo.php?fbid=1710054622399832&id=100001859337552&set=a.1663632543708707


Gula putih. Pernah ambil tahu macam mana ia diproses? 

Gula putih. Telah terhakis segala zat yang diperlukan oleh badan. Ditambah pula dengan zat kimia yang tidak diperlukan malah memburukkan lagi kesihatan.

Proses pembentukan gula putih diperhalusi dengan sulphur dioxide, phosphoric acid, calcium hydroxide dan carbon active. Zat kimia ini sebenarnya tidak diperlukan langsung oleh badan. Yang kita perlukan seperti calcium, iron, magnesium, pottasium dan phosphorus dah dihilangkan pulak untuk dijadikan gula putih.

Mula-mula, jus diambil daripada batang tebu. Melalui proses pendidihan dan ditambah dengan zat kimia seperti phosphoric acid dan calcium hydroxide untuk hilangkan kotoran. Kemudian dipindahkan ke tangki lain dan dipanaskan lagi untuk menguapkan kadar air dan menghasilkan cecair gula yang pekat. Seterusnya ia ditempakan dalam mesin centrifuge untuk proses mengubah bentuk cecair kepada kristal.

Kristal yang terhasil tadi dipanaskan sekali lagi sampai mendidih dan dicampur dengan BAHAN PEMUTIH dan zat kimia lain seperti sulphur dioxide dan carbon active. Kemudian disaring pula dengan BONE CHAR untuk menjadikannya putih bersih bersinar. 

Eh apa tu Bone char? Bone char dalam melayunya, tulang hitam atau arang tulang. Terhasil daripada PEMBAKARAN TULANG BINATANG seperti lembu, kambing atau khinzir. Cara disembelih? Tulang apa yang digunakan? Yakinkah kita ia dari sumber yang betul?

Proses pembentukan gula sampai jadi putih cantik berkilat.
Dididih sampai 3 kali sekurang-kurangnya, ada yang sampai 8 kali.
Dicampur lagi dengan zat kimia.
Disaring pulak dengan tulang binatang. (Bukan semua jenis gula putih melalui proses ini ya)

Kalau beginilah kan, agak kita nak simpan lagi tak stok gula putih di rumah?

Jangan salah faham, bukan tak boleh langsung ambil gula ye. Tapi carilah gula yang bermanfaat walaupun hakikatnya gula membawa banyak mudharat berbanding manfaat.

Sebaiknya, pilih gula yang kurang diproses dan tidak melalui proses pemutihan. 

Kalau nak beli gula, boleh cari yang berlabel sebegini, insyaAllah ada jugak mineralnya yang beri manfaat.

+ USDA organic
+ Unrefined
+ Raw
+ Evaporated cane juice

Jadi, apa yang penting di sini?

Macam biasa lah, BACA LABEL!
Sekian dari Ummi.
Yang masih bertatih ke arah kehidupan sihat
Berminat untuk mencuba gula kelapa organik?
500g rm20
1kg (500g x 2) rm35
Jemput wasup 011-5689 6377
https://wa.me/c/601156896377

menggiurkqn..ratah mcm tue je pun sedap


Kicap dari gula kelapa organik pun ada.sesuai utk kesihatan..

ini info kicap kelapa organik


FEEDBACK GULA KELAPA ORGANIK DAN KICAP GULA KELAPA ORGANIK

No comments: