ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, April 26, 2014

Ekstrak Kacip Fatimah: Order 10 kotak sekaligus!! TQ kak..

Main origami. Membungkus 10 kotak Ekstrak kacip fatimah pada seorg customer. Customer nie kumpul2 order dgn kwn2 sepejabat. Pasti dapat special price tetapi harga Ekstrak Kacip Fatimah tidak boleh terlalu murah ye. Diskaun yg sy beri adalah yg berpatutan. Harga jualan EKF telah ditetapkan oleh UTM. Alhamdulilah TQ kerana beli dgn Mama Khairy.

Pada yang nak dapat diskaun saya akan bagi diskaun yang berpatutan kalau order banyak. TQ pada yang sanggup kumpul  order ramai2 tue ye.. Insya Allah Ekstrak Kacip Fatimah serasi dengan anda.. 



Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

JOM CUBA EKSTRAK KACIP FATIMAH (EKF) keluaran UTM!!
msg/call/wasap: 017-3201998(ilasaleh)
 
 
 

Friday, April 18, 2014

SEMINAR DR ZUBAIDI : Ekstrak Kacip Fatimah untuk kesihatan wanita dalam perubatan moden"

TERINGIN JUGAK NAK PERGI TAPI JAUH NUN KAT jOHOR
SESIAPA YANG DEKAT TUE PERGILAH YE.. KALAU BERMINATLAH :)


DENGAN ADANYA SEMINAR YANG DIKELOLAKAN OLEH DR PERUBATAN BERTAULIAH HARAPNYA PENGGUNA2 DI LUAR SANA LEBIH YAKIN BAHAWA EKSTRAK KACIP FATIMAH-UTM ADALAH PRODUK YANG SELAMAT DIGUNAKAN DAN BUKAN HANYA UNTUK TUJUAN KOMERSIAL SEMATA2

ENTAH BILA DAPAT JOIN SEMINAR YANG DR ZUBAIDI MENJADI PANELNYA.BANYAK YANG DAH TERLEPAS..KALAU SEBELUM NIE KEBANYAKKANNYA ATTEND SEMINAR HARTA INTELEK JE..NAK JUGAK LUASKN MINDA YE TAK?

YANG NIE DAH TERLEPAS


DR PUN BUAT BUKU JUGAK.JOM TUKAR BUKU NAK? HIHI


#SEMUA TULISAN BESAU.. HAHA.. BIAR BESAR MATA ORANG MELIHATNYA HIHI



Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

JOM CUBA EKSTRAK KACIP FATIMAH (EKF) keluaran UTM!!
msg/call/wasap: 017-3201998(ilasaleh)



Saturday, April 12, 2014

Ekstrak Kacip Fatimah : Testimoni Customer Yang Mengalami Alahan Pada Jamu/Herba

Salam
Semua org dok post entry pasal tudung Fareda..takpelah sy lum nk buat entry tue.. dari sy buat entry citer Fareda tue baik saya citer isu sensasi  EKF.hihi.. kenapa? Bila baca berita yg reporter tulis..sy pulak pening kepala.. tolong tanya pd yg tahu ye cik/en reporter. Tulisan awak dah kelirukan satu malaysia termasuk ownernya sekali.pg bca fb owner tudung nie.. mana ada terma "hakcipta paten" . Hakcipta lain.. paten lain.. tudung fareda tue mana blh dilindungi di bawah Akta Paten.. haishhhh.. 

meh bca testimoni customer yg memang alah pd produk herba/jamu... lg berfaedah!
Actually ne member lama sejak zaman sekolah. Dah bertahun2 tak jumpa.lebih 10 tahun. Tp customer nie memang ada dlm friend FB saya.. kita gelarkan Puan Z. Puan Z pm kt FB sy nak test EKF dan tak lupa juga bagitau saya masalahnya yg alah pd herba/jamu.

Oleh sebab nie kwn lama.so buat deal mcm zaman sekolah hihi.. Bacalah screenshot pahamkan?

Alhamdulilah mmenyelesaikan beberapa masalah beliau tanpa alami alahan! anak semua lelaki..oh blh byg lasaknya. Arief yg sorang ne pun tak terlayan kiki.. so mmg perlu byk tenaga nk jga ank2.. 

Setiap org berbeza penerimaan tubuh pada produk herba tp sekurang2nya testimoni nie blh dijadikan sandaran pd puan2 atau adik2 yg mengalami alahan pd produk jamu/ herba untuk tidak takut mencuba EKF.

Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

JOM CUBA EKSTRAK KACIP FATIMAH (EKF) keluaran UTM!!
msg/call/wasap: 017-3201998(ilasaleh)

Tuesday, April 8, 2014

Ekstrak Tongkat Ali UTM (ETA-UTM)


Bila dah ramai sangat  customer Ekstrak Kacip Fatimah (EKF) bertanyakan supplement untuk suami mereka saya rasa saya perlu carik geng untuk EKF. Tapi saya nak carik yg keluaran UTM jugak.Yang melalui proses R&D yang selamat dan dipercayai.. Akhirnya jumpa jugak :)
Saya dah post dulu dlm FB :)

Meh kita panggil Ekstrak Tongkat Ali nie sbg ETA. Kotak ETA nie serupa sangat dengan EKF. Beza color je.

Saya tak amik banyak utk first stok. Akan ditambah bergantung pada permintaan. Cepat tau. Dah laku dua kotak tau. Tinggal 8 je.. so placed your order now!! 

Kegunaan ETA: sama mcm EKF. cuma terbalikkan fungsi2 EKF tue untuk lelaki .More detail ETA coming soon.Nie baru pengenalan... lagipun masa buat entry nie khairy tengah galak tarik rambut saya!Sakittt!! Bye!!

Saturday, April 5, 2014

Ekstrak Kacip Fatimah: Testimoni Kitaran Haid Tidak Menentu Selepas Keguguran

Mcm biasa copypaste dr FB sendiri kiki.. senang.. janji maksud sampai..korang janganla bosan bca entry Ekstrak Kacip Fatimah (EKF) pulak ye..kalau korang rasa bosan..korang baca entri yg lain nanti ye..ila buat entri lain jugak kan? Bukan semua EKF.. Lagipun entri EKF ne Memang di"search" oleh mereka yang sangat memerlukan..
Cuba korang goggle "Ekstrak kcip fatimah" atau "testimoni EKF" ada tak keluar blog nie?Ada kan? 
So bg laluan ye kwn2.

Nie masalah customer ila..masalah kitaran period. Bca status FB tue ye..

Selepas 9 hari mkn..period yg ditunggu2 akhirnya menunjukkan wajah :)

Mak kata sesuatu produk tue baik.kalau ada repeated order. customer nie yg problem kt atas tue dah kembali utk mengorder..  alhamdulilah.. dah ada beberapa customer repeated order..nak tepek jugak ke wasap repeated order customer? Kiki ..lain kali ye..




Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

JOM CUBA EKSTRAK KACIP FATIMAH (EKF) keluaran UTM!!
msg/call/wasap: 017-3201998(ilasaleh)
 
 
 

 

Tuesday, February 18, 2014

Pengambilan EKF di awal kehamilan dan turun rahem

 

pada 7hb Mac 2013 pukul 9.39 pagi
Assalamualaikum ....sy nak bertanya , jika sy dah buat pregnancy test...dah ada nampak jalur tp agak kabur...ada kawan kata +ve pregnant....kitaran haid bulan nie agak lewat sedikit bbrp hari dr tarikh sepatutnya dtg haid. smlm ada keluar darah dan sehingga kini masih ada....2 tahun kebelakangan nie sy sering mengalami kencing x lawas...3 bulan lps sy berurut dan dia maklumkan pd sy peranakn turun mungkin krn sy kerap mengangkat brg yg berat. persoalannya, setelah sy baca khasiat produk EKF dr UTM ...sy berminat nak cuba makan....tp boleh ke sy makan dlm waktu nie...sy x pasti sy mengandung @ tidak....boleh makan sewaktu mengandung @ sblm mengandung ? Dan minta jasa baik Dr. jelaskan penyakit yg sy hadapi...adakah perlu sy berurut dlm keadaan begini utk naikkan peranakn @ bagaimana ?Jazakallah.


Dr zubaidi:  Sebenarnya cara terbaik untuk pengesahan kehamilan menggunakan UPT ilah dengan melakukannya 14 hari dari tarikh sepatutnya datang haid, atau 42 hari (6 munggu) dari tarikh hari pertama haid bulan terakhir. Jika puan mengalami masalah jalur yang berkabur, puan boleh uji semula selepas seminggu.

EKF tidak menyebabkan keguguran di awal kehamilan. Keguguran di awal kehamilan sebenarnya disebabkan oleh janin yang lemah akibat percantuman ovum atau sperma yang kuarang berkualiti. Dibimbangi apabila seorang mengambil EKF dan pada masa yang sama berlaku keguguran, ada pihak yang menyalahkan EKF , pada hal sebenarnya ia berlaku akibat janin yang lemah ini.

Bagi mengelakkan kekeliruan ini, saya sendiri meminta wanita yang hamil tidak menggunakan EKF, kecuali di akhir kehamilan bagi tujuan memudahkan proses kelahiran. Setakat ini belum ada kajian klinikal yang membuktikan bahawa EKF menyebabkan keguguran pada wanita hamil.


Kesimpulannya, EKF tidak menyebabkan keguguran tetapi diminta tidak menggunakannya bagi kekeliruan ini.  Berurut membantu sedikit mengangkat peranakan untuk wanita yang mengalami rahem turun (prolapse). Namun oleh kerana rahem berada di dalam abdomen/pelvis, maka sukar bergantung kepada urutan saja. Saya mencadangkan puan mengamalkan EKF jika prolapse puan di tahap yang ringan

https://www.facebook.com/notes/ekstrak-kacip-fatimah/pengambilan-ekf-di-awal-kehamilan-dan-turun-rahem/438807049532798


 
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
 Kalau berminat untuk mencuba Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM:
ILA-0173201998 (msg/wasap/call)

Thursday, February 6, 2014

Koleksi testimoni Ekstrak Kacip Fatimah UTM

Salam
Sebelum saya teruskan entri nie hanya syukur Alhamdulilah je yang boleh saya ucapkan. Saya makin percaya kini setiap yang berlaku ada hikmahnya. Disebalik dugaan Allah dengan keadaan kesihatan Adlan Khairy yang tak menentu sejak dari dalam perut sehingga lahir.. Allah uji saya sehingga sampai satu tahap air mata keluar mengalir sendiri tanpa saya menangis.. Macam tue sekali sengsara tengok anak dengan bibir lebam tak cukup nafas.. 

Dengan keadaan Khairy yang macam tue saya memang tak boleh nak berpantang dengan sempurna. sehingga diri saya sendiri tak sihat luar dan dalam.. TAPI kini saya nampak hikmahnya.. Kerana keadaan yang tak sihat tuelah saya carik penawarnya.. Ye memang saya boleh jumpa doktor.. panggil tukang urut.. tapi bila? Saya ke hospital berulang-ulang kali hanya untuk Khairy. Nak panggil tukang urut dengan kita yang asik duduk tepi anak.. tak adala...

 Saya pun tak bagitau en papa..kesian tengok en papa yang terkejar uruskan anak-anak yang lain..uruskan saya..Khairy lagi..keja lagi.. Itupun both parents dah banyak sangat tolong.. jadi saya hanya diam..cuma selalu berdoa semoga Allah beri jalan untuk saya jumpa penawarnya.. Sehinggalah saya yang memang mengikut blog Dr.Zubaidi terbaca satu artikle mengenai masalah saya.. saya rasa itulah masalah saya.. bila Dr Zubaidi syorkan "masalah" macam saya cuba amalkan Ekstrak Kacip Fatimah(EKF) keluaran UTM.. saya tawakal dan terus beli.. senyap2 tau..tak bagitau en papa pun. Alhamdulilah beransur sembuh dan sekarang rasanya macam dah baik terus.. Camanapun saya tetap akan jumpa gynea untuk kepastian.. Testimoni saya di lain entry ye.. Boleh tunggukan? Saya nak carik balik artikel Dr Zubaidi berkenaan "masalah"saya tue..

Dan hikmah dari segala dugaan yang Allah beri nie rupanya Allah juga nak bagi saya rezeki sampingan.. Alhamdulilah sangat..bagai tak percaya saya dah berjaya jual 40 botol EKF. Sebulan untuk stok pertama sebab saya tak dapat nak buat apa2 sangat sebab masih tumpukan pada anak-anak. So amik sebulan untuk habiskan 20 kotak. Lepas tue saya restok lagi 20 kotak.. Ya Allah sangat tak sangka seminggu je habis! Dan atas sokongan dan dorongan mak ..Dan support en papa yang bagi saya modal saya restok lagi. Kali nie 50 kotak terus! Tak mo kelam-kabut bila stok habis macam kali pertama dan kedua tue..

Dan saya sangat happy bila saya tanya kat mana customer saya dapat contact saya? Rata-rata cakap dapat contact saya menerusi blog kecil nie.. Mereka baca entry saya tentang EKF.. Alhamdulilah.. blog nie memang beri saya rezeki..walau kecil pada sesetengah orang tapi besar untuk saya..contest..penulisan.. dan terkini EKF.. alhamdulilah..ok dahlah ye intro pun dah macam satu entry hikhik.. meh kita baca testimoni customer-customer saya
 
Kita mulakan dengan testimoni Puan Z ye.. Nie customer saya dari Brunei. Untuk yang mungkin tak pernah terbaca artikle yang EKF membantu proses penyembuhan cyst.. cyst ada pada breast & dalam rahim. Saya pun tak pernah tahu tapi customer yang bagitau saya.. Tapi cyst yang pada peringkat awal..cyst yang saiznya  kurang 3cm. Kalau lebih memang kena operate untuk buang tau.. Jangan simpan pulak.. Nanti saya jumpa artikle Dr Zubaidi tue saya share ye..

Memang dalam pamplet ada nyatakan EKF membantu melangsingkan badan & menegangkan otot2 tapi belum ada lagi customer yang rasa perubahan dari segi itu.. Ini testimoni customer yang pertama yang mengakui EKF membantu melangsingkan badan! ..mihmihmih..yess boleh kurus!!

Puan Z juga akui EKF  menambah stamina (saya sendiri merasakannya)
Puan Z nie pun berpendirian macam saya.. hal peribadi suami isteri adalah rahsia dan bukan utk dikongsi dengan umum ..tapi paham2 sendirilah :)

TQ sangat kat Puan Z sebab bagi detaillllll testimoni.. Nanti kalau cyst dah ada perubahan kongsi ye..

 
 Testimoni kedua adalah  Puan L. Masalah Puan L periodnya datang hanya 3 hari dan sangat sedikit. Jadi perempuan mestilah nak yang normal 7 hari dan kuantiti darah yang keluar tue dalam keadaan normal. Alhamdulilah sejak makan EKF ada perubahan pada period yang mengembirakan Puan L
 
Puan S nie cuma tunjuk thumbs up.. Senang citer hal suami isteri. Tak boleh nak komen lebih2 :)

 
Alamak terdelete terus nama customer nia haha. Kita panggil akak jelah.. Dari akak nielah baru saya tahu EKF membantu proses penyembuhan cyst.. Dan dari akak nie jugak saya tahu yang cyst juga merujuk pada breast.Ingat dalam rahim je ..Akak nie memang dah makan EKF sebelum beli dengan saya lagi. Sebelum nie katanya adik dia yang belikan.. So sekarang dia beli dengan saya.. Alhamdulilah..

Kesimpulan dari testimoni dari customer-customer di atas ialah:
 EKF membantu melangsingkan badan dan menegangkan otot-otot, menambah stamina dan membantu proses penyembuhan cyst, memperbaiki masalah kitaran haid dan memperbaiki hubungan suami isteri.

Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI


Berminat untuk mencuba Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM? 
Contact ILA-0173201998 (msg/wasap/call)

Monday, January 27, 2014

Tanda-Tanda EKF telah memberi kesan kepada seseorang

Saya selalu ditanya oleh customer..apakah tanda-tanda EKF telah beri kesan pada badan seseorang yang telah mula amalkan EKF. Mereka bagitau tak ada baca dalam nota kat FB EKF pun.. Dalam nota FB EKF tue ada dinyatakan tapi anda kena rajin membaca setiap artikel . Kadang-kadang ada info penting terselit di setiap artikel.. So saya akan cuba buat entri berkenaan soalan-soalan yang selalu dan pastinya akan ditanya oleh setiap customer.. Selepas nie saya akan buat entri cara memakan EKF. Bukan main makan je tau. Bergantung kepada permasalahan anda juga.. Ok baca dulu full artikel di bawah & saya dah bold info yang selalu ditanya oleh customer ye...

***********************************************************************************



As salam mu alaikum doctor,
Untuk pengetahuan doktor sebelum ini kitaran haid saya normal. Selepas kelahiran anak pertama saya mengamalkan makjun untuk mencegah kehamilan dan merancang keluarga. Pada bulan Julai yang lepas saya tidak lagi mengambil makjun kerana merancang untuk hamil semula. Pada bulan Ogos saya tidak mengalami haid dan pemeriksaan doctor mengesahkan saya tidak hamil, saya diberikan ubat turun haid. Pada pertengahan September, haid saya turun setelah memakan ubat itu.

Sebulan lepas itu pada 30/10 haid saya datang walaupun agak lewat. Selepas habis haid saya amalkan EKF dan haid saya pada bulan December masih belum datang. Sudah lewat 2 minggu.

Saya juga mengalami keputihan, rasa sakit pinggang dan sakit badan. Perut saya terasa buncit dan keras. Pemeriksaan UPT pada hari ke-5 miss period adalah  negative. Hari ini hari ke 12 dan saya tidak melakukan pemeriksaan  UPT kerana takut kecewa.

Adakah perut buncit dan keras itu disebabkan penyakit lain? Boleh doctor jelaskan selain kehamilan ade sebab penyakit lain yang menyebabkan perut saya menjadi keras dan buncit?
Terima kasih.

Wa alaikum mus salam.

Saya percaya puan mengalami masalah ketidakseimbangan hormone sehingga menyebabkan puan mengalami gangguan kitaran haid.

Gangguan kitaran haid ini disebabkan oleh puan baru saja melahirkan anak. Ini diburukkan apabila puan mengamalkan makjun untuk mencegah kehamilan. Pengambilan “ubat turun haid” juga menambahkan masalah kitaran haid puan.

Seperti kebiasaan apabila tidak lagi mengamalkan ubat itu, kitaran haid puan akan menjadi tidak normal semula kerana ubat itu mempunyai hormone.

Cara terbaik ialah puan melakukan pemeriksaan hormone di mana-mana klinik kesuburan.

Bagi wanita yang tidak bersedia untuk melakukan pemeriksaan hormone, pengambilan suplemen herba Ekstrak Kacip Fatimah dapat membantu puan mengembalikan kitaran haid yang normal.

Oleh kerana ia bersifat suplemen, bukan ubat maka kesan positifnya perlahan dan mengambil masa.

Di samping itu bagi sesetengah wanita, tanda proses kesembuhan bermula apabila beliau mengalami tanda-tanda seperti keputihan yang banyak dan keluar darah hitam untuk beberapa waktu.

Rasa sakit pinggang dan sakit pada ari-ari juga menandakan kesan positif EKF “membersihkan” rahim.

Untuk masalah perut yang keras dan buncit, selain pemeriksaan hormone saya mencadangkan puan melakukan pemeriksaan ultrasound untuk melihat imej kelenjar ovary puan.

Namun saya menasihatkan puan tidak mengambil apa-apa ubat hormone yang mungkin menjejaskan semula kitaran haid dan kesburan puan.

Teruskan pengambilan EKF. Banyakkan berdoa di dampingkan kekalkan pengambilan air yang mencukupi.

Wallahu a’lam.

Info dari Nota Fan Page EKF 



Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI


Berminat untuk mencuba Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM? 
Contact ILA-0173201998 (msg/wasap/call)




Wednesday, January 22, 2014

Ekstrak Kacip Fatimah (EKF) : Testimoni Dari Seorang Isteri & Ibu


Salam kengkawan
Haha..sorilah ye blog nie akan dipenuhi dengan pelbagai testimoni Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM. Kalau ramai sekarang yang pilih medium FB. Saya gunakan both tapi  saya lebih prefer blog sebab saya suka membebel. muahaha.. Kat FB tue sikit2 je bolehlah.. lagipun kat blog lebih banyak kita boleh bincangkan & saya suka link macam2 untuk mereka yang nak cari lebih info. Cuma klik je kat mana-mana perkataan yang ada garisan & color lain dari tulisan lain.. For sure adalah info terdahulu atau website yang berkaitan.


Sori ye semua reader..semua testimoni nie memang saya takkan reavel siapa orangnya. Tapi semua testimoni saya adalah customer saya.. Takkan korang tak kenal gambar tue saya & arief..hihi. Takmo amik testimoni orang lain..Tak syok..

Ok berbalik ke[pada customer saya..Masa beli EKF customer nie langsung tak bagitau apa masalahnya.Kebanyakan customer bagitau saya dulu. Tapi saya tak kisahla.. nak bagitau boleh tak mo bagitau pun boleh.. Saya COD macam tue je kat customer nie..Saya cuma bagitau cara makan je.. Satu kapsul untuk masalah keletihan dan 2 kapsul kalau ada masalah kewanitaan. Makan dulu satu kapsul maybe untuk seminggu untuk elakkan badan terkejut.. Minum banyak air. Masa period&Pregnant tak boleh makan. Itu sahaja.. 

Kami dah jadi geng dalam FB. Lepas beberapa minggu saya tanyalah perkembangan kat FB. Saya pun cakap berkias. "Ok tak?.. Yang beli dengan ila ?"  Ada setengah orang memang tak nak sesiapa tahu diorang makan supplement apa.. Dan jawapan beliau memang buat saya happy bangat!! Korang baca kat atas tue ye.. I AM ENERGETIC & HEALTHIER!



Pastu sambung kat pm (private massage) pulak.. Alhamdulilah.. Selain mengurangkan keletihan membantu beliau jugak dari masalah kewanitaan yang lain.. Kalau kawan-kawan tengok perkataan yang saya delete tue..sebabnya itu adalah masalah "rahsia perempuan". To make it short pada saya masalahnya mungkin lendir yang berlebihan. Itu je saya boleh cakap.  Dia kongsi dengan saya komen suami dia sejak amalkan EKF. Alhamdulilah semoga makin sihat ek..

Kenapa saya delete pm tersebut? Blog saya nie blog parenting.. Nanti Amana akan baca. Saya tak mo Amana baca & tanya saya benda2 pelik.. Nanti bila dia besar dia pahamlah tapi bukan masa sekarang yang dia masih bertatih membaca..bertatih nak hidup ..Dan sebenarnya sampai sekarang saya tak paham kenapa kalau jual supplement atau ubat2 yang berkaitan dengan masalah kewanitaan/kelakian mesti nak buat iklan lucah/separa lucah. Tak malu ke? Seriously saya takkan beli produk yang macam tue..disebabkan iklan itu.. bukan produk itself..Bila baca iklan2 kat FB rasa malu nak baca . Yang post iklan2 tue tak rasa malu ke? Saya malu .. Kalau saya yang post iklan-iklan macam tue .. pasti yg akan membaca tue ada kawan2 atau sedara-mara ..malu memikirkan pandangan orang pada kita..dahle kita ne pegang status mak & isteri..nanti tempiasnya kena pada suami & anak-anak kita..  Kalau ye pun cukupla sekadar tulis  "memperbaiki hubungan suami/isteri" nak je type apa yang saya baca kat FB tue tapi nanti dah sama pulak dengan si pengedar iklan tue.. dengan gambar-gambar separa lucah&sepenuhnya lucah.. Haiyaaa...Malu i tengok tau..

Kalau betul orang berminat dengan supplement awak; customer  akan pm & cakap sendiri apa masalahnya.. So bincangla secara verbal & kongsilah berdua antara pengedar & customer. Tak yahla letak gambar lucah..perkataan lucah..malulah..kita bertanggungjawab atas apa yang kita tulis& gambar yang kita post.. esok2 anak-anak pulak baca apa yang awak type tue..malu tak?  Ok itu pandangan saya ye.. Tak payah nak hentam saya pulak.. Saya tau saya kolot.. Sekian, terima kasih

Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
 Kalau berminat untuk mencuba Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM:
ILA-0173201998 (msg/wasap/call)



Thursday, January 16, 2014

Ekstrak Kacip Fatimah: Testimoni Customer Saya

Alhamdulilah stok EKF saya hampir habis dan insya Allah akan restok tak lama lagi. Saya ambil stok  hujung bulan November. Tapi bulan 12 tak dapat nak promote sangat sebab busy jaga 3 anak.. muahaha memang tak kemana-mana sebab celik mata sampai tutup mata menguruskan rumahtangga. Bukan mudah nak berbusiness sambil jaga anak. Tabik betul kat WAHM sekalian. Tapi start bulan satu nie insya allah boleh laju sikit promote sebab anak-anak semua dah sekolah dan hantar ke taska.. Laju saya tue kat mana? Depan lappy je haha.. takkan saya nak kendong Khairy jual dari rumah ke rumah.. Agak-agaklah.. Melalak khairy tak tahan panas..  Lagipun ini untuk income sampingan  di samping berkongsi produk yang baik, selamat dan halal dengan semua. Saya dah guna so berani cakap.. Diri sendiri tak amalkan then jual kat orang..mana bolehkan? Tak jujur namanya.. lagi-lagi produk yang berkaitan dengan kesihatan dalaman.. kalau bukan disyorkan doktor (drzubaidi.com) i pun seram uolls...

Ok meh kita kongsi testimoni customer saya..Ini customer saya ye ..Bukan curik testimoni orang lain.. Background tue saya letak gambar EKF yang saya sendiri ambil & edit.. Dah letak watermark ye.. Kat tengah-tengah seperti yang dicadangkan seorang reader semalam.. katanya jangan letak watermark kat hujung kak..orang boleh je croup gambar akak..letak tengah2.. betul jugak cadangan tue..guddd idea.. mekacih ye..


Miss Y ne customer saya. Sanggup datang umah malam-malam semata-mata nak beli EKF. Datang dengan suami pulak tue. Saya ada cerita tentang customer nie sebelum nie kat sini. Baguskan bila  suami  turut merasai masalah isteri. Sama-sama bantu isteri untuk pulihkan kesihatan isteri. Jangan buat tak tau je ye dengan masalah kesihatan isteri. Kalau isteri tak sihat ceria ke rumahtangga? Mood isteri pun asik ke laut sebab risaukan masalah dalaman dia.. Ambillah tahu sikit..Hulurlah bantuan kewangan dan emosi bla isteri mengadu.Pada  sapa lagi isteri nak mengadu kalau bukan suami. Takkan dah kawin nak mengadu kat mak.Pastu ibu mertua pulak susah payah carik ubat untuk isteri awak. Baik isteri awak pegang title anak je tak payah pegang title isteri .. Ok sori emo.. emo kalau ada suami yang amik mudah nie.. 

Ok berbalik kepada citer Miss Y.. Masalah beliau adalah period yang berpanjangan dan rasanya datang lebih dari sekali dalam sebulan.. Kalau asik period je mestilah tak selesa.. Alhamdulilah ada perubahan walau baru 3 hari makan.. Macam saya dulu 2 hari makan EKF  pun dah ada perubahan dari segi mengurangkan keletihan..  bacalah msg yang saya tepek tue ye.. Itu baru baca msg ye..belum lagi uools dengar suara dia yang happy bila call saya.. saya yang dengar pun suka sangat.. Sebab dapat berkongsi produk yang membantu orang.. Ok.. ok... masalah period biasa sangat masalah tue ye..bukan besar sangat pun masalah period banyak nie.. cuba awak pulak rasa kalau sebulan bergelumang dengan darah? Selesa ke? Boleh bayang? 


Ini pula customer saya Miss L. Miss L nie pulak masalah dia period dia jadi sedikit dan hanya 3 hari..Haii jadi perempuan macam nielah ..banyak sangat period susah hati.sikit pun susah..yela..mestilah nak kitaran yang normal barulah itu tandanya sihat..betul tak akak-akak semua? Alhamdulilah sejak makan EKF period dan banyak seperti normal semula.. cuma bilangan hari masih dalam proses untuk dipulihkan. Tak sampai sebotol lagi Miss L nie makan EKF.. 

Saya cadangkan kalau ada yang nak makan EKF nie mulakan dengan makan satu biji.  EKF nie perubatan herba .manalah tahu badan terkejut pulak .. makan satu-satu biji.. at least selama seminggu ke.. mmm.. tapi saya hari ke 3 dah up ke 2 biji kapsul..hihi..Paling penting minum banyak air..

Sedikit perkongsian dari blog Dr Zubaidi.. berkenaan berapa lama tempoh sesorang wanita perlu mencuba keberkesanan sesuatu supplement.. Kalau 3 bulan kawan2 dah try makan dan tiada perubahan.. so berenti je makan..ia membazir wang sahaja.. kalau kawan-kawan makan EKF nie dan 3 bulan pun tiada perubahan ..okla jangan makan lagi.. Saya ambil sedikit petikan dari blog Dr Zubaidi tue ek..
Jika puan telah berumur 30an, jangan membuang masa dengan mencuba pelbagai produk supplemen terutama yang dijual tanpa nasihat yang betul. Mereka yang menjual produk suplemen ada kalanya tidak memahami fisiologi kitaran haid pada seorang wanita dan memberikan janji manis untuk melariskan produk. Saya nasihatkan puan melakukan pemeriksaan doctor jika puan telah mencuba produk-produk itu untuk 3 bulan kerana dikhuatiri puan mengalami masalah yang lebih kompleks. Entri penuh di link ini
 
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
 Kalau berminat untuk mencuba Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM:
ILA-0173201998 (msg/wasap/call)