ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, September 23, 2021

Patma Patisseries - kek batik super sedap

"Mamaaaa, ada orang bagi. Dia kata free"

Saya tengah siram pokok kat belakang. Cepat2 menjerit..

"jangan makannnn! Mama takde ordee apa2!"

Kejadian piza tersilap hantar ke rumah tue betul2 jadi trauma. Arief main amik je bila piza datang rumah. Saya kat opis masa tue. Dahla piza jenis mahal. Sian pulak pembeli sebenar.. Call domino.. Domino cakap dah tersilap hantar rezeki puan dan anak2😅

Tapii bila saya tengok apam balik yg sedap nie.. Di sampingnya ada kek batik  durian  mabeles.. Terus saya tahu siapa yg hantarkan..

Ini pun salah satu bakers yg saya suka. Saya memang suka kek. Tapi sy memang tak pandai buat kek. Dengan patma patssrie  nie 3 jenis kek batik mabeles dia saya dah order.. .. 

1. Kek batik coklat
2. Kek batik biscoff
3. Kek batik durian

Rasa sedap. Rupa cantik. Menarik. Tertarik. 

Yang terbaru diorang buat apam balik mabeles pulak. Kotak dah mcm piza. Rupa dah ala2 piza. Rasa sedap.. Rupa cantik.. 😉

Ada pulak kopi.. Brew sendiri.. Kagum saya yang memang takde kelebihan bab-bab dessert nie..
Membeli jelah kelebihan saya yg diturunkan oleh mak saya kepada saya🤣

Korang yg muda2 follow lah😅 
Ig : patma.patisserie
       Putri patma sari 

Korang yg senior citizen. Follow fb ye🤣
Fb : Patma Sari Ridwan

area kajang bangi Semenyih boleh pm patma kalau nak order. Kek batik tue rm17 je utk sebekas panjang tue. Tak menyesal. Insya allah.. 

Maaf ye saya spam makanan sedap.
Peniaga2 juga perlu survive.
Bila ada iklan makanan.. Iklan emas..
Ketahuilah bukan mereka nak bagi org meleleh ailio je. Itu punca rezeki mereka. 
Sekarang marketing memang  thru online.
Lagi2 dengan keadaan ramai tak dpt keluar nie.

Saturday, September 18, 2021

Adlan Khairy dan Zaiton Minsyam


Hari nie saya bahagia sangat..
Menitik juga air mata..
Bila mana cerita jantung khairy memberi ilham pd seorang anak untuk kesihatan ibunya.


Kawan FB saya nie beri ibunya makan zaiton Minsyam bila baca cerita khairy yg bertahan dengan jantung magicnya dengan amalkan zaiton Minsyam..
Seronok sangat. bahagia sangat bila cerita anak2 kita membantu org lain ..

Sampai hari nie pun saya tak akan lupa seorg kawan FB yang berkongsi cerita pembedahan jantung  anaknya.
Kerana perkongsian cerita anaknyalah saya dan suami tidak benarkan khairy teruskan operation walaupun masa itu bilik operation telah dibook oleh doktor.
Perjalanan kawan FB itu sangat serupa dengan saya..
1. Meninggalkan pejabat kerana anak bermaslah jantung
2. Meniaga online untuk survive
3. Membawa anak jantung tunaikan umrah.
4. Anaknya sama mcm khairy. Kelihatan sgt sihat tetapi ada defect pd jantungnya ..

Bezanya... Anak beliau telah berada di syurga kerana pembedahan jantung tersebut..
Selepas membaca cerita kawan FB itulah ..kami terus batalkan pembedahan khairy.

Husbd siap bgtau doktor cerita kawan FB saya tue..
Kata2 husbd "kawan isteri saya anaknya mcm khairy.sihat tapi operation tak berjaya. Kami dah dengar cerita itu jadi kami minta tqngguh dulu dan cuba cara lain.. lagipun khairy nampak sgt sihat.cuma jantung dia laju tak mcm org lain. Risiko melepaskan khairy untuk dibedah lagi banyak dari biarkan dia tanpa dibedah. Risiko masa bedah.. Risiko lepas bedah kemungkinan dia bergantung dgn jantung bateri.sy baca juga tak semua bateri tue sesuai.kena tukar lagi.. bedah lagi..berapa kali nak dibedah etc etc..Biarlah apa jadi pada khairy pun ditangan kami bukan di atas meja bedah"

Syukur alhamdulillah ditemukan juga dgn pakar yg memahami dan faham keputusan mutlak adalah ditangan ibubapa.

Alhamdulillah kerana membaca cerita kehidupan org lain..memberi kami ilham pd keputusan nyawa anak kami.
Hari ini cerita khairy pula memberi ilham pd orang lain... Dan hidup ini beginilah...
Org lain beri ilham pd kita..
Kita pula beri ilham org lain..



Dan begitulah yang percaya pada makanan sunnah. Insya Allah akan dpt keberkahannya.. Dulu sy bagi khairy makanan sunnah pun bila customer yg memang amalkan zaiton nasihatkan saya "bagilah anak makan zaiton. Kan zaiton tue menguatkan jantung. Makanan sunnah tak ada mudharat. Insya allah"
Dengar nasihat customer terus sy beri khairy makan zaiton selepas mencari info serba sedikit.
Alhamdulillah khairy dah 8 tahun. Khairy amalkan zaiton Minyam sejak umur 6 bulan tau. 

Btw sy diizinkan oleh tuan punya badan utk sharing cerita ini.. sama2 kita doakan ibunya terus sihat ..insya allah..



Wednesday, September 15, 2021

Rugikah bawa anak tunaikan umrah ketika kecil?

Masa nie umur saya 34 tahun..
Tak sangka di umur 34 sy tunaikan umrah..
Tanpa dirancang..

Sy tunaikan nazar khairy
Nazarnya "kalau khairy hidup melepasi usia setahun.. Sy akan bawa khairy tunaikan umrah"

Betul ke sy yg bawa khairy tunaikan umrah?
Atau sebenarnya "khairy yg bawa sy tunaikan umrah"

Cintanya kita pada anak dan janji pada Allah membuatkan kita sanggup meredah negara ke negara..
Bukan senang nak bawa anak sakit jantung ke Mekah..
Alhamdulillah Allah mudahkan..

Ada org cakap rugi bawak budak2 pg umrah
Diorg tak paham apa..

Bergantunglah pd persepsi dan pendapat masing2.
Ini impian saya selaku ibu kepada anak2 saya yg telah melalui didikan kehidupan.
Saya ambil didikan kehidupan ini utk saya dan anak2 lebih dekat dengan Pencipta.

Kenapa kita perlu berkira kewangan, masa, tenaga utk urusan melibatkan ibadah anak kita.
Tetapi utk urusan dunia kita sanggup berhempas pulas melakukannya?

Dan sekurang2nya ank2 saya insya allah akan dpt syafaat nabi..
Dan bila pandemik nie datang..
Tak terucap syukurnya sebab kami sekeluarga dah tunaikan umrah kecuali Adam si bongsu.. 

Rasulullah pernah bersabda "wajib syafaat dariku  bagi sesiapa yg menziarahiku selepas kewafatanku"

Adam je belum.. Insya allah sampai masa Allah akan jemput adam..
Mama tak akan putus berdoa untuk Adam Ziqri si bongsu mama

Monday, September 13, 2021

AL Quran Baru..

Alhamdulillah
Happy sangat dapat Quran baru
Papa bebudak nie nak beli utk Arief&Amana..
Silap besarlah mak diorang terdengar..

"beli utk B sekali nanti B bayar ye.. 
Quran B kecikla.. Tak nampak bila baca. Sakit kepala tengok kecik sangat"

Dah dapat kat tangan..

"papa nak pahala tak? Lagi bernilai dari harga Quran nie tau. Kat akhirat nanti berat timbangan pahala papa tau.. Sebab isteri baca Quran yg papa hadiahkan nie setiap hari"

🤣🤣🤣🤣🤣

Yeayyy kita prank laki kita plak
Belajar dengan anak yg prank kita hari tue🤣





Selawat Untuk Jantung



Saya ingat lagi.. Khairy baby sangat..
Saya pujuk husbd bawak pergi Darul Shifa Ustaz Haron Din tue..
Masa tue sy tak pandai bawak keta
Padahal dekat je dengan rumah
Puas pujuk husbd.
Husbd diam je..
Tapi akhirnya hubd bawak juga.. 

Husbd yg dulu bukanlah husbd yg sekarang..
Sekarang.. Kalau sebut nak pergi mana2 jumpa alim ulama cepat je husbd bawak.
Kdg2 tak ajak pun. Dia yg ajak..
Kdg2 sebut sekali je nama org alim yg kita teringin nak hadir kuliah..
Terus husbd bawak..
Alhamdulillah usia2 dah nak hujung nie..
Tak mintak banyak dah urusan dunia.
Nak banyak2 urusan akhirat.
Bersama2 suami yg kita sayang selalu ziarah org2 agama.
Alhamdulillah sebelum kubik nie..
Boleh kata puas hati suami bawak pg majlis2 ilmu dekat dan jauh.
Dan puas hati sebelum kubik dah dpt tunaikan umrah. Bukan saya je tapi semua anak kecuali adam yg bongsu.
Kami pergi masa berbeza tapi tak mengapalah..
Saya dengan amana dan khairy.
Husbd dengan Arief. 
Insya allah sampai masa sy ada peluang juga peegi Mekah Madinah dgn husbd.
Allah yg akan jemput ke sana..
Bukan manusia punya hak dan kuasa utk halang atau jemput. 

Ok sambung bab selawat jantung..
Ustaz yg jumpa tue.. Lepas kami cerita sikit2 hal khairy..
Dia ambil khairy dan doakan..
Dibaca doa pd khairy dan air..
Bagi selawat nie dan minta amalkan
Mcm biasalah sy lambat menghafal.
Suami yg ala2 antara nak dtg dgn tak nak tue.. sekali dengar dah hafal😆
Bila balik saya hafal pulak dengan husbd.
Tapi sayalah yg amalkan pada khairy.
Mengikut cara yg ustaz tue ajar..

Caranya:
Buat setiap pagi mengadap kiblat..
Kena cahaya matahari duha..
Tangan kanan di dada khairy..
Baca satu selawat.. Tarik nafas.. Hembus..
Ulang 7 kali..

Lepas tue saya terbaca cahaya duha nie sgt baik utk kesihatan.
So tiap2 pagi sy pakaikan khairy baju yg berlubang supaya kulit khairy kena cahaya matahari.
Pusing2 padang..
Letih sgt rasanya sebab sy baru bersalin masa tue.. Tapi dah habis pantangla.. Tenaga belum recover betul2.
Tapi sebab anak gigih jugak. Walaupun lepas pusing padang tue rasa berpinar mata..nak pitam.. 
Oh tuela salah satu punca sy kurus mcm bujang masa tue..
Hari2 bawak khairy berjemur dgn cahaya duha..

Utk khairy kami cuba mcm2 cara utk kesembuhannya.
Banyak kami belajar.
Utk khairy makanan sunnah memang bermula seawal usia 6bulan sehingga hari ini. 
Kalau tetap dengan rawatan moden sahaja..
Khairy tidaklah sesihat dan setegap hari ini.
Alhamdulillah Allah Maha Pemberi Petunjuk, hidayah dan kesembuhan

Friday, September 10, 2021

Penyokong Kezaliman

Sesungguhnya Al Quran itu adalah mukjizat.
Semua yg berlaku dahulu, sekarang dan akan datang semuanya dah dinyatakan dalam Al Quran..
Subhanallah..

Hati2lah mereka yg menyokong puak2 yang berlaku zalim kepada orang lain..
Anda tak akan mendapat sebarang pun pertolongan dari Allah.
Di akhirat juga api neraka akan membakar kamu.
Jika dihati kamu masih ada iman.
Berhati2 dengan tindakan kamu semua.
Tariklah "handbrake" dan bertaubatlah! 

Allah telah beri amarannya dlm Surah Hud Ayat 113.

Mereka telah menghina kami
Mereka telah melable kami seperti puak2 Quraisy kepada Nabi Muhammad
Mereka telah menyusahkan kami
Mereka telah menghalang kami dari masuk ke rumah Allah
Mereka menghalang kami dari berkelana
Mereka menyusahkan kami mencari rezeki
Mereka menekan kami dengan mcm2 cara dalam setiap gerak hidup kami
Mereka telah menunjukkan kekuasaan mereka kepada kami.
Tunjukkalah kekuasaanMU kepada mereka!


Wednesday, September 8, 2021

KUIH LAPIS HAJAH RAHMAH



Bulan Ogos bulan kelahiran  mak saya.
Tak tau dah nak beli apa.
Kalau dulu selalunya saya belanja mak makan di tempat yang special sikit.
Tapi sebab pandemik yg tak habis-habis nie kita carik alternative lain.

Kalau usia mak-mak kita nie dah tak suka kek2 moden.
Mak saya lagila..mana makan kek krim2 nie.
Mak pernah sebut nak makan kek lapis.
Jadi saya cuba carik kek lapis yg agak sihat untuk mak.
Maksudnya nak carik kek lapis  yg buat tanpa gula putih.
Alhamdulillah jumpa..
Walaupun tak guna gula kelapa organik mcm yg selalu mak guna dlm masakan.. 
Alhamdulilqh jumpa juga yg guna gula tebu organik.
Lepas tue boleh pulak pilih nak guna pure butter atau butter biasa..

Saya beli 3 jenis berbeza.
Perisa rempah, pandan dan coklat.
Mak suka sangat yg coklat.
Adam pulak suka sangat yg jenis pandan..

So pada yg carik kek lapis sarawak dan permintaan pun ala2 mak saya yg tak nak makanan yg ada gula putih sebab ada kencing manis..
bolehlah pertimbangkan KEK LAPIS HAJAH RAHMAH 
Boleh discuss  dengan Aida Fazlin Yaakob

perisa rempah


perisa Cadbury


perisa pandan


Gambar Arief je ada.. yg video Adam makan tue tak reti upload haha






Tuesday, September 7, 2021

Vitamin C - Sodium Ascorbate & Liposomal


Usaha carik yg ori
Bukan yg ada pemanis pewarna segala macam "pe"...

Saya tak adalah amalkan regular vitamin C
Sebab selalu sy makan habatussauda dan ekstrak kacip fatimah.
Btw ekstrak kacip fatimah UTM tak disyorkan masa period ye.
So masa period sy makan habatussauda je.

Vitamin C nie saya suka masukan dlm air bila hujung minggu.
Buat air sedap2 yg sejuk2 masukkan Vitamin C nie..
Kdg2 suami beli air buah sy masukkan Vitamin C  jugak

Bila buat air panas pulak.. Saya rendam dulu berbiji2 cengkih dlm air panas tue..
Lepas tue sy keluarkan baru sy buat air nescafe ke kupi ke..
Tak boleh tinggalkan biji cengkih dlm air panas tue..
Nanti kantoilah dengan suami yg saya letak ubat pengasih dlm tue 🤣🤣🤣

liposamol Vitamin C nie saya beli selepas baca sharing seorang Doktor consume Liposamol Vitamin C untuk melawan kubik.

Nanti saya buat perbandingan antara kedua Liposamol Vitamin C nie ye


Monday, September 6, 2021

Kenangan Menang Party 50K

Salam semua, hari nie dlm satu group yg saya sayang tue bercerita tentang sedekah akhirat..

Jadi saya nak share kisah benar.  Cerita diri saya dan anak2. Kalau kawan2 lama memang tau cerita ini. Tapi sebab dlm nie dah ramai kawan baru. Mehla kita throwback.. Harap sudi baca..

Saya ada seorang anak magic. Usianya sekarang dah 8 tahun. Survivor pesakit jantung. Dikesan sejak dari dlm perut lagi. Sejak usianya dlm perut lagi dah bermula proses pemantauan. Tiap2 minggu ye. Bukan pantau utk ukur berat ke apa.. Dipantau utk memastikan dlm perut itu adalah bayi dan bukan mayat. Kalau dah jadi mayat kena keluarkan cepat2 sebab akan memudaratkan saya pulak.

Alhamdulillah selamat dilahirkan secara ceser yg dirancang. Dikeluarkan awal kerana jantung bayi makin haywire. Bermulalah proses rawatan bayi.. Seorang doktor menasihatkan saya "sedekahlah apa2 sahaja atas nama bayi dan niatkan semoga urusan kesihatan jantung bayi dipermudahkan"

Saya buat tanpa banyak soal. Saya ambil cuti tanpa gaji utk jaga bayi dan terjebak online business tanpa saya rancang (part nie next status ye). Sy amalkan apa yg doktor tue syorkan. Setiap jumat sy "memberi" hasil online business saya yg tak menentu tanpa culas sekali pun.

Saya juga buat nazar jika anak ini masih hidup melepasi tempoh setahun. Saya akan bawa dia tunaikan umrah. Dlm hati masa tue "mana pulak nak carik duit nak tunaikan umrah nie. Dahla cuti tanpa gaji"😓

Saya tekad. Dan tak sedar sikit demi sikit sy boleh bayar urusan tunaikan umrah. Saya bayar tambang saya, tambang anak yg sakit jantung dan deposit 10% utk 5 org sebab mak, adik lelaki teman saya termasuk anak perempuan saya menemani saya.

Sedar tak sedar 15k sy keluarkan utk urusan umrah. Kalau ikutkan akal lebih baik saya simpan je utk survive kehidupan dgn anak sakit jantung lebih2 lagi  sy pun cuti tanpa gaji.  Masa sy berangkat ke mekah tue pun sy takde sesen pun duit dlm akaun😭

Say melangkah tunaikan umrah dengan hati yg sgt sebak. Dlm hati saya biarlah habis semua duit pun. Asalkan janji dan nazar saya pd Allah tertunai. Buat apa sy fikirkan dunia sedangkan masa tue hati saya sendiri dah rasa terlalu penat dengan semuanya.. Saya cuma nak tunaikan umrah.. Nak ziarah makam Rasulullah dan mengadu semahunya kesedihan hati saya..

Balik dari umrah.. Akaun saya tiba2 ada 5k..rupa2nya customer sy bank in utk beli produk. Sudahla sy di mekah hampir 2 week. Bila saya balik takde satu pun caci maki dari customer yg lambat dapat barang mereka...

Dan rezeki tak bterhenti di situ saja.. Beberapa bulan kemudian sy juga menang contest event bernilai 50K! Memang sy tak dapat cash 50K. Tetapi sy dapat 4 ke 5 ipad. Dan benda2 lain yg boleh ditukar kepada cash.. Dan sebenarnya memang impian sy untuk buat majlis akikah utk Adlan Khairy sebab sejak lahir.. Tiada langsung majlis atau apa2 saja dibuat tanda kegembiraan atas kelahirannya melainkan hanya air mata dan kesedihan..

Alhamdulillah.. Adlan khairy anak bertuah..

1. Rambutnya tak dicukur langsung sejak kelahirannya kerana asik ulang alik ke hospital. Tetapi rambutnya pertama kali gugur utk TAHALUL ketika tunaikan umrah.

2. Tiada walau sedulang pun majlis menyambut kelahirannya. Tiada kegembiraan melainkan air mata yg sentiasa mengalir sejak dia lahir.. Tetapi Allah ganti dengan majlis bernilai 50K.dihadiri puluhan anak yatim yg mendoakannya.. 6 kambing disembelih utk meriahkannya, 7,8 kemah berdiri megah umpama kenduri kawin..

Yakinlah tak pernah rugi kita memberi, sedekah, zakat dan lain2..
Allah beri gantinya di dunia dan lebih banyak keamanan dan dipermudahkan untuk urusan akhirat.

Jangan kita aniya orang.. Biarlah org aniya kita sebab Allah itu Maha Dalam Pembalasannya.

Berusaha ikut apa yg diperintah Allah walau kecil dimata org lain. Jika ada khilaf pendapat.. Utk keselamatan iman, agama dan diri.. kembalilah pada peraturan asal yg diperintahkan Allah dan Rasullulah 

Link boleh baca di sini
Part 1:
http://kokoadik.blogspot.com/2015/10/blog-post_15.html
Part 2:
http://kokoadik.blogspot.com/2015/10/teaser-50k-akikah-birthday-party.html

Hanya berkongsi kisah rezeki Allah pada yg berusaha ingin hampir padaNYA,

Mama Adlan Khairy

Wednesday, September 1, 2021

Beli Bawang Online Cantik dqri Mek Bawang

Arief kenapa tak amik parcel mama.tau tak smlm parcel mama kena hujan? Nie parcel baru mama datang pun tak amik kenapa?

Tak beranilah nak keluar mama. Takut orang jahat yg datang culik arief..

Ko punya jawapan memang buat mama naik angin.tue panah yg mama beli tue apa gunanyaaaaa🙄 pandai2la pertahankan diri..

Dah malas nak layan parcel mak dia lah tue.
Bagi alasan merapu.
Baik! Tunggu mama susun tiap2 hari mesti parcel datang!rasakan🤭

Btw cun betul bawang2 nie tau.. tak rugi beli.
Bawang kecik tue origin india
Bawang hollond origin australia
Saya memang elak bawang che na
Kalau seller tipu sumpah dia jadi bawang!😁

Beli kat sini :  https://shopee.com.my/product/82929131/4221093344?smtt=0.339161799-1629463790.9 



Cantik kan bawang-bawangnya?