
ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK
Sunday, February 26, 2017
Adam Ziqri menemani Adlan Khairy di HUKM

Thursday, February 23, 2017
Majlis Ilmu Parenting Bersama Ustaz Pahrol Mohd JUuoi
Surau Al Kauthar S4 Bandar Baru Bangi
Walaupun perkara asas.
Biarlah kita mati semasa menuntut ilmu.
Boleh kata anak malas tapi jangan label dia 'pemalas'.
Panggil nama anak dengan nama yg baik sebab itu adalah labelnya.
Jadi hamba Allah yg baik.
Ilmu wahyu adalah asas menjadi hamba Allah yg baik.
Ditambah dengan acquired knowledge ilmu akademik.
Sesungguhnya lebih SUKAR didik anak jadi BAIK daripada didik anak jadi CERDIK.
Didiklah anak mengikut kehendak Pemberi amanah.
Jangan bawa anak2 kepada kita, tapi bawalah anak2 kepada Allah.
Ibu adalah cuaca dalam rumahtangga.
Doa ibu lebih mustajab dari doa ayah kerana sayangnya lebih berakar
kepada anak daripada ayah.
mencintai ibu anak tersebut (isterinya) sepenuh hati.
Ceriakan isteri maka cerialah rumahtangga.
Ibnu Sina, Hafiz Al Quran pada masa umurnya 7 thn.
Ini antaranya kerana semasa dalam kandungannya ia telah dididik oleh ibu yang hafizah Al Quran.
kenal huruf Al Quran melalui kita.
Ambillah barakah ini.
Pemimpin yang baik adalah yang besar pengaruhnya kepada anak2.
Skrg ni anak2 tadika lebih percaya Ustazah di sekolah daripada ibu bapanya. Anak remaja lebih percaya kawan daripada ibu bapanya.
Akhirnya, ibu bapa hilang pengaruh kerana dunia tanpa sempadan
amat besar pengaruhnya.
Dlm rumahtangga, dipercayai adalah lebih utama drp dicintai.
Contoh: Berapa ramai isteri yg mencintai suaminya tp tidak mempercayainya.
Didiklah diri kita dalam usaha mendidik anak2 kita. Bantulah anak2 menjadi soleh dan solehah dgn membanyakkan amalan SUNAT.
Oleh itu, untuk mendidik anak2 mengerjakan amalan wajib didiklah diri kita mengerjakan amalan sunat.
sebagai tawasul anak2 menjadi baik.
Cth: moga dengan sedekah ini, tetaplah solat anak2ku..
Anak dapat result yang baik terus war2kan. Anak yang tak dapat result elok diamkan dan dimara
Jangan membezakan anak2 yang pandai dengan yang kurang pandai.
PANDORA 916 : HARI GAJI JOM KITA BERCINTA
Tuesday, February 21, 2017
Isteri telah berkali-kali mati
Setuju dengan apa yang ustaz Ebit Lew katakan. Isteri dah banyak kali 'mati' untuk kita (suami). Secara zahirnya mereka sedang melahirkan anak untuk kita, tetapi hakikatnya mereka 'sedang mati' untuk kita.
Saya selalu pesan kepada adik dan kawan-kawan lelaki. Hargai isteri walau apa pun terjadi. Jangan kerana sedikit kelemahan mereka, kita melihat kelebihan yang ada pada perempuan lain. Kadang-kadang belum tentu perempuan lain dapat bahagiakan kita sebagaimana isteri kita lakukan sekarang.
Mereka tiada sesiapa lagi setelah berkahwin dengan kita. Segala suka duka semuanya diharungi bersama kita. Ada mak ayah menangis setelah anak sah menjadi isteri orang. Mereka gembira dalam masa yang sama, mereka risau dan harap agar kita jaga anak mereka dengan baik.
Tiba-tiba hari ini, kita dengar suami pukul isteri, curang dengan isteri. Mula tidak sayang isteri, mula ada perempuan lain. Kenapa ada lagi lelaki sanggup ceraikan isteri dan tinggalkan mereka sebatang kara bersama anak-anak semata-mata masalah yang kecil.
Kita sepatutnya sebagai suami lindungi mereka, bimbing mereka, jaga amanah yang diberikan oleh mak ayah mereka. Sebelum kahwin, semua syarat kita boleh terima. Kenapa setelah kahwin kita lupa segala syarat yang diberikan?
Sebelum kita pukul isteri, tampar isteri. Cuba minta kawan tampar ibu kita. Apa kita rasa? Kalau tak koma, mungkin mati kawan tu.
Sebab itulah saya pesan kepada remaja sekarang, suka perempuan niat kerana Allah. Jika kita letak hukum Allah dalam cinta kita kepada perempuan, kita akan hargai mereka sampai mati.
CINTA perlukan pengorbanan. Sahabat Nabi S.A.W sanggup putus jari, putus tangan, kaki, kepala untuk dapat CINTA Allah. Khadijah r.ha asalnya orang yang sangat kaya, sanggup KORBAN kekayaan demi Allah dan Rasul. Begitulah juga jika kita cinta pasangan kerana Allah. Pimpin keluarga untuk ikut kehendak Allah. Dalam hubungan ketepikan KEHENDAK kita, berusaha tunaikan KEHENDAK pasangan.
Suami isteri setiap hari puji pasangan, ucap terima kasih, sayang, rindu kepada pasangan. Luangkan masa untuk dengar setiap keluhan, masalah pasangan. Jadi pendengar yang setia setiap perkongsian.
Tuan puan. Banyak bagi masa untuk berdoa. Mengadu segalanya kepada Allah, tiada sesiapa pun dapat selesaikan masalah kita kecuali Allah. Tiada siapa pun dapat tenangkan hati kita kecuali Allah. tiada sesiapa pun dapat bahagiakan kita kecuali Allah.
#IsteriAnugerahTerhebatDariAllah
-EncikMatt-
Saturday, February 18, 2017
Mencari jiwa yang hilang @STITCH.NETWORK & KOKOADIK GOLD
Saya ada ramai kawan2 yang dah berbelas tahun kerja mengalihkan rasa "jemu &penat" dengan rutin harian mereka dengan part time job..part time business..semuanya berdasarkan ikut minat. Ada orang cakap buat part time job and part time business tue sebab tak cukup duit..ya betul..mungkin.. dalam kes saya .. nak kata duit tak cukup sekarang..alhamdulilah..dengan 4 anak nie allah cukupkan keperluan insya allah.,belum lagi anak2 tak dapat makan.,cumanya takla huhahuha..travel oevrsea bagai haha... cuma saya suka menyediakan diri untuk akan datang.. saya dah merasa sejak adanya adlan khairy.. persediaan financial yg kukuh sangat penting sebab dugaan tak kira masa... hari nie ko dapat gaji tetap esok lusa masih adakah gaji tetap itu? nasiblah saya nie memang bukan jenis boros..bersyukurla sapa yg dapat saya nie jadi wife.,tak syukur tak taulakan? Hahaha..balik kena marah buat statment gini kiki...
Thursday, February 16, 2017
Mampu kah kita bila Allah ingin tingkatkan darjat?
Kalau sehari tak menitik baca tulisan en matt memang tak sah.. kalau jadi mcm nie pada kita sebagai isteri mampukah kita bertahan? Cer jawab? Saya penah baca..kalau kita diduga masa kita berdosa angggapla kifarah tapi kalu dugaan tue ketika kita dalam keadaan taat ia adalah untuk meningkatkan darjat... insya allah ..allah tingkatkan darjat akak nie kan?
Maafkanlah kesilapan pasangan. Ya sukar, tapi perbuatan ini الله suka. Orang beriman tidak akan ada cita-cita untuk membalas dendam.
Saya jumpa sorang akak ketika ziarah keluarga beliau. Keluarga beliau sangat rapat dengan saya, sangat-sangat. Dia cerita .Isteri perlu maafkan kisah silam suami walaupon suami ketika itu kaki minum, kaki judi, kaki pil kuda, ganja etc. bila mabuk pukul akak, pukul anak, gaduh dengan jiran. Sampai satu tahap bakar rumah jiran. Akak cari duit jamin suami dari lokap. minta maaf dengan jiran walaupon malu.
Pernah akak lari dari rumah bersama anak tidur di masjid sebab suami nak pukul. Tidak tahan kena pukul, anak dicampak macam bantal. Suami keluar masuk lokap macam masuk hotel.
Tapi akak tidak putus-putus siang malam doa untuk suami. Sentiasa maafkan suami. Bagi tahu anak-anak ayah tidak jahat, cuma tidak sihat, sikit masa lagi ayah akan sembuh. Jika bukan akak siapa lagi nak pulihkan suami.
4 tahun sudah berlalu. saya sebak bila akak ini cerita kisah kehidupan beliau. Sentiasa bergenang air mata bila sebut tentang suami. Sangat penyabar orangnya.
Allah terima doa beliau hari ini. suami jadi seorang yang sangat penyayang, sangat baik dengan anak-anak. Sangat rajin bekerja walaupon penjaja sayur. Miliki kedai runcit. Sangat baik dengan isteri. Isteri membebel pun dia senyum. Seronok saya lihat wajah suami beliau. senyum sentiasa. Bila bercakap seolah-olah disusun kata-kata.
akak banyak sabar dengan abang, sangat setia walaupon abang jahat, bukan satu hari tapi bertahun dia sabar. Asbab sabar الله pulihkan abang. Asbab akaklah rezeki kami keluarga tidak putus, Alhamdulillah abang sudah ada perniagaan sendiri atas susah payah akak juga.
Sebelum ini abang tidak sedar, tekanan melampau ditempat kerja. Alhamdulillah hari ini akak bimbing abang jadi insan yang baik. jadi suami yang penyayang. Abang minta maaf sungguh-sungguh dengan akak, rupanya akak dah lama maafkan abang.
Ambillah pengajaran dari apa yang akak cerita tadi. Matt pun tahu macam mana abang sebelum ini. Sayangilah isteri walau apa pun berlaku. Sebab isterilah kekuatan kita. Mereka sanggup buat apa sahaja demi keluarga ini. Abang setiap hari rasa bersalah dengan akak.
Tuan puan, maafkan seseorang yang pernah khianati kita asbab kebahagiaan kita akan datang, walaupon terpaksa berpisah.
#IsteriAnugerahTerhebatDariAllah
-EncikMatt-
Sunday, February 12, 2017
Pandora 916 : Bagaimana cinta bermula?
Saya tak boleh tidur
Maybe lama sangat tadi hadap komputer buat keja opis
End up tak boleh tido huwaaa
Lapar pulak tue rasa.jomla borak2 ye
Mulanya saya menang satu contest pandora silver
Ala bagi gambar emak dengan saya
Tetiba menang haha
Saya bagi adik saya voucer tue
Sebab dia peminat pandora silver
Weiii harga pandora silver boleh tahannnn
Macam harga emas
Saya menceceh kat adik saya
Ruginyaaa beli pandora silver bukan boleh pajak punnn
Jangan kecam saya ye pandora lovers😆😆😆
Adik saya cakap angah pegilah join pandora emas
Eh ada ke?
Laaaa baru saya sedar kawan comper saya memang group dalam pandora 916 atau lebih glamer masdora
So dia tolong add saya joint dalam group pandora 916
Itulah storynye
Depends on your budget
Budget saya kecik
So saya bermula dengan charm
Sampai ada 3 bentuk baru saya beli rantai tangan belut.. rantai tangan belut boleh masuk charm pandora.. rantai tangan belut nie pun kategori budget jugak.. hakak tak mampu beli mahal2 yeee..haha... biar sikt asalkan bermula..itulah motto si pengumpul pandora 916 yang sengkek haha
Nanti free2 saya letak semua dalam satu entry atau page semua set yang available
Sejujur2nya saya hanya dropshipper je untuk semua item pandora nie
Tapi dont worry saya dropship dari trusted agent dari geliga gold.
Saya dah beli dulu baru saya promo ye pada semua
So saya yakin beliau memang trusted agent
And opkosla saya trusted dropshipper haha
Thursday, February 9, 2017
Till jannah ke till jahanam?
Member tanya best ke kahwin?
Nak jawab best atau tidak, kita jawab dalam bentuk soalan.
Beli kereta baru, best tak?
dia jawab best lah. Tapi pening juga bulan-bulan nak kena bayar bank, setiap tahun wajib renew roadtax, kadang-kadang setiap 2-3 tahun dah kena tukar tayar. Itu belum battery, minyak hitam dan lain-lain. Minyak petrol dah tentu wajib. Kalau kemalangan lagi pening . Salah orang ok lah, salah kita kering poket.
Tapi kau tetap sabarkan, tetap jaga kereta, tetap basuh bila kotor, tetap beli accessories, sedangkan kau rasa sangat terbeban. Kau akan mula faham dari sedap kepada tanggungjawab. Tanggunjawab inilah yang membuatkan kau akan jaga, baiki mana yang tidak elok.
Kadang-kadang tiada siapa pun tahu kau tidak bayar bank, diam membisu. Sebab kau faham itu AIB jika orang lain tahu. Sampai satu tahap, kereta dah cecah 40 tahun, kau lagi sayang, walaupon buruk, dah menopause, absorber tahap Rheumatoid arthritis kau tetap sayang. Sebab 'sentimental value' sangat dekat dengan jiwa kau.
Begitulah alam perkahwinan. Best itu hanya sementara, ia akan jadi satu nilai yang tidak berapa penting buat engkau dan tanggungjawab itu mengatasi segalanya. Perkahwinan adalah kehidupan. Kehidupan yang penuh cabaran setiap masa dan keadaan.
Jika kau berjaya harungi kehidupan ini dengan penuh TANGGUNGJAWAB, KECINTAAN, KASIH SAYANG, KESETIAAN, KESABARAN KERANA ALLAH DAN RASUL. insyaallah akan jadi CINTA TILL JANNAH. Sebaliknya Jika kau kecualikan الله dan Rasul. Tunggulah TILL JAHANAM.
-EncikMatt-
Tuesday, February 7, 2017
Rezeki Hari Jumaat
Monday, February 6, 2017
ECIK MATT..JOM FOLLOW TAK RUGI


Sunday, February 5, 2017
Ibu meroyan.. ingat citer tipu ke?
Ibu muda kelar anak 2bulan 😢😢😢
Allah..trok tu meroyan..
Ini Sejenis Level Meroyan Paling Dahsyat. Suami, Tolong Ambil Tahu Sebelum Terlambat!
Suami Wajib Ambil Tahu Bab Ini Kalau Tak Nak Isteri Meroyan Lepas Bersalin
Tak ramai pasangan yang ambil tahu tentang kesan tekanan emosi (BABYBLUES) yang dihadapi oleh wanita khususnya selepas melahirkan anak terutama semasa dan selepas pantang. Malah banyak yang tidak mengetahui bahawa jangka masa berpantang adalah penting untuk menentukan sama ada ibu akan kembali normal seperti sebelumnya atau si ibu akan menderita akibat tekanan emosi seumur hidup.
Penyakit tekanan emosi ini dikaitkan dengan situasi ibu meroyan, yang mana ibu-ibu mengalaminya sewaktu atau selepas dalam pantang. Untuk lebih jelas baca perkongsian dari saudara Taufiq Razif ini...
Hari ni mood saya agak suram. Mana tak suram bila terbaca berita tergempar yang mana seorang ibu sanggup tikam anak sendiri bertubi tubi sebanyak 20 tikaman! Dan salah satu tikaman tu menyebabkan usus anaknya terburai keluar!
Saya sedih tapi saya tak pelik. Dalam dunia perubatan benda ni sebenarnya memang wujud. Penyakit ni dinamakan Pospartum Psychosis. Orang Melayu kita biasa panggil Meroyan.
Dalam dunia perubatan ada 3 peringkat penyakit yang kita biasa sebut Meroyan ni.
1. Baby blues
Baby blues ni kiranya level meroyan paling rendah la. Biasanya berlaku dua tiga hari lepas bersalin dan boleh berlanjutan sampai dua minggu lamanya.
Benda ni agak biasa la untuk ibu yang baru beranak pertama kali kan. Yela, malam yang dulunya sunyi sekarang dihiasi tangisan bayi kecil yang nyaring dan kuat tu sampai ke pagi. Dengan jadual waktu tidur si ibu yang entah ke mana dan ditambah lagi dengan suami yang tak reti nak membantu memang la si ibu jadi mudah stress. Suami yang nampak tahi hijau baby pun dah muntah hijau memang membuat si ibu bertambah stress.
Tanda-tanda si ibu dah kena baby blues ni adalah:
+ mood swing
+ mudah cemas
+ selalu menangis
+ kurang selera makan
+ susah tidur
2. Pospartum depression
Ni level Meroyan yang pertengahan. Penyakit ni macam Baby Blues jugak tapi simptomnya lebih teruk dan lebih lama. Biasanya boleh sampai 6 bulan lepas bersalin. Ibu yang kena Pospartum Depression ni biasanya nak jaga baby dia sendiri pun dah tak berapa nak mampu.
Antara tanda-tanda dah kena penyakit ni:
+ mood swing yang teruk
+ menangis yang melampau lampau
+ susah nak bonding dengan baby. Kadang ada rasa benci kat baby sendiri
+ rasa takde tenaga dan tak boleh tidur
+ rasa nak hempas baby ataupun cederakan baby
+ rasa diri tak berguna
3. Pospartum Psychosis
Ni level Meroyan yang paling dasyat. Biasanya yang kena penyakit ni akan berhalusinasi. Kalau si isteri yang dalam pantang dah mula merepek cakap yang bukan bukan atau dia cakap nampak benda yang bukan bukan sila berhati hati. Macam kes Pretty yang sanggup bunuh anaknya sendiri. Bila disoal siasat dia boleh pulak cakap dia cuma bunuh perompak je.
Memang ibu yang kena Pospartum Psychosis ni tak boleh jaga anak sendiri sebab masa tu fikiran dia dah tak rasional dah. Sebab tu suami yang ada isteri baru lepas bersalin sila jaga fizikal dan mental isteri baik-baik.
Jangan bagi isteri stress walaupun sedikit.
Jangan bagi isteri fikir kain kat jemuran dah angkat ke belum.
Jangan bagi isteri fikir pinggan kat dapur dah cuci ke belum.
Biarlah isteri kita cuma fokus pada baby yang baru lahir je. Biarlah dia menyusu dengan penuh tenang dan tenteram. Isteri kita baru je mengalami kesakitan fizikal yang sangat dasyat masa melahirkan zuriat kita, jangan la kita tambah kesakitan pada jiwanya pula ye. Lebih-lebih lagi dalam tempoh berpantang.
Jom bantu isteri kita!
PESANAN: Saya Taufiq Razif bukan doktor sakit jiwa tapi saya rasa ilmu ni semua suami kat dunia WAJIB tahu! Bahaya sangat bila suami takde ilmu nak kenalpasti tahap stress si isteri yang baru lepas bersalin. Sila la tag dan share pada pasangan masing-masing. Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Taufiq Razif
*Tolong jangan share gambar baby yang kena kelar tu plz
#copypaste