Satu hari ada 24 jam
Setiap manusia dapat tempoh masa yang sama
Baik lelaki atau perempuan. Baik yang muda atau yang tua.
Yang dah kahwin atau belum kahwin semua dapat 24 jam jugak.
TAPIIIII kenapa sejak jadi mak ne masa 24 jam nie macam tak
cukupppp jerrr. Dulu masa bujang & cuma memegang status sebagai anak mak je takle busy macam nie.. sampai nak makeup pun takde masa.. masa bujang
dulu regim 3P tak pernah tinggal ye.. pencuci, penyegar & pelembap.. sebab
tue kulit I lincin masa bujang dulu haha.. sekarang? Haiiii nak picit jerawat
pun tak sempat :(
Bila jadi ibu nie bukan waktu makeup, aktiviti shopping atau aktiviti spa yang diutamakan tetapi bila jadi ibu nie
yang paling dikesalkan adalah terlepas momen-momen melihat perkembangan
pembesaran anak-anak.
Freelance writer.
That’s my novel :)
Normal kehidupan
lebih-lebih lagi kat KL nie ..suami isteri bekerja untuk menampung keperluan
hidup . Kalau gaji 4K cukup ke kalau hidup kat KL nie? Tak cukup!!! Itu
sebabnya kebanyakan both parents kat KL ne bekerja. Nak bayar keta, rumah,belanja
makan minum, taska,transit, sekolah anak-anak dan senarai yang ada semakin
panjangggggg.. so marilah kita keja beramai-ramai ye kaum ibu.. niat yang
ikhlas untuk membantu suami dan rumahtangga. Bekerja bukan semata-mata untuk beli makeup atau handbeg branded ye.. saya dah keja hampir 10 tahun handbeg branded cuma dibeli kalau menang
contest atau dapat imbuhan sebagai freelancer writer.. hasil contest & writing pun kadang-kala
digunakan juga untuk keperluan rumahtangga .. so nampak tak? bekerja bukan
untuk memenuhi kehendak diri sendiri melainkan untuk memenuhi keperluan
keluarga.. kalau bukan kerana tuntutan kehidupan mustahil saya tinggalkan
anak-anak untuk dijaga oleh orang lain :(
Me with Dalia Amana.
Masa nie Amana setahun lebih.
Saya tak taulah
ibu-ibu yang lain tapi ini diri saya..
eh saya confirmlah ibu-ibu yang lain pun merasa yang sama.. bila babysitter atau maid terlebih dahulu nampak progress anak-anak kita.. apa ibu-ibu
rasa ye? teringat dulu babysitter Amana
cakap “Amana dah boleh merangkak”
bila dengar punyalah happy tapi dalam masa yang sama tak dinafikan rasa sayu
bertandang di hati “kenapa bukan saya
sebagai ibu yang melihat semua itu terlebih dahulu?”
Saya bersalinkan
Khairy di sini... Bagi kawan-kawan yang setia membaca blog saya nie mesti tahu
yang sekarang nie saya bercuti separuh gaji selama 6 bulan untuk menjaga Khairy
yang mengalami masalah kesihatan. Jika dicampur dengan cuti bersalin selama
3 bulan maksudnya saya menjaga khairy dengan
tangan saya sendiri selama 9 bulan!! Walau saya sedih dengan keadaan kesihatan Khairy
tapi dalam masa yang sama saya tahu Allah mengatur yang terbaik.. Allah nak
beri saya peluang melihat perkembangan bayi saya dari lahir sehingga 9 bulan..
bukankah itu impian saya sejak melahirkan anak sulung? manalah tahu sebelum
saya masuk kerja nanti Khairy dah boleh berjalan kan? Itu bermakna sayalah
orang pertama yang melihat Khairy meniarap, merangkak, meniti dan berjalan!! Sayalah
ibu paling bertuah!!
Dalia Amana (6 tahun)
Itu cerita tentang Khairy..bagaimana
pulak dengan Amana? Amana yang kini dah berumur 6 tahun. Tahun depan dah nak
masuk 7 tahun. Khairy bertuah sebab saya menjaganya dari lahir. Tapi Amana?
Sedari 2 bulan dah dihantar ke babysitter.
Ketika itu saya bekerja sepenuh masa. So berapa banyak masa yang saya
peruntukkan untuk Amana dalam sehari?
24 jam – 8 jam(masa di
pejabat)- 6jam(waktu tidur) = 10 jam sahaja masa yang tinggal
10 jam inilah masa
untuk menempuh jem ketika pergi dan balik kerja, beli barang dapur, masa untuk
menguruskan rumahtangga contohnya kemas rumah , memasak, urusan kain baju yang
tak berkesudahan dan macam-macam lagi urusan yang lain.. Akhirnya kurang 5 jam
masa yang tinggal untuk Amana…
Me with Amirul Arief
(4 tahun)
Masa untuk Arief pula
bagaimana? Bila Arief dah ada..kena bahagi dua..tinggal berapa jam? Khairy dah
ada bahagi pulak 3.. haishhh.. haishhh..akhirnya masa untuk setiap anak hanya tinggal kurang dari 2 jam.... Kesian
anak-anak.. So camana saya nak ada masa atau saat-saat bersama dengan setiap anak-anak?
Itulah sebab kita
perlu ada “OUR TODAY MOMENT” iaitu masa berkualiti
yang kita khaskan untuk bersama anak-anak. Masa yang kita peruntukan untuk membahagiakan anak-anak dan aktiviti tersebut
akan menjadi kenangan untuk anak-anak. Tidak kiralah apa sahaja aktiviti tetapi
ia akan menjadi sesuatu yang manis dan indah. Segala tugasan rumahtangga dan
urusan pejabat ditolak ke tepi hanya untuk
“OUR TODAY MOMENT”
Bear in mind ye saya dah ada 3 anak.. Dalia Amana (6 tahun)
Amirul Arief (4 tahun) dan Adlan Khairy. Macam mana saya nak peruntukan masa
berkualiti aka “OUR TODAY MOMENT” untuk anak-anak sedangkan masa untuk diri sendiri pun tak
ada?
Dulu masa saya
bekerja sepenuh masa; hanya hujung minggu sahaja saya peruntukan dengan
anak-anak. Itu pun
struggle dengan
urusan rumahtangga. Terutama kain baju..saya paling tak suka urusan kain baju..
nak sort utk mesin, nak jemur, nak lipat, nak simpan..hishh memang makan masa
sungguh.. masak lagi.. nak mengemas rumah lagi.. waktu keja mana sempat
mengemas.. dapat masak pun dah cukup baik tau.. so biasanya memang saya khaskan
pagi sabtu dan ahad untuk bawak
amana&arief ke kolam atau taman. Walau saya asik teringat dengan tugasan
rumahtangga yang tak habis-habis tue tapi saya sedar saya perlu peruntukan juga
at least hujung minggu untuk bersama
mereka.. masa nie kami tinggal kat rumah lama di puchong.. Amana&Arief
memang seronok sangat dapat mandi kolam kadang-kadang saya beli nasi lemak
& piknik sekali tepi kolam..seronok sangat diorang.. melihat senyum tawa
anak-anak adalah anugerah yang terindah untuk setiap ibukan?
Selain mandi kolam
saya selalu bawa anak-anak ke taman. Ini pun taman di rumah Puchong.
Kadang-kala sangat rindu rumah Puchong kerana di situ banyak kenangan manis
tercipta bersama anak-anak. Mandi kolam dan bermain di taman adalah rutin hampir
setiap minggu kecuali jika cuaca tidak mengizinkan seperti hujan.
Oh ya kawan-kawan tau
tak? Menurut survey, masa yang
diperuntukan oleh ibu-ibu bekerja bersama anak-anak adalah 2.5 jam kurang
daripada surirumahtangga. Sebab itu saya sangat cemburu dengan surirumahtangga..
Dan bersyukur saya kini juga punya
pengalaman sebagai surirumahtangga selama 9 bulan. Ia bukan mudah hokey!! Sila
tabik spring pada semua surirumahtangga!
Tak semestinya masa
bermain je
bonding ibu dan anak tue
terjalin tau. Kita kena kreatif ye ibu-ibu.. gunakan masa yang ada sebaik
mungkin.
Jangan kata saya dera anak2
ye.. pada saya anak2 perlu didedahkan dengan urusan rumahtangga supaya dalam
hati mereka ada empati pada ibu mereka.. mereka akan jadi anak-anak yang
memahami dan melihat pengorbanan ibu mereka menggunakan mata hati … dah besar nanti
mereka akan memberi bantuan tanpa diminta.... ala lagipun bukan suruh buat
sungguh-sungguh pun.. lebih banyak bermain sebenarnya.. tapi tak kisahlah
as long anak-anak belajar sesuatu
darinya.. saya pun bukan paksa anak-anak buat sesempurna saya buat.. kalau
anak-anak dah tak nak buat.. ok fine.. letakla penyapu & vakum tue nanti
mama sambung..mama kan supermak!
Sekarang kami dah
pindah Kajang.. dah takde kolam renang macam rumah lama di Puchong tapi depan
rumah ada taman... Saya & husband beli kolam nie untuk letak kat poarch
rumah kami. Amana &Arief dah terbiasa mandi kolam kat rumah Puchong so kolam plastik nie sebagai gantinya.
Kadang-kala saya duduk di tepi kolam melihat Amana&Arief bermain sambil
menyuap mereka makan.. suweetkan? Semoga tiap masa..tiap detik yang saya
peruntukkan menjadi kenangan manis bila mereka besar nanti..
Bosan jugakkan kalau
semua aktiviti hanya di sekitar rumah. Anak-anak pun nak tengok dunia luar.
Selain ke taman, mandi kolam, melakukan tugasan rumahtangga bersama-sama; saya
juga “memaksa” diri membawa mereka ke tempat yang menjadi impian kanak-kanak.
Sebagai contoh yang paling famous sekarang nie
tentulah KIDZANIA.. letih mengejar Arief keliling Kidzania tau!!
Saya bukanlah ibu
yang sempurna. Kadang-kala dek kepenatan dan “kebijaksanaan” melampau anak-anak
buat saya naik angin jugak. Tapi saya bukan jenis mak yang pukul anak guna tali
pinggang atau belasah anak-anak guna kayu..eh itu dah mendera namanya..
kadang-kadang saya cubit jugak anak-anak..jentik jugak diorang.. supaya mereka
tau yang mana betul yang mana salah tapi dalam masa yang sama saya tak kedekut
dengan pelukan..

Saya selalu peluk
anak-anak..selalu ucapkan kata2 sayang ..dan kalau nak tahu anak2 berebut-rebut
nak tidur dengan saya.. kadang-kadang tak tau nak pujuk Arief supaya tidur
tempat lain... Arief nak jugak tidur dengan mama dia nie..haiii..katil queen
tido 3 orang.kalau Arief tue tido elok2 takpelah..pernah satu malam Khairy
melalak rupanya Arief tendang dia.. caner nak buat tue?Amana pun kalau ada
peluang je mesti mencelah tidur kat saya.. Dan tiap-tiap malam rutin membaca
doa tidur adalah waktu yang paling ditunggu oleh anak-anak sebabnya saya pun
akan menyanyi lagu-lagu yang memuji dan meluahkan kata-kata sayang untuk setiap
anak-anak. Anak-anak akan tidur dengan senyuman selepas saya menyanyi tau walau
suara saya tak sedap haha

Last but not least
jadilah ibu yang memperuntukan masa untuk anak-anak.. “OUR TODAY MOMENT”
dengan anak-anak akan mereka ingati sampai mereka dewasa.. Kita perlu lebih kreatif
lebih-lebih lagi jika kita adalah ibu bekerja..hishh ibu yang memegang status
“suri rumahtangga” pun heatic jugak tau..saya tengah merasai pengalaman jadi
surirumahtangga ye… nak makan pun tak sempat..kalau sempat makan pun makan
dengan laju sebab takut baby bangun.. Kalau pakai kain batik masa buat kerja
rumah memang berbelas-belas kali kain
batik terlucut tau sebab kelamkabut buat macam-macam keja.. All in onelah
katakan! kitalah bibik, kitalah cikgu,
kitalah cuci toilet,kitalah tukang masak,,kitalah referee bila anak-anak
bergaduh.. adehhhh…

Yang pastinya masa bersama anak-anak sangat
suntuk..kurang 5 jam untuk bersama anak-anak dalam satu hari..jangan dibiarkan
anak-anak merasa mereka tidak disayangi.. dan jangan pula kita merasa “depress”
yang keterlaluan kerana merasa tidak punya cukup masa dengan anak-anak.. Anda
tidak keseorangan ye.. Layari
https://www.facebook.com/FrisoGrowingUpTogether untuk
melihat hasil survey ibu-ibu lain.. dan bagaimana ibu-ibu lain melakukan
aktiviti
“OUR TODAY MOMENT” Boleh kita copycat
aktiviti
bonding moment tersebut
untuk anak-anak kita pulakan? Semoga kita menjadi ibu-ibu yang berjaya di dalam
kerjaya/tugasan rumahtangga dan juga berjaya memikat hati anak-anak!