ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, January 31, 2015

Ekstrak Kacip Fatimah- UTM (EKF-UTM): Testimoni Fibroid Mengecut Dengan EKF-UTM

Alhamdulilah.
Semoga ramai lagi yang dapat dibantu dengan Ekstrak Kacip Fatimah-UTM
Jangan putus asa..setiap ubat ada penawarnya. Fibroid/cyst insya Allah boleh kecut dengan EKF-UTM bergantung pada saiz fibroid/cyst tersebut.

DISCLAIMER: Kesan penggunaan Ekstrak Kacip Fatimah UTM adalah berbeza antara individu berlainan. Ia bergantung kepada tahap kesihatan dan juga  tempoh masalah yang telah dihadapi oleh individu terbabit. Masa lebih lama diperlukan untuk mendapatkan tindakbalas positif jika masalah kesihatan tersebut telah lama dihadapi.
 
 
"LIKE" ramai-ramai ye :)


Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH-UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
  
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK TONGKAT ALI -UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
  
Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK UTM YANG LAIN?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI


Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK MINSYAM (HABATUSAUDA &ZAITUN)?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI


UNTUK FREE CONSULTATION:
017-3201998(ilasaleh)

Ekstrak Kacip Fatimah-UTM (EKF-UTM): Testimoni Kitaran Haid 148Hari ke 38Hari sahaja!

Salam semua
Dahlama kan tak share testimoni
Moh share



 Testimoni fresh from oven
TQ pada kawan opis yg bagi testimoni
Cer teka sapa? Cer teka sapa?
 Okey meh kita tengok kitaran period beliau
Screenshoot nie tak nampak

Dahsyat tak dahsyat kitaran period beliau?
148 hari! Saya pun tak pernah sampai 148.. sebelum tue 72 hari
Alhamdulilah dalam sebulan amalkan  EKF..kitaran haid beliau menunjukkan perubahan kepada kitaran haid yang normal

Untuk makluman kitaran haid masih dikira normal jika ia di dalam lingkungan 21-35hari.
Rujuk entry doc zubaidi berkenaan Kitaran haid yang normal
Lagi sikit jelagi tue.. dah 38 harii.insya allah akan normal lepas nie.. 
senangla nak plan apa2 :)

DISCLAIMER: Kesan penggunaan Ekstrak Kacip Fatimah UTM adalah berbeza antara individu berlainan. Ia bergantung kepada tahap kesihatan dan juga  tempoh masalah yang telah dihadapi oleh individu terbabit. Masa lebih lama diperlukan untuk mendapatkan tindakbalas positif jika masalah kesihatan tersebut telah lama dihadapi.
 
 
"LIKE" ramai-ramai ye :)


Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH-UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
  
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK TONGKAT ALI -UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
  
Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK UTM YANG LAIN?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI


Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK MINSYAM (HABATUSAUDA &ZAITUN)?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI


UNTUK FREE CONSULTATION:
017-3201998(ilasaleh)
 

Wednesday, January 28, 2015

Serum UTM VS Serum XXX







 
 
 Assalamualaikum semua
Mehla kita citer tentang serum ye..




 nampak tak?
 saya dah pakai  Whithening Rejunevating Serum-UTM nie dah separuh..

ada customer yang mengeluh harga Wisderm Whithening Rejunevating Serum-UTM Dan  Wisderm Anti Ageing Regenerating Serum keluaran UTM yang dijual terlalu mahal.Ya, saya akui ia mahal kerana harganya mencecah hampir RM200 iaitu RM190. Pada saya harganya yang mahal sangat berbaloi dengan kualiti yang dihasilkan. Serum UTM dihasilkan dari herba kacip fatimah dan mas cotek. Serum ini juga dipacking dengan botol kaca yang tampak  mewah untuk menjaga kualitinya. Serum UTM ini juga bertahan lebih 5 bulan dengan penggunaan yang kerap.


 SERUM XXX
(tak boleh revel nama produk dulu ye) 
Harga kurang RM100. Mampu milik kan? 

 
Walaubagaimanapun saya tetap ambil perhatian keluhan customer-customer yang setia. Saya kini sedang menguji satu serum yang berkualiti dan juga selamat (kerana telah menjalani ujian kualiti dari sebuah jabatan). Malah saya percaya customers-customer juga teruja untuk mencuba jika mengetahui bahan-bahan asas serum ini. Harganya juga sangat mampu milik. DIBAWAH RM100!!!
Kita namakan SERUM XXX.



isk teruk betul kulit muka sendiri
nasib boleh tepek bedak haha


Bagus juga saya menguji SERUM XXX sekarang kerana kulit wajah saya agak teruk sekembali Dari menunaikan umrah kesan pil tahan haid yang saya ambil. Saya ambil 2 jenis pil hormon untuk menghentikan period dengan segera. Hasilnya banyak jerawat timbul. Tapi tak mengapa asalkan saya dapat menjalani ibadat umrah dengan lengkap.

OK mark your calendar. Mari kita lihat adakah SERUM XXX Berkesan? Jika berkesan saya akan reavel dan jadi dealer produk INI. Jika tidak saya diamkan sahaja kerana ia melibatkan nama baik produk tersebut.

saya tunjuk bahagian dahi saya yang dah mula tumbuh jerawat.. itu dahi je ye.. belum bahagian lain .. gatal sungguh jerawat2 yang tumbuh nie..TENSENNNN


 
"LIKE" ramai-ramai ye :)
 
 
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH-UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
  
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK TONGKAT ALI -UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
  
Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK UTM YANG LAIN?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI


Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK MINSYAM (HABATUSAUDA &ZAITUN)?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI


UNTUK FREE CONSULTATION:
msg/call/wasap/telegram: 017-3201998(ilasaleh)
 
 
 

Hotel Movenpick Madinah

 assalamualaikum semua

meh sambung ye entry umrah.. mak aturkan kitaorg masuk Madinah dulu baru Mekah sebab mak kata kurang penat dan mudah sikit.. tak perlu nak tukar2 ihram dalam kapal terbang etc etc..lebih2 lagi bawak si kenit bukan mudah nak jaga pantang larang dlm ihram.. rambut saya nie dah berapa helai tercabut dalam perjalanan ke Madinah..bayangkan kalau masuk mekah dulu entah bape banyak saya kena dam...

selepas melalui perjalanan yang panjang dari KL ke Madinah. Akhirnya saya tiba.. Kitaorang naik Saudi Air..Saya bertolak dari Malaysia pada 31/12/14.Memang sambut tahun baru di Madinah.. suka sangat..syukur sangat bila nazar dan impian Allah izinkan ia ditunaikan... Saya sambut tahun baru 2015 di tempat paling aman.. yelah tahun ingeris bukan tahun islam tapi kurang2 mudah saya nak ingat bila saya ke Madinah... lepas nie kita pegi ikut tahun Islam pulak.. :)

Khairy mula2 je dia heran dengan segala benda dalam flight lepas tue dia bosan.. Dia rasa rimas kot ramai sangat orang..mula buat perangai... takpe itulah cabaran dan pengorbanan membawa anak kecik.. Kalau hati dah tekad setakat anak menangis bukan susah pun.. ketua pramugari pun tolong pujuk.. curlasss jah... huwaaaa....

 
  ini bilik kami..amana dapat beg tue dalam flight saudi tuela.. dapat dua.. saya simpan bagi arief.. kat mana2 pun tak pernah lupa arief.. tapi bila balik malaysia sesak nafas dengan arief :p

nie bilik kami. selesa untuk 5 beranak. boleh tak saya tak bagi org datang kemas bilik. saya kata org tue pun pening tengok bilik kita mak. cuma buang sampah & tukar tuala.. duduk kat sini 4 hari..

selalunya saya suka kumpul toiletries. tapi sebab tak bagi org kemas bilik. toiletress gitu jelah ..tak bertambah..ini pun banyak..cukup untuk 4 hari


anak dara saya nak keringkan rambut ke?  :)

dapur comel.kat sinilah dok buat susu khairy

semua nak ditestnye.. amana suka sangat... dapat ikut ke Mekah & Madinah
Saya pun tak pernah fikir nak bawak anak2 dalam usia masih kecil ke sini..
Oh tapi Amana mak yg sponsored so memang rejeki dia :)


Sampai2 je TA(travel agent) dah siapkan makanan. Ya Allah rasa sedap sangat. Saya makan 2 bekas.Songlap Khairy punya. Kami sampai malam. Mana ada makan mlm2 buta kt hotel.. Makanan nie  rasa sedap sangat sebab makanan dalam flight Saudi tue tak kena dengan selera saya. Bolehla makan tapi tak kenyang.... statment mengada..

Ini rupa bahagian dining kat hotel. Saya jarang bawak hp tak macam kat Malaysia. So gambar limited..... Bila pegi masjid malas nak bawak hp..Kang asik risau hp hilang ..ibadat entah ke mana.. itu sayalah ye.. bukan orang lain.. kat sini ada 2 tempat dining.. memang ramai jemaah.. makanan selalu refill..dah nama hotel 5 bintang..ye tak?


Khairy yang mugil tengah tidur..  Kat Madinah anak2 saya tak berapa sihat tapi melompat jugak.. saya yang rasa badan diorang dedar.. saya bagi ubat demam kat Amana& Khairy. Takut masuk Mekah melarat pulak. Tapi alhamdulilah kat Mekah anak2 sihat & happy sangat!


Ramai nasihatkan saya bawak baju sejuk. Katanya cuaca sejuk sangat. Tapi bila saya sampai alhamdulilah cuaca mcm kat Genting Highland. Nyaman. Walau ada ketika terik tapi rasa nyaman jugak..Yang buat anak saya demam bila dalam bilik hotel aircond tue tak boleh slow.. entah nape tah.... Khairy masa kecik2 mmg hebat.. Bukaklah aircond sejuk habis ..dia tetap cool & relex.. kitaorg yg mengigil..maybe kesan makan ubat dia jadi panas selalu.. tapi now dah besar nie tak boleh terlalu sejuk sangat..


Gambar-gambar nie saya ambil keesokan harinya. Kami nak ziarah luar..Nanti saya share cerita ziarah ye.. Saya rasa happy sangat dapat ke Mekah dan Madinah. Walau saya pernah berpeluang   ke  Korea, Bangkok, Singapore tapi tak seindah ke Mekah dan Madinah.. tempat2 lain tue opis yg hantar.. FOC dpt elaun lagi tapi  manakan sama melihat jejak2 rasul terakhir.. umrah ini  buat saya  sedar terlalu banyak yang baginda dan sahabatnya berkorban untuk memastikan Islam sampai pada kita.. Tapi kita sebagai umatnya adakah menghargai pengorbanan beliau? Belum terlambat untuk berubah sebab kita manusia yang tak lepas dari kesilapan :)








Monday, January 26, 2015

hujung minggu kami di mines shoping & saiful nang jumbo sales.

hujung minggu sabtu &ahadkan?
OK nie hari  sabtu. pg mines. takde tujuan khas pun.sajaaa buang masa kiki


budak2 menjerit2 " itik! itik!"
bila pulak "itik" ada kat mines shopping nie?

kejap je da hanyut kiki

da 3 Anak saya.
mcm tak caya
macam mimpi
rupanya realliti


amana ada 1 kasut sekolah je. itupun kelamkabut beli balik dari umrah.
so beli  lagi satulah
budak 2 org nie buang tebiat 


eh jom khairy! buang tebiat sama2!

ahad pulak pegi jumbo sales saiful nang. tak kenal? pg gogle yeee...

byk brg kelengkapan pejabat
elok utk yg nk bukak opis

terik tok sah citerla
mlm pulak keluar mkn dgn kakak & abg ipar

hujung minggu yg padat
sampai tak tengok kain baju
asalkan anak2 happy
bertahun2 terperuk kat rumah
:p





Sticker For My Online Business- Kokoadik Blogshop

untuk memudahkan customer repeat order. tak payah terkial2 nak carik flyer produk yg ada cop nama saya. tak payah terkial2 search DLM hp nak carik contact no saya.tengok je pada penutup botol supplmen :) saya order banyak. 500 keping. bolehla untuk 3/4 bulan.. bertabahla amana sebab kena Buat overtime tampal stiker Kat penutup botol setiap supplement ..


Friday, January 23, 2015

Perjuangan Khairy Menunaikan Umrah Umpama Perjuangannya Untuk Hidup

 salam kawan-kawan.. maaf sangat entry umrah nie tertangguh-tangguh. baru balik.. budak2 baru masuk sekolah seminggu..pastu saya balik je terus siapkan parcel customer.. ramai customer terus bankin duit.. customer tak tau saya tunaikan umrah walau saya dah bagitau di FB & blog yang saya takde di Malaysia selama 2 minggu... ..kebanyakan customer saya suka whatsup saya..hihi..itu yang diorang tak tau.. pada yang dah biasa lagila.. terus bankin sebab dah percaya.. so bila balik..memang saya kelam-kabut siapkan parcel customer.. itukan satu amanah.. customer dah bankin duit.. takkan saya nak lambat2kan.. ada yang dah bank in dari hari pertama saya naik flight..huwaaa..siannya...  alhamdulilah balik umrah semua sihat kecuali penat sahaja...

entry umrah nie saya tak akan buat ikut turutan..mana yg saya ingat saya akan buat dulu.. boleh lah ye.. saya akan mulakan dengan entry si tomey khairy... saya sebenarnya tak terfikir nak buatkan umrah untuk khairy.nazar saya cuma nak bawa Khairy ke Mekah&Madinah sahaja.. Tapi bila saya dah siapkan 4 umrah untuk diri sendiri ,  tiba2 terfikir kenapa saya tak buat satu umrah untuk Khairy? .. mak cakap 4 umrah bersamaan dengan 1 haji..mak cakap dulu mak belajar  7 umrah baru sama dengan satu haji..tapi bila mak dah belajar dengan pelbagai ustaz  .... kebanyakkan ustaz-ustaz cakap 4 umrah bersamaan dengan 1 haji... okla cukupla 4 umrah untuk saya.. saya nak buat untuk Khairy pulak

korang mesti tertanya2 ada ke jual ihram untuk budak kecik? jawapannya takada! dah banyak kedai saya pegi..semuanya besau yang amat..akhirnya saya beli tuala putih.. saya gunting keliling tuala yg ada berjahit tue..hihi


 
  mari kita mulakan pengembaraan umrah Khairy yang mencabar

Buang tebiat tak amik gambar no plat keta sana? adik lelaki saya yang suruh amik bila dia rasa lain macam..  umrah pertama dan kedua sahaja kami bermiqat bersama-sama group umrah kami...selepas itu saya & family pergi sendiri. mak pun dah banyak kali buat umrah... insya allah ok... Lagipun bawak anak-anak tak nakla orang tertunggu2 kami cuma untuk urusan niat di miqat.....pahamla bawak bebudak canerkan? So kami dah biasa sewa teksi.. Kalau teksi sedan macam keta honda civic tue 50-60 riyal pegi balik. Kalau macam van tue 10 riyal sorang tapi kena pegi ramai2..kalau macam pickup tue rm100.. 

 masuk je keta lentuk..acaner? masa mula2 naik teksi nie ..ada 2 lelaki dalam nie.. saya ingatkan penumpang yg juga nak ke miqat..yang lagi sorang tue sah2la drivernyakan? katanya 70 riyal.. saya tak nak naik sebab bukan saya tak tau kadar tambang kat situ.. then penumpang tue  panggil balik ..hati saya tak sedap sebenarnya tapi sebab adik lelaki ada..okeylah.. rupanya itu bukan penumpang..kononnya nak tunjuk jalan pada kawan dia si driver yg baru belajar bawak teksi..kami tahu lepas kejadian accident dah berlaku.. mmmm....

 masa dalam keta nie.. adik saya cakap "biar madanlah niatkan untuk khairy" dalam hati saya "eh saya nak niat untuk khairy..saya kan mak Khairy" tapi entah kenapa hati saya berat nak bantah.. pastu saya dok pikir lagipun nanti mudah jugak kalau adik lelaki yg uruskan kalau dia yg niat.. dalam hati bolak balik tue ..... jadilah mcm2 cerita....

Masa dalam teksi nie dah rasa semacam..kenapa jalan mcm lain je..pastu saya tengok penumpang sebelah driver tue bukak tingkap & tanya "mana jalan nak pegi masjid aisha" eh walau saya tak paham arab saya boleh agakla.. saya dah pandang adik saya semacam... pastu yang driver tue pulak bawak keta macam teragak2.. eh apa nie... mulalah dub dap dub dap... 

tiba2 "DUMMMM!" ya allah berlanggar dengan keta lain.. dan teksi nie susap-susap larikan diri..masuk entah mana2 kat Mekah tue.. saya lagi berdebar2..masa tue mulala hati rasa bersyukur  "inilah sebabnya Allah syaratkan mahram perlu ada" huwaaa rasa nak nangis tiba2 terfikir kalaulah adik lelaki saya takde... 

saya sebanarnya diuji dengan penyediaan dokumen masa nak ke sini.. bergelen2 air mata jatuh.. rasa mcm dah tak dapat pegi mekah nie..nanti saya story citer persiapan dokumen ek..next entry...

 Akhirnya selamat jugak sampai ke miqat... Untuk niat umrah  kena keluar dari Makkah (Tanah Haram)  untuk pasang niat umrah. Niat umrah kena di Tanah Halal.  Miqat untuk umrah Khairy kami buat di Tana'im yang juga  dinamakan Miqat Aishah kerana Saidatina Aishah bermiqat di sini.

 Depan masjid Saidatina Aisha ada taman permainan. Dah namanya budak-budak si Amana melompat2 nak main masa kami buat umrah sebelum nie. Oh masa buat umrah Khairy nie Amana dan mak saya di hotel sahaja. Mak saya puasa sunat.Kebetulan jatuh hari Khamis.lagilah mak suka nak puasa. Mak kata puasa sehari di Mekah ibarat puasa 1000 tahun .."umur mak pun tak sampai 1000 tahun" apa2la mak ..asalkan happy.. so mak tinggal di hotel dan buat ibadah di masjid sahaja... saya dah pesan Amana mesti ikut nenek pegi masjid..

 Adik lelaki saya bawak Khairy ke dalam Masjid Saidatina Aisha untuk solat sunat ihram. Entah kenapa saya macam berat nak masuk masjid masa nie.. saya cuma duduk luar amik gambar.. saya pun rasa pelik dengan diri sendiri. apa salahnya saya masuk je solatkan? Saya pun boleh niat umrah lagi sekali..apa salahnya buat umrah 5 kalikan? tapi hati saya berat..saya hanya tunggu adik saya dan Khairy keluar..

saya ada tanya ustaz boleh ke kami bergilir2 untuk buat tawaf, saie untuk Khairy..Ustaz cakap boleh.. atau ustaz salah paham maksud kami tak taula.. tapi bila baca buku panduan nie..seperti ibadah untuk anak kecik nie tak boleh digilir2..yang berniat tuelah yg kena buat dari awal sampai akhir.. itu yg kata putus adik lelaki saya yang buat..entah napa hati saya berbolak-balik...


 perjalanan pulang dari Miqat di Tana'im ke Mekah lebih mencabar dari perjalanan pergi. Kesabaran saya & adik lelaki betul2 diuji.Kalau tak fikir saya tengah buat umrah memang berbakul2 dah saya marah... 

Rupanya driver tue kali pertama bawa teksi di kota mekah.. ok fine..tengok cara tak tau jalan ke Miqat yg dekat tue  pun saya dah agak.... takpe lagi..kami cakap tak pe slow2 kami tak kisah..kami tak kejar apa pun...tapi bila beberapa kali nak accident sampaikan saya tutup telinga and pejam mata sebab saya nampak lintasan lori besar nak langgar teksi! Bukan sekali berkali2! Dan sebenarnya si driver tue tak reti bawak keta pun!!. Adik lelaki saya berkali2 tengok siku dia tersangkut kat setereng. Ya Allah..

Bayangkan perjalanan yang patutnya cuma setengah jam untuk balik jadi sejam lebih.. Pulak tue masa balik dorang tak tau jalan nak ke Masjidil Haram.. Ya Allah.. Kitaorang nie yang tunjuk jalan.. Sampai satu tahap adik lelaki saya naik angin bila hampir accident entah yang ke berapa kali...mulalah dia tinggi suara
"kalau u tak reti drive biar saya drive!" 

yang saya pulak
"awak tak patut amik penumpang..kalau tak tau jalan dan tak tau bawak kereta. ank kecik saya ada sekali tau tak!"

Akhirnya kami selamat sampai lepas kami yang guide teksi tue jalan ke Masjidil Haram.. Ya Allah.. memang dugaan... cakap inggeris..nasib yang kononnya penumpang tue reti gak cakap inggeris.. nak cakap arab mana saya reti... diorang pun bukan orang arab.. orang pakistan..itu yang bila adik lelaki saya tanya "camana u orang pakistan boleh bawak teksi kat mekah?' diorang senyap je...

 Mulanya lepas Miqat nak terus selesaikan tawaf,saie & tahalul cepat2.. Tapi adik saya cakap "jom balik hotellah..hati madan tak tenang nie" so kami pun balik hotel.. rehat dulu.. saya pun masuk bilik air.. dan lagi sekali air mata rasa nak menitik2.. mulalah terdetik dalam hati "Ya Allah Khairy kenapalah susah sangat nak buat umrah Khairy..sedangkan mama buat umrah mama 4kali takde macam nie" 

Saya keluar toilet dengan muka empat belas... sedangkan adik saya dah tunggu kat lobby nak ke Masjidil Haram nie..nak selesaikan umrah Khairy.. Plannya saya nak ikutla buat semua tue.. nak juga buat tawaf sunat... walau saya tak buat umrah.. patutlah hati saya berat nak niat bagi pihak Khairy..patutla hati  saya berat nak masuk Masjid Saidatina Aishah... patutla saya berat nak buat umrah ke 5... saya period.... hurmmmmm

Dah period takkan saya nak pegi tawaf..saie..tahlul..takakn saya nak masuk Masjidil Haram.. tapi camana adik saya yang bujang tue nak handle Khairy yang masih menyusu badan tue.. Khairy minum jugak susu formula tapi kat Mekah &Madinah Khairy buat perangai..dia nak BF tak kira tempat.. tiap kali buat umrah saya akan stop BF dia...paling tak boleh lupa... masa saie.. BFla dia di tepi2 dinding ...hadoi camana adik saya nak handle nie.. kang dia terberak pulak camana... memang saya rasa down mengenangkan perjalan umrah Khairy yang mencabar nie..

Mak terkebil2 je bila saya kata saya period... mak paham apa saya rasa.. terus saya duduk kat tepi katil & cakap "susahnya nak buat umrah Khairy..sian Khairy..susah dia nak hidup mcm tuela susah nak buat umrah dia" ikut hati memang saya melalak2 dah... mak cepat2 suruh siapkan susu panas, biskut,pampes..semua keperluan Khairy yang saya sentiasa bawa tiap kali ke masjid...

Sampai kat bawah adik lelaki saya tercengang2 je bila saya cakap saya tak boleh ikut.. lepaskan adik lelaki pegi dgn Khairy dgn rasa yg bercampur baur.. boleh ke adik saya handle Khairy?

 gambar2 nie saya dapat dalam hp mak saya

sementara tunggu Khairy dan adik lelaki balik..saya dok kat hotel..baca & zikir apa2 yang patut utk Khairy&adik lelaki.. baca buku tentang madinah.. tertido sampai sakit kepala..mimpi kena langgar lori.. mimpi entah apa2.. sampaila adik lelaki saya ketuk pintu hotel..
"NAH DAH SIAP UMRAH KHAIRY"

terus saya peluk Khairy... Adik saya pulak dah lesap..malam tue terus demam

 Alamak kain saya nak tercabut..mama kat mana? mama kat mana?

Rupanya ada cerita ketika tawaf, saie & tahlul Khairy.. 

Mak saya tak sedap hati.. mak turutkan adik lelaki & Khairy ke masjidil haram lebih kurang sejam kemudian.. mak saya terserempak dengan adik lelaki saya yang berlegar2 tak boleh nak masuk tawaf.. terlalu penuh & ramai orang.. 

masa dengar mak citer..tumpah lagi air mata.. dalam hati ... ya allah susahnya Khairy nk siapkan 1 umrah.... mak saya terus ajak adik lelaki ke tingkat atas untuk tawaf.. tapi mesti ada wheel chair.. boleh pulak jumpa whel chair tepi2 tue.. wheel chair tue dah rosak patutla org tinggalkan je...tapi bila mak cuba2 boleh pulak..adik lelaki & mak terus siapkan umrah Khairy...

mak cakap "anak-anak angah nie semua kena dalam tangan mak.. baru elok.. amana arief dulu mak yang jaga..nie khairy pun kena mak ada... baru siap umrah"

Kesian mak dalam posa tue siapkan umrah Khairy..kesian adik lelaki saya madan sampai demam2 buatkan umrah Khairy.. bila balik tue saya tengok botol susu yang saya bekalkan dah kosong.. yela pegi dekat 3 jam takkan Khairy tak menyusukan?

Allah je tahu perasaan saya sebagai ibu..

Macam mana susah khairy nak buat walau satu umrah...
Mcm tue jugalah  susah Khairy berjuang untuk hidup dari dalam perut lagi.. 
doctor  memang dah cakap tak boleh buat apa2 dengan keadaan jantung Khairy sebab dalam perut.. tawakal je boleh.. bergantung dengan kuasa Allah dan kekuatan Khairy sendiri untuk hidup

Sama ada Khairy nie ujian untuk sesiapa yang ada di sisinya 
atau Khairy memang perlu bejuang untuk kehidupan dia

Takpe Khairy mama sentiasa doakan Khairy ..
Moga Khairy sentiasa dalam lindungan Allah

Mengingati nie semua ..mama rasa bertuah Khairy masih bertahan sampai hari nie..



 

Wednesday, January 21, 2015

selepas pulang dari umrah

macam biasa uruskan budak2. saya plan hantar diorang nursery start bulan 3. bulan 4 saya masuk keja. arief nie entah camana kalau masuk nursery.ada jugak yang tido DLM
toilet. dia bukan kira kalau da ngantuk. sambil makan pun bantai tido

khairy sejak " tahalul" lagi banyak akal.. dulu rambut Berat sangat kot kiki

menggembirakan anak2 satu cabaran pulak rasanya. kt mekah Buat APA pun best.lepak DLM bilik pun best APA lagi lepak kt masjid.tapi tak mo lalu kt construction hihi


sebelum ke mekah stok2 business mmg sengaja tak topup. sebab saya nk bwk semua duit ke sana. baik untung atau modal.mls nk pikir camana nk startup balik bila pulang dr umrah. sy tahu Allah atur nanti rezeki sebagaimana masa sy cuti tak bergaji ni. yup memang betul. balik je terus restok ekstrak kacip fatimah-utm. 

alhamdulilah saya baru balik seminggu.lebih kurang 50 botol jugak dah pos ke customer. nie antara gambar yg pos pd customer lepas blk umrah
akaun yang hampir kosong masa ke umrah boleh pulak restok ekf banyak2 dan utk first time restok produk minsyam rm1k++. pelikkan? tak pelik bila Allah ada..
alaaa tengok je caliph buskers yang dulu nyanyi tepi jalan boleh lak menang AJL. buat sesuatu atas niat yang baik.insya allah akan dipermudahlan Allah..

saya nak bawa masuk supplment baru rasanya. campuran makanan sunnah..masih buat solat istiharah. kalau dapat petunjuk baru saya jual ye.. sebagaimana saya buat solat istiharah sampai penat masa nak jual ekf dulu.. alhamdulilah hasil solat istiharah tue membuatkan saya survive hingga kini... dan paling gembira mampu bawa khairy dan saya menunaikan umrah dengan perbelanjaan sendiri ke sana.. amana? mak saya aka nenek dia sponsored :)



Friday, January 16, 2015

Ubat & Ayat Quran Sebagai Usaha Untuk Tahan Haid Bagi Menunaikan Umrah


Salam semua
says harap perkongsian saya untuk semua entry umrah memberi manfaat pada semua.kalau ada salah ejaan tolong abaikan sebab sy type guna hp so kenkadang autocorrect.. 

ujian sy untuk ke umrah bukan saja dari penyediaan dokumen yang akan saya share nanti. penyediaan dokumen yg berkali-kali ..6x  ye! memang buat saya rasa giveup.. penyediaan dokumen melibatkan ramai orang sampai satu tahap saya rasa menyusahkan ramai orang utk penuhi impian saya ke Tanah Haram. 

tapi kalau kes period..saya tak menyusahkan orang lain.saya susahkan diri sendiri je muahahaha... sejak amalkan Ekstrak Kacip Fatimah -UTM and habatusauda (ini bukan iklan ;p) kitaran haid period saya teratur. Bilangan hari saya agak lama 11-13 hari tapi tak sampai istihadah. Hati memang gundah-gulana kerana tarikh period adalah tarikh ke Mekah&Madinah

Dari kursus umrah yang saya hadir, ustaz cakap boleh makan ubat tahan period dengan syarat minta pandangan dan pendapat doktor muslim.


saya ke Klinik an-nur bangi Dan diberi pil noriday.masa saya jumpa doc nie sy belum period tau. 

murah je bilnya. 

tapi hati saya rasa tak sedap. saya discuss personal dgn doc Zubaidi thru wassup.
ala doktor EKF-UTM saya Tue.. beliau memberi pandangan yg dos noriday tak cukup utk tahan period. selalu doktor akan beri pil norculut..
jangan jadikan pandangan dua doktor ini satu isu ye kerana pandangan yg berbeza membuatkan saya cari penyeesaian.


INI Kali pertama saya jejak Klinik nie. saya jumpa doktor perempuan. masa nie sy tgh heavy period...huwaaa... dah hari ke 2 period.lagi 3 hari nak berangkat nie. bila sy bgtau period sy lama doktor pun pening. doktor cakap sepatutnya kena jumpa sebulan sebelum berangkat.senang dia nak advise.docnya lembut and baik. 

doc nie bagi pil transamin yang perlu dimakan utk mengurangkan period yg tgh heavy atau mengeluarkan darah haid dgn lebih cepat. saya lupa fungsi pil nie.doktor nie juga bagi pil tahan sakit.


bila period dah jadi sikit. saya kena makan pil marvelon nie pulak. saya kena makan walau period da stop sampai balik malaysia.

ini kosnya.

saya juga amalkan ayat nie. saya dapat dari buku karya ustaz daud che ngah. persediaan umrah dan haji



surah penuh al-lahab


alhamdulilah period sy kering ketika hari ke 2 di madinah. cuma ralat terlepas solat di masjid quba masa program ziarah kerana haid.

period saya datang semula di mekah masa hari ke 2 terakhir di mekah. saya boleh lupa mkn marvelon tue.. tp masa tue sy dah siapkan 4 kali umrah.alhamdulilah dan ada sebabnya period sy datang.. ada yg Allah nk tunjuk berkenaan Khairy. cabarannya membesarkan khairy ditunjukan masa saya dan pakciknya buatkan umrah utk khairy. nanti sy story...

semoga perkongsian ini beri manfaat tapi harap uolls jumpa doktor juga.jangan main beli ubat2 nie kat farmasi pulak sebab setiap diri kita adalah berbeza :)