ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, March 28, 2021

Sri Damai Resort ThrowBack

 Alhamdulillah.

Percutian yg meng"happykan"
Bercuti di kawasan nature memang kegemaran kami anak beranak.
Takkan nak bercuti kat town?
cukup2lah dah kerja kat Bangsar tak cukup2 ke tengok town
😂
Yg paling best adalah ada surau. Cukuplah kalau uools nak buat family day dlm 20 org.. Boleh semayang satu family dlm tue.. Selesa sangat..
Bilik kami pilih ekzekutif chalet. Rm350 semalam. Bilik bersih dan kemas. Bilik air memenuhi spec saya dan amana
😂
. Aircond ada. Katil best. Tapi sy bawak tambahan toto sendiri utk anak2 golek2 kat bawah.
Biasa check in jam 3 petangkan. Jam 12 dia dah bagi masuk tau. So blh je tanya adik tue bila paling awal blh masuk.
Sy patut check out jam 12 tghari gitu. Sy cakap "boleh tak akak keluar lambat sikit sebab akak nak solat zohor dulu". Terus adik tue cakap.. "Ok kak paling lewat jam 2 ye.."
Tq dik mudahlan urusan ibadah akak anak beranak. Semoga Allah memudahkan urusan resort nie.
Sy naik atv tue ada 2 jenis. Yg manual rm50. Yg auto rm80. Suami book 3 atv. Mula2 bawak jalan mudah2 je. Jalan rumah2 org. Jalan tar. Jalan lurus. Pastu dah masuk jln kampung2. Jalan kebun2.. Itu yg sy tak reti nak kawal. Terbabas 2,3 kali hahaha. Amana tak acilah dia bawak yg auto memanglah tak terbabas
🙄
Dlm resort adaa cafe. Setakat nak mkn goreng2 takde hal. Pagi2 sy beli nasilemak kat cafe. Pastu makan sambil tgok anak2 main kolam.
Sungai 500m dari resort. Tapi ada lori yg bawak ke sungai. Tak perlu tunggu lama pun. Kolam dlm kawasan resort.
Resort nie ada mcm2 binatang kucing, arnab, ladak, merak, burung. Sukalah budak2.
Ada satu tempat makan best luar resort
Kalumpang Salai House
Makanan salai. Fuhh sedap bangat. Ada dlm gbr jugak. Jangan lupa singgah situ tau. Tak szmpat amik gbr masakan sebab dah lapar

Ok next kita carik nature lain pulak!



Tempat lepak dalma resort tue




Sebalah kolam mandi tue adalah kolam mancing 

Hero saya


Nani singgahlah makan kat sini Kalumpang Salai House





Cafe dalam Resort








best oiii naik lori















Thursday, March 25, 2021

Adlan Khairy IJN 25/03/21

 Setiap kali dapat msg ada appoiment IJN sy beritahu khairy awal2 utk dia prepare himself.

Sebagai ibu saya nampak kegelisahan dia.
Khairy akan selalu mengira hari untuk ke IJN. Dia akan tanya berkali-kali berapa hari lagi nak ke IJN.
Khairy pun akan pretend semua okey. Dia akan banyak kali cakap "mama cuba pegang jantung khairy.. Slow kan? Tak laju. Khairy sihat kan?"
Pagi ini sy lihat dengan jelas khairy bimbang sangat nak ke IJN. Dia dah besar. Dia tahu penyakit dia tak semua org ada dan penyakit dia bukan penyakit biasa-biasa. Pagi nie lepas solat subuh terus khairy makan ubat. Selalunya khairy makan malam sahaja. Takde kerjalah khairy pagi2 nak mengadap ubat. Sebak hati saya.
Habis makan ubat datang dekat saya suruh saya pegang jantung dia. "Mama khairy rasa jantung dah slow. Mesti mesin tue baca slowkan mama?"
Bukan khairy je jadi mcm nie tiap kali ke IJN. Saya pagi2 dah perhati nadi di leher khairy masa nak kejut dia subuh. Laju ke slow ke..
Mak dengan anak sama2 stress sebenarnya nak ke IJN🤣
Hari ini pertama kali sy tergerak nak isi masa di IJN dengan baca tafsir Al Quran. Selalunya akan ambil masa 2,3 jam di sana. Biasanya saya belek hp. Dari satu ke satu hal kat hp tue. Membuang masa sungguh rasanya...
Tapi tiba2 terdetik hari ini apa salahnya sy bawa tafsir dan baca terjemahannya. Lebih berfaedah. Hp sy bagilah khairy main. Saya tak mampu hafaal quran tapi sekurang2nya saya raasa kalau saya tahu setiap cerita dlm setiap surah pun bagus.
Jadi sepanjang di IJN tadi sy baca tafsir. Sy mulakan dengan Al Khafi. Walau sy memang dah tahu dlm tue cerita tentang pemuda alkahfi, pemilik kebun, nabi musa dan khidir, dajal, yakjud makjud dan zulkarnain tapi hari ini saya dpt baca dengan tenang setiap ayat.
Habis membaca satu terjemahan surah Al Kahfi tiba giliran khairy diperiksa dan satu kejutan sy terima hari ini!
"nampak khairy gud progress. Nak cut ubat? Tapi nak cut ubat kena buat echo"
Khairy laju menjawab "haaa. Nak pergi ECO? Nak beli mainan khairy ke?"
Saya dengan nurse dah tergelak2.. Adoiii khaiy. Takpe nanti mama upah khairy mainan dari eco, ninson, diy, mr toys. Rakyat marhean kita nie. Beli situ je. Kalau rosak pun hati mama tak geram sangat😂
Doc cadangkan next appoiment utk reduce ubat khairy dengan syarat jantung khairy secantik hari ini dan hasil echo scan cantik.
Baru sekali sy bawa tafsir dan isi masa dengan baca terjemaahan Al Quran tapi Allah dah berikan hadiah dengan berita gembira mcm nie. Dah 8 tahun khairy sakit jantung tak pernah mana2 doktor yg rawat khairy beri cadangan reduce ubat khairy melainkan tambah dos ubat dan jenis ubat.
Baru cuba baca tafsir dah begini rahmatNya.. Sebab tue rezeki org2 yg hafal Quran nie lain mcm kan?
Bila kita cuba buat sesuatu utk hampir dengan Allah, Allah balas berkali2 ganda niat kita tue.
Sebak sgt.. Kita byk dosa pun Allah masih lihat usaha yg secubit nie.
Sy cakap dengan husbd. Next appoiment kena prepare duit lebih tau sebab guna 2 mesin. ECG dan eco scan. Husband senyum je. Sy pun gelak.. Ada apa hal.. isinar kan ada😂😂
Otw balik ke rumah dah masuk Zohor.. Khairy cakap "mama, boleh ke kita jamak zohor dengan asar? Jauh dah kita jalan nie"
Sy tergelak. Sebak. Mama tau khairy penat bertahun2 melalui cerita jantung ini. Jadi dia rasakan terlalu jauh IJN nie. Anak2 tau kalau jalan jauh lebih 90km boleh jamak solat. Tapi IJN nie kurang sejam je dari rumah kita nak😂
Sabarlah khairy ujian Allah tak pernah sekejap. Ujian Allah nie objektifnya nak melihat sejauh mana ketaqwaan kita pada Allah.
Mama akan sentiasa menemani anak2 mama lalui "didikan Allah" sebagaimana anak2 mama menemani mama masa mama jatuh tersungkur dulu.
Anak2 tak pernah benci mama. Mama selalu marah2 dan lepaskan pada anak2 kepenatan dan kekecewaan mama. Anak2 bertahan sahaja. Kemana2 tetap menemani mama. Dan masa tue kakaklah paling memahami. Kakak yg selalu jaga adik2.. So jangan jeles kalau mama selalu berjalan berdua dengan kakak tau. Bawak kakak makan tempt best2. Mama banyak "hutang" dengan kakak..
Dah masanya mama balas semua pengorbanan anak2 mama. Insya allah mama usahakan semampu mama. Masa, tenaga dan kewangan utk anak2 mama..
Allah ada dan dia tak pernah tinggalkan kita.
Setiap masa ada sahaja cerita bahagia utk kita.
Cerita duka ada tapi mama malas nak amik pusing sangat sebab mama tau semua yg duka tue tak akan bagi kesan pada kita selagi kita berpegang teguh dengan Allah, Al-Quran dan Sunnah.


Gambar masa kali kedua masuk wad di HUKM.
Kecik lagi nie kurang setahun.
Gambar kali pertama saya tak ambil sebab lebam biru sangat muka kairy

Khairy dah 8 tahun
Selama itulah kami berjuang melalui 'didikan'Allah yg sangat manis ini


Wednesday, February 24, 2021

CERITA ISTIHARAH

 



Dulu saya tak tau Sy boleh meniaga

Bila dapat khairy...

Sy tak pernah rancang nak niaga pun
Semuanya kebetulan..
Sy mencari penawar or ubat or supplement sebab masa tue Sy sendiri tak sihat sebab tak jaga kesihatan diri masa pantang lepas lahirkan khairy.
Produk utama Sy ekstra kacip Fatimah utm.
Harganya rm90 sekotak.
Sebulan Sy boleh jual 100 kotak tak termasuk produk lain.
So sebulan 9k sales saya tak termasuk produk2 lain.
Jualan Sy seorang. Tanpa ejen.
Tak mampu nak handle ejen2 bagai nie.
Sales ye.. Keuntungan lain. Rendah la dari 9k.
Tetapi memang mengganti gaji pejabat yg saya tinggalkan demi khairy.
Dapat pula tunaikan umrah kurang 2 tahun Sy meniaga online.
Keja pejabat 10 tahun tak pulak sampai tunaikan umrah😪
Anak2 punya statment "mama lagi kaya bila meniaga dari keja pejabat. Mama berhenti kerja jelah. Niaga and jaga kita org je"

Harga kos tak perlulah Sy cakap ye.
Kang bocor plak rahsia terpendam🤣
Btw nak dpt harga kos yg tinggi mesti restok barang juga tinggi pada setiap kali restok.
Kalau takde permintaan ingat berani ke saya nak beli 100 kotak setiap kali restok? Nilainya lebih 5k ye..
Belum produk2 lain..
Btw mak beri saya modal lebih 5k masa sy mulakan perniagaan. Sy pulangkan semula dlm tempoh sebulan sahaja.
Dan saya rolling keuntungan niaga utk restok barang, utk bil2 perubatan khairy, utk tabung mekah dan lain2 lagi.
Sy takde proper akaun pun. Keluar masuk terlalu laju dan Sy tak sempat nak monitor Lebih2 dengan menguruskan 3 anak serentak termasuk khairy yg perlu perhatian khas kerana masalah jantungnya.
Berat badan saya turun mcm zaman anak dara. Rasanya kurang 20-30kg dari asal. Haha.
Tak perlu DSSS.
Badan yg penat dan hati yg sedih pun menyumbang pada penurunan berat badan saya masa tue.

Saya tak pandai niaga pun.
Allah yg bantu.. Dan juga kebetulan saya seorang Blogger ada blog sendiri.
Sy jual di personal blog sahaja.
Dan produk yg Sy jual itu hasil kajian universiti tempatan dan disyorkan doktor.
Doktor tue pulak folowers dia ribu2 lemon😆
Semuanya kebetulan.
Kita manusia tiada daya upaya melainkan dengan bantuan dan kasih sayang Allah.

Jangan melihat sesuatu kejadian itu bala atau malapetaka.
Angaplah ia ujian tanda Allah sayangkan kita.
Kenapa Sy tak resign dan meniaga terus?
Jawapan istikharah menunjukkan Sy perlu masuk pejabat.
Tak semudah itu Sy nak tinggalkan khairy di tangan org lain.
Lilahitaala sy masuk pejabat dengan hati yg berat.
Hasil niaga yg cukup masih tak yakinkah Sy utk resign?
Sy yakin tapi istikharah tak benarkan.

Semuanya ada hikmahnya..
Bak kata seseorang pd saya "Ada perkara yg Allah nak ila selesaikan dulu sebab tue kena kerja semula"
Ya dan salah satunya Allah nak saya selesaikan semua hutang riba saya.
Allah nak Sy siapkan backup yg cukup utk saya tunaikan impian ibu saya.
Allah nak saya memberi pada satu tempat yg kini jadi rumah kedua anak saya dan mcm2 lagi.
Allah juga pasti lebih tahu dengan situasi kobid yg bakal mencengkam ini walau ketika Sy buat istikharah utk masuk kerja atau resign itu di tahun 2015
Dan Sy melihat semuanya dlm sudut kasih sayang Allah.
Bila Allah beri jawapan istiharah gengamlah sampai ke liang lahad.

Allah suruh kerja pejabat.. Sy kerja.
Allah tak bagi niaga sesuatu produk. Sy tak akan buat.
Allah suruh resign.. Sy resign.
Allah suruh bertahan.. Sy bertahan..
Istikharah tak pernah mengecewakan saya sehingga saat ini. 💝










Monday, February 22, 2021

KEAJAIBAN SEDEKAH


 Cubalah buat

Betul semua dlm attachment tue..

Cuba usaha buat:
Sedekah bulanan
Sedekah setiap hari jumat
Sedekah harian

Tak dapat jadi mcm Pusat Zakat / Ebit Lew.
Buatlah yg mampu.
Allah Maha Mengetahui.

Rahmat dari Allah
-anak sihat
-rumahtangga aman. Insya Allah.
-hutang makin berkurang dgn mcm2 cara yg tak terduga
-eh bertambah pulak harta/rezeki. Tak miskin pun. Makin keluar ada je yg masuk balik berkali ganda.
-jiwa yg tenang.. Semoga kitalah yg disebut "wahai jiwa2 yang tenang..."

Terima kasih pd mak yg selalu ingatkan tentang sedekah sejak saya mula2 masuk kerja. Tiap2 bulan mak akan cakap "angah nak sedekah tak kat si polan.. Si polan.. Anak dia sakit.. Dia nak g umrah.. Rumah dia terbakar bla bla.." mcm2 alasan mak nak tarik keluar duit Sy utk sedekah pd org😂

Terima kasih pd doktor Zubaidi Ahmad yg nasihatkan saya supaya sedekah kan atas nama khairy yg masa tue tak sihat kerana sakit jantung. Alhamdulillah khairy kini stabil tanpa sebarang operation. Berjaya "skip" operation walaupun bilik dah book. 😊

Sedekah nie boleh dipupuk.
Sikit demi sedikit.
Lama2 anda pun tak sangka yg ada boleh keluarkan wang dari poket anda begitu saja utk org yg tak ada sebarang ikatan darah pun dengan anda.
Lama2 anda lg sanggup sedekah dari keluar shopping.
Lama2 anda akan allocate tiap2 bulan satu amont special utk sedekah. Dan amonut itu bertambah2 mengikut permintaan semasa.

Ada org yg takut bersedekah kerana katanya tidak ikhlas sepenuhnya ..
Dlm dunia nie banyak perkara bermula dgn tidak ikhlas.
Ikhlas ke solat masa kecik2 dulu?
Kan ke mak yg paksa?
Ikhlas ke pakai tudung?
Kan mak yg bebel?
Ikhlas ke puasa masa kecik2 dulu?
Ke malu kat kawan2 yg posa?

Begitu juga dgn sedekah..
Sy pegang Kata2 ustazah asma Harun dlm salah satu ceramah beliau..
Potong rasa tidak ikhlas atau riak itu dengan istighfar.. Istighfar banyak2.. Tapi teruskan juga amal ibadat..

Sedekah lah sampai satu masa tak rasa apa2 pun.
Sedekah lah sampai satu masa ia jadi keseronokan.
Sedekah lah sampai satu masa ia jadi habit.
Sedekah lah sampai liang lahad.

Harta tak bawak mati.
Sedekah yg tak diterima adalah bila ajal dah sampai ke kerongkong.
Sia2 dah semua harta masa tue.

Ustaz Dato Shamsuri Hj Ahmad dlm satu kuliahnya ada share " sedekah yg paling bagus adalah ketika masih muda dah hati Masih ada rasa nafsu pd harta dunia dan keseronokan. Tapi kita mampu melawan nafsu itu dan keluarkan utk sedekah. Itulah sebaik2 sedekah"

Update : baru je sebut Ustaz Dato Samsuri dah keluar kat wall saya ceramah sedekah beliau. Beliau share Nabi Muhammad bersabda "sedekah yang bagus adalah ketika badan masih sihat, ketika masih berangan2 utk kaya dan ketika takut jatuh miskin. Kalau kita masih dlm 3 kategori ini tetapi masih juga bersedekah.. Itu adalah paling afdal. Sedekah masa sakit, masa dah nak mati.. Tidaklah sebaik seperti 3 kategori tadi..