ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, August 28, 2018

Sederhana dari awal supaya tak menyesal

Dulu walaupun saya suka Keta besar Sya beli Keta kecik..myv. janji boleh jalan sana sini..Sekarang Keta tue dah habis bayar. Mak cakap jaga baik2 nanti amana boleh pakai masuk universiti.tak payah bazir beli Keta baru..ehh sampai ke anak plak Keta kecik Comey tue. now beli keta besar sikit sebab anak-anak pun dah penuh.

Dulu saya suka handbag berjenama tapi sy beli yg biasa je..janji dapat isi purse,HP anda make up. lepas tue hbeg saya berganti kalau menang contest. yang penting isi dalam purse lagi banyak dari harga beg.ikut kata Tun Mahathir.

Dulu saya suka rumah besar tapi saya sedar saya baru mula hidup dan duduk berdua je jadi beli rumah kecil. Janji rumah tue ada kolam supaya saya feel ala2 vacation tiap2 minggu. Now dah pindah rumah besar sikit sebab bilangan isi rumah bertambah dengan jayanya.rumah kecik tue sewa. Kalau sampai masa jual je.harga pun dah doubletree triple. Dan ini jadi back-up plan utk anak terutama Khairy. Dan backup untuk kami yg takde pencen nie.

Sekarang saya suka emas yg glamer tapi saya dah tau emas kata mana pun tetap emas..asalkan tulen.yg penting takde upah. Emas pilihan saya ada pada gambar. di jari dan di tangan, Public Gold dan GDORA. Sampai masa saya akan jual untuk settel semua hutang dan juga persiapan untuk tunaikan haji bersama semua anak.insya allah. Sebelum jual emas nie saya fungsikan di arrahnu untuk pelbagai perkara seperti persediaan sekolah anak, hari raya dan juga reno rumah. Boleh jugak guna bila terdesak..kot-kot keta buat hal..motor husbd nak kena repair ke.. saya tak payah meminjam bank dan paling penting tak meminjam orang.. nampak tak fungsi emas tue?

Bila kita boleh memilih.pilihlah dengan bijak.kalau boleh dapatkan semua nie tanpa hutang lagi bagus. ilmu tanpa hutang tue dah umur 38 baru saya dapat.. bersyukur berkawan dengan org-orang yg umurnya dah meniti  40 dan menuju akhirat nie..insya allah nanti saya akan guide anak-anak..semoga mereka dapat study, beli aset tanpa hutang..semoga jiwa mereka cekal.. memang rasanya susah..susah nak melawan arus... tapi kita cuba..

Friday, August 24, 2018

ADlan Khairy ijn 040718

 Entry Khairy ke IJN saya tak buat lagi
Tiap kali saya ke IJN saya akan letak dalam blog
one day Khairy ak baca :)
Tak silap masa ke IJN nie saya masih lagi dalam cuti raya
Berayalah sekali kat IJN
Saya bagi sarapan biskut coklat best dulu kat Adam debab
 


 

Bil hari kali ini
Consultation,ubat, ECG dan eco sahaja.
Kos rawatan jantung memang mahal..baik ubat atau peralatan..
Jadi harapnya tak adalah soalan dan kata2 bodoh mcm yg diterima oleh mak bayi yg didera dan diletak dalam peti ais tue..lebih kurang je soalan org tak berhati perut nie

"Kenapa bekerja..dah tau anak sakit jantung"
"Kenapa niaga online jugak walau kerja dah selesa"
"Kenapa niaga online jugak tak cukup ke gaji opis?"
"Mana suami? Dia tak boleh tanggung ke?"

Kalau saya dapat soalan mcm tue ada jugak yang saya tendang ke paya. Biar mati lemasπŸ™„ Memang pernah dapat pun..cuma saya nie pikir panjang..kang apa2 jadi sapa pulak nak jaga Khairy?😏

Takkanle saya nak heboh suami sy pg pos barang, suami saya jumpa supplier kalau supplier saya lelaki, suami saya bagi modal bila saya datang stress sibuk nak resign.. suami saya tak reti nak promo kat FB..suami saya tak reti berblog.. pernah dia jaga akaun tapi saya stress sebab seposen pun dia sibuk carik kat mana lesapnya.. susah kalau lulusan akauntan jaga akaun..yg seller pulak kena menjawab🀣 jadi saya cakap jgn kacau saya niaga..kalau mcm2 ada tue maksudnya untung..kalau takde tue pepahamlah.. tapi setakat Nie alhamdulillah.. stok habis boleh beli stok baru tanpa hutang.. medical Khairy dapat support jugak.. tak senang tak susah..cukup.fullstop!

Alhamdulillah kami masih ada kerja dan ada niaga online.. sikit sebanyak sgt membantu menguruskan medical cost Khairy. Sebagai parents kita pasti akan cuba berusaha dengan tulang empat kerat sendiri untuk membesarkan anak. Selagi boleh! Tak akan meminta2 pada orang luar. Allah pun dah berikan jalan dan ruang cuma kena usaha keras sahaja.

Sejak Khairy lahir alhamdulillah semua kos kami masih dapat tanggung sendiri walaupun sampai satu tahap ..hampir2 rumah pertama kami dijual untuk kos rawatan Khairy.. Cumanya mungkin Allah kasihan pada kami..itu rumah pertama kami memulakan hidup.. rumah yg jadi tempat kami belajar erti satu kehidupan..percubaan nak menjualnya tak berjaya. org lebih suka sewa rumah tue.. pasti ada hikmahnya Allah tak izinkan kami jual..mungkin jadi sumber kewangan kami dihari tua nanti..siapa tahu kan? Almaklum org takde pencen.. kita merancang tapi perancangan Allah paling hebat dan terbaik.

Bila tengok kos Khairy yg perlu kami sediakan saban bulan. .. bersyukur mampu bayar walau rolling sana sini.. tapi Lum pernah ye saya salahguna duit customer untuk kos medical Khairy.. kejujuran tue sesuatu yang sangat mahal.. takkan saya gadaikan.. lagipun customer saya selalu sokong saya.. dulu beli produk2 kesihatan Kokoadik Blogshop..bila saya dah menjual pandora emas Kokoadik Gold. diorg beli emas pula.. bila saya jadi dealer Public Gold pun joint juga.. insya Allah takkan saya khianati kepercayaan semua customer yg baik budi.

Bila tengok bil Khairy .
Saya memahami perasaan org yg ada ahli keluarganya yg sakit dan perlukan kos yg tinggi setiap bulan.. ditambah pulak mereka tak ada sumber kewangan.. hanya mengharap ihsan rakan2.. simpati sangat.. dan saya dah berjumpa kes realiti walau hanya kenal di alam maya.. semoga dimudahkan urusan adik itu..Bila kita rasa sukar..lihatlah org lebih sukar.. Pasti kita akan lebih faham erti syukur, sabar ..walaupun kadang-kadang telepas jugak perasaan tak sabar tue..huhu...

Macam biasa Adam Debab sampai tertidur tunggu Khairy Magic
Si Khairy pura2 tidur
Katanya amikla gambar dia sekaliπŸ˜†

Doktor happy dengan progress jantung Khairy...
Doktor cakap kalau rate jantung Khairy yang lama; doktor pun demam menengoknye🀣
Tapi yang geramnya masa buat ECG below 100 jumpa doktor terus naik sampai 160+
Akibatnya naik lagi dos ubat propanolol πŸ˜…

Rajin-rajin makan ubat Khairy ye
Doktor cakap kalau terpaksa akan buat treatment tapi bukan sekarang
Sekarang consume ubat je dulu
Mama anggap je treatment tue takkan dibuat langsung!
One fine day Khairy akan sihat mcm budak biasaπŸ‘©‍πŸ‘¦
Lagipun selepas 5 tahun baru jumpa ubat yang match dan sesuai dengan Khairy
Baru 6 bulan Khairy makan ubat baru dan doktor masih cari dos yang sesuai lagi
Bersabarlah dengan sabar dan solat kan Khairy Magic
Semuanya akan baik dengan masa, usaha dan doa berterusan.

 
 
Satu hari nanti Khairy mesti sihat
5 tahun dah kami hadapi bersama
Hanya kami yg tahu strugglenya sejak dlm perut
Satu hari nanti bila Khairy sihat.. ...
Bila Khairy jadi anak lelaki bujang yg macho mama nak Khairy joint sukarelawan..Palestine ke Syria ke.. rugi masa muda di sia-siakan.. Allah dah pinjamkan masa yg banyak untuk Khairy jadi Khairy kena gunakan sebaik-baiknya

Insya Allah mama yakin Allah akan panjangkan umur Khairy.. teringat dulu mama selalu doa sepanjang menjaga Khairy dari lahir ketika bayi..
"kalau besar nanti Khairy akan jadi anak yg merosakkan agama, ambillahnya nyawanya sekarang..tetapi jika besar nanti Khairy jadi anak yang akan memperjuangkan agama..panjangkanlah umur Khairy ya Allah"
Semoga dipanjangkan umur Khairy dalam keberkatan.. semoga dipanjangkan umur Khairy untuk berjuang demi agama.

Mama Khairy
IJN
040718


RM untuk belanja. Gold untyk saving

Emas memang satu bentuk cara saving
Kalau cash memang selamat utk shopping

cubalah simpan emas 1g
Letak note rm200 dalam purse sekali
Yang mana lesap dulu?🀣

RM memang untuk dibelanja
Emas memang untuk simpanan
Cubalah dulu baru tau

EMAS ADALAH SAVING&PENGHAPUS HUTANG
SUHAILA SALEH
DEALER PUBLIC GOLD
PG00097831
www.wasap.my/60173201998


Wednesday, August 22, 2018

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 2018

 
 
 
 

Mama, sejak Khairy lahir mama memang pandai bawak Keta kan?

Yelah..kalau bukan sebab Khairy (of coz dgn izin Allah) mama tak berani bawak Keta.  dah accident tercabut bumper pun mama bawak jugak Keta..sedangkan dulu mama tercalar Keta nenek sekali pun tobat tak bawak.. calar sikit trauma lebih.. dengan Khairy tercabut bumper pun relek je..tendang bumper sampai masuk balik terus bawak  Keta..hebat tak mama?😜

Fuiyooo hebatlah mama..(clap clap clap)

Haha (nak tunjuk hebat depan anak.. drama sikit.korang mcm Nie tak? Sembang dengan anak gajah pun boleh terbang)

Tapi kenapa raya pun mama bawak Keta sendiri?πŸ˜‘ Bagilah papa bawak. 

Dah papa korang tak cuti acaner? 

Ohhhh..ingatkan mama tinggalkan papa lagi..

Kahkahkah.. eh..Bila pulak mama tinggalkan papa?πŸ€”

Tue mama naik kapal terbang pergi Mekah..

Ohh itu kes lainπŸ˜‚

Apasal banyak lawyer dalam rumah nie.. soalan mcm2.. tapi suruh baca buku semua nangis..haishh

Sepanjang  balik "kampung" Adam melalak kat tepi tingkap Keta sebab nampak papanya naik motor..syukur alhamdulillah "kampung" jauh benor.. setengah jam dah sampai..kalau tak bengkak mata Adam menangis..Kiki..

raya kedua amik cuti.. nak bawak anak happy-happy
cuti sekolah semimggu terperap je teman mak diorang kat umh
siapkan fail haha
jadi amiklah cuti raya sehari untuk santuni anak-anak aka jadi cikgu tadika
fuhh!
 
 
adam jugak yg tak banyak kerenah kan?
mungkin sebab belum sampai masa keremah dia kot
fuh!!
 
 

Saturday, August 18, 2018

Cerita -ceriti

  bukak-buka blog nie
Nampak gambar lauk
apa korang rasa?
makin lapar ke makin kenyang? hihi
hujung minggu kebiasaan saya masak lauk sekali je
kalau lauk habis malam kita g makan mamak ye kiki
 
SIL Maiza Marlinda yang belikan tefal. Terasa mcm mak-mak bila start beli periuk-periuk Nie.  Takkan beli omeh je.. perkakasan rumah kena jugak bertukarkan?
 
Air zam-zam tue pun SIL uruskan sebab ada pakcik buat haji dan pos dari Mekah. Air z-zam tue "ubat" khairy. Dah lama sangat stok air zam-zam putus sebab kecoh dengan air zam-zam tiruan. Dulu masa Khairy dari kecik bila buat susu atau Khairy minum air kosong saya akan blend air zam-zam + Zaiton untuk jantung Khairy. Tau tak Zaiton tue menguatkan jantung?

Parcel lagi satu tue supplier poskan.. bulan nie dengan bulan lepas asik restok produk supplement and Beauty untuk Kokoadik Blogshop. Alhamdulillah semua payment Setel kecuali satu supplier tak bagi bil..mesti lupa bil mcm biasa tue🀣

Ada nampak mummy happy?
 
 
Kutip lagi hasil di pasu cili boleh 2x masak Nie
Alhamdulillah
Jimat duit sayur boleh beli omeh hahaha
 
Daging salai tue makan kat Itik Salai Masthar kat situ ada itik salai..keli salai.. sedap..pekat kuahnya.mabeles! Uolls waze pun ada dalam tue..
 
tempoyak daun kayu beli kat Watie Hendrick .saya beli 5 bekas terus.. 1 bagi adik.2 bagi mak. 2 saya punya.. amana suka tau lauk tempoyak..seronok ada anak yg pandai makan lauk kampung mcm kita. sebekas rm10 je.   Semua rasa cukup! Masam manis pedas!Tak kedekut bahan. Petai daun kayu serai!pekat! Kalau makan dengan ikan goreng kembung lagi sedap.tadi makan dgn telur dadar je.. rasanya mesti rumit nak buat terutama part hiris serai..nasibla i boleh beli je.. hahaha..
 
 saya hantar lauk kat mak
si aisya anak adik bongsu saya siap baju tidur lagi
"aisya nak tdo dah ..mak ngah datang pulak"
 
 nie anak adik saya no 3
Bila tak jumpa sebut-sebut
Bila dah jumpa gado-gado
 

Muka bangga dapat paw emaknya
Ada customer nak ekstrak kacip Fatimah utm
Jadi tadi cod je kat Mydin area rumah
Dalam kereta khairy dah berzikir "Lego Lego"
Punyalah keraskan hati dengan alasan kat Khairy "mama kan cakap sebulan satu lego.boleh beli masa gaji sahaja.mama belum gaji"...
Tapi tak sampai hati
Belikan untuk Khairy dan Arief
Yang Arief punya yg besar tue sebab sebelum Nie dia memang dah request
Dengan Arief berjaya kebalkan hati
Dengan Khairy "mama tak kuat"
 boleh je reward diri beli bead pandora takkan beli mainan tak sampai rm30 untuk anak tak bolehkan?
Jadi mak mengalah
Amana tak dapat nie sah2 muncung
Adam takpe dia bukan Paham pun

 
 
Assalamualaikum dan Morning mak mertua,
Ada tak mak saya bagitau saya nie rajin berkebun? 
 
terapi and hobby saya
Nampaknya kangkung yg ditanam hidup
Beli kangkung kat pasar malam...
Tengok akarnya mcm segar..
Terus cucuk2 dalam tanah
Hampir kesemuanya hidup..insya allah
Kunyit tue pun saya semai guna kunyit hidup
Pokok cili yg tak henti2 berbuah tue pun saya campak cili2 yg buruk
Ada daun bawang pun saya campak bawang2 yg dah buruk
 
 
nie terbeli tanpa sengaja
sempena emas jatuh teruk
takkan tak beli satu pun kan?
pandai-pandailah pusing-pusing duit haha
 
dua ank magic
tdo nyenyak
memang hobby saya amik gambar anak tidur
oklah nanti sambung sembang ek
nak buat keja opis
 

Public Gold Macam Kad Shopping

Carik-carik duit dalam purse
Ini yang saya jumpa
Sampai tak perasan sebab dah sama macam kad shopping
Jadi janganlah takut..

Emas Public Gold mcm kad shopping je 
Lagi satu..duit dalam purse Nie dah keluar masuk..keluar masuk ..
duit bertukar-tukar dan lesap terus..
Tapi gold bar nie rasanya dah berbulan-bulan "tersaving" dalam purse nie..
Dapat tak?

RM memang untuk dihabiskan
Gold memang untuk saving 
 
 
EMAS ADALAH SAVING&PENGHAPUS HUTANG
SUHAILA SALEH
DEALER PUBLIC GOLD
PG00097831
www.wasap.my/60173201998
Nilai kad Public Gold tue plus minus dekat 1K sebab 5G tau
 
 
 
 
 

Sunday, August 12, 2018

Khairy masuk tv?

Saya dah setuju untuk terlibat dengan satu program tv.. sebagaimana kalau Khairy ada keluar tv atau keluar majalah inilah sahaja syarat-syarat saya...

Bukan kerana kami kaya sangat sampai  mampu tanggung bil Khairy tetapi buat masa ini masih ada "jalan rezeki" yang Allah beri untuk tampung kos rawatan Khairy. Lagipun Khairy belum ke tahap rawatan yang sampai tahap puluh ribu K lagi...

Kalau saya izinkan Khairy masuk majalah atau tv  salah satu sebabnya diharap dapat beri inspirasi pada ibu-ibu diluar sana.. anak-ank yg "magic" mcm  Nie boleh jadi anjakan yg sangat kuat untuk seorang ibu lebih hebat dan kuat 😘

Salah satu faktor yang buat saya setuju juga; selepas rawatan di IJN doktor maklumkan peratusan yang menghidap penyakit macam Khairy sangatlah rendah terutama yg melibatkan kanak-kanak lebih-lebih lagi jika ia berlaku sejak dari dalam kandungan.. jadi kurang info tentang penyakit Khairy nie.. mana tau doktor pun akan joint dan share serba sedikit tentang sakit Khairy kan?

Semoga mommy out there sama2 boleh dapat info serba sedikit dan ibu2 yang ada anak yg hidap maslah jantung terus kuat dan tabah

Satu je yg takut..tak dapat menahan sebak sebabnya kat opis pun kalau org tanya2 pasal Khairy..bila recall semuanya balik..rasa air mata dah bertakungπŸ˜₯ banyak sungguh dah saya lalui dengan Khairy... 

Ekstrak Kacip Fatimah UTM

Tadi ada loyal customer share feedback jirannya lepas consume Ekstrak Kacip Fatimah. Feedback boleh baca sendiri kat gambar tau..

Sebenarnya nak share produk nielah yang buat saya survive masa jobless. Mula-mula saya beli produk Nie..sebab saya ada maslah lepas lahirkan Khairy sebab bersalin ceser tetapi langsung tak jaga diri selepas bersalin sebab Khairy ada maslah jantung tue.. pantang pun sempat dalam wad dengan stokin bagai..haha..nasib i tak pakai polis Param tau..

Saya makan Ekstrak kacip Fatimah Nie alhamdulillah.. masalah pulih dan paling penting badan sihat dan cepat kuat.tenaga banyak untuk jaga semua anak sebab tak hantar nursery masa tue. Khairy pulak kena extra care..so memang kena ada tenaga kuasa kuda😤

Pertama kali saya beli 20 kotak.kurang 2  minggu habis dijual. Saya beli lagi 20 kotak seminggu je habis. Saya beranikan diri beli 50 kotak pun habis.. akhirnya mak pujuk saya pinjam duit mak. Mak bagi modal 6k untuk beli stok lebih banyak supaya saya dapat banyak untung. Dalam tempoh sebulan saya pulangkan duit mak semula dan rolling niaga dengan duit untung tersebut. Dengan keuntungan tuelah saya pusing jadi modal semula, saya bayar hutang credit card, personal loan, insuran anak-ank, bil hospital Khairy etc etc..pendek kata sama macam kerja dulu.. saya cuma stop bayar PTPTN sahaja.. tapi saya tak ralat sangat sebab dah 10 tahun saya bayar PTPTN masa tue..  dan paling saya terasa keberkatan meniaga bila mana duit tue juga yg bawa saya tunaikan nazar bawa Khairy ke Mekah.. memang kenangan indah dalam hidup saya..

Sampai hari nie walau saya dah tak sefokus dulu dalam meniaga customer-customer lama tetap cari saya..kalau saya takde stok atau busy sama ada supplier poskan atau saya beri sahaja rakan niaga yg uruskan terutama customer baru..

teringat masa saya nak bersalin kan anak bongsu si  Adam , hari nak beranak tuelah berderet2  wasup customer nak beli Ekstrak Kacip Fatimah UTM Nie.. saya pass pada rakan niaga sebab produk supplement Nie kena guide dulu customer..kena tanya apa maslah dan guide cara makan.. lepas tue selepas jual pun customer akan contact semula.. bukan  jual pastu ko lesap. Kalau customer dah makan biasanya mereka akan wassup semula tanya mcm2 soalan.. manalah saya boleh sempat nak jawab dalam labour room haha..

Bila keadaan tak mengizinkan memang saya share je rezeki dengan rakan niaga lain. Bukan produk Nie je.. produk lain pun sama.. masa dulu ..eh sekarang pun sama.. saya bukanlah seller yang mampu COD.. saya kena jaga Khairy dan dua anak lagi.. pernah sekali saya COD jumpa pulak customer ala2  mak Kasim selamat .. i is serik.. Khairy sampai tercungap-cungap.. cukupla pengalaman cod tue.. jadi saya cuma pos atau customer sendiri datang rumah saya.. alhamdulillah satu pengalaman dalam hidup saya..

By the way ada yg tanya..sebulan berapa saya mampu jual Ekstrak Kacip Fatimah UTM Nie? Masa tue 100 kotak sebulan..tak termasuk produk lain seperti Minsyam dan Sutra Manjakani Feminine Wash.. sekotak Ekstrak Kacip Fatimah harganya RM90. So sebulan 100 kotak berapa ye? Kira sendiri 😜 Tue termasuk modal dan untung.. Untung..biarlah rahsia.. itulah rezeki anak2 saya yang Allah tak putuskan walaupun saya takde payslip selama dua tahun..

Macam mana saya promo? Saya update blog je..blog personal yg dulunya jadi blog saya bercerita tentang anak-anak, contest dan hobby saya menulis novel.. dan saya rasa ini semua memang bantuan Allah bukan kerana saya pandai meniaga.. cuma Allah kasihan pada saya.. Allah beri pelbagai ujian tetapi dilapangkan rezeki..sebab Allah tahu nanti saya sedih takde duit sendiri mcm selalu XOXO.

Sejak Khairy lahirlah saya mula sedar saya kena atur financial saya baik2. Saya kena segera selesaikan hutang secepat yg boleh..bukan bayar ikut time sahaja seperti dalam agrement. Dulu masa saya jahil.. saya cuma fikir tak nak bebankan org yg hidup dengan hutang saya kalau saya mati..jadi saya ada ambil takaful untuk setiap loan. tapi sekarang pandangan saya berbeza..jika saya mati awal dan Allah bertanya tentang hutang..boleh ke saya jawab YE SAYA BERHUTANG TAPI SAYA AMBIL TAKAFUL.. habis kena rodok masuk dalam tanah sampai ke perut bumi.. wahhh takuttt..

Sejak Khairy lahir memang dia mengubah banyak pandangan saya tentang kehidupan.. sehinggakan masa saya masuk kerja ada seorang bos tegur saya " u lain betul sekarang" ye saya lain.. tapi yg pasti saya tetap ibu yang sayangkan anak2.. saya boleh lepaskan apa sahaja dalam dunia Nie tapi takkan mengalah untuk kehidupan anak2 saya..

Friday, August 10, 2018

Bila Doktor Zulkifli Sharif buat gincu

Lipstik alami keluaran Dr Zulkifli Sharif &team

Harga retail rm35
Affordable NATURAL

Kandungan major:
Vitamin E
Virgin coconut oil
Grape seeds oil
Shea butter
Collagen
Aloe vera

Best lagi sebab kombinasi bahan alami yang boleh membantu mengurangkan rekahan dan melembabkan bibir anda.
Warna bibir akan ikut darah.

Bak kata Dr Zulkifli Mohamed Sharif.
"Gincu ini akan enhance warna bibir anda.
Kalau merah,akan jadi lebih merah.
Kalau merah jambu, akan lebih merah jambu"

NOT 170306511K
Nombor Notifikasi (NOT) sebagai bukti produk kosmetik telah bernotifikasi dengan pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).

Thursday, August 9, 2018

Bila adam dan khairy tak tidur

 
 
Khairy dah balik. Adam pun dah bangun. Jadi buatlah sesuatu yang beri manfaat. Sebab nak buat kerja opis memang tak boleh dah..kena tgu budak2 tidur dulu.. Kalau nak ke majlis ilmu kena tunggu suami balik. jadi Google dan dengar untuk tambah-tambah ilmu yang tak ada Nie.. Dulu zaman saya muda-muda mungkin saya goggle cerita2 drama yang terlepas..tapi makin kita tua kita tau kita perlu lebih bekal ilmu akhirat.. Lepas anak-anak tidur.. kebiasannya lepas zohor saya boleh sambung buat kerja pejabat. Hidup saya memang dalam rumah nielah.. dah namanya keja kat rumah.. Anak-anak, sayur dalam pasu, kain baju, sapu menyapu, keja pejabat tue dah pastilah.. dalam rumah je pun penat haha...
 
Saya sempat salin isi-isi penting ceramah ustaz Ahmad dasuki. Jadi saya share semoga saya dapat tempias pahala  bila ada yg baca. Kalau nk dengar  full goggle "Dasuki" mesti akan dapat ceramah yang ini dulu..
 
NOTA
 
Apa yg kita perlu kejar dalam hidup..
 
1. Kejar Hidayah Allah -Allah yg berkuasa memberi hidayah tetapi perlu carik. Baca quran, duduk dalam majlis ilmu.
 
2. Kejar Keberkatan hidup (sesuatu yg sedikit tetapi dirasa banyak, sesuatu yg sempit tetapi di rasa luas, sesuatu yg sukar tetapi dirasa mudah)
Keberkatan hidup ada pada beberapa  manusia iaitu Rasullulah, ibubapa, alim ulama,orang2 tua, anak2 yatim.
Keberkatan hidup ada pada tempat Mekah,Madinah,masjid AL Aqsa, rumahtangga yg baik.
Keberkatan pada masa iaitu  dalam bulan Ramadan, dalam  majlis ilmu.
Semua keberkatan yang ketiga-tiga tue akan hilang bila buat maksiat.
 
3.kejar ilmu, ilmu quran hadis..pastikan hafal 3 surah AL Mulk, alkhafi,Allah Baqarah,hadis . Orang lelaki kena baca 2 surah dah fahami surah AlBaqarah dan al-Imran.. org perempuan pula surah An-nisa, surah an-Nur, surah AL ahzab. (nanti kena belek surah-surah nie)
 
4. Kejar keampunan dosa. Tak rasa Nikmat beribadah kerana banyak dosa. Simpan harta untuk bekalan ke syurga bukan bekalan hari tua. banyakan berinfak.
 
 
  

Tuesday, August 7, 2018

Cinta hati mama

satu tabiat adam.. dia suka main tudung. tak dia sorokkan.. dia paai.. tak pun dia sangkut kat bahu. agaknya dia biasa tengok saya sangkut tudung kat bahu..bila nak sidai kain atau siram pokok saya capai je tudung.. kalau kat umh silap hari bulan orang datang ingat saya maid haha.
 
 
 Adam bangun tdo pun comel
Adam bangun tdo ketawa
Khairy bangun tdo..menangis..memang bangun tdo dia menangis terus..
MAMA, MAMA KAT MANA? MAMA PERGI MANA? MAMA TINGGALKAN HAILY KE?
Ya Rabbi.. rumah nie kecik je..
Bukan banglow pun sampai tak jumpa 
 
dari dulu saya suka snap gabar ana tidur
saya rasa masa anak tidur paling comel
tembam kan si adam tue
dia bukan makan banyak sangat pun
mak saya cakap "adam debab sebab dia senanag hati"
 
nie lagi satu benda yang dia suka
dating umh nenek dia terus pakai benda nie
nie anak adik saya punya haha
 
tengok budak debab tue
pandai dia buat muka kan?
 
muka kena marah
kena marah sebab main lompat-lompat sampai jatuh tangga
tue kat alis mata bengkak sikit
 
masa mula- mula diorang tdo kat ruang tamu
so saya buat keja dalam bilik opis
dua-dua terjaga melalak sebab tak Nampak saya
lepas tue sanggup bersempit nak tdo dalam bilik opis
janji diorang nampak mama kat mana
 
 si tupai yang comel
 
kalau degan orang pemalu sikit si adam nie
sebab tue saya rasa takjub kalau first time dia jumpa orang dan dia boleh salam dan cium orang tue
orang tue mesti ada sesuatu yg buat adam tertarik
 
ada sekali Adam ikut ke pejabat
masa nie adam takut nak ke nursey
terpaksa bawak