ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK
Friday, April 21, 2017
Tuesday, April 18, 2017
SCMMER
Sakit telinga haha
Tapi saya masih boleh dengar kalau orang call
pagi2-pagi buta no 03-20591888 call saya
Saya angkat dan suara ala2 kalau kita call pizza hut tue
Mean suara recordedla
"Kami mendapati anda ada tunggakan di maybank sebanyak rm3k+++.tekan no 9 untuk maklumat lanjut"
Terus saya matikan handphone
Pagi-pagi saya "bergumbira" menguruskan dua anak magic saya si adam dan khairy
Saya mana ada hutang dengan maybank
Maybank hutang saya setiap kali masuk gaji adala hahahahaha
Saya tak matikan handphone kalau sebut PTPTN
Demi nak dapat ijazah macam owl nie
Saya berhutang PTPTN
itu betul ....bukan scammer tapi RIBA
RIBA pun tetap hutang ye
Mana nak lari
Bayar tetap bayar
Bagilah kat yang istimewa yang nak grad.
Hadiah bernilai diisi di dalm bungkusan kecil tau


Saturday, April 15, 2017
SAYA DEALER PUBLIC GOLD
SUHAILA SALEH
PG00097831
017-3201998

"Jangan suka bertangguh buat kerja; nanti menyesal"
"Jangan bertanggunh beli emas, nanti harga naik melambung non stop"
Bukan emas Public Gold sahaja
Emas di syarikat lain juga, termasuk kedai-kedai emas yang ternama
Mugkin harganya tidak sama tetapi yang SAMA, SEMUANYA NAIK HARGA
(dahla minyak pun naik kan?kan?kan)
Tetapi apa yang berlaku tiga hari berturut-turun ini
Sangat tepat dengan pesan orang tua kita JANGAN BERTANGGUH
SUHAILA SALEH
PG00097831
017-3201998
Minyak Zaiton MINSYAM Feedback

Ekstrak Kacip Fatimah UTM : Testimoni Customer Baru Keguguran

Friday, April 14, 2017
Allah Memanggil Manusia Pulang Dengan Musibah
ALLAH MEMANGGIL MANUSIA PULANG DENGAN MUSIBAH
Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.
Nota Kelas Tafsir Dhuha Selasa (al-Sajdah [32:21]) pada 14 April 2015. Antara isunya adalah kesatuan antara syariat nabi Muhammad SAW dan Musa AS.
Manusia banyak jenis. Ada yang lembut hatinya bak air, sekali sentuh terus berkocak. Ada yang liat, disiram berkali-kali baru lembut. Ada juga yang keras membatu. Kalau setakat sentuhan manja atau siraman air panas pun masih belum terjejas kerasnya. Hanya tukul besi sahaja mampu memecahkan egonya. Kadang kala bagi manusia jenis batu, hatinya hanya akan bergetar setelah dilanda taufan musibah atau menerima tamparan hebat dari Allah:
وَلَنُذِيقَنَّهُمْ مِنَ الْعَذَابِ الْأَدْنَى دُونَ الْعَذَابِ الْأَكْبَرِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Ertinya: Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar (di akhirat kelak), SUPAYA MEREKA RUJUK KEMBALI BERTAUBAT (al-Sajdah [32:21]).
Asalnya ayat ini bertujuan menyedarkan Musyrikin Mekah yang degil menolak Islam bawaan Rasulullah SAW. Berbagai azab menimpa mereka seperti kemarau, kesusahan dan kekalahan dalam perang Badar (Tafsir al-Jalalayn). Benar! Ramai yang tersentak sedar akibat musibah tersebut lalu menerima Islam seperti Khalid bin al-Walid, ‘Amru bin al-‘As, Ikrimah bin Abu Jahal, ‘Abbas bin Abdul Mutalib, Abu Sufyan, Mu’awiyah dan beberapa yang lain.
Dalam ayat lain juga Allah berfirman dengan nada yang sama:
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Ertinya: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, SUPAYA MEREKA KEMBALI (INSAF DAN BERTAUBAT) (al-Rum [30:41]).
Kedua ayat bersatu pada lafaz hujungnya yang datang dalam “Adat al-Tarajjiy” atau perkataan yang membawa maksud harapan – لعل - mudah-mudahan. Sebarang ayat yang disebut dengan lafaz ini mampu dicapai oleh manusia yang berusaha. Ringkasnya keinsafan dan kesedaran untuk kembali ke pangkal jalan MEMANG TERBUKA DAN MAMPU DICAPAI MANUSIA DERHAKA apabila menerima musibah dan azab duniawi.
Allah tidak zalim kerana menjentik manusia degil dengan kasar. Allah sebenarnya sangat sayang hambaNya kerana masih memberi peluang dengan teguran musibah. Ia samalah seperti sayang ibu bapa terhadap anaknya yang degil. Rotan si ayah bukan kerana benci tapi demi untuk mendidik dan menyedarkan anak yang sangat dengil melawan agar tidak memudaratkan diri. Selepas ini, apabila berlaku musibah, bersyukurlah kerana ia satu manifestasi teguran dan kecaknaan Allah pada kita. Sabda Rasulullah SAW:
مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ
Ertinya: Tiadalah menimpa seorang Islam sesuatu kepayahan, kesakitan, kesedihan, kedukaan, penindasan, sehinggalah sepotong duri yang nenikamnya melainkan Allah akan menghapuskan dengannya(kesusahan itu) dosa-dosanya (Sahih al-Bukhari).
* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:
https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl
http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/
Tuesday, April 11, 2017
Emas lagi Untung dari ASB?
So saya share


Monday, April 10, 2017
Pandora 916: HELLO 😍😍😍Feedback customer lagi



Saturday, April 8, 2017
TIPS NAK GAGAL ATAU BERJAYA DENGAN EMAS
- Bagi orang yang modalnya kecil, kemampuan menyimpan cuma 1 gram atau kurang.
- Dia mulakan simpanan emas dengan semangat berkobar-kobar, namun akhirnya hangat-hangat tahi ayam.
- Selepas 3-4 bulan, semangat nak simpan emas pudar sebab terlalu banyak distraction. Lost fokus. Sebab tak nampak 'hasil'.
- Penyelesaian: Mesti set dalam minda. Simpanan emas adalah untuk jangka masa panjang. Gunanya adalah untuk beli rumah, beli tanah, pergi umrah, anak nak masuk IPT.
- Mesti beli emas secara konsisten.
- Maksudnya, anda beli emas sekali dan berharap harga naik.
- Saya pernah jumpa orang yang beli emas sekali sahaja. Bila harga naik, dia jual dan untung. Lepas tu dah takut nak beli emas sbb harga dah tinggi.
- Ini adalah beli emas dengan mindset berjudi (gamble).
- Bagaimana kalau harga emas turun? Dia tidak berbuat apa-apa? Tidak ambil peluang tambah emas dan mengurangkan kos purata harga emas.
- Orang yang gamble macam ni, risikonya tinggi. Dia boleh rugi.
- Untuk menang dalam pelaburan emas, anda mesti konsisten. Cannot hangat2 tahi ayam.
- Dalam jangka masa panjang, anda yang konsisten akan menang.
Thursday, April 6, 2017
Tabung Haji Untuk Adlan Khairy dan Adam Ziqri
Anak-anak lain semua lahir je terus buka akaun Tabung Haji
Tapi Khairy special ...dah masuk 4 tahun baru buka akaun TH
tak ada buku TH pun sampai jugak ke Mekah
Walaupun Khairy tak ada buku TH tapi khairy yg sampai dulu ke Mekah dari yang lain
Siap daftar haji terus
Nanti anak lelaki yang 3 orang nie teman mama buat Haji yeee
eh lupa pulak ada 1 anak pompuan :p
Now kita kumpul dulu aset
Sampai masa mama jual aset untuk tampung kos kita ke Mekah


"khairy tengok tue..jalan hidup kita sejauh lautan nie tapi mama akan pastikan kita semua ikut jalan yang Allah suka dan suruh.Insya allah"
sampaikan saya kena jerit suruh cepat mandi
kalau tidak mau berkubang sampai berjam-jam
boleh je duduk lama2 kat masjidil haram tue
saya pulak kena kendung dia
semput weiii
masa nie baru tau camana perasaan siti hajar kendung nabi ismail 7 pusingan
*nangis ko kat situ*
tapi mak pun lapar sebenarnya masa nie
roti keras kejung nie pun rasa sedap kiki
gigih nenek jaga air zam-zam

memang saya tak dapat tunaikan nazar nie
lambatlagilah nak selesai nazar tuee
sampai masa saya jual je untuk belanja ke mekah lagi
UNTUK MENUNAIKAN HAJI ATAU UMRAH