ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, August 31, 2021

supplement saya-ekstrak kacip fatimah utm dan habatussauda

Selamat pagi semua..
Mulakan hari dengan makanan2 berkhasiat.
Baca bismilah dan niat ini iktiar kita, makanan sunnah - semoga kita dpt keberkatannya dan insya allah  kita sentiasa dilindungi Allah. 

Ini semua supplement saya dan anak2 tiap2 hari. Insya allah. Kalau lupa tue takpelah..
Tiap2 hari sy remind anak2 makan.
Sy start amalkan supplement 8 tahun lepas ye.
Bukan saya amalkan bermula kubik melanda.
Yang dah lama friend dgn saya mesti tahu kisah saya..
Saya amalkan supplement bermula kelahiran Adlan Khairy si jantung magic ituu❤️

Zaiton minsyam  tue khairy makan utk jantungnya dan boost imun.
Zaiton minsyam tue softgel dan dalamnya minyak.
Dah 8 tahun khairy makan

Habatussauda minsyam  tue amana arief makan utk boost imun.
Habatussauda minsyam tue softgel dan dalamnya minyak

Vitamin C gummies tue Adam yg makan.
No GMO, gluten, gelatin, soy.
Tapi ada gula sikit ye.
Adam belum dpt dipujuk makan habatusauda zaiton lagi.
Tapi sy selalu masuk biji habatusauda dlm masakan. 

Habatusauda plastik biru tue keluaran Dr Zulkifli& team. Saya makan yg tue..
Jenis kapsul dan dalam tue serbuk. Kalau tak suka kapsul tue bukakla. Makan serbuknya..

Ekstrak kacip fatimah utk tue saya dah amalkan 8 tahun.. Kalau selalu letih ada maslah2 perempuan elok amalkan. Dulu saya makan hari2 sebab sy memang ada problem lepas bersalinkan khairy.. Sekarang seminggu 2,3 kali just utk maintain tenaga je.. 

Sy terbaca ada yg cakap supplement2 nie mahal harganya.
Supplement atas nie boleh tahan 2 ke 3 bulan.
Lagi satu makanlah ikut poket kita.
Yg penting amalkan..
Tak dapat buat semua.. Jgn tinggal semua.

Ok sy list harga supplement2 nie.
Senang kawan2 nak budget poket masing2

Minsyam zaiton renget Malaysia 36
Minyam hbs renget malaysia 42
Gumly bitamin see rm48
Habtusauda dr zul renget malaysia 25
Kacip fatimah rengget malaysia 90

Kalau budget kecik.. Saya cadangkan beli habatusauda botol biru tue. Yg Dr Zulkifli punya baru renget malaysia 25 utk 60 kapsul.

Semoga sihat dan selamat beramalšŸ’

Monday, August 30, 2021

Rak arrow dan bow

First time pergi madrasah untuk hantar Arief saya tumpang solat di rumah ustaz. Sempat berbual2 dengan wife ustaz. 

Ternampak rak panah mcm nie kat ruang tamu . Dalam hati nanti nak buat jugakla kat rumah..

Akhirnya.. Alhamdulillah tercapai impian..
Itupun sebab pkp ustaz ada masa nak amik order buat rak panah. 

Lama dah sampai nie.
Tapi tunggu bapak bebudak nie pasang.

Sapa nak order boleh pm tepi ustaz..


Rasa seronok sangat bila husbd dah pasangkan kat dinding rumah

Benda yang paling penat adalah carik arrow yang menyorok kat celah-celah rumput




Kadang-kadang En Papa layan anak isteri main panah



Arief bengang je..
asik2 Adam yang lepas arrow


Amacam?
Boleh lawan Adam lepas arrow?



Saturday, August 28, 2021

Gula Kelapa Organik

Gula kelapa organik untuk mereka yang ingin sihat..
Hanya yang dah terjebak tahu camana rasanya..
Siap "mengatah" gula nie begitu saja..
Dont worry takdenya dpt  kencing manis.insya allah

Gula putih tue yg racun senyap.
Punca banyak penyakit..
Cuba kaji ..dapatlah jawapannya..



Ini antara khasiat dan kebaikan gula kelapa

1.  Gula kelapa tinggi zat besi sekaligus mengurangkan dan mencegah anemia. 

2.  Tidak seperti gula terproses,  gula kelapa tidak menyebabkan keradangan,  malah ia boleh mengatasi masalah kulit seperti jerawat. 

3.  Gula kelapa juga dikatakan boleh membantu membersihkan darah sekaligus racun yang terdapat di dalam tubuh. 

4. Selain membersihkan  darah,  gula kelapa dipercayai bagus dalam mengatasi masalah pencernaan. 

5. Ketika anda mengalami batuk berkahak.  Berhenti menikmati gula terproses dan tukarkan kepada gula kelapa.  Gula kelapa membantu melancarkan kahak dan mendinginkan tubuh. 

6.  Gula kelapa memiliki sifat anti alahan,  untuk anda yang menghadapi masalah asma atau  eczema serta alergi,  ganti gula anda dengan gula kelapa. 

7. Gula kelapa adalah gula paling sesuai ditambah ke dalam minuman seperti jamu atau herba lain sebagai penyedap rasa.

8. Gula paling selamat dengan kandungan Glysemik indeks yang rendah. 




500g RM20
1kg RM35
Pm seller : https://wa.me/c/601156896377 


Saya sekarang guna garam himalaya tanpa apa2 campuran dan gula kelapa organik.
Mula-mula rasa lain macam jugak bila bertukar kepada yg lebih sihat.
Tapi alhamdulillah makin serasi dan tak boleh terima yg banyak kimia.

Thursday, August 26, 2021

HABBATUSSAUDA MINSYAM, ZAITON MINSYAM, HABATUSSAUDA DR ZULKIFLI SHARIF BARTER DENGAN MIX KUCING

Haii semuaaa
Nie kucing baru Amana
Mix ye..

FREEEEEEšŸ¤£

Mak Amana malu tau
korang nie  asik nak bagi free je tau..
So pujuk jirann

JOM BARTERRR

Tuelah gunanyaaaaa panik buying habtusauda banyak2. Kita bagi jiran makanan sunnah. Semoga bermanfaat dan dapat pahala kan?
Yang penting Amana happy sangat.
Satu2nya anak perempuan kita happy...

Kucing yg  Amana jaga sebelum nie pun mix tau.
Memang kucing2 yg dtg beranak dlm mesin basuh rumah nie semua baka mix.
Tak payah susah2 beli kucing mahey2.
Diorang datang sendiri.
Dah 4 keturunan kucing mix beranak kat sini.
Alhamdulilah rezeki anak2..

Ada yg kami bagi orang..
Ada yg org amik tanpa kebenaran.. 
Masalah bila kucing comey nie..
org lain claim diorg punya dan amik.
Kami dah letak collar pun kena campak.
Sy pulak tak bagi anak2 bergaduh sebab hal kucing.

Tapi kan rezeki Allah tue luas.
Kalau kita redo dengan kehilangan..
Allah akan aturkan lebih baik.
Yakin jelah.. 
Alhamdulillah Amana dapat yg lebih baik.. 

Terima kasih jiran2 happykan anak2 saya tanpa diskriminasi..

"Mama, amana nak tdo dengan kucing boleh tak?" 
Suka ati.
alhamdullilah aman sikit bilik mama
Amana dapat anak kucing kuranglah dia menyakat adik dia sampai melalak.
Dia dok mengulit anak kucing jela lepas nie. šŸ˜

❤️TERIMA KASIH MASIH RAMAI YANG GUNAKAN HATI DAN PERASAAN. MENGHORMATI PILIHAN ORG LAIN.
BUKAN SAJA MENGHORMATI MALAH MENGEMBIRAKAN ANAK2 SAYA♥️

Saturday, August 21, 2021

Habatussauda Minsyam VS Habatussauda Dr Zulkifli Sharif &Team

Bezanya dari segi harga dan pakaging

Habatussauda dr zul
Rm25
60 kapsul. Dlm tue serbuk

Habatussauda minsyam
Rm42
Softgel. Dlm tue minyak

Dua2 pun bagus. Ikut poketšŸ¤£dan stok yg available. Janji amalkan

Pm no seller : 601156896377





photobook doa saya

Assalamualaikum dan Salam Jummat semua,

Baru2 nie ada 2,3 kawan2 minta ayat2 yg sy jadikan photobook dan amalkan.

Saya memang tak pandai bab agama dan saya tak mampu menghafal. Bab menghafal nie saya memang fail. Compare to husband dia memang kuat daya ingatan. Dia boleh hafal mcm2 surah dah.. Wife dia nie asik surah yg sama dari zaman sekolah ješŸ˜­

Ya itu kelemahan saya. Susah menghafal. Sy cakap dengan husbd sebab saya beranakkan byk anak dia.. Urat banyak puntus end up saya  jadi pelupa šŸ¤£.

Actually saya banyak dosa sebab tue Allah tak izinkan saya menghafal dengan mudah. Tapi kita tak boleh putus asakan? Saya tak akan mengalah bab agama nie. Jadi saya photobook kan semua doa yg saya suka dan kawan2 pernah bagi. Saya bacalah hari2.. 

Dlm fb saya dah banyak ustaz dan ustazah. Kalau dlm doa2 nie ada yanh tak boleh diamalkan kerana apa2 sebab bolehla bagitau saya dan saya akan removed ye.

Pd kawan2 yg pm nak isi kandungan photobook saya tue.. Saya dah letak semuanya di sini.

Say otw nak buat photobook ke 3 sebab dah penuh doa dlm hp nie. Nanti kalau saya buat sy bagitau kawan2 so sapa yg nak boleh sy print kan sekali dan poskan.
Tapiii entah bila nak buat sebab kena pilih2 dlm album hp tue pun satu masalah dunia jugak. šŸ¤£

Insya allah semua doa nie saya baca dan  amalkan setiap hari sebab tue saya share.
Kalau tidak saya tak share sebab saya selalu dengar ustaz cakap.. Kalau nak share atau cakap sesuatu pastikan diri sendiri dah buat dulu.. Lebih kurang gitulah ayatnya..

Sekali lagi saya nasihatkan
Hentikan lebel melebel sesama muslim
Kita seagama dan seharusnya berada dlm satu saf.
Jangan nanti kena selesaikan di Padang Mahsyar pulak.
Syurga itu benar
Neraka itu benar
Akhirat itu benar
Timbangan mizan itu benar.
Dunia tempat meninggal
Akhirat sebenar2 tempat tinggal.

Love
Mak Amana, Arief, Khairy dan Adam
10 Muharam

Note : kat fb lagi byk doa..kat blog nie tak dqpat nak masuk semua gbr

Friday, August 20, 2021

CENDAWAN SUSU TIRAM - REVIEW BY DOKTOR NORDIN DARUS


Info cendawan susu harimau..
Yg saya tahu untuk batuk, selsema, utk org merokok dan ada maslah pernafasan..
Dlm video nie.. Doktor Nordin Darus cakap elok untuk ko bid juga.. Sebab ia membantu pernafasan..
Dr video nie diringkaskan
-setiap tempat diturunkan tumbuh - tumbuhan yg sesuai dengan orang ditempat itu..
-cendawan susu harimau nie tumbuh di Malaysia dikenali juga kulat malaysia /cendawan Malaysia
-boleh meningkatkan imun untuk lawan kobid
-telah dibuat kajian mula2 utk batuk sahaja
-dipelopori tun mahathir sebab dulu2 tun makan untuk baikkan batuk
-carik supplement cendawan susu harimau yg betul2 baik..telah dikenal pasti.. Pengkilang ug baik.. .. Supaya tak salah pilih..


Kalau dah sakit semua dicuba..
Produk sunnah, produk organik, produk sihat..
Takkan satu sumber je..
Ye tak?
Alhamdulillah
Khairylah yg banyak mengenalkan mama dengan mcm2 cara "berjuang" untuk sihat.
Asalkan halal, toyib, selamat kita akan cuba..

 

Monday, August 16, 2021

kenangan manis bersulam air mata

Saya baru dapat buku Travelog Haji tulisan Prof Kamil Muhd Kamil Ibrahim Jumaat lepas. Saya alamat kan ke pejabat Dan bawa buku nie pulang ke rumah. Jujurnya saya dah lama tak baca buku kecuali membelek akta2 di pejabat. Selain tue tak ada..

 Bila balik rumah urusan rumahtangga Dan Anak2 saja yg sy tumpukan.. Nak beli buku Dan baca?  Memang takla sebab saya tahu sy tak akan baca Dan takde kesempatan nak baca.. Sebenarnya keinginan nak membaca tue dah tak ada.. Sedangkan sy nie boleh la dikategori penulis sebab dah hasil kan 2 buku.. Walaupun hanya penulis picisan sepatutnya rajin lah membaca walau dah lama tak menulis šŸ˜…

Tapi utk buku nukilan Prof Kamil - Travelog Haji nie saya dah baca di bab 26 ms 135 dalam masa 2 hari sahaja... Jujurnya naik bengkak mata membacanya.. Air mata asik menitis teringat kenangan sebelum, semasa Dan selepas membawa khairy tunaikan umrah nazar. Semua tulisan Prof Kamil dapat saya bayangkan Dan hayati.. Mungkin sebab sy dah pernah juga ke sana..

Masih dapat saya rasakan kebimbangan Dan kesukaran untuk mendapatkan visa umrah seperti yang Prof Kamil rasa menunggu rayuan hajinya.. Umpama menunggu pungguk jatuh ke riba... Mcm2 dokumen perlu disiapkan kerana sy Dan Anak2 pergi bermahramkan adik lelaki saya. Kejap dokumen ini tak lengkap.. Itu tak lengkap.. Hampir putus asa rasanya sedangkan tempoh nazar saya dah berlalu beberapa bulan. Masih teringat bila travel agency call bagitau visa saya lulus. Ketika itu saya masih bertelekung basah dengan Air mata lagi mengadu pada Allah tentang  hal visa saya yg tidak Selesai2.. Hati saya sudah lemah Dan rasa tak dapat ke sana lagi. Selesai meratap hiba sambil mengesat air mata.. Panggilan dari travel agency membuatkan saya sujud syukur. Mungkin itulah sujud syukur sy yg pertama dlm hidup saya❤️

Terbayang membawa khairy yang baru bertatih Dan Amana yg masih kanak2.. Masa saya pergi tue saya pergi bermahram adik lelaki Dan ibu tetapi kebanyakan masa saya hanya dengan Amana Dan Khairy.. Bukanlah adik Dan mak meninggal kan saya tetapi Allah memisahkan kami beberapa kali tanpa dijangka.. Tiba2 emak sakit perut Dan berlari pulang ke hotel Dan mcm2 kejadian. Tinggal saya Dan Anak2 di tempat yg serba asing. Berjalan dengan Anak2 ikut langkah kaki. Melihat2 Setiap sign board. Kebanyakan bila sy cakap inggeris tak layan. Cakap melayu lagilah takde yg paham haha.. Saya memang harap kan mak guide sebab mak dah beberapa kali pergi umrah. Sehingga pernah adik lelaki bising2 sebab risau kan saya yang "hilang" seharian.. Risau Pak Arab culik kakaknya.. Masa saya pergi saya masih muda juga.. 34 tahun.. Sekarang dah 40..

Semua pengalaman di sana memberi kekuatan pada saya.. Dan paling saya mengerti Allah ingin saya tahu Dan beri keyakinan yg saya mampu berdiri sendiri bersama Anak2. Tidak perlu terlalu mengharapkan makhluk kerana manusia punya keterbatasan Dan kelemahan yg mengecewakan. Berpeganglah Dan mengharaplah pada Allah. Saya tak akan ditinggalkan selama2nya Dan tak akan kecewa..

Sejak balik dari sana. Sy tak perlu lagi berdiam atau menyimpan rasa jika org melampaui batas pada saya atau anak. Sy sendiri boleh bersuara utk diri saya Dan anak2.. Allah ada. Tak ada apa yg perlu ditakutkan. Allah yg bg saya makan Dan kehidupan. Bukan Manusia. 

Pengalaman di Mekah menguatkan hati saya. Allah ada Setiap Ketika. Membantu hamba2nya yg kesusahan atau teraniya syaratnya hanya yakin pd bantuan Allah yg bakal tiba.

Mengharungi lautan manusia utk tawaf sambil mengengam tangan Amana yg hanya 7 tahun. Mengharungi rempuhan manusia berlawanan arus bersama khairy.. Hanya Allah yg tahu takutnya saya melihat khairy yg tersepit.. Ke depan tersepit, ke belakang dirempuh.. Allahuakbar.. Alhamdullilah kami selamat dengan hanya melafaskan selawat nabi sekuat2 hati. Semua Manusia yg galak merempuh depan Dan belakang seolah2 menjadi patung cendana Dan memberi kami laluan..Selesai saya Dan Anak2 melepasi kawasan itu dengan selamat. Masing2 Saling merempuh semula.. Ya Allah... Org dahla saiz2 besar2.. Masa tue saya kurus pulak tuešŸ˜…

Terselit manisnya bila saya merasa angin sepoi2 bahasa setiap kali mengelilingi kaabah Ketika cuaca agak terik. Di satu kawasan /sudut itu sahaja.. Saya merasakan hembusan angin yg sejuk Dan lembut berkali2 Setiap kali lalu di kawasan tersebut. Soalan jujur saya pada mak "sini ada aircond ke mak? Kat mana dia letak aircond tue? Tak nampak pulakšŸ˜Š

Saya memberanikan diir menjejak raudah tanpa sesiapa.. Hanya adik lelaki menghantar saya ke pintu yg paling hampir dengan raudah. Saya tahu dia risaukan saya yg masuk sendirian. Sy boleh tersilap berada dikalangan jemaah Iran. Sy Keluar Dan ikut kata hati. Bila hampir sampai sy melihat jemah bertolak2. Malah ada yg tak ikut arahan petugas. Ada yg sehingga Bergaduh. Akhirnya sy berniat dalam hati Dan melambai sahaja"ya rasullulah aku dah sampai. Aku dah sampai tapi aku tak mampu ke depan lagi. Aku tak nak Bergaduh2 Dan merempuh2 di hadapanmu. Pastu engkau sedih melihat ummatmu begini. Cukupla Allah Dan dirimu tahu aku dah sampai dlm segala keterbatasan yg aku ada" Habis berniat.. Mata mencari jalan Keluar.. Tiba2 saya ditolak.. Ditolak.. Ditolak.. Dalam terpinga2 saya ditepuk lembut oleh seseorang.. "hajah.. Solat.. Solat.. Raudah raudah" saya bertanya dengan semula? "Raudah?".. Dijawab berserta arahan "Raudah. Solat" Allahuakbar Allah Maha Baik dan tahu.. Saya sendiri tak ingat berapa Rakaat saya solat sunat. Tak ada sesiapa yg menolak saya. Mungkin kerana petugas raudah berdiri tegak di tepi saya. Tiap kali saya nak tambah solat saya pandang petugas raudah tue.. Tetapi dia tetap anggukkan kepala tanda saya boleh menambah solat. Alhamdullilah.

Dan gembira bukan kepalang bila adik lelaki bagitau dia dapat bawa khairy masuk ke raudah. Maslah dapat bersolat di raudah. Ada beberapa lelaki mengepung kawasan dimana adik saya Dan khairy berada.. Supaya adik saya mudah solat dan khairy yg masih kecil tetap duduk diam di tempat itu. Alhamdullilah.. Pasti lelaki yg bantu adik saya itu seperti Prof Kamil yg ingin dianggap sebagai "wali atau malaikat" di Tanah Haram. (baca buku ini utk lebih jelas part wali Dan malaikat di tanah haram) 

Saya juga merasa kepentingan mahram ada bersama. Kalau adik lelaki tak ada Mungkin juga saya dan khairy dalam bahaya di beberapa keadaan. Sehingga hari ini saya tahu sy tak mampu membalas kebaikan adik lelaki yg sudi menjadi mahram saya Ketika itu❤️

BTW saya tunaikan umrah Ketika cuti tanpa gaji menjaga khairy. 10 tahun bekerja dengan gaji tetap tidak lah saya tunaikan umrah. Tetapi 2 tahun dengan income yg tak menentu sampai juga saya tunaikan umrah. Ketika saya berangkat akaun Bank saya zero! Semuanya sy habiskan untuk perbelanjaan tunaikan umrah. Apabila saya jejak saja ke Malaysia, akaun saya dipenuhi semula sebanyak 5k Dan tidak pernah putus hingga hari ini dengan pelbagai rezeki dari pejabat  Dan hadiah yg sy menangi.

 Salah satu hadiah yg paling bermakna tajaan majls bernilai 50k! Sy buat majlis akikah khairy Dan arief seumpama majlis kawin. Sampai 7,8 khemah dah 6 ekor  kambing tumbang disamping makanan dah hadiah 4 IPAD Apple yg tengah hot Ketika itu.

Lebih 500% Allah ganti kan semula sehingga ke hari ini. Semua yg dilepaskan Ketika cuti tanpa gaji jaga khairy kesemuanya sy dapat kembali.. Tak akan miskin jika duit kita habis ke jalan Allah. Pasti Allah akan ganti Dan cukup kan sehingga kita pejam mata untuk bertemu Allah semula nanti.

Sehingga kini saya tetap tak kayašŸ˜…cuma rasa cukup.. Apa yg ada boleh dibahagi2 ke sana sini.. Boleh memberi senyuman kepada org2 yg saya sayang... Saya juga boleh membahagiakan diri sendiri juga.. Alhamdullilah sejak pulang umrah semuanya serba baik dan teratur. Ujian tetap ada tetapi Allah juga ada bersama. 

Apa yg saya share semoga dapat menambah keinginan rakan2 ke sana. Kalau ada yg rasa saya riak dan sebagainya maaf dipinta. Kalau kalian tau apa yg saya Dan Anak2 lalui untuk menunaikan umrah pasti kalian kasihan pada kami.. Diuji kiri kanan Dan belakang.

 Alhamdullilah Allah tak akan membiarkan kita kesedihan selamanya. Sampai masa segala hijab terbuka Dan pertolonganNYA akan sampai juga.

Sunday, August 15, 2021

ZAITON MINSYAM - MAKANAN SUNNAH KHAIRY SEJAK BERUSIA 6 BULAN

 



Makanan sunnah khairy sejak usia 6 bulan.
Minsyam Zaiton Softgel

Masa tue ada sorang customer Ekstrak Kacip Fatimah UTM cakap dengan saya
"Ila tak bagi ke anak yg sakit jantung tue makan zaiton? Zaiton kan menguatkan jantung.makanan sunnah. Elok ila cuba"
Dengar je customer cakap mcm tue.
Saya terus carik info zaiton..
Lepas baca sana sini.
Sy tekad bagi khairy.
Halal dan tak ada syubahah.
Insya allah tak ada mudharat.
Sejak tue dlm susu khairy bukan saja ada campuran air zam-zam. Tapi sy pastikan ada zaiton juga.
Sy gunting softgel zaiton nie dan picit dlm susu khairy.
Nie sy nak mula balik.
Lama dah khairy tak makan zaiton.

ini kebaikan minyak zaiton.
nampak tak salah satu tue khas utk khairy
'HELPS IMPROVES HEARTH HEALTH'


Friday, August 13, 2021

IKAN BILIS RANGUP SEDAP !!



Ada satu hari tue sy nak beli ikan bilis. Sy nak beli kat supermarket area rumah. Tup2 tak boleh masuk sebab takde my sejahtera. Nak tulis kat Buku dah takde. Hp amana main dlm kereta. Sy pun balik ke kereta. Masuk dlm keta dah malas nak menapak ke kedai balik..

Balik umh. Scroll fb. Dapat info ada tahfiz jual barang2 kering. Alhamdulillah. Ini hikmahnya tak dpt masuk supermarket tue..



Untuk kali pertama nie sy beli 1 kilo ikan bilis dan belacan tumbuk.
Cantik2 ikan bilisnya.
Belacan tumbuk tue besar boleh bagi kat adik sikit.



cantikkan ikan bilis nie?



nie saya dah goreng
rangup sangat ikan bilisnya
bukan yg jenis liat ye
nanti ada masa nak buat sambal ikan bilis kering+tempe untuk bapak budak2 nie


sepat pekasam 


ya allah sedapnya...amik gambar kat fb ustazah tue









Nanti nak try beli sotong kering..
Sotong cumi.. Pestime tau ada nama. Sotong cumi
Ada ikan pekasam
Eh mcm2..
Mak pesan nanti belikan mak ikan bilis semua kat tahfiz nie jugak..
Boleh contact Ustazah Siti Natrah Mansor atau Ustaz Shahrilbani Mansor
Jemput share posting ini untuk sama2 sokong Tahfiz An Nur


 

Wednesday, August 11, 2021

HIASAN DINDING - TULISAN KHAT - ZIKIR






Saya tak pernah beli hiasan dinding..

Tapi bila nampak doa nie..Terus saya beli..
Sy tekad isinar sy akan guna utk setel hutang riba. Tapi bila nampak doa yg sangat saya suka nie.. Sy ambil sikit isinar utk reward diri sendiri untuk perkara yg bawa manfaat pd anak2..
Alhamdulillah tadi Arief boleh baca ayat nie..
Amana semestinya boleh..
Tulisannya jelas..
Ada sale tau.. 50%.....
Rezeki saya dan anak2 utk letak doa nie di dinding rumah..
Hari2 nampak.. Hari2 baca..
Sebab tulisan jelas dan difahami..
Semoga boleh jadi hafalan kami..
Nak tunggu papa bebudak nie sangkutkan..
4x1.5 kaki =48x18inci
hampir 6langkah kaki saya..
Besar jugak tau
Rm250 termasuk delivary


 


Ini tulisan khad yang kedua saya beli.. harga sama ..saiz pun sama..
Saya suka ukiran khat yg jelas.
Yg anak dan saya boleh baca setiap kali memandang...
Pertama kali tengok ayat khat nie terus rasa sebak.

Ayat nie saya amalkan masa cuti tanpa gaji masa jaga khairy dulu.
Memang zikir nie amalan saya selain ayat 1000 dinar.
Ayat 1000 dinar tue pula amalan saya sejak matrikulasi sebab roomate suruh amalkan.
Tapi zikir dlm tulisan khat nie sy tak ingat pulak siapa yg beri.

Alhamdulillah ayat nie memang menyejukkan hati saya.
Dalam saya rasa sedih saya tinggalkan pejabat dan kehilangan gaji saya demi seorang anak tapi bila pertama kali jumpa zikir ini hati saya terus rasa sejuk dan tenang.
Bila baca zikir nie semakin bertambah keyakinan yang kurniaan Allah pada hamba-hambaNya tak akan habis2 cuma mungkin keadaan "kurniaan" itu akan berubah sumbernya dan juga bentuknya..
Saya jumpa dan terus amalkan utk sejukkan hati saya...
Alhamdulillah..

Kalau sebelum khairy lahir "kurniaan " Allah dari segi gaji bulanan.
Tetapi masa cuti tanpa gaji "kurniaan" Allah adalah melalui business online, menang contest, advertorial dll.
Tak mewah tapi cukup untuk survive expenses bulanan seperti masa bekerja pejabat, perubatan khairy, rolling modal business online dan saving tunaikan nazar bawa khairy tunaikan umrah.

INNA HAZA LARIZKUNNA MA LAHU MINNA FAD
šŸŽÆNikmat mana ingin kau dusta kan?
Jika engkau bersyukur, AKU tambah nikmat..
šŸŽÆTetapi jika engkau kufur, sesungguhnya seksaanKU amatlah pedih.
Tak sabar nak tunggu papa bebudak nie gantungkan kat dinding nanti..



saya beli di UQIR KHAT